Ini merupakan sambungan kepada Entri Dulu & Sekarang : Yang Kurang Best dan Yang Lagi Tak Best. Sekiranya korang belum menjenguk entri tersebut, bolehlah luangkan seketika untuknya.
03. Yang Dikira Best
Dahulu
Perempuan yang memakai tudung tu adalah daripada kategori spesies yang hampir nak pupus (zaman-zaman P.Ramlee dulu)
Sekarang
Ramai dah mula memakai tudung tanpa mengira design macam mana pun. Jumlah yang pakai tudung labuh sampai ke kaki pon not bad! Dah jadi trend la pulak sekarang nie. Kan Yuna, kan Wardina?!
Dahulu
Proton menjalankan kerjasama dengan Mitsubishi. Maka keluarlah Wira, Perdana dan Satria.
Sekarang
Proton menjalankan kerjasama dengan Mitsubishi. Maka keluarlah Inspira! Cantik design this time. *muehehehe*
p/s : Aku pernah terjumpa beberapa biji kereta sepanjang berada di Proton. Ada seorang Brother dari Turkey yang memiliki Proton Gen-2 di kampungnya. ^_^
Dahulu
Sesiapa yang ada handphone memang boleh diconsider sebagai “high class” la walaupun hanya sekadar Nokia 3310. Setiap malam tunggu pukul 12.00 malam sebab mesej antara Celcom jadi amat murah berbanding rate harian biasa. Kan Cik Asliza Ahmad?! ^_^
Sekarang
Kalau boleh nak kena ada dalam 2 hingga 3 bijik handphone setiap sorang. Satu nombor Celcom, satu nombor UK dan bla..bla..bla. Kalau Celcom, dah ada UniPax dan kalau Maxis dah ada Youth Club : so murahlah untuk mesej anytime dan anywhere. Bukan setakat mesej tapi untuk calling-calling sekali. Ahakz!!
Dahulu
Susah betul nak pergi ke sana dan ke sini. Nak harapkan public transport, memang hampagas sekian mekasih. Nak perg study di luar negara? Jangan haraplah melainkan mak bapak anda tanam pokok berbuahkan duit.
Sekarang
Boleh tahanlah. Mudahlah sedikit nak ke sana dan ke mari. Dah ada Putra LRT, Monorel dan Komuter, senang la kalau planning nak lepak kat Kuala Lumpur: walaupun Komuter masih lagi hampagas. Pastu, semenjak ada AirAsia nih, merasa la nak pergi membeli-belah kat Bandung tu.
Dahulu
Mak Cik, Pak Cik, Mak Aji, Tok Aji dan semuanya buta IT. Kalau rumah ada komputer tu kira selebiriti la dalam kampung. Tapi selalunya komputer letak dalam almari kaca buat perhiasan sahaja. Internet? Siput babi laju lagi kut.
Sekarang
Sekali-kala buka Facebook, stalk orang ni, stalk orang tu. Dah la best sebab klik je, terus keluar gambar, klik je kuar gambar. Adik-adik aku yang “berdarjah” pun semuanya ada Facebook. Silap-silap kalau tekan-tekan nantikan, “Eh, macam nenek aku jer nie”
04. Yang Sumpah Best!
Dahulu
Kalau dapat khatam Quran sebelum bersunat (untuk lelaki) ataupun sebelum masuk darjah tiga memang dikira hebatlah. Dapat baca Quran dengan betul tajwidnya pun dah dikira macho.
Sekarang
Budak-budak tadika pun dah khatam Quran. Kalau di Terengganu tu, siap boleh buat statatistics untuk kanak-kanak yang khatam Quran. Kira baguslah macam tu kan?! Barulah menuju ke arah negara Islam!! *kuikuikui*
Dahulu
Kalau nak pergi haji ataupun umrah kena naik kapal laut dan ambil masa yang lama. Selalunya yang tua-tua sahaja pergi.
Sekarang
Kalau nak pergi haji ataupun umrah kena naik kapal terbang dan ambil masa yang sekejap sahaja. Selalunya yang tua-tua sahaja pergi tapi yang muda-muda pun dah ramai sekarang.
Dahulu
Kesedaran tentang Islam tu kurang. Kalau sesiapa join pergerakan berbentuk Islamik ni, orang tak pandang. Tak glamour gitu. Selalunya yang memenuhi masjid adalah pak cik dan mak cik yang “rumah kata pergi, kubur kata mai mai chiang mai!”
Sekarang
Kesedaran tentang Islam tu dah mula mencanak membuak di kalangan anak muda. Kalau sesiapa join pergerakan berbentuk Islamik ni, kira normal ah (walaupun silap haribulan orang boleh panggil teroris!). Masjid-masjid pun alhamdulillah, sejuk mata memandang. Bilangan anak muda tak kurang ramainya! Hiduplah masjid tu kan?!
Dahulu
Mak bapak nak hantar anak-anak ke sekolah private. Ada jugak mak bapak yang hantar anak diorang ke sekolah antarabangsa. Hantar ke sekolah agama? Apa kau ingat anak-anak aku nak jadi ustaz ke?!
Sekarang
Masih ramai mak bapak yang teringin nak hantar anak-anak ke sekolah private dan antarabangsa. Tetapi semakin ramai mak bapak yang hantar anak-anak diorang ke Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama. Tidak kurang juga yang menghantar anak-anak mereka ke luar negara bagi menuntut ilmu agama. Tahniah anda memang cool!!
p/s : Tribute dan Jazakallah Khairan Kathira kepada Naqib aku : Adam Effendy kerana membenarkan peng"copy"an entri nie. Segala hak cipta asal adalah daripada beliau dan aku hanya mengedit serba sedikit apa-apa yang patut! ^_^
*Semalam aku tengok match Arsenal vs Wigan di Emirates Stadium : Beku dalam snowy*
[Lusa akan menghadirkan diri untuk pergi ke Brussels, Belgium tapi assignment bertimbun]