Sedar tak sedar, bilangan follower aku dah pun mencecah angka 2000 beberapa hari lepas. Rasa macam gempak lak tapi thanks kepada semua sebab sudi untuk mengikuti perkembangan blog aku yang tak seberapa nie. Oh ya, last July aku pergi Gathering Gengblogger di Putrajaya. Hajat di hati aku memang nak wujudkan satu entri khas mengenai Gathering nie tapi asyik tangguh jer memandangkan aku asyik busy kerja. Last-last aku rasa yang entri tu mungkin dah macam lapuk. So, sorry yerk!! *hukhukhuk*
Sebelum aku bercerita dengan lebih panjang mengenai angka 2000 followers nie, aku just nak share satu berita gembira dengan korang semua. Last month aku masuk pertandingan cabutan bertuah yang dianjurkan oleh Kak Haida. Hadiahnya ialah sehelai baju kelawar. Entah kenapa, aku menjadi salah seorang pemenang yang bertuah dan layak memenangi baju tidur kelawar nie. Mungkin aku akan kasi kat someone else sebab takkan aku nak pakai baju tu untuk tidur kut. (-_-") Yang penting, ribuan terima kasih kepada Kak Haida atas contest tersebut. Yahuuu~!!
Semasa aku berada di Gathering Gengblogger tu, aku telah diminta untuk berkongsi secret ataupun rahsia bagaimana blog aku nie boleh mendapat begitu ramai followers dalam masa yang singkat. Memang aku tak expect langsung kena bagi ucapan masa tu. So, memang agar berterabur ayat aku. Jadi, memandangkan aku dah mencecah angka 2000 followers sekarang nie, aku nak share tips-tips aku dalam mendapatkan ramai followers. Antaranya ialah :
Tips Satu : Biasanya aku akan mengambil masa yang lama untuk taip entri. Kadang-kadang boleh mencecah berjam-jam. Sebabnya ialah untuk memastikan kualiti entri yang tinggi dan rasa menarik untuk dibaca.
Tips Dua : Banyakkan blogwalking. Kalau boleh, tukarlah nama di shoutmix tu sekali sekala supaya orang ramai terus masuk ke blog kita. Rajin-rajinkan blogwalking dan kalau sempat, tinggal komen di entri jugak.
Tips Tiga : Kalau korang perasan, blog aku nie agak cepat loading dan takda bahan-bahan sampingan seperti lagu ataupun video. Ini kerana aku memang tak suka kalau ada background lagu. Aku rasa korang pun macam aku jugak kan?! Yakni tak berapa gemar lagu background!!
Tips Empat : Teruskan menghasilkan entri yang berkualiti, menarik dan penuh informasi. Elakkan daripada teknik "I follow u, u follow I lak" sebab teknik tu boleh membuat orang rasa menyampah. Memang aku tak pernah praktiskan teknik tu tau!!
Tips Lima : Tulis entri dengan penuh kasih sayang dan concern about orang lain. Tak perlu sentuh banyak sangat peribadi dan tulis dengan penuh keikhlasan. Pastikan niat korang sampai kepada pembaca semua.
Jadi, itulah lima tips yang memang aku pegang sejak daripada aku mentadbir blog Coretan Perantau nie : yakni sejak Januari yang lepas. Walaupun aku amat busy bekerja sekarang, followers aku still bertambah walaupun tak sepantas dulu. Kira okaylah dan amat bersyukur tul aku. *muehehehehe* Oh ya, lupa nak bagitahu korang semua. Besok merupakan hari terakhir aku bekerja di Ernst & Young Tax Consultants Sdn Bhd. So, kalau ada masa nanti, aku akan update dengan korang semua kisah aku dua bulan bekerja di sana. Ingatkan aku kalau aku terlupa tau!! INGATKAN AKU!!
*I wanna finish my time in EYTC with my head held high : All the best!!*
[Mungkin aku beri baju kelawar tu kepada Cik Asliza Ahmad : tengok dulu camner]
[Mungkin aku beri baju kelawar tu kepada Cik Asliza Ahmad : tengok dulu camner]