Lirik Lagu Luka- Madam (Ost Jalan Sesat ke Syurga)
Lirik Lagu Luka- Madam | Seperti kebiasaannya,CR akan buka siaran radio SuriaFm setiap kali naik kereta mahupun duduk dirumah. Pada suatu pagi masa ondaway nak ke tempat kerja, dengar satu lagu ni buat pertama kalinya. "Oh best la lagu ni,siapa la nyanyi. Ok ingat lirik dia jap sebaris dua" . Tapi bila cari tak jumpa sebab dah terlupa bila sampai tempat kerja. HAHA.
Lepas beberapa hari, dengar semula lagu ni terus record dalam handphone sebab nak dengar betul lirik lagu tu. Haha gigih tak sis? :) Cari dalam google tak jumpa, cari dalam youtube lepas beberapa kali percubaan baru jumpa. Bila dah jumpa tu, happy giler macam jumpa harta karun.
Rupanya lagu yang CR cari selama ini adalah berjudul Luka nyanyian kumpulan Baru iaitu Madam. Madam membawa maksud "Men of Another Day, Another Music" yang terdiri daripada Putera selaku vokalis, Azuan selaku pemain bass, Herman selaku pemain dram dan Fadhil selaku pemain gitar. Putera tu kalau tak silap pernah masuk Mentor patut la suara best.
Siapa yang tak pernah dengar, jom kita dengarkan.
Lirik Lagu Luka - MADAM
Lagu & Lirik - Ziin
Kau biarkan ku sendiri terus sepi
Tiada dirimu disaat ku perlu
Gelap hariku bila mengenangkanmu
Tinggallah aku yang masih berharap
Tak bisa ku lari dari memorimu
Bayanganmu muncul selalu menggangguku
Andai bulan bicara
Hapuskanlah rasa ini
Tentang dia yang ku puja
Telah bahagia bersamanya
Agar aku masih mampu
Menerima cinta lain
Walau sakit biar luka
Harus ku teruskan jua
Ku teruskan jua...
Tak bisa ku lari dari memorimu
Bayanganmu muncul selalu menggangguku
Kau biarkan ku sendiri terus sepi
Tiada dirimu disaat ku perlu
Gelap hariku bila mengenangkanmu
Tinggallah aku yang masih berharap
Andai bulan bicara
Hapuskanlah rasa ini
Tentang dia yang ku puja
Telah bahagia bersamanya
Agar aku masih mampu
Menerima cinta lain
Walau sakit biar luka
Harus ku teruskan jua
Tuhan...
Hapuskanlah rasa ini
Tentang dia yang ku puja
Telah bahagia bersamanya
Agar aku masih mampu
Menerima cinta lain
Walau sakit biar luka
Harus ku teruskan jua
No comments
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan pendapat anda.