Seperti mana yang aku janji dengan korang semua, aku akan kongsi pengalaman aku menjejakkan kaki ke luar United Kingdom buat kali pertama. Trip ke Brussels, Belgium pada 3 hingga 5 December lepas merupakan first time aku ke Europe bersama member aku : Nab dan Zaki. Kitorang bertiga menaiki train Eurostar daripada St Pancras, London pada petang 3 hb dan sampai di sana pada waktu malam (2 jam perjalanan) Selalunya trip Eurostar memang mahal yang teramat tapi disebabkan bantuan Nab, kitorang dapat ticket murah *muehehehe*
Sebelum bertolak ke Brussels, kitorang sudah pun book hostel untuk bermalam di sana. Kos train Eurostar dan juga penginapan di hostel selama 2 malam hanyalah serendah GBP 50.00 (RM250.00) Once kitorang dah sampai di Station Midi, Brussels: memang agak kampung jugaklah. Di mana-mana sahaja ada symbol Belgium, kitorang akan bergambar. Ahakz!! Selalunya bila dah sampai ke bumi asing, mestilah planning nak letak barang dulu dan rehat-rehat di hostel kan?! Tapi kitorang pulak terus menuju ke Grand’ Place yakni central attraction Brussels bersama bebarang kitorang semua. Memang hampir sesat tapi kepakaran aku membaca peta dan kepakaran Nab bercakap basic French meredakan suasana. Lagipun ada local yang tolong tunjukkan arah jugak. (^_^)/
Kitorang duk pusing dan sesat di tengah Brussels malam tu tapi sempat jugaklah memahami jalan-jalan utama around Brussels. Selepas dah penat, kitorang plan untuk ke hostel dan check-in. Memang perjalanan ke hostel amat gelap dan menyeramkan. Ingatkan dah sesat : selamatlah ada yang sudi tunjukkan di mana hostel tu. Selepas dah check-in dan berehat, sempat jugaklah kitorang planning untuk hari Sabtu pulak. Kitorang decide untuk tour Brussels dan pergi ke mana-mana attraction yang sempat untuk dijajah!! Selain itu, kitorang plan untuk test semua jenis coklat di Brussels : kota coklat dunia kan?! *wakakaka*
So, hari Sabtu 4 Dec, kitorang memulakan plan untuk menjajah Brussels dengan lebih serius. Selepas breakfast sekenyang-kenyangnya, kitorang pun gerak. Walaupun snow turun dengan agak lebat sepanjang hari tu tapi kami tetap dengan plan kami. Kitorang pergi dari satu attraction ke attraction yang lain yang telah ditanda di dalam peta dengan berjalan kaki. Semua tempat yang sempat kitorang singgah, kitorang akan singgah untuk bergambar. Kalau tak dapat masuk sebab kena bayar, ambil gambar di luar pun dah mengcukupi. Daripada West Brussels, kitorang berjalan ke North Brussels dan terus ke East Brussels. Malangnya…something happened!!
Kamera Nab yang merupakan kamera utama kami dah habis bateri. Malangnya lagi adalah aku terlupa nak bawa kamera Olympus aku yang tertinggal di hostel. Nak tak nak, kitorang terpaksa menggunakan handphone Satio Zaki untuk terus menangkap gambar sepanjang perjalanan. Malangnya lagi adalah handphone Zaki pun habis bateri dan hanya bergantung kepada Blackberry aku sahaja untuk mengambil gambar. Memandangkan ribut salji makin kuat, kitorang sempat untuk minum hot choc di Godiva dan rehat-rehat daripada kebekuan kesejukan salji. Bincang punya bincang, kitorang plan untuk balik ke hostel dulu. *kuikuikui*
Once sampai di hostel, kitorang sembahyang Zuhur dan Asar terus. Selepas itu kitorang sembahyang jamak Maghrib dan Isyak sambil tunggu bateri kamera Nab full. Sambil tunggu bateri kamera full jugak, sempatlah kitorang masak megi dan makan megi di hostel. Yang sedihnya kitorang berkongsi dua bungkus meggi bertiga. Sedih tul kehidupan masa tu. Bila dah balik ke hostel dan berasa amat selesa dengan ke-warm-an di hostel, rasa macam malas nak keluar sebab best lepak hostel. Dah la panas, takda ancaman ribut salji lagi. Agak-agak korang kan, adakah kitorang keluar dan meneruskan perjalanan?! Ataupun kitorang just lepak sampai malam dan baru keluar ataupun macam mana yerk?! Jawapannya adalah di part two nanti!! Tunggu yerk!!
*Ada dalam 200 lebih gambar untuk Part One nie tapi tak mampu nak share semua*
[Pagi Isnin di London aku akan ambil flight ke Paris : moga cuaca mengizinkan dan best!!]