f Secubit Garam: celebration
Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Happy 2nd & Happy 23rd ^___^ (updated)

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulilillah.. dipanjatkan syukur pada Yang Maha Esa atas segala limpah rahmat dan keberkatan dalam kehidupan K.Nor sekeluarga. Hanya Dia sahaja yg layak disembah dan dipuji atas segala-galanya..

Nak tau apa yg 2nd? Dan apa yg 23rd? hehee... Mesti ada yg boleh mengagak kan.. Yg 2nd adalah ulangtahun SecubitGaramNor67.blogspot.com dan yg 23rd adalah ulangtahun perkahwinan K.Nor bersama cik abg tersayang. Betul la tu.. dah 23 tahun dah usia perkahwinan K.Nor.. alhamdulillah...

Gambar pinjam dari Google.. tq..

Kita bercakap tentang SecubitGaramNor67 dulu la ya... Alhamdulillah... dah mencecah usia 2 tahun SecubitGaramNor67 ni. Tak sangka jugak dapat bertahan selama 720 hari ya.. Dengan 1445 followers, 1375 posts dan 702,750 hits... Alhamdulillah... syukur.. Apalah SecubitGaramNor67 tanpa sokongan teman2 semua, adik kakak, bloggers, bukan bloggers, followers, silent readers, pengunjung tetap ke, tak tetap ke.. semua sekali la ya.. Tanpa anda semua SecubitGaramNor67 takkan dapat pergi sejauh ini.. Ditambah lagi dgn hadiah terbaik buat SecubitGaramNor67 bila dilamarJelita April 2011.. Alhamdulillah.. Terima Kasih buat Jelita yg sudi melamar SecubitGaramNor67..

Bermacam suka dan duka bila menjadi blogger kan.. Yg duka kita buang jauh2 dari lipatan memori.. Kita kenang yg baik2, yg indah2 jer.. insyaallah.. Yg paling best bila menjadi blogger ni, dapat menambah kenalan walau secara alam maya. Tak pernah berjumpa, tak pernah bertentang mata, tak pernah bercakap secara life.. yg bercakap hanyalah jari jemari yg mengetuk keyboard.. hehe K.Nor amat menghargai ukhwah yg terjalin sekian lama ni dan doa K.Nor semoga ianya akan terus kembang mekar dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Kalau yg tak pernah berjumpa, mudah2an dapat berjumpa dan bersembang secara live dan yg dah pernah jumpa semoga diizinkanNya utk berjumpa lagi.. insyaallah..

Terima kasih buat semua sekali ya.. yep, SEMUA! Semoga kita dapat meneruskan blogging dengan lebih baik lagi, dgn positif, dgn hati yg ceria.. Tak ada hasad dengki, tak ada iri hati yg memusnahkan diri sendiri. Sama2 lah kita belajar utk menghormati hak org lain dan diri org lain juga.. Jangan lah jadi talam dua tiga muka, suka mengutuk org lain dan tak kurang jugak yg suka jadi batu api. Semua perbuatan ada pembalasannya.. Kena la beringat ya.. Tak guna nak sakit hati dgn org lain.. tak boleh org lain lebih dr diri dia.. Kalau jeles yg positif tak per.. Sekurangnya dapat menaikkan semangat kita utk menjadi yg lebih baik lagi tapi biarlah dgn jalan yg betul.. Adehh.. panjang tazkirah arini ya..hehe Semoga Allah memberikan kekuatan, semangat dan kerajinan utk K.Nor meneruskan blogging ni. Yg mana nawaitu berblogging hanya utk berkongsi ilmu dgn org lain dan utk dijadikan kenangan dan tempat rujukan buat anak2 K.Nor di masa akan datang.. insyaallah..


Ok.. utk yg 23rd tu.. Alhamdulillah.. dah 23 tahun usia perkahwinan antara Nor Azmihah Mohamed dengan Tolahah Muda. Kami menjadi ibubapa yg sangat bertuah kerana dikurniakan 4 org anak2 yg terbaik (tak ada rezeki yg 4 lagi, kalau tak dah jadi 8! hehe) yg sentiasa memberi kebahagian buat kami sepanjang kehidupan berkeluarga ni. Semoga ikatan perkahwinan ini akan terus berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat dan mudah2an juga hingga ke syurga nan abadi... amin...

UPDATED:
Terima Kasih K.Nor ucapkan pada Sofea@K.Fiza MyR yg telah bersusah payah "membakar, mendeco" kek sempena Ulangtahun ke2 SecubitGaramNor67 dan ulangtahun perkahwinan K.Nor dan cik abg yg ke 23. hehehe.. baik hati sungguh! Mekasih ya Pia.. Jadi K.Nor serve kat sini kek tu ya, utk dikongsikan bersama2 yg lain.. Tak larat wehhh nak ternak lemak sorang2.. Meh pakat ternak lemak sama2 ya.. hehehe... Mekasih Pia, cantik kek2 tu.. lain kali bg yg real lak ya.. yg boleh mengenyangkan perut dan bukan kenyang mata aje.. hehe..


Tak lupa mekasih buat pakcik google.. hehe

Dan yg ni hadiah khas dari Lieza. Terima Kasih ya Lieza, siap buat yg spesel utk K.Nor dan SecubitGaramNor67 ni.. Tq.. Tq...



Terima Kasih daun keladi ya Pia & Lieza .. ^_____^



Yg ni yg terbaru K.Nor terima dari Azlita Masam Manis.. Ada lagi rupanya n3 special utk K.Nor dan SecubitGaram.. Hasil belek2 n3 Ita yg lepas2 (terlepas kes baru balik dari KL la ni Ita, jgn marah ya.. hehe) Mekasih Ita atas ucapan dan ingatan special ni.. Semoga ukhwah antara kita berterusan mekar hingga ke akhir hayat... amin... :)

Wednesday, March 31, 2010

Double Anniversary....

Salam buat semua...




Hari ni dalam sejarah.. sejarah hidup K.Nor la..bukan sejarah Malaya.. hehe.. Dua anni disambut serentak. Pertamanya ulangtahun pertama kelahiran SecubitgaramNor67 dan ulangtahun ke 22 perkahwinan antara K.Nor dan suami..

Memang sengaja mengambil tarikh 31 Mac tahun lepas utk mengistiharkan diri menjadi blogger supaya mudah nak ingat. Tak sangka sekejap aje sudah 1 tahun K.Nor menjerumuskan diri dlm alam maya ni. Bermacam2 kenangan manis yg dikecapi terutamanya dpt berkenalan dng ramai blogger2 maupun bukan blogger yg baik hati, caring dan boleh dianggap sahabat sejati. Dan tak kurang juga pengalaman yg mencuit hati, mengguris rasa namun yg tak elok2 tu kita buang jauh2 dr minda supaya tak ada benda2 yg -ve yg merosakkan hati dan fikiran. Insyaallah..

Memang gembira menjadi blogger ni, selain dr mendapat kenalan baru yg utamanya dpt berkongsi sedikit ilmu yg Allah pinjamkan kepada K.Nor utk disebarkan pd org lain. Disamping dpt jugak menimba ilmu dr rumah atau blogger lain kan.. Sharing is caring.. Buat apa la kita simpan ilmu yg tuhan pinjamkan tu, bukannya boleh dibawak ke liang lahad. Tapi kalau kita kongsi dan kemudian disebarkan kepada org lain, betapa bermaknanya semua tu. Akhirnya membuahkan hasil yg cukup lumayan yg bakal dipetik di akhirat nanti.. Kehidupan kita di dunia ini pun pasti mendapat keberkatanNYA.. insyaallah..

Di saat menaip N3 ni, K.Nor tengok hits K.Nor dah mencecah 176 400.. Alhamdulillah.. baru setahun usia blog ni kan, dah nak menghampiri 200 000 hits. Memang tak pernah bayangkan SecubitgaramNor67 ni mendapat sambutan yg amat baik spt ni. Jutaan terima kasih dr K.Nor buat semua yg mengunjungi blog ni. Tak kira lah yg tetap atau tidak, yg menjadi blogger atau tidak, yg menjadi follower atau pun tidak.. yg sentiasa meninggalkan jejak kat shoutbox atau kat N3 atau hanya sekadar sbg silent reader aje.. Semua nya memainkan peranan dlm memeriahkan dan menceriakan rumah K.Nor ni.. Alhamdulillah.. terima kasih semua ya..



HAPPY ANNIVERSARY  myspace comments

Kegembiraan menyambut ulangtahun perkahwinan tahun ni tak la seperti tahun lepas tapi masih dipanjatkan dgn rasa bersyukur yg amat pada Yang Maha Esa kerana diberikan kesempatan dgn umur yg panjang dan kesihatan yg baik buat K.Nor dan suami. Dilimpahkan dgn 4 org putera2 dan puteri yg terbaik, yg sentiasa menjadi penghibur hati kami berdua. Berbagai onak dan duri yg ditempuh utk sampai ke tahap ini namun semua tu adalah adat dlm kehidupan. Tiadalah dinamakan kehidupan andai tidak diuji. Tuhan menguji utk melihat sejauh mana kesabaran dan ketabahan kita menghadapinya. Dan tuhan juga menguji tanda kasih dan ingat akan diri kita. Bersabar dlm menempuh ujian menghasilkan pulangan yg lumayan. Redha dgn ujian meningkatkan darjat dan menghapuskan dosa yg pernah kita lakukan. Dan jangan sekali2 mempersoal kenapa kita diuji sedemikian rupa sebaliknya redha dan bersabar atas apa yg ditimpakan atas kita. Sesungguhnya hikmah disebalik ujian bakal kita kecapi manisnya nanti. Insyaallah...




Ya Rahman... Ya Rahim....
Panjangkan lah usia kami berdua agar terus dpt menjalankan ibadah kepada Mu
Agar dpt terus menunaikan tanggungjawab kami terhadap org tua kami dan anak2 kami
yg tercinta
Limpahkan lah rahmat dan keberkatan Mu atas rumahtangga yg kami bina ini
Eratkan la hubungan kami dgn kasih sayang yg tulus agar kami sentiasa bahagia dgn kehidupan yg kami tempuhi
Lapangkan lah kehidupan kami dgn rezeki yg halal lagi berkat
Dan berikan lah kesihatan yg terbaik buat kami berdua agar dpt terus menempuh kehidupan sbg hamba Mu..
amiin... ya rabbal a'lamin..






~~~~~~~ XXX ~~~~~~~


K.Nor tampal kat sini la kad dan ucapan dr Lieza sempena anniversary K.Nor yg ke 22 ni. Terima kasih banyak2 buat Lieza yg sudi hadiahkan kad utk K.Nor ni.. Tak sangka dpt gak hadiah hari ni.. mmmmmmmuah utk Lieza ..

Tapi sebelum tu nak beritau gak..ucapan pertama yg K.Nor terima adalah dari Ummi Kuantan. Pepagi buta tau dah sampai sms ucapan dr Ummi nih. Kalau tak silap 6.30pg! hehe.. takut dang ke org lain la tu yg buat 1st wish.. hehe.. Memang tak sangka ada yg tau hari ni anni K.Nor.. tp semalam mmg dah nampak kat traffic bawah nun cam ada org menjenguk kat lebel celebration jer.. hihihi.. apa pun mekacihhhhhhh banyak2 buat Ummi yg wish utk Nor dan hb. Mudah2an segala doa tu dimakbulkan dan semoga ukhwah antara kita terus berkembang mekar hingga ke akhir hayat.. amiin...


Kad dari Lieza..

Pyzam Glitter Text Maker
KNor...saya ucapkan selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan...moga2 bahagia sehingga ke akhirnya dan semoga kehidupan K.Nor sekeluarga sentiasa diberkati.

Tuesday, September 29, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ..........


Selamat Hari Raya K.Nor ucapkan buat semua. Gambar ni bukan eCard ya..
cuma utk tatapan jer.
^____^ eCard dah dipost earlier. Nanti bila dah raya mana ada masa nak post n3. Tengok la kalau ghajen atau ada masa terluang boleh la K.Nor tayang suasana raya ya..

Di hari raya ni mesti ramai yg balik kg. Dan mesti ada gak yg beraya kat rumah sendiri tp yg pastinya masih tetap melakukan ziarah dan kunjung mengunjung. Jadi berhati2 la di jalanraya ya.. mudah2an kita semua BUKAN di antara statistik kemalangan samada maut atau cedera aje. Slmt berhari raya buat semua..

Friday, July 24, 2009

Ermmmmmmmmm......



Alhamdulillahhhhhhhhh.. segala puji2an buat ALLAH jua :)

Hehe..ghamainyer yg tak sabo2 nak tau apa kes K.Nor tayang gambo baby ni kan.. Sesekali wat gempak syok gak ya.. Alahai, sejak Alongroz dpt baby, suspen jer ya kalau ada lagi yg dah masuk kelab 40 ni dpt bb lagi.. Buat masa ni, kita bg Along jer la ya main dgn bb dia.. and coming soon rasanya ada lg blogger yg akan dpt bb ni.. Firasat dan ramalan tuk nujum tak bertauliah ni selalunya benar .. hehehehe so kita tungguuuuuuuu yg tu pulak.. :)

Sebenarnya K.Nor mmg nak kongsi kegembiraan bersama teman2 dan adik2 semua. Pagi tadi tepat jam 8.35pg, anak sdara sulung K.Nor dan cucu sulong dlm keluarga K.Nor telah selamat melahirkan anak sulungnya, seorang baby boy seberat 3.3kg, nun kat KL. Seronok dpt bersembang dgn sister K.Nor tadi, bila dah jadi nenek ni. Sapa tak seronok dapat cucu, kan.. HAAA ... ALONG!!! JGN NAK NGADA2 GATEI NAK KAWIN DAN BG CUCU KAT MAK DALAM MASA TERDEKAT NI YA.......... study dulu sampai abis, pastu kerja dulu baru la pikir bab kawin ya...
(gerenti dia baca dan tersengih jer tu.. ) Cukup la mak jadi nenek sdara dulu buat masa ni.. jadi nenek utk baby K.Long tu ya.. Ermm.. Along, Ki dah dpt cicit hehehe..

Anak sdara yg baru melahirkan ni mmg close dgn K.Nor. K.Nor pernah asuh dia masa dia baby dulu, masa tu mak dia g kerja. Gitu gak dgn adik dia no2. Mmg banyak duk rumah ayah K.Nor masa tu dan sudah pasti la si mak sdara ni yg tukang jaga :) Anak2 K.Nor pun close gak dgn famili sister ni, nak2 Along yg mmg banyak spend time rumah sister K.Nor. Kiranya famili K.Nor dgn famili sister memang rapat.

Ok berbalik pd citer baby boy td, dia dilahirkan melalui tingkap atas sebab2 yg tak dapat dielakkan. Memang dah set date nak opperate hari ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar, kedua2 ibu dan anak selamat dan sihat. Syukan ya Allah... Tak sabar rasanya nak gi KL, nak tengok cucu dan anak sdara tersayang...

Buat sister K.Nor dan suaminya, tahniah ya.. dah jadi nenek seri dan datuk seri pun. hehe tak payah naik istana nak dpt gelaran ni kan... Dan pada pak2 sdara dan mak2 sdara new born baby, tahniah gak, dah dapat gelaran baru.. dah dpt main anak sdara sendiri.. dan untuk 2 org pak sdara baru dan 1 mak sdara baru ni, bila lak nak tawin?? ^________^

Tuesday, March 31, 2009

My 21st Annivesary - 31 Mac 2009

Hari ni genap lah usia perkahwinan K.Nor dgn cik abg yg ke 21.. alhamdulillah, segala puji ku panjatkan pd Tuhan yg maha Esa atas kurniaNya.. ditemukan jodoh dgn seorang yg amat penyabar, bertanggungjawab dan amat memahami dlm menempuh arus kehidupan bersama.. Juga rasa syukur padaNya kerana dikurniakan 4 mutiara hati yg menjadi penawar dan penyeri rumahtangga.. semoga Allah memanjangkan jodoh kami berdua hingga ke akhir hayat dgn diberikan kesihatan yg baik utk terus menjadi ibu/ayah pada anak2 tersayang... amiinn...


Ni la hasil tangan k.nor yg pertama bermain dgn fondant.. khas utk anni. yg ke 21 ni.. tak smooth sgt, tp ok laa utk 1st timer kan..


Yang ni pulak pulut kuning dgn gulai daging.. buat lebih skit arini , bagi2 kat jiran2.. tanda kesyukuran..