contest
Showing posts with label contest. Show all posts

Preloved Giveaway by Raydah

September 4, 2020

https://www.raydahalhabsyi.com/2020/08/preloved-giveway-by-raydah.html

Preloved Giveaway by Raydah Assalamualaikum dan Hai. Lama sangat dah tak join Giveaway yang blogger anjurkan. Jadi hari ini CR nak join giveaway dari blog Ray iaitu Preloved Giveaway by Raydah. Senang sangat nak join giveaway ni, follow je steps yang Ray tuliskan itu ajer.

Apa yang kak reen suka dengan blog Ray? Sebab Blog Ray Cantik + Blog Ray tulis in english 😍 + Content best.

Siapa yang tak join lagi, boleh la join yer.. 


SARANGHEYO - Single terbaru kumpulan Voice of Men & Menangi RM1000 dengan menyertai Pertandingan Musik Video

April 4, 2020

SARANGHEYO - Single terbaru kumpulan Voice of Men

SARANGHEYO - Single terbaru kumpulan Voice of Men & Menangi RM1000 dengan menyertai Pertandingan Musik Video | VOICE OF MEN (VMen) ialah sebuah band vokal yang telah ditubuhkan sejak tahun 2007, dianggotai oleh Fath, Nasrul, Yus, Amirul dan Lutfi yang merupakan graduan dari UTM Skudai (Sama dengan CR dan ada seorang tu alumni Kuatagh sama juga dengan sis). Lagu-lagu yang telah mereka hasilkan rata-ratanya bergenre Balada, R&B, dan Pop, dengan dipengaruhi oleh bunyian kumpulan-kumpulan vokal seperti VE, Ruffedge, Nsync, Mirwana dan Backstreetboys. VMen pernah muncul sebagai peserta dalam sebuah rancangan realiti saluran TV9 iaitu Akademi Nasyid pada tahun 2008 dan semenjak itu mereka mula bergerak dan berkarya secara sendiri melalui jemputan persembahan secara langsung dan juga melalui pengisian-pengisian atas talian menggunakan saluran Voice of Men di Youtube.

Keamanan, kecintaan, dan keharmonian merupakan elemen-elemen indah yang sangat diperlukan oleh manusiawi untuk bahagia di alam fana juga alam yang kekal selamanya. Maka, pendengar akan mendapati kebanyakan lagu-lagu yang diilhamkan oleh Vmen tidak dapat dipisahkan dengan elemen-elemen tersebut. Pada tahun 2012, lagu yang dihasilkan Vmen dengan kerjasama ahli kumpulan VE, Damian Mikhail Seet bertajuk “Laungan Cinta” telah mendapat respon positif para pendengar tempatan apabila lagu tersebut telah menjuarai carta radio IKIM untuk beberapa minggu, selain memperoleh bilangan tontonan yang memberangsangkan di Youtube.



Ost nasi kerabu untuk che abe

Masih mengekalkan elemen cinta, pada 20 Mac 2020 VMen secara rasminya telah mengeluarkan sebuah lagu bertajuk “Sarangheyo” yang dirilis secara atas talian melalui Youtube dan media-media sosial utama seperti Facebook dan Instagram. 

Video muzik lagu ini secara ringkasnya berkisar tentang cinta antara suami dan isteri yang akhirnya terpisah oleh dua alam berbeza kerana pemergian sang isteri. Kehilangan selebriti tanah air pada usia muda seperti yang berlaku pada Abam Bocey dan Ashraf Sinclair mutakhir ini sangat dekat dengan bibit-bibit lirik lagu “Sarangheyo” yang ditulis oleh pasangan suami-isteri, Fathul Rahman Misbah dan Kartini Kamaruzzaman. 

VMen melalui lagu ini ingin mengajak para pendengar agar sentiasa menghargai insan-insan yang disayangi tidak kira masa dan tanpa bergantung kepada keadaan (unconditional love). Menariknya, penghasilan single baharu VMen pada kali ini telah mendapat sentuhan pemenang vokal terbaik anugerah juara lagu (AJL) 2007 iaitu saudara Lah Ahmad yang juga merupakan ahli kumpulan VE. Ini merupakan kali kedua VMen bekerjasama dengan ahli kumpulan VE selepas “Laungan Cinta”.

Untuk yang masih belum tengok musik video lagu ini boleh la ke Youtube rasmi Vmen dan di bawah ini CR ada sertakan sekali lirik lagu ini. 

Lirik lagu Saranghaeyo (사랑해요)

Komposer : Fath Voice of Men & Firdaus Mahmud
Lirik : Fath Voice of Men & Kartini Kamaruzzaman

Masih kah kau ingat
Saat yang berlalu
Detik pertemuan kita dulu

Yang tak pernah ku alami
Dan tak mungkin ku ulangi
Kisah cinta kau dan aku tetap bersemadi

Kali pertama kau tersenyum
Memikat hati ini
Ketika kau memandangku luruh jiwa ini

Seandainya ku gapai bahagia
Akan ku semai semua
Untuk kau yang tercinta

Ratuku, nyata segalanya
Takkan mungkin pernah
Kekal selama lamanya

Maafkan salahku
Kerna pernah menyakiti, mengabaikan dirimu

Kali pertama kau tersenyum
Memikat hati ini
Ketika kau memandangku luruh jiwa ini

Saat itu aku lafazkan
Kata-kata yang ku pendamkan
Saranghaeyo

Namun kau pergi jua tinggalkanku
Tinggalkanku
Tinggalkanku
Tinggalkanku...



Sebagaimana setiap kali menghasilkan karya baharu, anggota kumpulan VMen sentiasa mengalu-alukan maklumbalas dari segenap lapisan pendengar.

Yang menariknya juga, pihak Vmen juga telah mengadakan peraduan musik video Saranghaeyo iaitu  Saranghaeyo Music Video Contest! Hadiah sangat menarik iaitu wang tunai RM1000.

Syarat-syarat: 
1) Terbuka kepada semua (individu mahupun berkumpulan).
2) Muat naik 1 video berdurasi minimum 1 minit menggunakan lagu “Saranghaeyo” ke YouTube.
3) Guna ‘Saranghaeyo MV Contest #saranghaeyoMV #voiceofmen’ sebagai tajuk video.
4) Kreativiti: Anda boleh cover semula lagu Saranghaeyo dalam bentuk video ATAU cipta video kreatif menggunakan lagu Saranghaeyo ATAU berlakon dan gunakan lagu Saranghaeyo sebagai muzik latar.
5) Pastikan berhemah dan tidak mencemari tatasusila dan budi pekerti kita.
6) Pemenang akan dinilai menerusi video terbaik (jumlah like dan komen turut dinilai).
7) Akhir sekali, kongsikan link video Youtube anda ke private message page Facebook Voice of Men.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20/4/2020. Keputusan adalah muktamad.

Jangan lepaskan sebab korang berpeluang untuk menang hadiah wang tunai RM1,000! Sempena tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan ini, boleh la cari idea macam mana nak sertainya yer. Selamat mencuba dan All the best!

Voice of Men

Instagram: @voiceofmen

Merdeka! Merdeka! Sale Lazada Malaysia 2017

August 30, 2017

Assalamualaikum dan Hai.


Merdeka! Merdeka! Sale Lazada Malaysia 2017 | Tanggal 31 Ogos ni iaitu hari esok genap negara kita menyambut kemerdekaan untuk kali yang ke 60 tahun. Alhamdulillah. Jadi sempena hari kemerdekaan Malaysia, Lazada Malaysia mengadakan sale besar-besaran.



Lazada Malaysia mengadakan promosi sempena Hari kemerdekaan iaitu Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) yang sudah lama bermula pada 25 Ogos baru ni dan berakhir pada 31 Ogos iaitu esok. Yang paling best,diskaun yang ditawarkan sehingga 80%. Rugi lah kalau tak membeli masa sale ni kan. Banyak sangat barang yang ditawarkan dengan harga yang lebih jauh murah dari yang asal.


Apa yang anda suka apabila menjadi rakyat Malaysia?

Sudah pastinya sebab Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai. Kita sebagai rakyat Malaysia sangat berasa aman apabila berada didalam negara kita. Kita juga bebas untuk bergerak kemana-mana tanpa sebarang halangan. Ada sesetengah negara, untuk bergerak pun perlu kebenaran dari pihak penguasa.  

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan kaum. Tetapi itu tidak membezakan kita antara satu sama lain kerana kita bebas untuk merayakan perayaan antara agama bersama-sama tanpa sebarang perbezaan. 


Yang seronok jadi rakyat Malaysia adalah kita bebas memilih untuk membeli samada secara langsung ataupun dalam talian. Sebagai contoh kita bebas untuk membeli di Lazada ,samada produk dalam negara mahupun produk tempatan. Produk tempatan jugak tidak kurang hebatnya. Sebagai contoh jenama pensonic,khind, carlo rino, bonia, tomei dan macam-macam lagi.  Yang paling CR suka adalah jenama Pensonic. Di rumah CR terdapat banyak jugak barang dari Pensoni. Sebagai contoh oven dan kipas. Walaupun Pensonic adalah produk tempatan tapi kualitinya setanding dengan jenama terkemuka yang lain dengan harga yang lebih murah 

Berikut adalah dua barang yang CR dah masuk dalam wishlist. Kena tunggu masa yang sesuai untuk beli. 😘






Masih ada masa lagi nak membeli di Lazada Malaysia. Cepat-cepat la pergi terjah yer!
Merdeka! Merdeka! SALE



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="4509434074">

Menang novel!

April 20, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Hai bloggers. Ada yang rindu tak? Maaf sebab lama tak blogwalking. Kadang tu sehari sempat singgah 2 3 blog je. Kejap lagi Cik Renex sambung blogwalking okay.


Menang

Sebenarnya nak cerita yang Cik Renex menang novel dari @yazid.vscofest. En. Yazid ni anjurkan satu contest yang senang sangat. Tag 10 kawan kita kat post Instagram dia. Apalagi, CR pun terus tag 10 kawan. Alhamdulillah ada rezeki menang. Dia suruh pilih satu dari lima novel. CR pilih yang ni. BILA KAU KATA CINTA karya RAZLINA AZURA.

"Dengan Izin-Mu aku bertemu,
Dengan Izin-Mu aku bersatu,
dan dengan Izin-Mu jua aku bahagia.

Sebenarnya lama dah tak baca novel ni. Kadang tak sempat sebab sibuk menjahit & TIDUR. (Tidur yang lebih sebenarnya). Baca sinopsis di belakang macam best.


Ni instagram yang bagi hadiah novel. THANKS EN. Yazid. Semoga dimurahkan rezeki. 5 6 7 Mei 2017 nanti ada VSCO Festival di Megamall Kuantan. Banyak vendor2 akan buka booth masa tu. Jom kita g terjah.
G

Untuk siapa2 yang ada Instagram &a Facebook , boleh add CR di sana ye. Search je SAIDATULAZREEN . Thanks.


Lazada Malaysia Big Baby Fair

April 2, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Rasa belum terlambat aku nak war-warkan satu sales besar-besaran dari Lazada Malaysia. Kali ni ianya memfokuskan untuk bayi-bayi anda. Lazada Malaysia Big Baby Fair.

Lazada

Sebenarnya Promosi ni dah mula 27hb Mac 2017 Sehingga 2 April 2014. Maksudnya hari ni adalah hari terakhir. Cepat2 pergi ke laman sesawang Lazada Malaysia sebab diskaun yang ditawarkan sehingga 85%.


Lazad juga adakan pertandingan untuk blogger dan hadiahnya sangat2 menarik. Mohon ada rezeki kali ni. Siapa yang belum join,sempat lagi nak join.

Klik SINI untuk join



a. What is your favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 


Lazada

Jenama pampers yang akan menjadi pilihan aku adalah jenama Fitty. Kenapa? Sebab aku ada wat survey2 dengan kawan2 yang ada anak. Dari bancian fitty paling banyak orang undi. Jadi, harus ianya menjadi pilihan. Orang kata Jenama ni murah dah tidak cepat bocor.

b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 


Lazada

Jenama susu formula yang akan menjadi kegemaran aku kelak adalah dari Dutch Lady. Kenapa? Sebab nya dari bancian kawan-kawan aku DutcLady menjadi pilihan. Dan masa aku pernah kerja pasaraya dulu,susu jenama Dutch Lady memang kerap orang beli.

c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children)


Lazada

Carseat ni sangat penting demi keselamatan anak kita. Senang kita nak travel ke mana-mana. Jadi memang ini akan jadi barang pertama yang aku akan beli bila dah ada anak nanti.

So.siap! Siapa yang nak cari barang baby baiklah g terjah Lazada sementara ada sale ni. 😊☺

Lazada Birthday Blogger Contest

March 19, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Lazada malaysia

Aku rasa rata-rata semua orang tahu kewujudan Lazada Malaysia kan. Untuk pengetahuan korang jugak bulan Mac ni adalah hari ulang tahun ke lima bagi Lazada Malaysia. Wah! Lima tahun dah Lazada bertapak di Malaysia ni. Jadi sempena ulang tahun ni Lazada Malaysia akan adakan satu sales secara besar-besaran sehingga 90% potongan pada 22 Mac 2017 sehingga 24 Mac 2017. Klik SINI


Lazada Malaysia juga adakan contest untuk blogger sepanjang 1Mac sehinggah 23 Mac 2017. Banyak hadiah yang menarik ditawarkan. Macam mana nak join? Klik link ni http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ .Senang je nak join, Cuma jawab Empat soalan dan emelkan pada pihak Lazada Malaysia.

Jom mula menjawab soalan-soalan dari Lazada Malaysia.

a. What do you love about Lazada Malaysia?


Aku tahu Lazada ni dua tahun lepas. Pernah beli handphone lenovo, mesin jahit global dan voucher pixajoy. Memang best. Apa yang aku suka pasal Lazada Malaysia ni? 
Pertama, sebab Lazada Malaysia ada apss kat android. Jadi tak limit kegunaannya hanya pada desktop or laptop sahaja. Guna apps smartphone pun senang. 
Kedua, senang nak cari barang yang kita mahu. Taip je di ruang search lepas tu just scroll je mana yang kita nak. 
Ketiga, kita jugak boleh banding2kan harga dengan supplier yang lain. Kena rajin search lah. Huhu. 
Keempat, selalu ada offer diskaun pada sesetengah barang. Siapa yang tak suka diskaun kan?

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favourite products)


Lazada malaysia
1) Singer 6180 Brilliance Sewing Machine

Dah lama survey mesin jahit ni. Aku memang dah ada satu mesin jahit tapi jenis portable. Aku beli kat Lazada jugak jenama Global 505. Yang jenis portable tak banyak jenis jahitan boleh jahit tapi dengan mesin jahit ni ada 80 jenis jahitan. Memang jadi idaman lah mesin ni.


Lazada malaysia
2) Original SJCAM SJ6 Legend 16MP 4K 24fps NTK96660

Aku jugak seorang yang minat bergambar. Jadi dengan adanya ni lagi senang nak bergambar dan senang nak handle. Dan yang bestnya dia ada sediakan sekali casing untuk waterproof jadi kalau tengah feeling nak shooting dalam laut senang lah nak guna.


Lazada malaysia
3) Seagate Backup Plus Slim 1TB 2.5 Portable Hardisk Black 

Sangat perlukan hardisk sebab thumbdrive yang ada ni dah tak cukup nak menampung gambar dan drama korea yang aku download. hehe

c. How do you think Lazada Malaysia can improve?


Bagi Cik Renex, rasanya perkhidmatan Lazada Malaysia dah cukup baik untuk aku. Once kita dah check-out barang kita, memang cepat proses delivery nya. Cuma aku rasa perlu diperluaskan lagi tempat-tempat untuk cash on delivery. 

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 


Happy birthday

Happy birthday to you. 
Happy birthday to you. 
Happy birthday to Lazada Malaysia. 
Happy birthday to you.

Selamat hari ulang tahun Lazada Malaysia yang ke Lima. Semoga Lazada Malaysia akan menjadi pilihan utama dihati rakyat Malaysia untuk selama-lamanya. Semoga Lazada Malaysia makin bertambah-tambah maju dan menjadi antara laman web shopping yang terkenal.
.
.

Contest Lazada ni terbuka untuk blogger dan korang sempat lagi nak join sebab last date contest ni pada 23 Mac 2017 ni. Jadi ayuh kita join contest ni. Takkan tak tergoda tengok hadiah-hadiah ni? Doakan ada rezeki untuk Cik Renex jugak ye.

Menang contest Tag dan Menang Sahabat at Taqwa

January 19, 2017

Assalamualaikum dan Hai.


Alhamdulillah. Rezeki awal tahun lagi. Menang contest Tag dan Menang Sahabat at Taqwa. Sebenarnya menang pun hasil dari member aku tag nama aku. Terima kasih munir. Berkat jari aok mengetag koi. Hiks. Sebenarnya aku tag jugak tapi xde rezeki menang. Menang yang member tag je. Tu pun seronok dah sebab masih dapat hadiah jugak. Alhamdulillah.

Hadiah apa yang aku dapat dari Sahabat at Taqwa?


Thebeemee

Beg design sedekah
Non woven beg Bersyukur
Tasbih
Kalender
Kipas tangan
Kad zikir


Suka sangat dapat hadiah ni. Paling suka beg design sedekah tuh. 😘


Peminat buku boleh la terjah ke Sahabat at Taqwa untuk beli buku. Takpun terus je direct ke thebeemee.

Sahabat at taqwa

Menang lipstick Mary Kay Gel Semimatte

January 15, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Baru ni Cik Renex ada join contest dari Beauty Consultant Mary Kay , Kak Khaty. Kena teka tarikh dia mula2 join Mary Kay. Gigih Cik Renex scroll timeline FB beliau. Alhamdulillah terpilih jadi salah seorang pemenang walaupun tarikh tak tepat tapi tarikh yang paling hampir.. Yeay! Lama dah teringin nak pakai lipstick MK ni. Dapat free lagi bertambah happy. Hikhik.


Gel Semimatte
Ni dia hadiahnya. Lipstick Mary Kay Gel Semi-matte.

Gel Semimatte


Cik Renex dapat warna Mauve movement. Cantik sangat warna dia. Suka. Tak over sangat warna dia. Sebab memang suka warna yang light2 jer.



Terus pakai pergi kenduri semalam. Cantik kan warna dia. CR bukan jenis yang pakai lipstik sangat. Rasa nak pakai baru pakai. Tapi sejak dapat lipstick Mary Kay terus rasa jatuh hati nak pakai selalu 😆.


Banyak lagi warna lipstick ni. Ni antara warnanya.


Semua warna cantik! Kan. Jadi cepat2 la contact beauty consultant cepat2. 

Ni facebook kak khaty,Mary Kay beauty consultant . Terima kasih kak. Lain kali buat contest lagi yer. 



© Blog Cik Renex