Kami ada breakfast sehari sebelum puasa kat sini.
Saya dan Dania order lempeng dengan sambal ni. Sambal dia berapi sikit. Lempeng ni tak berapa suka sebab lempeng kelapa tapi sebab lempeng pisang tak ada kami ambik je lempeng kelapa.
Ada juga kari tapi karinya hmmm....tak boleh masuk pulak.
Ramai yang makan kat sini pagi sabtu sebelum berpuasa tu.
Air kami tiba lewat. Mulanya dah order kemudian tukang buat air entah bawa order kat meja mana. Ada pekerja ambik order air kami juga untuk kali kedua. Bila nampak adik air datang kemudian terpinga-pinga air perlu dihantar ke siapa....time tu saya panggil tanya itu air apa? Ternyata ada teh o suam dan air suam air yang kami order. Saya tanya mana nombor?. Dia kata dah tak ada. Habis apa tujuannya ambik order???.
Hubby ada order lemang. Tak lama kemudian datang adik ambik order kata lemang ada tapi rendang habis. Ok kami kata nak lemang je sebab lemang boleh je kita cicah dengan kari ke, sambal tumis ke kan....Lama....tunggu punya tunggu, lemang pun tak sampai. Pergi ke tempat lemang. Orang handle lemang tu orang lain ya. Nak tau apa??? Lemang pun habis. Dia dok sibuk buat order pelanggan yang take away.
Sebelah meja kami pun ada order yang tak sampai. Air pun tak sampai lagi padehal mereka datang awal lagi daripada kami. 😅. Mereka order lemang juga dan agak bengang sebab terdengar saya cakap pasal lemang yang kami order tu dah habis. 😒
Tak sistematik sungguh la saya rasa. Tak payah la ambik order lain kali, kita je berdiri tempat buat air ke, lemang ke...pasti dapat la order kita. Entah apa gunanya ambik order ya?.
Tak tunggu lama dah lepas minum terus la balik dengan perasaan kecewa gundah gulana. Nak repeat lagi memang tidak la. Kita ke kedai lain pulak la.
XOXO,
Ezna
Saya kalo jadi mcm ni angkat kaki terus...
BalasPadamYa...kalau meja sebelah dah muka masam dari kami baru tiba lagi. Patutlah....rupa-rupanya order mereka tak tiba lagi.
PadamAduhai..Sy yg baca pun terasa panasnya...=D
BalasPadamHmmm tu lah....Niza...
PadamKalau sy bukan sahaja kecewa tapi marah!
BalasPadamSebenarnya ya juga tapi tu lah....ramai sangat orang sampai camtu jadinya tapi takkan ambik order tak letak no meja kan?.
PadamMmg tak repeat la kalau gini kan...
BalasPadamSy paling x suka kalau org order kendian dapat dulu. Nmpk sgt diorg tak ikut no kan...
ke sebab hari tu ramai orang, jadi caca merba sikit
BalasPadamuishhh i dgr pun geram hahhah memang tak de sistem la tu
BalasPadamGeramnya kalau kedai jenis tak sistematik ni. Potong mood betul kan.
BalasPadamAda kalanya berhadapan dengan situasi begini.
BalasPadamPanas.... sakit hati.