Pages

Memaparkan catatan dengan label Aku dan Muridku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku dan Muridku. Papar semua catatan

Khamis, November 05, 2009

Kembali bersiaran...........

Lamanya aku tak jenguk blog daku ini. Apa barang yang aku BZ sangat pon taktau lah. Yang pasti sungguh BZ, tak terkata. Biasalah hujung2 tahun, nak tutup kedai ni macam2 yang nak disetelkan.

Aku temankan budak2 aku lawatan ke KL. lepas tu balik terus sibuk ngan peksa akhir tahun, kelam kabut mark paper untuk keputusan, nanti nak buat kenaikan kelas. Lepas tu sibuk dengan Hari Anugerah hujung minggu ni. Pendek kata agak sibuk lah jugak.

Ini gambar2 murid aku sepanjang lawatan tu. Macam2 perangai ada. Yesu Dass tu asyik nar ngan geng pompuan dia tu. Jgn nak dsuruh bkawan ngan budak lelaki, Tak hingin dia. Kawan pompuan dia gak dia cari. Yesu...yesu..


Nabila pandai nar bergaya. Macam2 pose dok ada. Lulus dah salah satu aspek kalau nak jadi artis ni. Yang sbelah tu Rofiq. Sungguh tak macho gaya dia. Gaya tu pon kena cg.shima suruh buat tu. Kalau tidak, membatu ja dia kat situ. Rofiq...Rofiq.....





Sabtu, Oktober 03, 2009

KUIH RAYA dari SITI NURHALIZA..........

Jumaat lepas aku dapat kuih raya dari Siti Nurhaliza....Terima Kasih Siti...
Cikgu makan sampai licin...sedap......
!!!!

No..no..no...!!!! Bukan Dato Siti Nurhaliza yerr tuan2 puan2. Ini murid aku...Nama jer sama, tapi orangnya lain. Inilah orangnya Siti Nurhaliza...murid aku........



Kat sekolah aku ni ramai selebriti tau......
pelakon Bollywood pon ada. Bekas murid aku dulu...ada namanya Salman Khan...Amir Khan..... Tapi kan aku tengok budak2 tu muka boleh tahan jugaklah. hensem ada. Kira tak malu lah bernamakan pelakon Bollywood. ahaks....

Murid2 kelas aku skrang ni bukan main Ronggeng Rokiah lagi depa. Apa pon takmau blajar....bagi 10 soklan, jawab 2 saja. Yang dijawab tu pon main2 saja. Dah tak serius belajar dah. Bukan aku sorang saja yang komplen. Cikgu2 lain pon komen yang sama. Yang paling depa suka lani mata pelajaran PJ. Maklumlah berapa bulan dah tak PJ sbb bagi tumpuan pd palajaran.
Nampaknya aku harus menukar strategi.
Strategi apa aku nak guna pakai yerr????

Rabu, Ogos 19, 2009

Dah Selesai....

Persembahan Sempena Merdeka...

Minggu lepas daku ada mention pasal psembahan sempena merdeka panitia daku kan. Alhamdulillah..dah slesai smuanya. Apa yang boleh aku katakan..sungguh hazab rasanya mengajar budak2 lelaki menari joget. Hari pertama aku ajar...aku lihat bagaikan tunggul kayu yang bgoyang. Sungguh keras. tersiksa rasanya aku nengok. Mampus...mengekeklah aku sepanjang hari tu. Tak tahan kelakar sungguh. Oleh kerana terlalu teruk joget yg dpersembahkan tu aku susah hati sangat.Terpikir lak aku nak tukar wat psembahan lain. Tapi mngenangkan masa dah suntuk utk aku kerah buah pikiran. aku tawakal je ngan persembahan Joget Malaysia aku tu.

Step paling mudah aku kasi..pon agak sukar. Aku pon bukan pandai sgt joget2 ni. Main bedal saja. Mujur aku tak putus asa...(sbb terpaksa). Maka aku rajin2lah buat latihan. cukup 4 hari nampaklah sikit kemajuannya. Skrang ni kan musim demam2 smua. aku sungguh risau kalau2 budak2 aku demam. Lagi satu murid kelas daku ni rajin2 smuanya. Biasanya tiap hari Isnin depa akan amik cuti extra. Hari jumaat lak dah start amik cuti sampai hari senin yerr. Itulah buda2 kelas daku.
Aku terpaksa ugut supaya depa hadir untuk psembahan hari Senin lepas. Itu pon ada gak yg tak hadir. Mujur aku sudah mem'backup' dengan penari2 lain.
Pada hari kejadian..aku bpeluh satu badan, menunggu murid2 aku yang 7.30 pon masih tak sampai ke sekolah lagi. Mmg slalue lambat pon. Habislah cair make-up aku hari tu.
nak bsiapkan depa..nak atur kedudukan...(ajar 100 kali pon masih perlu diajar disaat akhir..itulah budak2 aku). Nak buat aku menangis bila sorang dari 3 orang penyair aku tak datang skolah. Mak dia tepon, anak demam lak. Haadoi..dah lah org harapan daku.
Maka bjalanlah apa yang ada saja.
Psembahan tu boeh tahan jugak. Budak2 joget aku bukan main lagi nyanyi. Suara dah ok cuma tang joget jerr...keras...

p/s: Terima kasih murid2ku kerana tolong cikgu menjayakan persembahan tu. Cikgu bangga dengan hgpa smua.

Isnin, Ogos 10, 2009

Persembahan..

Khas Sempena Merdeka....
Minggu ni aku akan gigih sekali melatih murid2 untuk persembahan sempena merdeka. Persembahan khas dari panitia aku...minggu depan giliran kami.
Ketua aku serahkan tugas ni....dia suruh aku kerjakan budak2 kelas aku. Katanya buatlah rancangan hatta program apa sekali pun janji jalan dan selesai.
Hampeh....gugur lagi rambut aku nampaknya minggu ni.
Bayang2 apa aku nak buat tu dah ada dalam kepala aku dah. Tinggal lagi nak melatih budak2 tu saja. Aku dah terbayang sengsara dah..pasal minggu ni aku akan sapu bersih kelas2 mata pelajaran elektif dan kelas2 yang cikgunya tak hadir ke sekolah.
pendek kata aku menagih relief kali ni. Tapi hanya utk kelas aku saja.
Ini semua semata2 nak praktis untuk persembahan khas kami minggu depan.
Harap2 budak2 aku tak kecewakan aku....
Esok latihan insentif akan dijalankan.

Selasa, Ogos 04, 2009

Patriotisme

Menghias Kelas..........

Bulan Ogos datang lagi....macam biasa aku haruslah menghias kelas aku semeriah mungkin....
tadi lepas murid aku siapkan latihan. ( Wahh...depa ni cepat pulak siapkan latihan semata2 nak tolong aku hias kelas....)
Aku minta tolong smua yang hadir bsama2 tolong hias kelas dengan segala bendera....
Untuk menaikkan semangat Patriotisme....
kerja2 panjat memanjat pon blaku....
Last sekali aku nak gantungkan 2 bendera besar dtempat yang tinggi...
Anak2 murid aku rendah2 rupanya......tak sampai lah pulak...
Kalau ikut depa...nak tambah lagi kerusi meja bagi tinggi. Aku lak takot terjatuh anak org mampos aku....
Sudahnya aku yang panjat..depa aku arahkan pegang kerusi meja yang dlapik tu baik2. Supaya aku tak tgolek ke bawah....
Berani depa ketawakan aku...bila tengok ketakutan aku panjat tinggi2 nak gantungkan bendera tu...Hampeh....
Aku memang penakut tempat tinggi........
Tapi yang tak puas hati...apahal hari ni aku boleh berkebaya pulak ke sekolah...
sungguh aku tak ingat.. hari ni aku nak panjat memanjat tempat tinggi....
Apa yang penting...walaupon bkebaya..aku memanjat dengan jayanya.....Mujur tak terkoyak kebaya aku....fuhhhhhh......
Kelas belum siap lagi..esok akan dteruskan lagi hias-menghias ni....

Selasa, Julai 28, 2009

Lawatan & Buah Rambutan

Lawatan & Buah Rambutan.......

Minggu lepas 5 org murid kelas aku tahun 6 dipilih mengikuti lawatan sehari ke MRSM. Yang aku rasa sakit hati bila dengar 'boss mem' aku sorang tu pertikaikan kenapa tolak 5 org murid kelas pandai bijak bestari tu dan tempat tu dberi pada murid kelas aku yang kononnya tak pandai tu. lagi sakit ati aku..bila dia cakap 'apa istimewanya..apa bagusnya murid kelas tu' .
Nasib baik dia dia tak cakap depan aku...kalau tidak mau aku mengamuk, kasi tumbuk muka gebu dia tu...tak kira bos ke apa dah. Dia baru tukar sini, suka2 hati cakap murid aku bukan2. Aku taulah murid aku tak pandai. Dari segi sikap boleh dpuji jugak. banyak perubahannya.

Lagi pon takkan selamanya nak sisihkan murid tak pandai ni. Kesian jugak depa. Asyik2 kelas pandai saja nak djaga hati. Yg kelas hampeh2 malaun ni nak dbiarkan.
Aku sentiasa pcaya, suatu hari nanti akan ada murid aku yang dari kelas tak pandai2 ni akan berjaya dlm hidup. Manusia boleh berubah. 5 orang murid pandai tu, sbb prestasi jatuh jd sbg denda tak bole ikut lawatan. Ini mmg dah awal2 lagi pjanjian gini.

Cerita pasal lawatan tu, guru pengiring tu cakap murid aku bsikap baik. (adakah kerana aku ugut bahawa aku dah pasang spy utk perhatikan sikap depa, maka depa bsikap baik?..sukar nak jawab!!) Malahan ada yg aktif bsoal-jawab masa lawatan tu. Seronok je depa bcerita. Yg penting aku bangga, murid aku jadi baik.
Minggu ni juga aku bawakan buah rambutan dari kampung untuk murid2 kelas aku........kami bkelah ramai2 dalam kelas...sambil dengar cerita lawatan. hehehe..

Khamis, Julai 23, 2009

KIsah 4B lagi....


Bala and Thanesh

Ingat lagi kisah murid 4B minggu lepas.....
ok..minggu ni sesuatu yg menarik blaku....ada2 aje budak2 ni....
Aku ternampak sebuah diari, siap bpedal ayam lagi.
Thanesh kata kepunyaannya..
'All my secret' katanya...
Aku pon buat2 bminat...sembang2 pasal diary.
Last sekali aku cakap "boleh cikgu tengok apa ada dalam ni?"......
Ok!...jawab Thanesh....sambil pantas tangan dia buka kunci buku diary dia. terus bagi aku.
Aku cakap kat dia..kalau org lain boleh baca diary tu..itu bukan secret lagi namanya.
Dia cakap, bukan smua dia bagi baca. Org2 tertentu jer...yang dia sayang...
(Wahh....adakah aku pon tmasuk dkalangan org2 yg dsayanginya??)
.....kembang rasanya lubang idongku...
Aku pon beleklah tiap page diary tu...tersenyum sendirian aku...
inilah alam kanak2...
Apa yang ada dalam tu???
Ada password game dia..........
Ada....rancangan TV kegemaran dia...(ada kot 10 program kartun...hehehe..indahnya....)
Lepas tu ada senarai "my very best friends"...
(tempat teratas sekali ialah 'Cindy'.....dulu dia penah citer pasal best fren dia kat umah ialah Cindy. Cindy belajar sekolah lain). Katanya Cindy putih, bijak....
hahaha...aku pendengar yg setia....
Senarai best fren tu pulak..siap ada ngan % lagi. Orang ni berapa peratus..org tu berapa peratus dia suka...hahaha...tersengih sendirian dlm ati...
Kmudian ada juga senarai cita2 dia...
Apa lagi yaa...aku dah lupa dah..
Aku tanya kenapa tiada senarai guru kesayangan pon...
katanya.."senarai guru akan dbuat di page yang akhir sekali...belum tiba masanya lagi"....
Tiba2 dia bsuara....
"cikgu, hari ni kami mengadakan undi"
Katanya undi tu utk menentukan samada dia akan bkawan dgn smua org atau tidak. Kalau ramai yg suka dia,dia akan bkawan dgn smua org. Tapi kalau ramai yg benci dia, dia hanya akan kawan ngan khoon thai..alderic saja...
Hahaha...pulak....
Sbb minggu lepas aku cakap kat dia, kita perlu kawan dgn smua org. tak bole sombong ngan rakan sekelas yg lain, jadi minggu ni dia buat kputusan lah..
Patutlah sejak masuk kelas aku tengok si Bala asyik round satu kelas jumpa kawan2 mcm aksi ceti kutip hutang lagaknya....
Rupanya dok buat survey....
Sebelum tamat...aku btanya Thanesh apa kputusan survey tu.
Dia cakap belum boleh beritahu, pasal ada lagi 3 org rakan yg tak hadir.
"nanti saya akan beritahu cikgu tentang kputusan tu" katanya.

Kelas sivik pagi tu tamat dengan aktiviti mengundi sambil menyiapkan projek kerja bkumpulan...
Minggu depan aku akan siap sdiakan kelas tu dgn lagu patriotik pulak. sbgai psediaan ptandingan lagu patriotik sempena merdeka nnt.

Khamis, Julai 16, 2009

Kelas 4B

Kadang Kala Kekerasan Itu Perlu.

Aku laksana Hakim Yang Arif lagi bijaksana di kelas 4Baiduri tadi....
Menyelesaikan masalah dan isu pertelingkahan murid2 kecil ku.....
Kenapa yerr...agak sukar aku 'mengontrol' budak2 ni bbanding kelas tahun 6 aku tu.
Yang pasti aku masih belum sampai ati nak 'debik' budak2 ni sesungguh hati. Lagipun aku pikir...kelas ni aku hanya ajar mata pelajaran elektif saja, tak perlulah nak keras2 sangat. Tunggu depa jatuh ditangan aku untuk mata pelajaran teras, kalau kami ada jodohlah....
Masa tu sikit pon takkan ku beri muka...hahhah...
Walau bagaimana pun aku masih meletakkan disiplin murid perlulah tip top...sesuai dengan kelas bijak bestari. Menyahut seruan Cikgu Suddakar...bahawa smua guru adalah guru disiplin... Maka aku mengambil langkah ke depan...

Tengahari tadi aku menjentik (aku masih belum mahir menjentik kerana 2 kali pcubaan dlakukan)... lalu memulas telinga DAVE...dan THANESH...(pkara paling lembut aku lakukan utk kelas tu..hahaha)....
Bukan suka2...tapi sebagai pengajaran bahawa apabila sekelas, kita bsaudara...jadi tak perlu bertelingkah....sampai mcarut2....mnangis2...
Sungguh menyedihkan, apabila murid sekecil itu sudah pandai berdendam sesama sendiri dan ada yg menjadi penghasut.....(katanya ibubapa bpesan 'jgn kwn ngan si polan si polan..sbb bla bla...)
Maka sekali lagi aku berceramah sebab dan akibat perbuatan depa...
Di akhir ceramah aku minta depa bsalam dan bpelukan, tanda kemaafan. (rakan2 sekelas btepuk tangan dengan aksi peluk memeluk tu). tanda sokongan. Thanesh masih belum ikhlas....

Maka aku katakan...dua2 kamu sama kaum...tidak malukah rakan2 bangsa lain lihat kamu bgaduh. Aku pon taktau..wajar ke tidak aku kata mcmtu. Aku cuma nak depa pikir kita perlu bkawan dan menghormati smua org.
Sebab murid tsebut terus terang mengaku si polan si polan saje kawan dia. Dia takmau bkawan dgn yg lain. Yg lain smua bukan kawan dia.
Adakah jaminan rakan yg diagung2kan tu akan mnolong dan sntiasa bsama kita selamanya? Jika tiada jaminan haruslah kita bbaik2 dengan smua org..tak kira bangsa dan agama.
Murid aku tu sama bangsa tapi blainan agama. Masalah selesai untuk hari ini.

p/s: aku heran kenapa tiap kali aku masuk kelas ni...aku bagaikan polis...bagaikan hakim...maka P&P yang aku rancang digatung tak btali.....Sudahnya tadi stok gula2 'love' aku terpaksa dihulurkan lagi untuk budak2 tu....Bahagianya tengok depa tsengih...

Isnin, Julai 13, 2009

Lesung Pipit.....

Satu hari, dalam kelas....murid2 aku sambil buat latihan sambil bergosip (kuat bergosip rupanya budak2 tu walaupon lelaki) . Oleh sbb meja depa bdekatan meja guru, dimana tempat aku bertapa waktu tu...maka aku terdengarlah cerita tentang lesung pipit......
( pada masa yang sama, cikgu shima buat2 menulis..tapi telinganya dibuka luas2 yerr..untuk dengar cerita..sambil melihat melalui ekor matanya)

Masing2 4 orang dalam kumpulan tu asyik tersengih2 sesama depa. Suruh rakan tolong tengok2kan lesung pipit masing2. Luar biasa sungguh masing2 punya tersengih. Semata2 nak tunjukkan lesung pipit masing2. Masing2 mengaku ada lesung pipit.....
Dah letih gamaknya........depa bantai gosip cikgu2 sekolah tu yang ada lesung pipit lak.
( Cikgu Shima sedang asyik dengar lagi yaaa...)
Katanya...kat sekolah niyang paling besar lesung pipit adalah Cikgu Ong. Cikgu Ong ada kat dua2 belah pipi...dalam pulak tu.
Sorang murid sengih sambil menekan2 dengan jari dipipi...nak tunjukkan kedudukan lesung pipit Cikgu Ong.
(Cikgu shima kelihatan rancak menulis...tapi dalam hati cikgu shima bkata...bole tahan budak2 ni)

Sorang murid sambung pbualan depa...'cikgu......." itu saja yg aku dengar......
Kemudian...aku perasan suasana lain macam saja...depa sembang makin lama makin perlahan....
....sah ditujukan untuk diriku..! Aku terdengar ayat2 cam tak pcaya...
Yaa...agak depa baru perasan aku pon ada lesung pipit. Walaupon tak sedalam atau di dua2 belah pipi cam Cikgu Ong. Tapi cikgu shima pon ada lesung pipit jugak.
(cikgu shima tersengih dalam hati....macam2 budak2 ni perhati)
Hmm....nampaknya aku harus banyak sengih supaya murid2 aku perasan akan lesung pipitku.....

Selasa, Julai 07, 2009

Minta Cuti...

MiNta CuTi SeminGgu.........

Hari ni bmulanya PRA-UPSR. Pertumpahan dakwat mula berlaku....haha..
Dari minggu lepas lagi aku dah bbuih mulut...bsembur air liyor bpesan2 pada murid2 kelas aku... minggu ni WAJIB hadir sekolah. Minggu depan nak ponteng..silakanlah...
Yang penting minggu ni jangan ada yg cuba2 ponteng. Ternyata...arahan ku dilanggar jugak. Ada jugak yang ponteng.

Pagi tadi...sorang ibu bertemu aku dikantin...katanya anaknya tak dapat datang ke sekolah selama seminggu (kiranya datang mintak cuti lah ni). Aku terkejut berok jugak...apasal nak cuti mana tahu kot dia sakit ke hapa. Kata ibunya 'dia sudah besar cikgu' .(dalam hati aku..betullah tu Aishah mmg badan gemuk pon).
Agaknya si Ibu ni perasan aku masih bodoh2 lagi...lalu dia buat ayat mudah utk aku.."dia datang haid dah cikgu". Aku masih dungu2...lalu aku teringat 2 3 org murid aku sbelum ni mak bapak depa mai mintak cuti jugak pasal kes yg sama, Yaaa..betul...mmg begitu adat depa ni (mamak/india). Setiap anak pompuan yg kali ptama datang bulan..akan diraikan. Rakan aku cakap...kadang kala siap ada majlis mcm psandingan lagi...
Kalau tengok muka ibu bapa depa...sangat gembira dengan berita 'kedewasaan' anak depa tu.

Alang2 dh btemu ngan ibunya..aku pon buka kitab ceramah sikit..supaya tolong aku pastikan anak dia lepas ni hadir dalam stiap ujian seterusnya menduduki peperiksaan dgn jayanya. Pasal tiap minggu Aishah ni tak penah cukup hadir sekolah. Seminggu 2 hari je hadir. Mak dia pon bjanji akan cuba.

Khamis, Julai 02, 2009

Cerita 4B.........

aBabak Pertama....

2 orang terlibat....
2 jantina berlainan...
Tempat duduk sebelah menyebelah...
satu peperangan mulut....
Maha dahsyat....
Antara Umi dan Syafiq....
Punca...????
Syafiq panggil saya ayam belanda, Umi panggil saya taik kucing......
peluru mulut dua2nya bertalu2....
Aku mendengar dan melihat...situasi yang sungguh tak terjangka....
Murid kelas bijak...namun tetap keana2kan....
Akhirnya..dua2 meraung...menangis...mintak simpati...
Kaw2 punya menangis....
Akibat sakit hati yang melampau...
Serius....macam wayang gambar daaa....

Babak Kedua....

Peperangan Umi & Syafiq tamat dengan jayanya...
aku lega...tak perlu lagi lihat kerepot2 wajah tangisan depa. Hahaha..kelakar..
Kringggg....loceng belom pon habis bebunyi....
Mcm halilintar...bdesup mcm ferrari...
Thanesh, Khoon Tai, Alderick, Syafiq dan Rishi....berterabur lari keluar...tak ingat dunia!!
dlm masa seminit...depa sudah beratur di kantin....
Tanpa ucapan terima kasih....
Aku terpinga2...lalu aku hangin....
Aku utuskan 2 panglima untuk jejaki 5 orang tu....dgn mjadikan rakan2 skelas yg lain sbgai tawanan ku.....Padan muka, lambat depa kuar rehat hari ni...hahah!!
4 orang kembali naik ke kelas...1 org hilang entah kemana...pengecut ini anak jantan....
Aku bagaikan sinba the lion....4 orang dapat hadiah, rotan kuning satu kali.....
Aku kasi ceramah lebih kurang....tahan lagi 5 minit....
Akhirnya...aku lepaskan smua tawanan tu....sopan bjalan ke kantin....

Babak Ketiga....

Lepas rehat....aku panggil 5 orang itu.....
1 orang missing tadi..aku kasi 'hadiah kuning' jugak....
Konsepnya supaya...adil saksama...
5 orang muka sedih....belum penah aku marah....belum penah depa dapat hadiah 'kuning'...
Aku ceramah lebih kurang....
Konsep sebab dan akibat diterangkan....
Masing2 mengaku...'kami bersikap biadap....kami yang salah'....
Cikgu Shima bangga......
Konsepnya...berani akui ksilapan....
Sepantas kilat....aku keluarkan 4 biji gula2 berbentuk 'love' atas tapak tanganku....
SOrang demi sorang ambil satu biji...smbil mulut2 kecil comel bkata...i'm sorry teacher'..
Khoon thai...yang slalu aku usik2...bgenang airmatanya....
Akhirnya...dua2 tangan mengesat2 airmata yang tak bole dtahan2 lagi dah...
Sedih gamaknya tak penah kena marah ngan aku....Dah ku marah2...ku pujuk2 pulak.. heheh...
Kata2 terakhirku....'lain kali buat biadap lagi....dapat 1 rotan...dan 2 biji gula2...ok'
Ternampak garis2 senyuman comel diwajah yg muram tadi......hahaha...
Gula2 'LOVE' itu Konsepnya ialah...Cikgu sayangkan kamu2... tauuu...!!!!!!!!!!!!!

Isnin, Mei 18, 2009

Kisah..........

Anak Murid ku........

Part 1.............

Minggu lepas mak Yesu Dass jumpa aku kat kantin. Bsembang punya lama. Mesra rakyatnya aku. Mak Yesu kerap gak jumpa aku....sampai macam2 cerita jugak la aku dapat tau. Pagi tadi dia cerita pasal Jeevarani yang dah lari ikut mak dia. Jeevarani tu anak sedara laki dia. Dgn Yesu Dass kira spupu lahh. Sejak tiggal ngan kuarga Yesu nilah si Jeevarani ni bsekolah smula. Skrg dia dah ikut mak dia smula. skolah pon mula nampak ponteng dah. Mak Yesu Dass ni ceritakan kerisauan dia tentang Jeevarani, budak tu dah lerr tak reti apa2. Takot orang wat jahat jer. Pasal keadaan tempat yang dia tggal skrg ni sangatlah terdedah kpd mcm2 kmgkinan.
  1. Walaupon dia dkatakan tggal ngan mak dia, tapi hakikatnya dia hanya dtggalkan buta je kat situ ngan mak dia, pasal mak dia kerap tggal merata tempat. Katanya teman lelaki. entahlahh!!
  2. Sbenarnya Jeevarani ada adik2..tapi smuanye mak dia dah jual sejak kecil. Salah sorang adik dia djual pada pasangan lawyer di KL. At least hidup tjamin dah. Tapi jeevarani sorang je mak dia tak jual. apasal taktau lahh..
  3. Kat umah yang tu dengar citer mcm2 org lelaki yg bukan2 dok ada. Mak Yesu kate..taik ganja dadah..malahan Aids pon ade situ. Aduh tbeliak jugak mata aku dengar. hopefully jgn lah apa2 blaku. then kwn2 pakcik dia yg keluar masuk umah tu smua tak senonoh. Samseng pon ade.hadoii....masalah nihh.....
  4. Kata mak Yesu lagi, org2 dlm umah tu hanya mpergunakan jeevarani utk buat kerja2 rumah, mcam org2 gaji tu. Hmm..aku ada bsembang ngan jeevarani, dia cakap dia tolong jaga budak kecik. baby kat umah tu.
Part 2....

alkisah...lepas je mak Yesu cerita hal Jeevarani yg sudah tak tggal ngan dia. Aku pon ajaklah bsembang2 ngan jeevarani tu.....macam2 aku tanya tapi aku tak sebutlah yg mak Yesu cerita. pasal aku nak siasat jugak. Mcam detektif conan lak!! Macam2 aku tnya...aktiviti harian dia lepas waktu skolah, keadaan rumah dia..macam2lah!!! Pasal aku ada selidik...Jeevarani ni sudah suka sama sorang lelaki. manalah tau kan..!!! Hadoiii.....mula miang dahh!!!!! Bahaya sungguh......
Aku buat2 bodo saja dlm sesi soal siasat tu.

Tiba2 keesokkan hari mak Yesu Dass jumpa aku lg masa aku terkocoh2 nak pi sarapan pagi. Dia tanya aku ada cerita apa2 ke kat jeevarani pasal apa yg dia beritahu tu. Katanya Jeevarani bagi tau mak dia yang cikgu kata macam2 kat mak dia. Hampeh sugguh. Main2 ngan nama aku. Bila masa aku sebut hal mak dia. Pandai putar belit ini budak. Mak Yesu kata ...mak pada jeevarani ni datang serang2 maki dia pasal cerita hal kuarga dia kat cikgu. Pulak!!!!
Aku nasihatkan suruh mak Jeevarani ni datang skolah jmpa cikgu sndiri, pasal ada aku pon nak soal latar blkg dia jugak, lagipun mak Yesu bukan lagi penjaga budak tu.
Peninglah kepala ngan budak2 ni..kalau aku tak ambik berat, dkatanya aku tak caring. Kalau aku dah ambik berat buat org nyampah lak. HIssssssssshhhhhhhhhhh....

Masihkah Ada Rindu.........

Masihkah Ada Rindu.........

Amboi..tajuk bukan mahin lagi...
Hhmmm.....Hari ni aku tak ke sekolah, ada kursus luar. Lupa pulak nak bagitau budak2 kelas aku. Cehh..macamlah depa peduli....
Hmm...agaknya rindu tak budak2 tu kat aku...??? sukar nak jawab. Mungkin jugak rindu...sehari tak dengar leteran cikgu shima, menggeletar rasanya badan!!! hahah!!
Mungkin juga berjoget sakan.... boleh jadi... hari kebebasan untuk depa bila aku takde kat skolah.

Tapi sbagai guru kelas...aku sangat2 rindukan muka2 yg ada dalam tu...hahaha....
Rindunya pada kelasku....
Sbenarnya dah 2 tahun aku pegang murid yang sama, jadi sudah ku anggap macam anak sendiri. Walaupun aku agak garang..dan kejam ngan budak2 tu.....hmm..aku garang pon sbb bdk2 kelas tu dulu2 dh mnunjukkan gejala samseng.Maklumlah makin besar!! Kalau tak dbendung..melaratlah!! Maka...Kalau depa samseng..aku terpaksa lebih samseng dari depa. Hahaha....hanya depa saja yg tau bagaimana 'samseng'nya cikgu masa mula2 pegang tampuk pemerintahan kelas depa. Skrg....puas hati aku...bila ada yg mmuji tertibnya budak kelas tu.....

Rupa2nya...murid kelas aku dipilih untuk persembahan sempena sambutan Hari Guru nanti...Hmm....macamana agaknya persembahan tu.

Murid2 esok cikgu akan bawakan hadiah kuiz hari tu yerr....
Owwhhh..sudah pandai komplen kat Cikgu AiLee....cikgu shima lupa bagi hadiah yg djanjikan tu yaa..cisss....cikgu lupa lahhh!!!!

Sabtu, Mei 16, 2009

Betulkah didikan ibubapa sekarang terhadap anak2?

Satu persoalan yg agak rumit....

Cuba kita renungkan @ perhatikan anak2 zaman sekarang. Manjakah anak2 zaman sekarang? Dalam semua hal apa sahaja kemahuan anak, dituruti. Sehingga ibu bapa lebih percayakan anak2 dari orang lain. Masih wajarkah didikan seperti ini? "menatang minyak yang penuh" @ "anak kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan". bagaimanakah mendidik anak dengan cara yang btl? kita sering kedengaran di media @ di dada akhbar tentang anak pukul ibu bapa, ibu bapa pukul anak, anak tidak menghormati orang yang lebih tua dan sebagainya....

Di sekolah contohnya... cikgu salah sikit, ibu bapa nak saman sek. tp, adakah semua masalah berpunca daripada guru???? di sekolah sendiri...ada kes guru dipukul pelajar...kes yg ckup mmbuktikan betapa lemahnya didikan dlm diri pelajar...
Buktinya....tadi kaum kerabat Tamilasai datang bkecoh2 dsekolah...oleh sbb aku guru kelasnya maka akulah dtujunya...jenuh jugak dengar ceramah tak bmakna tu.....
Sebab apa??? sebab kes kecurian barang kemas...aku menyiasat siapa dalangnya....kena lak mlibatkn murid kelas aku..maka tak selamatlah budak2 tu. smpai ke lubang cacing aku akan cari..so kalau tak bsalah jgn takot. Aku bukan mnuduh anak dia, yg nak emosi tak tentu hala apa hal!!! Pcaya sangat cakap anak...padahal anak dia suspect utama, sbb kes2 mencuri ni anak2 dia mmg pakar. Kalau tdak takkan beg duit aku pon dia boleh kebas tahun lepas. Bukan aku saja...cikgu lain pon kena jugak. Dari situ kalau btol mak sayangkan anak, nak anak jadi baik...dia bole saja serahkan pada guru untuk siasat...tak payah mendabik dada bukan main, bagitau anak dia baik bagus....
Menunjuk2 parut gengster dbadan...apa????? ingat aku takot!!!!!!! apa aku peduli........
huhhhh..takdak maknanya!!!!
Lega juga bila katanya dia nak tukarkan anak dia...aku angguk saja. Tapi berani potong jari dia takkan bsusah payah nak buat smua tu. so..aku masih menanti saat pertukaran tu!! tapi rasanya hampehh!! Cakap boleh lahh...

Aku pon tambah lerr sikit...saje nak BZ....aku cakap...anak puan skrg sudah pandai bcinta cintun ngan lelaki luar...sudah pandai merokok...dan minum arak....dan aku tambah lagi...adik dia sama kes macam kak dia, pandai seluk poket kawan senyap2 nak curi wang...mncuri dalam kelas...dibilik guru.... bla..bla...bla..
Meloponglah mulut ibunya dan kaum kerabat lain.....
Lain kali jangan menjerit kat aku menyatakan anak ini baik....anak itu jahat....Aku tau semuanya!!! Sbb bukan aku tak 'caring'....aku sentiasa "caring"...tambah2 kalau aku guru kelasnya...huhuhu....

kalau zaman dulu mak ayah kita hantar kita ke sekolah..siap bg amanah kt cikgu.."Kalau ank sy nakal..cikgu pukul lah..xda rotan pelempang pun boleh...." tp skrg...anda nilai sendiri.....

Walau bagaimanapun...tak smua ibu bapa begitu...ada yg masih bpikiran macam bapak2..mak2 zaman dulu...Contohnya macam ibu bapa Zulhelmi...kes bergaduh...siap bpesan lagi pada aku.."apa cikgu nak buat, buatlah...kami pcayakan cikgu." Wahhh....terharu dan bsemangatnya aku rasa. Mudah mudahan Zulhelmi brubah jadi anak yang baik.

Tapi apa kes ngan Saiful Rahman?? huhuh....Saiful...mak kamu kata..kamu anak yg baik, tapi kamu ponteng sekolah lengkap bpakaian skolah tapi melencong masuk kedai game....
Cikgu takleh buat apa dah..pasal cikgu tak mendapat kpercayaan ibu bapa kamu. Sebab...kamu ank yg baik dmata depa...
Cikgu hanya mampu phone mak bapak kamu..bagitau kamu dan adik kamu tak berada di sekolah!!!

Khamis, April 09, 2009

Banjir Seketika...

Pagi tadi hujan punyalah lebat......yaaa ampunnn..non-stop sejak ada kot dalam pukol 3-4 pagi......Dalam malasnya aku terpikir..'alangkah bestnya kalau hari ini hari cuti'......Maka melangkahlah aku ngan malas2nya ke tempat keja pagi tu...hujan masih turun yaaa.....

Yaa..sampai disekolah..(hujan masih turun yaa....)....suasana sunyi sepi berbanding biasa....dalam hatiku ' Sah hari ini tak ramai nih'.......biasanya kalau hujan gitulahh...!!!! Sesampainya di sekolah..ini yang ku nampak.........air dimana2......

Kasut cikgu dah basah dah...aiii...belum apa2 lagi, hujung kain pon basah jugak....biasalah hujan...mujur mekap tetap vogue!! itu yang pentingnya........
Nampak beberapa orang cekgu berpeluk tubuh sambil tengok gelagat anak murid yang seronok main air ngan kaki2 kecik depa, bagaikan berjumpa Angkasawan Negara lagaknya....
macam2 bebudak ni..........main la budak2...bukan selalu pon.......
cekgu2 masih berteleku....berpikir..jalan mana harus kami lalui..harus kami tuju...sebab laluan semua digenangi air.....'haruskah kami bersama2 anak murid berkaki ayam saja hari ni'.....itu yang aku pikirkan...

hujan agak reda...masih rintik2......murid2 riuh potpet2 bukan main lagi...........
sukanya main hujan....godek2 kaki dalam air...nama pon kanak2 kan....mainlahh.....kelas aku ditingkat atas....!!Ini yang aku dapat sepanjang perjalanan aku ke tingkat atas.....

Masuk kelas....tinggal berapa kerat aja yang mai sekolah.....!! Aku Pandang ke atas syiling, owhhh...bocor..kesan air menitik sana sini. kesian!!!!!! Kelas tetap berjalan ikut perancangan. Cuma ada selingan....Aku sempat lagi suruh depa posing time hujan tu....hehehehe.....saja..nak bagi rasa seronoknya hari ni dapat tangkap gambar waktu hujan...waktu sekolah banjir...kata depa....
Ini budak2 comel..nakal2 tu......Semoga hari ni jadi sejarah kat kita noooooooo.......


Hujan mula reda...tapi langit masih lagi mendung..........
Lepas rehat aku teruskan masuk kelas aku sendiri......macam biasa..kelas aku tinggal berapa kerat ja yang hadir. Langit makin kelam....kali ni,...memang sah...mendung bererti hujan....hujan turun lebatnya....
Bila dok kelas ni haruslah aku risau..sebab ini tingkat bawah..lagipon blok lama ni selalu dinaiki air....
tak percaya???? Ini buktinya.........


Ini buktinya....air dah sampai betol2 koridor depan kelas...maka terpaksalah bertapa seketika cekgu2 yang mengajar di blok ni...nak lalu kot mana kalau dah gini sekali....
Murid2 blok ni...bukan mahin seronok lagi....sikit2 nak pi toilet...kuat betol kencing.... Macamlah cekgu taktau akal hangpa yang main main2 air bagaikan filem hindi tu......Hamboiiiiii.........

Ini buktinya.........



Lepas ajar....aku suruh anak murid aku tanggalkan stokin..kasut..sila beratur di laluan koridor untuk cekgu snap gambar okayy. Cekgu tau la..masa belajar pon dah tak khusyuk..mata naik juling dok tengok air hujan kat luar. Nasib baik cekgu sungguh memahami tau!! Maka bersorak sakanlah depa sekelas sebab seronok kaki nak jejak air. Hasilnya....tadaaaaaa....wajah2 hensem..jelita budak2 kelas aku.......didepan kelas kami.......

Wahhh...bukan main seronok lagi.........

Sebagai penutup ini gambar2 yang sempat diambil .....


Sehingga tamat waktu ...hujan masih tak berhenti lagi............