Pages

Memaparkan catatan dengan label GuRu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GuRu. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 16, 2009

Khas Untuk............

Cikgu Zainol.....

Tadi masa malas2 brjalan menuju ke kereta....masuklah satu msg....
"Apa Khabar? SELAMAT HARI GURU....semoga sentiasa dalam kesabaran dan keiklasan"
Begitu bunyi msg nye... Rupanya dari bekas bos lama yang sudah 2 tahun pencen. Setiap tahun dia akan hantar ucapan kat smua anak2 buah yang penah bkerja bawah dia dulu...
Harapnya aku pon akan jadi macam dia jugak nanti...yg tak penah putus2 ambil berat org bawahan.

Untuk Cikgu Zainol...semoga cikgu gembira meneruskan hidup dengan aman damai...kami disini sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu. Jasa cikgu sentiasa kami kenang!!!! terima kasih atas segala dorongan dan sokongan yang diberi.......

SELAMAT HARI GURU JUGA UNTUK CIKGU.....

Khamis, Mei 14, 2009

APC....

Bulan Mei tiba lagi......Pemenang APC pon dah tau!!!
Apa bendanya APC ni? Korang kalau nak tau, search la sendiri. Kalau nak aku ceritakan, panjang lebar. Ringkasnya, anugerah yang diberi kepada kakitangan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk tahun berkenaan (dalam konteks ini, tahun 2008). Biasanya kalau sekolah Gred A, dapatlah 4,5 orang. Still ada kuota.

Bagaimana penilaian dilakukan oleh pegawai penilai??? Hmmm.. Kalau di sekolah, penilai pertama GPK dan Penilai Kedua, GB.
Ada sekolah mengamalkan sistem giliran. Maksudnya kalau cikgu ni dah dapat, tunggulah turn masing2. Sistem ni aku tak berapa nak setuju sebab sepatutnya kalau dah cikgu tu memang cemerlang, beliau berhak menerima APC tiap-tiap tahun! Ni tak, walaupun cikgu tu kerjanya datang sekolah, balik sekolah, namun sebab dah sampai turnnya, maka dapatlah dia APC. Apa hal pulak bagi kawan2 yang bertungkus lumus buat kerja?

sorang rakan berkata...kebetulan dia keguguran teruk, dia bercerita yang suaminya cakap ' abislah tak dapat cemerlang pasal MC lama. Dia dinasihati suami supaya tidak lagi kerja tungkus lumus, stay back lama kat sekolah....sejak kejadian tu!! Hmmm...katanya, suami dia ckp, kerja tungkus lumus apa pon tak dapat. Hmm patutlah lama tak nampak dia berlama2 di bilik guru!!!

Dalam hati aku...pendeknya cara pikir, hahahah!!! Adakah bekerja untuk mendapat anugerah semata??? Entahlah..lain org lain pikirannya!!! Yang penting walaupon tak dapat anugerah, aku tetap happy dengan kerja aku!!!! yahuuuuuuuuuuuu.......

Tahniah buat kwn2 sekolah yang cemerlang tahun ini Kak Ju, Cikgu Yani, Sau Kwan dan Cikgu Rosli. Usaha lagi..moga tahun depan sambar lagi satu tempat ok!!! Depa ni punya keje memang tip top... banyak yang aku bole pelajari......
Bila nak makan nasi ayam nihhh...hehehhe!!!!!!!!


Khamis, Mei 07, 2009

Macam-Macam Hal.........

Part 1

Hari ni Zulhelmi tak datang sekolah......begitu jugak sorang lagi (Saiful) yang aku memang rasa dia yang lebih2 nak jadi samseng dalam kejadian gaduh2 tu.
Aku pon sembang2 dengan budak2 yang lain....depa ceritakan Emi tak datang skolah pasal teruk kena pukul ngan bapanya. Kesian pulak aku dengar!!! Kawan2 dia cakap bukan Emi yang mulakan, Saiful yang thegeh2 mula...ajak dan sembur api nak keruhkan keadaan. sakit ati aku dengan Saiful ni tau. Saiful lah satu2nya murid aku yang paling kurang ajar sekali. Dia dah tak mendapat tempat dalam hati aku...sementelah lagi mak dia pantang kita komplen pasal anak dia...terus saja serang2 cekgu. kononnya anaknya lah yang baik sangat...........

Part 2

Kesian jugak dengan rakan seangkatan sorang ni....
dikatakan takdak perasaan....katanya... orang2 ICT2 ni takdak perasaan. Aikkk??? mana dia dapat jawapan ni taktau lerr....
Rakan tu tahu tugas dia, sebelum ni dia takdak masalah....masalah timbul lepas dia dipaksa ajar subjek yang dia memang tak reti dan tak bkemahiran lgsung nak ajar. camne nak ajar kalau diri sendiri tak reti. rakan ni pon dah tolak dan cakap awal2 yang dia memang tak bole...tapi disuruh jugak. dah tentu dia pressure. bila stress..mulalah tak kena sana sini.
Nak cerita banyak pon tak guna....
Kenapa yerr...sejak orang kanan baru ni...semua cekgu2 bermasalah....
itu yang patut dikaji oleh bigboss.
Kami pon dok pikir...orang ni bole pcaya tak ni. Pasalnya dengan org ni dia cerita lain...orang tu dia cerita lain.

Td ada sembang ngan sorang cekgu yang baru balik kursus......katanya proses dia mohon dan dapat kursus tu semuanya dia buat sendiri. Sebab apa...??? surat pmohonan dia yang ptama tu tak sampai jabatan sana. Nasib baik dia fon terus pihak sana tanya status pmohonan dia. Rupanya borang dia memang tak ada kat sana. puan kat Office lak mati2 kata dah hantar. Maka kena marahlah kawan aku ni sebab tipon orang atasan katanya cekgu2 macam kami ni tak boleh telefon orang atas2 sana. Apalah puan tu..Puan kalau dalam borang tu siap tulis nama dan no.fon untuk dhubungi jika ada apa2 masalah...dah tentu kita bole fon....tak payah nak tunggu puan tolong tipon. Pelik la aku!!
Dah tu....kawan aku ni sikit punya baik...malas nak cakap banyak....dia buat semula proses dari awal tanpa pengetahuan puan tadi dan terus hantar borang sendiri. dah tak pakai office2 boy dah!! Yang bestnya kata kawan aku tu...pegawai tu siap ucap terima kasih lagi kat dia sebab menyenangkan tugas dia....
yang puan tu pulak..sampai ke hari ni dia taktau cerita sebenar tu. payah nak cerita ngan orang gitu!!!! Biar dia syok sendiri.............

SO........ aku rasa ada yang tak kena la ngan puan kami sorang tu. Ada jugak kami risik2 dari tempat lama dia tentang perangai dia tu...hasilnya orang sana 'emuanya 'alhamdulillah dah lepas...siap pulut kuning'...hahaha!!! patutlah....Cepatlah dia naik pangkat. Kami pon nak buat pulut kuning ni....bukan sorang yang aku dengar nak wat...tapi ramai sangat dh...............


Jumaat, April 11, 2008

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
cooLzzz....