Teluk Cempedak
Showing posts with label Teluk Cempedak. Show all posts

Ke Kuantan lagi.

May 14, 2015

Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Selamat datang bulan Mei.

Dari tajuk pun boleh tahu nak cerita mengenai apa kan. Minggu lepas, Cik Renex ke Kuantan. Bila letak gambar kat moment mula orang cakap. Ouh.dating yer? Aah, cik renex dating. Date dengan ma tersayang dan si mulut becok Cha. :) Sebenarnya lama dah nak g Kuantan sebab rindu dengan Pantai. So, kebetulan ada hal nak jumpa mak long,memang peluang yang terbaik untuk lepak² di pantai.
So.marilah Cbx kita bergerak ke kuantan. 




Bera ke Kuantan dalam 2 jam lebih je. Sampai² ke sana g rumah mak long dulu kat Taman Kubang Buaya. #tiadabuayaharapmaklum . Lama jugak lepak sana. Pas Asar baru gerak ke Teluk Chempedak. Hmm. Sampai2 ramainyaaaaa orang. Lupa yang pergi hari Ahad,memang confirm ramai orang. :)  



Hajat di hati nak singgah ke Beach market kat Taman Gelora tapi terkilan sebab nak masuk ke Taman Gelora  tu pun puas. Jalan jem. So patah balik lepak tepi sungai pahang. ESPLANADE KUANTAN ajerr. Tapi seronok la gak ,tercapai jugak hajat Cha nak main giant ballon tu. #yekenamagiantballon . Ngan cikrenex sekali join main. Hikssss..






Lepas ni kemana pulak?

Telok Cempedak Kuantan

January 27, 2015

#throwback25012015

Kebiasaannya hujung minggu aku akan dipenuhi dengan aktiviti bersiar-siar. Sama ada ngan family aku atau rakan². Macam sabtu baru ni aku ke Carboot Sale Temerloh dengan my makcik Intan dan kawannya Zahirah. Cerita Carboot Sale tu nanti aku cerita lebih sikit sebab takde gambar. Kalau bercerita sekali dengan gambar baru seronok. Kan?

Ahad pulak,plan asal memang nak ke Kuantan. Tapi kena setel kemas2 rumah dulu baru boleh gerak. So pas zohor dalam kul 2.30 baru gerak ke Kuantan. Kau ghaser dalam setengah boleh sampai? Memang tak lah. Bera-Kuantan dalam 2jam, tu belum di campur dengan jalan jem, singgah RnR dll. Sampai² Kuantan pergi jenjalan Kuantan Parade. Cam biase ,tu la port yg aku paling sukaaa nak shopping or window shopping. :) Sebab apa KP, sebab selalu dieorg akan buka booth kat tengah2 KP tu so akan banyakkkkkk baju blouse jubah dress beg kasut yang akan dijual dengan harga yg murah. Hoho.
Okey lupakan shopping.

Port yang aku paling sukaa kat Kuantan ni adalah pantai Telok Cempedak. Duduklah lama mana pun aku tak kisah. Serius. Kita rasa tenanggg je bila tengok air laut.angin yang bertiup,tengok budak² main layang-layang. Cha main layang² jugak tapi aku malas nak melayan,biar die main sorang2. Haha.
© Blog Cik Renex