Jumaat, Mac 7

Lego Speed Champions F1

Ni citer sehari sebelum berpuasa iaitu pada 1 Mac 2025. Kami ke IOI City Mall. Ni muka orang excited dah tahu nak pergi mana ni. 


Dah tiba dah tempat yang dituju ke Lego. Pada 1 Mac 2025, ada Lego baru keluar iaitu Lego Speed Champions F1. Semua team ada. 

Lego kat bawah ni bersaiz besar dan harganya RM999 kalau tak silap la. 


Dania dah jumpa team yang Dania berkenan. 


Harga Lego bersaiz kecik Speed Champions F1 ni RM129.90. 


Peminat-peminat F1 pasti kenal la team Alpine. 


Ini team Ferrari. 


Team Red Bull. 


Team Petronas Mercedes. 


Team Williams Racing. 


Team Haas. 


Kalau tengok stok yang menysut ialah Team Ferrari. Mungkin cantik dan menyerlah kot berwarna merah. 


Ada juga dijual Lego lori F1 ni. Harganya seperti dalam gambar ya. 


Kat sini juga kita boleh buat key chain Lego. Kena pilih Lego dari kecik-kecik ni. 


Lagi Team....iaitu Team Sauber. 


Team McLaren. 


Ini pula Lego Team Read Bull bersaiz besar. 


Saiz Lego kecik Team F1 ni sebesar inilah. 


Alhamdulilah dah beli dah Lego idaman Dania Team Ferrari guna duit bekerja Part Time kat F.O.S. Bila guna duit sendiri baru rasa sayang dengan barang yang dibeli. 


Bila Dania minat dengan F1 ni?. Semenjak tertengok pemandu team Ferrari bernama Charles Leclerc kat youtube. Semenjak itu, suka tengok F1. Minat ni mula bercambah pada tahun lepas. 

Ummi pun google la siapa la Charles Leclerc dari team Ferrari ni. Dapatan ummi. Ni haaa dia gerangannya. Dania kata sebaya dengan Jung Kook BTS. Charles ni berasal dari Monte Carlo, Monaco. Bila ummi kata tempat orang kaya ni. Dania kata Charles ni kata berasal dari keluarga biasa-biasa je. Biasa macam mana tak sure la kan. Hmmm patut la Dania minat ya....

Credit : Google

Dengan bermain Lego ni imaginasi kita turut kreatif. Tengoklah hiasan Lego depan kedai ni. 


Dulu masa kecik2 dulu ummi belikan Dania Lego Friends. Ada rumah, kereta dan karakter Lego Friends macam Emma, Stephanie, Mia, Olivia dan ramai lagi. Dah lama la tak beli Lego ni....ni baru beli balik. 


***Ada berita yang buat saya tersenyum 😊. Next week kot saya share 💜





XOXO,
Ezna 

 

5 ulasan:

  1. Kalau pakai duit sendiri, baru tahu susah ke senang... Hihihi

    BalasPadam
  2. Wahhh..Bestnya..Sy pun suka lego2 ni =)

    BalasPadam
  3. memerlukan kesabaran utk pasang ni, fuhh!

    BalasPadam
  4. dania minat lego F1 yer..menarik tu...wahhh apakah berita yg buat u tersenyum tu ezz

    BalasPadam
  5. kalau F1 dikembalikan ke sepang pasti dania teruja nak g tgk...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Terjumpa Fattah Amin ke?

Bulan 3 ni birthday hubby. Kena mencari barang yang tak ada lagi. Kalau wallet dah beli dah birthday sebelum ni.  Saya dan Dania ke Jakel la...