Sudah hampir 10 tahun PR meninggalkan zaman belajar. Hari terakhir PR bergelar pelajar (rasmi) pada 8 Mei 2009. Emm memang banyak kenangan sebenarnya waktu belajar ni, terutama sewaktu di institut pengajian tinggi.
Langsung daripada itu, cadangan dari Rahim; sekali lagi bertindak sebagai ketua program merancang bagi mengadakan mini gathering untuk GESS 05-09. Walaupun jumlah yang hadir kali ini lagi sedikit berbanding Siri 1 di Sri Mersing Resort (2011), namun diserikan dengan family masing – masing.
Perkelahan ringkas GESS 05-09 Siri 2 dibuat di Batu Layar, Desaru pada 4 Ogos 2018. Memandangkan perkelahan ini dibuat di Johor, memang ahli yang hadir semuanya bekerja di Johor. Perkelahan ini bermula 9 pagi dan tamat jam 5 petang.
Perkelahan dengan aktiviti santai, tiada jadual khusus. Biasalah, kumpul duit sorang sikit beli ayam, kambing dan sosej untuk aktiviti BBQ. Aktiviti ini bukan menelan belanja yang besar, RM35 untuk satu keluarga. Makan sampai kenyang!
Selain menu BBQ, ada menu tambahan yang dibawa masing – masing. Ada buah – buahan, ada spageti, ada nasi goreng dan salad. Perkelahan sederhana tetapi meriah.
Adira, pertama kali menjejak kaki ke pantai. Walaupun di Terengganu banyak pantai tapi belum berkesempatan nak bawa. Mungkin belum membiasakan diri, Adira tak mahu berpijak pada pasir. Jadi, PR bawa si kecik ini sajalah bergambar. Hehee
Next picnic? Entahlah, ada ura – ura akan diadakan pada tahun depan sempena 10 tahun grad, mungkin akan lebih ramai yang boleh sertai. Lebih besar family GESS 05-09. Lebih banyak aktiviti, dan mungkin lebih banyak cerita.
Kat mana ye lokasi sesuai untuk aktiviti Family Day sebegini? Ada cadangan?
Nota | Gas Engineering Student Society, UTM
0 comments