bubble talk
Showing posts with label bubble talk. Show all posts

Bubble talk/props untuk sambutan Hari Guru [ Freebies]

April 11, 2019


Props hari guru

Assalamualaikum dan Hai. Sambutan Hari Guru yang disambut setiap tahun pada 16 Mei jatuh pada bulan puasa kalau tak silap Cik Renex. Jadi ada sesetengah sekolah menyambut hari guru ni lebih awal dari tarikh biasa. Dah ada hadiah ke untuk guru-guru kesayangan anda? Kalau takde boleh tengok di instagram BYCIKRENEX yer. :) 



Ada tak yang nak bubble talk free untuk Hari Guru??CR edit bubble talk ni tahun lepas jadi CR nak kongsikan pada anda semua . Kot-kot ada yang buat juga sempena sambutan Hari Guru ni kan. Boleh print yang CR siapkan ni dah. Tahun lepas CR pernah kongsikan bubble talk raya dan ramai yang email CR nakkan template tu, ada tu sampai terlepas pandang. Jadi kali ni, CR akan terus kongsikan gambar bubble talk di entri ni. Jadi boleh la save terus dan print.


Tak tahu macam mana nak buat? Boleh rujuk entri ni,


Tak banyak pun CR nak kongsikan. Cuma ada 10 sahaja dan banyak yang design simple sahaja. Kalau berminat boleh lah gunakan :)


sambutan Hari Guru

Selamat Hari Guru

sambutan Hari Guru

sambutan Hari Guru

sambutan Hari Guru

sambutan Hari Guru

sambutan Hari Guru

 sambutan Hari Guru


sambutan Hari Guru

Selamat Hari Guru 2019


Okay itu sahaja yang CR dapat kongsikan . Diharap dengan perkongsian ini, dapat memudahkan dan menjimatkan masa kamu semua untuk buat bubble talk ni. Oh ya, kalau belum ada hadiah nak bagi kepada cikgu boleh la rujuk entri di bawah ni. 


Siapa yang dahh ambil tu kalau sudi jangan lupa tag @bycikrenex yer. :) 
Doakan semoga Saidatul Azreen dimurahkan rezeki. Aminn.







Bubble Talk Hari Graduasi Sekolah [ PERCUMA ]

October 19, 2018

Assalamualaikum dan Hai. Baru ni di sekolah Cik Renex ada mengadakan Hari Graduasi untuk pelajar SPM 2018. Hari Graduasi ni merupakan baru kali ke 3 diadakan di sekolah CR. Seperti biasa, CR diarahkan untuk membuat bubble talk tapi sikit je tahun ni buat.

Dah alang-alang buat tu , CR nak kongsikan pada anda semua . Kot-kot ada yang buat juga Hari Graduasi ni kan. Boleh print yang CR siapkan ni dah. Tahun lepas CR pernah kongsikan bubble talk raya dan ramai yang email CR nakkan template tu, ada tu sampai terlepas pandang. Jadi kali ni, CR akan terus kongsikan gambar bubble talk di entri ni. Jadi boleh la save terus dan print.



Tak tahu macam mana nak buat? Boleh rujuk entri ni,




Design bubble talk untuk hari graduasi ni simple2 je sebab dah last minute siapkan dan ada LIMA sahaja. 


spm 2018



Bubble Talk


Bubble Talk

Bubble Talk

Bubble Talk spm 2018



Itu sahaja yang CR dapat kongsikan, kalau ada yang berminat boleh la save dan print. :)Selamat mencuba. Jangan lupa like FB dan IG bisnes Cik Renex yer.

bantal felt






Cara membuat bubble talk/props untuk Hari Raya

July 20, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Hari raya props

Bubble talk/props untuk Hari Raya | Syawal masih ada berbaki lagi 3 hari. Tempat korang dah buat jamuan raya ke. Tempat kerja CR baru hari esok nak buat jamuan raya. Penghujung syawal baru nak buat. Di Facebook CR tengok ramai yang dah selesai kan. Bila tiba jamuan raya ni,kami staf dan guru dibahagikan pada beberapa kumpulan. Semua ada tanggungjawab masing-masing; ada yang bahagian peralatan,jamuan, photobooth dan persiapan tempat. Tahun ni CR termasuk dalam kumpulan photobooth. Hehe. Jadinya bila dah masuk kumpulan photobooth banyak la kerjanya kan. Semalam CR dengan Syud print satu-satu huruf untuk gantung ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017" pada tirai photobooth. Hari ni pulak upacara menggantungkan huruf dan ketupat. Mula-mula Syud ada tanya CR pandai tak anyam ketupat? Jawapannya,memang TAK PANDAI laaaa. Hahaha. Mujurlah ada sorang ni pandai anyam. Lepas ni kena belajar buat ketupat.😛


Selain dari tu, kami cadang nak buat bubble talk ataupun props stick tu. Kalau mana yang tak tahu, sebelum ni CR pernah buat bisnes bubble talk handmade, tapi dah lama stop. Sebab fokus pada menjahit je. Jadi CR pun buat bubble talk. Sebab gian lama tak buat kan. Tapi cara yang CR ni bukan lah handmade,tapi print dan laminante. Sebelum ni,bila handmade; CR akan tulis sendiri tulisan tu kemudian gunting satu2 huruf. Dah selesai tu pulak akan tampal atas kertas berwarna sebelum tampal kan pada kertas keras. Banyak step kan kalau handmade ni. Tapi yang handmade tu lah yang seni orang kata. Rindu pulak.


Untuk jamuan kali ni CR buat bubble talk dengan cara mudah jer. Sehari pun boleh siap.🤗 Jom CR tunjukkan cara-cara nak buat bubble talk/props stick ni.


Cara membuat bubble talk hari raya


1. Edit gambar


Edit gambar yang kita nak buat sebagai bubble talk. Macam CR, design sendiri menggunakan apps Picsart. Simple2 je asalkan sedap mata kita tengok. Hehd

2. Print design

Bila dah puas hati dengan design sendiri,terus print macam biasa. Macam CR ,print berwarna terus. Kalau takde print warna,print atas kertas berwarna pun cantik jugak.

3.Gunting & Laminate

Hasil selepas laminate
Bila dah siap print,gunting setiap satu bubble talk tu dan laminatekan.


4. Gunting *lagisekali


Dah siap gunting satu2.
Dah siap laminate,apa lagi marilah kita gunting semula. Hati-hati semasa menggunting tu jangan sampai tergunting jari.

5. Lekatkan Lidi


Siapppp dengan lidi. Cantik x?
Kemudian langkah terakhir adalah melekat lidi di belakang kertas laminate kita tu dengan salotape.


Siap!


Mudahkan. Dalam sehari pun siap. Kalau malas nak design,boleh try google kot2 ada contoh template bubble talk percuma. Kalau ada yang nak template ni CR boleh bagi percuma je. Jadinya tinggal korang print je. Mudah kan. Kalau berminat,boleh komen email korang kat bahagian bawah ni ataupun terus je direct email CR di saidatulazreen@gmail.com. Kalau nak design lain CR boleh buatkan, Murah2 je, PM Tepi.hehe

Jangan lupa terjah Instagram bycikrenex ye.


Disebabkan CR selalu terlepas check komen dan email, korang boleh download terus di telegram ye. lagi mudah dan lagi cepat. 





Handmade & handsew dari bycikrenex

February 24, 2016

Untuk pengetahuan semua, Cik Renex ada wat bisnes kecil-kecilan. Takde la bisnes sangat sebenarnya. Dari hobi bertukar ke serius.Terima kasih pada yang menyokong selama ini.


BycikRenex.


Antara produk yang dihasilkan oleh bycikrenex adalah :

1. Bantal Hiasan Felt.






Harga yang berpatutan berdasarkan size yang diinginkan. Design boleh design sendiri atau Cik Renex tolong designkan apa yang boleh. Huhu. Guwa x kreatif sangat.
Material kain yang digunakan sangat lembut . BeSt Dipeluk dan tidak berbulu. Harga dalam range RM20 ke RM35 jer.


2. Car Charm





Untuk digantung dalam kereta. Boleh letak nama apa2 je pun. Range harga RM5.00-RM10.00


3. Keychain nama


Harga bergantung pada size. RM4.00 -RM6.00


4. Bubble talk




Satu bubble talk RM2.50 sahaja.



Itulah ceritanya. Untuk lebih lanjut lagi boleh la g terjah Instagram @bycikrenex. Dekat situ lagi details dan banyak contoh lain.


TQ. ♡

Tempahan bubble talk wehhh

April 3, 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Masih ada lagi ke yang baca blog aku ni. Kalau tengok dari statistik kat nuffnang tu alhamdulillah la masih ada lagi yang terjah blog ni. Tapi tu la,salah diri sendiri jugak sebab jarang update. Jap jap jap, dah 3 April ke weh?? Serius,cepatnya masa berlalu. *sigh

Ok la,motif utama entri ni ada lah nak promote bisnes yang aku wat ni. Bisnes lah sangattt. *tangandibahumatakeatas* . Sebenarnya hobi ni bermula dari kawan aku. Dia minta tolong wat kan bubble talk untuk wedding dia,so aku pun wat la research sal benda alah ni. Trend sekarang, kahwin or tunang ke mesti ada tempat yang dinamakan photobooth. Kat situ nanti akan di letak meja,ada guest book untuk korang tulis ucapan untuk pengantin, ada bubble talk or props untuk bergambar.

So,siapa2 yang nak order bubble talk mari lah order dengan gua. Gua wat handmade,takde print2 bagai ni. Harga pun murah ajoo. Sekeping Rm2.80. Kalau order banyak,gua akan bagi diskaun yang menyebabkn korang lompat bintang. Eh. Yang duk jauh2 tu xpe gua boleh pos laju mana yang dekat area Bera, Temerloh, Jengka gua boleh bagi by hand je. Okay.

Kalau nak order,
boleh PM gua kat Facebook http://www.facebook.com/bycikrenex
xoxo

© Blog Cik Renex