Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Zakat Fitrah 1433H

Friday, July 27, 2012

| |
|

Aku pernah post status kat Facebook dalam tahun 2008 camtu, berbunyi lebih kurang "bila la nak bayar zakat fitrah untuk dua orang ke, tiga orang ke, asyik bayar untuk sorang diri je". Hehe.. ayat tu sindir diri sendiri la kot ntah bila la nak kahwin pada ketika tu. Alhamdulillah, tahun ni dah bayar untuk 3 orang sudah, untuk aku, isteri dan Arfa.

Alhamdulillah...

Sleep study for sleep apnea

Wednesday, July 18, 2012

| |
|

Apekah Sleep Apnea? Merujuk kepada Wikipedia, Sleep apnoea (or sleep apnea in American English; /æpˈniːə/) is a sleep disorder characterized by abnormal pauses in breathing or instances of abnormally low breathing, during sleep. Each pause in breathing, called an apnea, can last from a few seconds to minutes, and may occur 5 to 30 times or more an hour. Similarly, each abnormally low breathing event is called a hypopnea. Sleep apnea is diagnosed with an overnight sleep test called a polysomnogram, or "sleep study".

Last week, aku did a Sleep Study dekat Shah Alam Specialist (SALAM) after doctor nak determine sama ada aku perlukan operation untuk remove tonsils ataupun guna C-PAP machine. Maka terpaksalah aku overnight satu malam kat hospital. The result, aku mengalami Obstructive Sleep Apnea dan aku dapat AHI score dalam kategori severe.
The AHI is used to classify the severity of your sleep apnea, according to the following criteria: 
  • Mild: 5-15 events per hour of sleep 
  • Moderate: 15-30 events per hour of sleep 
  • Severe: greater than 30 events per hour of sleep
Huhu.. doctor cakap removing tonsils takkan solvekan dengkuran aku nih, maybe hanya dapat improvekan sedikit dari segi breathing. Haha.. kena pakai C-PAP yang harganya RM 8000. Hmm... tak la kot nak beli. Lain solution, kena kuruskan badan. Hmmm... berusahalah! (harap dah pindah Shah Alam nanti dapat join sports sbb ramai kawan-kawan berdekatan)
Patient using a CPAP machine. There are many models of CPAP face masks.

So as for now, continue guna spray dalam hidung yang doctor bagi dan amalkan minum susu tiap kali belum tido (advise dari officemate aku).

Siapa kata senang ada anak?

Sunday, July 15, 2012

| |
|

Salam..malam ni mata adalah tak mengantuk.
Gara-gara suami mintak nescafe just before tidor.
Maka satu gelas untuk suami, satu gelas untuk isteri.
Tapi suami dan anak? Dah selamat lena. hehe

Tadi tanye satu soalan kat suami before dia tertidur,
Isteri: Sayang, susah tak ade anak?
Suami: Siapa cakap senang ade anak?
Huhu..terdiam sang isteri.

Ye...selepas 53 hari bergelar mama, ibu kepada Arfa, aku sudah faham perit jerih seorang ibu,
Bukan mudah nak mengandung dan melahirkan...apetah lagi membesarkan anak.
Perlukan kasih, pengorbanan, kecekalan yang bukan sedikit.
Perlu menjadi kuat dan tabah demi seorang anak.

Seawal umur Arfa belom sehari, luka czer masih baru, mama dah pon belajar erti berkorban.
Arfa adalah baby yang tidak meragam sebaik dilahirkan.
Seawal pagi sejak keluar dari perut hingga ke petang, langsung tido.
Terdetik di hati, senang jage baby mama ni..tido je..hehe
Tapi sebaik malam, Arfa sudah menguji sang ibu.
Dalam wad yang punya ramai ibu2 mengandung, ibu2 baru melahirkan, baby2 baru dilahirkan, Arfa tunjuk taring.
Arfa menangis tanpa henti sampai mama mati akal.
Diberi nenen yang hanya ade beberape titik susu, tak mau, ditukar pampers masih nangis, didukung, dibuai, sume tak jalan.
Akhirnya selepas berjam-jam, sorang nurse yang prihatin ambik Arfa, bawak ke mana, mama tak tahu, baru mama dapat tido.
Besoknya tetap sama. Arfa nangis menjelang malam.
Tabahnya mama tangani anak seawal 2 hari, sikit mama tak menangis walau penat, tanggung sorang2.

Cerita di hospital bersambung di rumah.
Saban malam, Arfa menangis, susah nak ditidurkan.
Bezanya, di rumah, mama share dengan daddy kepayahan tangani ragam Arfa..:)
Boleh dikira dengan jari di sebelah tangan, malam Arfa tidur dengan lena.
Walau sesukar mana pon, mama and daddy tetap usaha tidurkan Arfa.
Walau mata mama macam panda, walau lewat daddy punch card di ofis,
Sedikit saja pengorbanan kami nak dibandingkan dengan kebahagiaan hadirnya Arfa..:D

Arfa juga baby yang akan menangis bila tidur di tempat baru.
Dibawa balik ke rumah kami di Bukit Mahkota, Arfa menangis macam sakit.
Arfa menangis sebaik diletak di tilam.
Sampai akhirnya mama tido sambil memeluk Arfa, daddy memeluk mama.
Mama tidur dalam tangis bukan kerana penat menidurkan Arfa berulang kali,
Tapi mama sedih tak memahami dari awal yang Arfa ketakutan tido di tilam.
Arfa mahu tido di pangkuan mama. Maafkan mama.

Daddy excited bawa pulang Arfa ke kampung daddy
Tapi Arfa masih menangis di tempat baru.
Menangis yang bukan sikit.
Berjaga lagi mama dan daddy untuk tidurkan Arfa.
Sampai ade yang ingat Arfa lapar, tak cukup diberi susu.
Oh Arfa.


Tapi..Alhamdulillah...mama dan daddy panjatkan syukur pada Ilahi.
Sebaik pulang dari kampung daddy, Arfa sudah semakin cerdik.
Berkat orang di kampung yang membantu 'siuk2' Arfa, dengan izin Allah,
Arfa sudah kurang menangis. Arfa tido nyenyak di malam hari. :D

Banyak sudah mama dan daddy belajar dalam membesarkan Arfa 53 hari.
Arfa menangis kerana 3 sebab.
Lapar, mama bagi nenen, pampers kotor, mama tukarkan, ngantuk nak tido, mama and daddy tidurkan.
Mama akan dulukan Arfa dari segala keperluan mama.
Mandi tak basah, makan tak kenyang, tido tak lena. Demi Arfa.
Terima kasih Arfa kerana memberi mama and daddy peluang belajar semua ni.
Banyak lagi yang ingin mama and daddy belajar untuk Arfa.

Mama dan daddy perlu tabah.
Mama dan daddy perlu kuat.
Untuk Arfa.
Bukan senang ade anak.
Tapi mama tetap nak anak. Malah mahu anak-anak.
Arfa kene jadi kak long tau! hehe
Tapi lepas mama and daddy khatam perihal baby. ;p



Sudah ku belajar erti kepayahan membesarkan anak.
Sudah ku tahu pengorbanan ibu ayah.
Akan ku cuba menjadi anak yang menyenangkan buat ibu bapaku.
Insyaallah.
Semoga anakku juga menjadi insan yang menyenangkan kami.

Mama dan daddy sayang Arfa banyak-banyak!





Arfa Tasnim: Aqiqah & Cukur

Wednesday, July 11, 2012

| |
|


Umur Arfa masuk 44 hari masa kitorang bawak dia pulang ke kampung halaman aku di Terengganu. First time nak bawak dia jalan jauh ni, Alhamdulillah semuanya selamat. Selamat pergi dan balik. Majlis aqiqah buat pada 7/7/2012, buat kecil-kecilan panggil saudara-mara dekat, jiran-jiran dan jemaah masjid. Cukur pulak, mula2 ingat nak kasi licin, tapi Ayah Teh aku cakap, mesin no 1 pon dah cukup. hehe

Untuk gambar, boleh pergi ke Facebook photo album.