Mengambil gambar menggunakan telefon menjadi trend kegilaan masakini. Manakan tidak, hampir kesemua pengguna telefon mudah alih menggunakan telefon pintar yang dilengkapi kamera. Selagi kapasiti storan belum penuh, boleh ambil gambar pelbagai gaya dan jenis.
Gambar Kreatif Usik Emosi
Saban hari, di media sosial kita ditemukan dengan hasil – hasil bidikan yang menarik, kreatif, unik dan penuh inspirasi. Langsung dari gambar kreatif itu boleh mengusik emosi audience. Boleh jadi jika anda seorang customizer diecast model, mungkin boleh menjadi inspirasi kepada follower hobi ini.
Jika anda sebagai peniaga sesuatu produk, gambar kreatif boleh mengusik emosi pembeli untuk melamar produk anda! Jika anda sebagai media influencer, boleh jadi anda akan dilamar oleh syarikat atau agensi untuk mempromosikan produk mereka. Ada peluang untuk anda menjana pendapatan, bukan?
Cara Ambil Gambar Kreatif Guna Telefon
Entri kali ini PR ingin kongsikan satu lagi teknik atau idea ambil gambar kreatif menggunakan telefon pintar. Mari ikuti langkah berikut:
"Ladang ini aku punya.. kehkeh"
1. Tentukan tema gambar
Ini memang penting. Kalau takde tema, macamana pulak kan? Ok, dalam tutorial ini, PR dibekalkan dengan replika seekor lembu, kandang (terlalu sempit untuk seekor lembu tenusu) dan rumput segar dari ladang. Tema gambar yang perlu dihasilkan adalah “susu lembu yang berkualiti hasil dari rumput segar dari ladang”
2. Rujukan
Berbekalkan props yang dinyatakan di Langkah 1, agak terbatas juga kan untuk menggambarkan tema tersebut dengan idea kreatif. Jangan risau, anda boleh cari rujukan di enjin carian internet.
Macamana? Dah ada idea? Idea ada tapi rumput tak realistik? Rumput ok, tapi kandang pulak tak realistik? Gunung? Awan? Kelembapan udara?
3. Cari gambar di enjin carian
Jangan gusar. Anda pilih gambar yang sesuai, muat turun dan cetak. Anda jadikan gambar bercetak ini sebagai latar belakang. Genius tak?
Contoh imej carian ladang lembu di New Zealand
4. Kepentingan Cahaya
Kemudian susun dan reka letak props tadi di hadapan gambar bercetak. Ambil beberapa shot, dan lihat hasilnya. Waktu terbaik adalah waktu siang dan menggunakan cahaya semulajadi – matahari. Jika anda mengambil gambar menggunakan cahaya lampu, anda perlu cari angle pencahayaan yang baik untuk mengelakkan kesan bayang yang boleh mengganggu gambar anda untuk kelihatan realistik.
5. DIY lightbox
Mudahnya, anda beli sahaja DIY lightbox ini. PR pernah membina DIY lightbox ini sendiri pada 2016 tapi disebabkan pindah randah sebelum masuk rumah baru, dah rosak pula. DIY lightbox yang PR baru beli ni memang mudah diguna dan disimpan.
6. Rakamkan gambar anda secara kreatif dan laraskan se-realistik mungkin. Dalam banyak – banyak gambar yang PR ambil, gambar di atas (introduction) adalah yang terbaik, dari segi realistik dan aspek pencahayaan.
Inspirasi dan Praktis
Sesungguhnya kemahiran itu tidak boleh dibeli, tetapi boleh diperoleh dengan inspirasi dan praktis yang berterusan.
Anda sudah cuba? Boleh share hasil anda di ruangan komen di bawah. Terima kasih.
0 comments