funrun
Showing posts with label funrun. Show all posts

Koleksi Medal Fun Run September dan Oktober 2019

November 6, 2019

Koleksi Medal Fun Run September dan Oktober 2019

Koleksi Medal Fun Run September dan Oktober 2019 | Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ni Cik Renex ada menceritakan kisah aktiviti larian yang CR sertai bersama kawan-kawan. Kalau belum baca boleh klik link ni CR Lari .  .

Sebelum ni, setiap minggu kami sertai aktiviti Fun Run ni, tetapi sekarang dah hadkan, sebulan sekurang-kurangnya sekali sertai. Oklah dari takde kan. Saja tambahkan koleksi medal dan sesi bergambar. :)

Berikut adalah aktiviti Fun Run yang CR sempat sertai pada bulan September dan Oktober baru-baru ni

1. Khee Chee Fun Run, Hari Malaysia

Sebenarnya, tak rancang pun nak sertai larian ini sebab plan asal nak ke Kluang Johor cuti 16 September tu. Tetapi ada hal, tak jadi pergi ke sana. Bila tanya wani, kebetulan dia join sensorang makanya, CR pun menawarkan diri untuk menyibukkan diri. Khee Chee Run ni adalah anjuran Alumni Sekolah Khee Chee di Temerloh  dan Wani adalah salah seorang staf disana, itu sebabnya boleh terjoin event ni.


Masa sampai pagi tu memang nampak majoriti yang sertai fun run tu semuanya cina, melayu hanya kami berdua jer. Mungkin tak sampai lagi kan , tetapi bila dah start panaskan badan, jenguk2 dalam dewan tu ada la tambahan seorang lagi Melayu. huhu.. Masa ada ucapan perasmian tu, kesian dieorang kena cakap bahasa melayu gak sebab risau kami tak faham. Tapi last-last dia speaking bahasa mereka jugak,tapi okay je sebab macam faham jugak :)

Khee Chee Fun Run, Hari Malaysia

Laluan berlari macam biasa, ikut laluan Temerloh. Ikut jalan dalam taman perumahan , melalui sekolah Abu Bakar, esplanade dan pelbagai lagi. Semput wehhh, sebab lama tak berlari. Wani dah laju ke hadapan dah macam biasa dan tinggallah CR di belakang.  Peserta Khee Chee run ni pun ramai yang berusia juga , dan lajuuuu mereka berlari dan berjalan,kalah kita yang muda ni. 'Muda' ke masalahnya? hahaha


Khee Chee Fun Run, Hari Malaysia

Kami berdua je yang join, geng fun run yang lain tak dapat join sebab ada hal masing-masing. Banner besar,tapi kami berdua je..nampak la kekosongan disitu. hehe


2. International 5km Fun Walk For World Peace 2019

International 5km Fun Walk For World Peace 2019

Pada 21 September 2019 kami sertai International 5km Fun Walk For World Peace 2019 pula. Acara ni acara kebangsaan kerana semua negeri akan melaksanakan Fun Walk ni serentak. Pertama kalinya CR sertai aktiviti Fun Run seramai ini iaitu seramai 3000 orang yang melibatkan ramai pelajar sekolah. Meriah Temerloh dengan lautan baju biru.

International 5km Fun Walk For World Peace 2019

Cantik kan medalnya? Seperti biasa memang akan join yang ada medal cantik-cantik je. Hahaha. Asalnya 5km tetapi cuaca tak begitu mengizinkan jadi , semua berjalan sejauh 3km sahaja. Itu pun rasa jugak semputnya. 

International 5km Fun Walk For World Peace 2019

Geng Fun Run kami ,akhirnya cukup ahli. Nama pun fun walk, tapi kami ada juga berlari-lari anak sebab malas nk berjalan nanti lambat sampai. :p


3. Pahang Red Run Tour 19

Pahang Red Run Tour 19 Red One fun run

Awal bulan Oktober pula CR sertai larian Pahang Red Run Tour 19 Red One fun run anjuran dari telco Red One. Yang ni CR join sensorang je sebab geng funrun yang lain tak nak join. hehe. CR join pun sebab ada kawan CR yang ajak join dan mujur la sempat lagi daftar. Terima kasih pada Hazman & Syud tolong uruskan pendaftaran. heheh

Gambar diatas tu dengan cikgu-cikgu sekolah Triggers, ramai yang join kali ini. Sebelah CR tu paling hebat, non-stop berlari dan memang dia yang akan sampai paling awal.HEBAT Sam. 

Pahang Red Run Tour 19 Red One fun run

Suka medal larian ni, dan design tshirt larian dia pun lawa wehh. Warna ikut tema negeri Pahang, Hitam Putih dan merah tu warna rasmi telco Red One kan. 

Red One fun run

Yang ni kawan kraf CR , dia pun terjebak dengan aktiviti larian dah. hehe. Cantik kan design tshirt larian ni,memang sayang nak pakai kat rumah.

Pahang Red Run Tour 19 Red One fun run

Muka penat la sangat,padahal lari 5km jerrr. Hadiah cabutan bertuah Pahang Red Run Tour 19 Red One sangatlah lumayan akan tetapi CR tak pernah bertuah. Antara hadiah cabutan bertuah basikal, kipas , wang tunai sejumlah RM88, RM288, RM488 dan RM688. Punya la berdoa dapat wang tunai tu apakan daya, bukan rezeki CR. Sobs.

4. Vintage  Run 2019virtual run

Sepatutnya Vintage Fun Run ni bukan Virtual Run tetapi disebabkan ada masalah di pihak penganjur, mereka bagi pilihan pada yang dah daftar sama ada nak refund duit atau pun jadikan Larian Maya (Virtual Run) . CR pilih Virtual Run sebab baju dan medal event ni sangat la cantik dan rare. Medal bertemakan vintage,kaset zaman dahulu kala. Belakang medal tu adalah tshirt larian, nanti bila dah pakai CR update gambar disini yer.. comel sangatttt.

Untuk bulan ini, ada lagi satu larian terakhir kami untuk tahun ini. Tahun depan baru sambung semula. Nanti CR update lagi yer.

Koleksi Medal Fun Run Mac 2019 - Julai 2019

August 24, 2019

Koleksi Medal Fun Run Mac 2019 - Julai 2019 Cara sertai fun run virtual run list fun run medal fun run

Assalamualaikum dan Hai. Rasanya macam dah lama Cik Renex tak berkongsi aktiviti Fun Run yang sempat CR sertai. Last update berkenaan dengan aktiviti Fun Run di Amsas Pahang. Bleh klik ni kalau belum baca lagi. 


Jom kita tengok larian apa yang CR dah berjaya sertai. Saja menambah koleksi medal yang cantik2. hehe

1. Girls Power Virtual Run 2019 14 Mac 2019  

Girls Power Virtual Run 2019 virtual run
 Cantik tak medalnya. Ini adalah Virtual Run pertama yang CR join. Mula-mula risau juga nak join virtual ni sebab takut kena tipu. Bila tengok semula review dan ada yang pernah dapat medal tu, tu CR join juga.  Kalau perasan, atas medal tu tertulis nama kita. Seronok bila dapat medal ada terukir nama kita sendiri. 😍

Apa itu VIRTUAL RUN atau dalam bahasanya LARIAN MAYA?? 

Larian maya ini sebenarnya kemudahan untuk peminat larian untuk sertai aktiviti larian tanpa perlu hadir ke sesuatu event. Dan kita juga bebas untuk berlari di mana-mana sahaja tetapi perlu habiskan jumlah jarak dalam tarikh yang ditetapkan oleh penganjur.Siapa-siapa yang tiada masa atau tak sempat join aktiviti funrun sebenar  boleh la join Virtual Run ni. Kita cuma perlu snap screenshot bukti kita telah berlari dengan jarak yang ditetapkan dan hantar pada pihak penganjur. Lepas tu tunggu je medal atau tshirt sampai. 

 CR join Virtual Run ni dari apps 42race. 

2. Global Surveyor's Day 2019 23 Mac 2019 

Global Surveyor's Day 2019

Kali ni CR dan #gengFunRun beralih arah sertai aktiviti di luar pahang pulak. Kami menyertai aktiviti fun run sempena Hari Global dunia di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) KL. Kami sertai event ni pun kerana salah seorang dari geng kami pernah kerja di JUPEM. Jadi sebagai tanda sokongan, kami semua pun menyertai aktiviti ini. 


Global Surveyor's Day 2019

Bergambar kenangan dengan power rangers ni. ye ke power rangers?Biar la kalau salah pun. Hehe. 

3.  Patin Run 2019 14 April 2019



Pada awalnya, laluan larian Patin Run sekitar bandar temerloh tetapi ada sedikit masalah dengan pihak-pihak tertentu maka tukarlah tempat ke Mentakab. Kecewa juga sebenarnya sebab trademark Temerloh kan dengan Ikan Patin, bila tak berlari di sekitar Temerloh kecewa juga hati ini. Tapi tak ape lah. larian tetap diteruskan. 

Trek laluan agak memenatkan wehhh. Dengan jalan berbukitnya. Kejap naik bukit. kejap turun bukit. Mengahhhhh. Nasib tak de anjing kejar je. huhu



CR suka dengan design medal Patin Run ni dan tshirt pun cantik warna dia. I loike.

4. 28 April 2019 Adtec Jerantut Fun Run

Adtec Jerantut Fun Run

Adtec Jerantut Fun Run

Event terakhir sebelum menyambut bulan Puasa. Medal kali ni unik juga, gambar tapak kasut. :p . Trek laluan kali ni agak mencabar. Mula-mula lalu jalan besar utama, kemudian masuk ke hutan dan baru ke dalam ADTEC semula. Jalan berbukit yer kawan-kawan sama macam Patin Run. huhu

Design baju yang simple tapi ayat nya sangat bermakna. 

"Pain is Temporary, Quitting Last Forever"


5. Bus Mini virtual run 15Julai 2019


bas mini beestorm virtual run

Medal Virtual Run kedua yang CR sertai. Comel je gambar bas mini. Yang ini CR sertai bawah Beestorm. Harga murah dan design lawa. Nak join klik link bawah k.


6. Malaysia Breakfast Day Fun Run 21 Julai 2019



Event yang CR nanti2kan sebab tahun lepas terlepas nak daftar. Tahu-tahu je dah tutup penyertaan. Kali ni memang alert betul dengan tarikh dia dan terus ajak geng join. Event kali ni 3km je tapi tak tahu la apps rosak ke ape ke, km tak sampai 3km. 


 Malaysia Breakfast Day Fun Run
favourite!
 Puas hati sangat dapat join event milo ni sebab CR suka sangat air milo dari Lori Milo tu. Rasa dia tu lain dari yang kita biasa minum di rumah mahupun kedai. Dia ada rasa special Lori Milo tu. Ahaks. Lepas je larian , dapat medal terus ke booth air milo. 


 Malaysia Breakfast Day Fun Run

 Malaysia Breakfast Day Fun Run
Apa yang kami dapat bila dah sampai Finisher Line. :)

Kami kan baru 1st time join, rupanya ada kupon dalam beg yang kita dapat finisher line utk kita amik breakfast di booth yang disediakan. 😅

Selain tu ada juga game2 yang untuk disertai dan hadiah yang ditawarkan best juga sebab barang-barang dari Nestler kan. Tidak ketinggalan orang ramai pun datang juga untuk menyertai permainan yang disediakan. 

Konon-kononya kami nak bersara dah dalam dunia funrun tetapi tak menjadi. Event Fun Run untuk bulan September dan Oktober dah menanti. Bulan Ogos je berehat sebentar. hiks.

Julai 2019 vs Ogos 2018. Hahaha kbai


Amsas Fun Run & Ride 2019 #2

March 6, 2019


Adham Bike Centre

Assalamualaikum dan Hai. Cantik tak medal funrun yang Cik Renex join kali ni.  Seperti biasa , larian kali ni di bawah organiser Adham Bike Center (ABC) juga. Sekarang ni memang kerap sertai program fun run di bawah organiser ABC. Salah satu faktor utamanya kerana kebanyakkan event yang ABC handle mesti dalam kawasan Pahang juga. Jadi mudah la bagi kami untuk pergi. 


Macam kali ini, kami bertolak dari Bera dalam jam 4 pagi sebab larian bermula jam 730 pagi. Malam tu rasa macam tak nyenyak nak tidur sebab risau tak sedar. Dah la mak CR takde nak tolong kejutkan, memang harapkan alarm HP semata-mata. Pukul 2 pagi dah terjaga tapi tidur semula. hehe. Dalam 650pagi kami selamat sampai ke Akademi Maritim Malaysia ni. Masa sampai tu pun ramai juga yang baru sampai nasib kami dapat parking cepat, tak jauh sangat. 

Sampai-sampai sana, melilau kami mencari mana tempat urusetia sebab kami tak ambil Tshirt dan no bib lagi. Follow orang lain dan akhirnya jumpa juga. Sampai di urusetia kena beratur pula menunggu turn ambil dan ramai je yang baru ambil pagi tu. Mungkin faktor jauh tak dapat ambil macam kami ni jugak. 


Lambat juga bermula dari aturcara asalnya. Biasalah bila melibatkan ramai orang kan. Masa mula lari tu pun dah terasa panas teriknya. Trek kali ni kami berlari di sekitar AMSAS itu sahaja dan kawasannya agak luas juga. Untuk yang 10km dan berbasikal mereka ikut laluan lain dan melibatkan jalan luar juga. Kami hanya di dalam Amsas sahaja.

Cik Renex berjaya menamatkan larian sejauh 4.1km selama 38 minit lebih kurang. Tak tahu kenapa tak cukup 5km, rasa betul dah ikut laluannya. Tapi takpe lah, itu pun dah tak larat sebenarnya sebab hari panas terik. Bila dah sampai garisan penamat, aktiviti wajib adalah bergambar dengan medal masing-masing. Kepuasan itu datang bila dapat medal dan bergambar ramai-ramai dengan kawan yang datang sekali fun run. 



Gambar kenangan di depan Akademi Maritim Malaysia. Kecewa sebenarnya tak dapat hadiah cabutan bertuah. Dah la hadiahnya menarik2 contohnya hamper makanan, kipas dan hadiah utama adalah set penghawa dingin. Untung siapa yang dapat tu. Ok lah sekian untuk aktiviti funrun bulan Februari,kita jumpa update seterusnya untuk fun run Mac :) Sebelum entri tamat, kita tengok video yang sempat CR edit.

Ultron Kuantan New Year Run , Larian Tahun Baru

February 5, 2019

Assalamualaikum dan Hai. Sedar tak sedar dah masuk bulan Februari dah kita yer. Lamanya Cik Renex tak update blog. Sibuk dengan urusan menjahit dan urusan keluarga. Tiga minggu berturut-turut CR berulang ke Kluang sebab nak tengok kakak CR yang sakit nak bersalin. :)
Kisah tu nanti CR  ceritakan di lain entri yer sebab entri kali ni nak berkongsi tentang kisah CR menyertai larian pertama untuk tahun baru.

Larian kali ni seperti biasa anjuran dari Adham Bike Centre. Dan acara kali ni diadakan dua hari iaitu hari Sabtu dan Ahad. Sabtu malam ahad itu ada acara 'Ride' sejauh 30km kalau tidak silap manakala 'Fun Run' yang CR sertai ini pagi Ahad tu. Sabtu malam tu hari dah hujan lebat sangat tetapi acara tetap diteruskan. Risau juga pagi tu hujan sebab sampai kami tidur hujan tak berhenti lagi.


Pagi tu memang hujan lebat dan ingatkan akan terbatal Fun Run ni dan rasa macam kecewa dah. Tetapi bila sampai tempat kejadian tu, dah ramai peserta tunggu walaupun hari hujan membasahi bumi Indera Mahkota. :) Larian diteruskan bila hujan dah makin reda tapi di pertengahan larian tu, hujan turun semula mengiringi larian kami. Nak taknak teruskan juga sampai ke garisan penamat



Muka puas bila dah sampai garisan penamat. Kalau perasan, masa gambar ni diambil hari hujan lagi. Tapi rasa macam seronok pula berlari dalam hujan, tu laju je sampai dari kebiasaannya. Peluh pun tak berasa sangat sebab dah campur dengan hujan. Confius peluh ke air hujan. hahaha




So ini lah masa yang dicatat oleh CR untuk Ultron Kuantan New Year Run ni. Larian sejauh 5.4 km selama 48 minit 31 saat. Pace 8.57/km dan pace kali ni antara yang terbaik sepanjang CR sertai acara lain. Selalu 9 ke atas, dan kalau joging petang-petang lama ke teruk Pace iaitu 11 ke atas. Malu sis tengok pace sendiri. huhu. Bila time larian macam ni lah baru semangat sikit nak berlari. Bila masuk dalam group Facebook Malaysia Runner, tengok diaorang pace segan kita. Kita pace siput dieorang semua pace Arnab. Pace 5/km je masing-masing.


Gambar wajib selepas penat berlari sejauh 5KM .

Okay,sekian update untuk larian pertama tahun ni. Suka update di blog sebab nak jadikan kenangan pada masa akan datang. Tahun ni azam, satu bulan satu larian. Siapa nak join sekali, jom. :)

Temerloh Getting to Zero HIV Fun Run. (Hari Aids Sedunia)

January 1, 2019

Assalamualaikum dan Hai. Entri kali ni nak bercerita kisah dua bulan lepas yang tertangguh nak ceritakan di blog ni sebagai kenangan. Aktiviti fun run terakhir Cik Renex untuk tahun 2018. Walaupun dah masuk tahun CR tetap nak bercerita kisah yang berlaku tahun 2018 sebab ianya salah satu kenangan yang patut CR letak dalam blog CR. 


Temerloh Getting to Zero HIV Fun Run. (Hari Aids Sedunia)

Medal yang CR dapat setelah selesai berlari sejauh 3.5km. Sepatutnya dalam program ni tertulis 5km tapi tak tahu la kenapa jarak dia dapat 3.5 km sahaja. Maybe diaorang silap ukur jarak kot. hee. Tapi okay je CR asalkan dapat berlari dalam masa yang ditetapkan. Lagi dekat jaraknya lagi CR suka. :) 


Temerloh Getting to Zero HIV Fun Run. (Hari Aids Sedunia)
Medal Depan & Belakang


Temerloh Getting to Zero HIV Fun Run. (Hari Aids Sedunia)

Gambar yang wajib diambil. Tempat Start/Finish.


CRrun

Kali ni tak ramai yang join sebab ramai yang ada hal. Jadi tinggal berempat jer. Program kali ni sempena Hari Aids Sedunia jadi dapat la beg merah yang comel tu :). Selain dari program larian ni, Pusat Kesihatan Temerloh juga adakan beberapa booth untuk buat pemeriksaan kesihatan. Jadi boleh la check kesihatan selepas larian tu. Okay la sekian untuk update kali ni. Penutup larian untuk tahun 2018. Tahun 2019 nanti inshaAllah ada beberapa larian yang CR akan join bila ada waktu yang sesuai. 

Temerloh Getting to Zero HIV Fun Run. (Hari Aids Sedunia)


"Masa lalu memang menyimpan banyak kenangan, namun itu bukan alasan untuk tidak terus melangkah ke depan.
.
Ambil pengajaran dari masa lalu, tinggalkan sisanya. Jangan biarkan belenggu kesedihan menutup jalanmu menuju masa depan"
.
Selamat Tahun Baru 2019.


Diabetes's Day Fun Run di Hoshas

November 26, 2018

Assalamualaikum dan Hai. Entri kali ni Cik Renex nak throwback aktiviti Fun Run CR pada 17 November 2018 baru-baru ni. Kali ni adalah penganjuran dari Bahagian Diabetes Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh sempena Hari Diabetes. Sedikit info tentang Hari Diabetes.

Hari Diabetes Sedunia ialah suatu kempen kesedaran sejagat bagi penyakit kencing manis (diabetes mellitus) dan disambut pada 14 November setiap tahun. Ia diperkenalkan pada 1991 oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai gerak balas terhadap peningkatan membimbangkan diabetes di seluruh dunia. Hari Diabetes Sedunia mengguna pakai tema baharu yang dipilih persekutuan setiap tahun bagi menumpukan perhatian terhadap isu yang dihadapi penghidap diabetes sejagat. Sementara kempen berjalan sepanjang tahun, hari ini sendiri memperingati hari lahir Frederick Banting yang, bersama dengan Charles Best, mencetuskan idea yang membawa kepada penemuan insulin pada 1922.


Diabetes's Day Fun Run di Hoshas

Dalam jam 6.15 pagi, CR dan kawan bergerak ke Hoshas sebab program mula awal dalam jam 7 pagi untuk senaman dan zumba. Sampai-sampai sana Hoshas dibanjiri dengan warna biru. CR suka tshirt kali ni sebab warna dia menarik , tetapi warna tshirt untuk AJK petugas lagi cantik. :) Anggaran peserta kali ni dalam 600 lebih kalau tak silap lah, lupa pulak padahal ada check dalam website. 


(SUMBER)


Sebelum mula larian, kami panaskan badan terdahulu dengan khidmat bantuan cikgu zumba. Best sangat zumba kali ni memang berpeluhhh laaa, belum lari pun dah penat. Usai berzumba baru lah beratur beramai-ramai dan bersedia untuk Flag-off. Sebenarnya CR tak tahu mana arah larian kali ni, ikut je orang depan. Nasib la tempat sendiri dan ada penunjuk arah. 

Seperti biasa, CR sertai larian Fun Run ni sejauh 5km sahaja. Dekat je dan tak mampu lagi nak beralih ke 10KM lagi. Yang 5km ni pun tak sampai separuh jalan dah pancit.  Lari 2km stop dan sambung berjalan. Kemudian sambung semula lari. Tapi banyak berjalan dari berlari sebenar-benarnya.




Selepas hampir 45 minit , baru lah sampai ke garisan penamat. Gambar ni kawan CR yang ambil sebab dia dah sampai awal dah. Dia memang selalu awal sampai sebab non-stop berlari. Dalam 30mnit boleh sampai dah dia ke garisan penamat tu. 

Diabetes's Day Fun Run di Hoshas

Ini medal untuk semua yang berjaya tamatkan larian dalam masa 1 jam 30 minit. Ada pula cut-off time, sebelum ni macam takde pulak. Maybe nak suruh orang semangat berlari habiskan kot. Comel medal ni, replika orang berlari, kreatif orang yang design medal ni. 




Diabetes's Day Fun Run di Hoshas
Tempat bergambar wajib setiap kali selesai larian.


Lori Milo

Yang seronok kali ni bila ada lori Milo. Ya Allah lamanya tak jumpa lori Milo ni, last masa sekolah rendah. CR apa lagi terus beratur sebab kebetulan memang tak ramai sebab masing-masing sibuk bergambar. Sedap yang amat kalau milo dari Lori Milo ni. Lain feelnya bila minum.

(SUMBER)

Sementara tunggu semua peserta tamatkan larian, peserta2 juga boleh tengok pameran-pameran yang di buka di sana. Banyak info yang akan dapat dan kaunter saringan kesihatan diabetes pun ada. 

Kemudian,acara terakhir adalah cabutan bertuah. Kali ni CR tak bertuah lagi , hanya seorang kawan kami je bertuah dapat hadiah hamper. Hadiah utama basikal wehh tapi takde rezeki jugak. Habis cabutan bertuah terus kami balik untuk sambung tidur. Haha. Tunggu next fun run pulak.




CRrun
Kali ni ramai sikit yang join. Seorang takde iaitu Sapik. 





Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

October 28, 2018


Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

Assalamualaikum dan Hai. Sebelum mula entri kita belanja gambar double chin Cik Renex yang melimpah ruah ni. Tak sempat nak cover double chin, teruja sangat nak bergambar kan. Sebelum ini CR pernah update mengenai larian di IPD Temerloh sempena Hari Sukan Negara 2018. Mana yang tak baca lagi boleh klik SINI. CR berlari di Temerloh pagi tu dan petang nya pulak bertolak ke Kuala Lipis untuk berlari esoknya di Hospital Kuala Lipis.

Penat berlari di Temerloh pun tak sempat nak habis terus kena drive ke Kuala Lipis. Nampak tak betapa gigihnya kami menyertai aktiviti larian ni. Haha. Sampai kadang-kadang tu CR tanya kawan CR "Macam mana kita boleh terjebak dengan aktiviti fun run ni ye". Haha 




CR ke Kuala Lipis dengan tiga lari kawan CR iaitu Wani, Sam dan Sapik. Gerak lebih kurang jam 345 petang sampai dalam jam 6.30 macam tu ke Kuala Lipis. CR ke sana ikut jalan Jerantut - Kerambit. Walaupun jalan berliku dan berbukit-bukit akhirnya sampai juga kami dengan selamatnya ke Kuala Lipis. 



Kami menginap di Hotel Jelai Kuala Lipis je nasib ada kosong. Lepas Maghrib kami pun keluar ke bandar mencari  makan kerana perut terasa lapar. Tak tahu nak makan mana sebenarnya, bila tanya receptionist,, dia cadangkan suruh makan di area Lipis Baru. Kami pun try je la meronda2 mencari kedai yang buka dan terjumpa lah kedai Burger Boys Republic. Kami sepakat order Chicken Chop, nampak sangat sehati sejiwa. Haha. Lepas makan kembali ke hotel dan prepare baju untuk esok. Baju pun baru dapat malam tu, nasib ada kawan CR yang tolong ambilkan. Thanks Krul. ☺️

Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

Pagi esoknya, dalam jam 645 pagi kami pun bergerak ke Kuala Lipis. Jalan kaki je dari Hotel Jelai tu je sebab dekat je hospitalnya dari tempat kami menginap tu. Sampai-sampai tengok dah ramai yang datang. Cantik je suasana di hospital tu sebab semua pakai baju warna pink. Cantik! Hee


Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

Sebelum bermula larian macam biasa kena selfie. Eh silap kena berzumba dulu, panaskan badan. 😁 Tapi CR buat ala kadar je. Haha. Dalam 730 kami semua pun dilepaskan untuk berlari. Ramai kali ni yang join, ada yang datang satu family dengan anak2 dan budak2 sekolah pun ramai juga. Semangat masing-masing berlari dan berjalan. 

CR pulak macam biasa, mula-mula berlari, berjalan, berlari dan akhirnya berjalan sahaja.  Laluan larian kali ni agak mencabar juga sebab ada naik bukit dan turun bukit. Mengah jugak la bila naik bukit tu. Huhu

Jarak larian sepatutnya 5km tapi dalam apps CR jaraknya lebih kurang 5.9km. Hampir sejam berapa minit entah barulah CR berjaya tamatkan larian.

Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

Bila dah berjaya sampai ke garisan penamat ni, haruslah pergi ke orang yang menjaga medal.  Tak sabar nak tengok medal yang cantik. Bila dah dapat teruslah berselfie dengan medal. Acah-acah penat berlari padahal banyak berjalan jer. 

Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

Misi kami berempat berjaya! Semua berjaya tamatkan larian dengan selamatnya. Sebelah CR tu paling cepat sampai, hebat lah Sam!!

Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

Cantik tak medalnya? Lipis Fun Run 2018 Run For Your Sight.  Medal ke Enam CR dan puas hati bila dapat medal ni. Dah habis larian, tunggu cabutan bertuah tapi kecewanya kami berempat takde yang bertuah. Hadiah dah la best, ada TV, barang elektrik dan yang paling gempak sekali adalah hadiah BASIKAL. Untung adik yang seorang tu dapat basikal. Frust rasa tak dapat hadiah pape. huhu




Lepas dah habis, maka kembali lah semula ke hotel, kemas2 barang dan pergi makan tengah hari dulu. Siap makan terus kembali ke Bera yang terchenta. :) Untuk bulan depan,inshaAllah ada lagi larian yang CR akan join nanti akan diceritakan disini ye. Jumpa lagi next post. 

© Blog Cik Renex