Saturday, June 30, 2012

Melayu dan Islam - 9




Bangsa Melayu yang merupakan pribumi pada negara Malaysia hari ini telah memiliki sejarah-sejarah silam akan kedaulatan kekerajaan-kekerajaan Melayu dirantau ini seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya dan lain-lain. Srivijaya merupakan salah sebuah kekerajaan atau empayar Melayu berdaulat yang terbesar dalam sejarah yang merangkumi segala tanah negara Malaysia hari ini, tanah negara Indonesia hari ini, Sri Lanka, Selatan Siam, Filipine hatta kedaerah Tainan (pulau Taiwan).

Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu purba yang berpusat diSumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak mempengaruhi Asia Tenggara. Salah satu bukti kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671. Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang Srivijaya.

Kewujudan Srivijaya pertama kali diakui secara rasmi pada tahun 1918, oleh ahli sejarah berbangsa Perancis Georges Coedès dari École française d'Extrême-Orient. Kerajaan ini runtuh pada abad ke-13 (dan seterusnya disambung oleh kekerajaan Palembang pada abad ke-14 serta kemudiannya Melaka dalam abad ke-15) disebabkan pelbagai faktor, antaranya ialah kebangkitan kerajaan Jawa Majapahit. Dari abad ke-8 hingga abad ke-11, Srivijaya yang asalnya beragama Hindu juga adalah pusat pengembangan agama Buddha yang utama dikepulauan Melayu.Ini dapat dilihat dengan pembinaan Angkor Wat diKamboja serta mahupun Borobodor diTanah Jawa yang ada kaitannya dengan penyebaran agama Buddha oleh Srivijaya.

Dalam Bahasa Sanskrit, sri (श्री) bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya" (विजय) bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan". Srivijaya yang merupakan kekerajaan maritim memiliki kekuatan dari segi perkapalan dan menguasai keseluruhan perairan Nusantara dizamannya. Ianya juga memiliki kekuatan dari segi ketenteraan darat yang mana anggota askarnya terdiri dari pelbagai taraf rakyat.

Selepas kejatuhan Srivijaya, ahli sejarah tidak pernah menganggap ada kerajaan bersatu yang sebesar Srivijaya wujud dikepulauan Asia Tenggara. Terdapat kerajaan-kerajaan lain seperti kerajaan Siam, Jawa, Ache dan lain-lain tetapi tidak sebesar Srivijaya. Sedang kerajaan Melaka adalah kesinambungan daripada kekerajaan Srivijaya itu sendiri.

Manakala juga, selepas kejatuhan Srivijaya, lanun-lanun yang asalnya merupakan sebahagian dari kalangan-kalangan bekas tentera laut Srivijaya yang lengkap dengan kapal-kapal serta senjata, melakukan kegiatan yang berluasan mereka diperairan rantau ini. Kegiatan ini kemudiannya dapat ditumpaskan bilamana Melaka mengambil-alih kuasa maritim dirantau ini berserta bantuan daripada Kekerajaan Tanah Besar Cina.

Kebesaran raja Srivijaya juga digambarkan melalui catatan saudagar Arab bernama Sulaiman dalam tahun 851M yang mensifafkannya sebagai Raja diGunung dan Maharaja diPulau. Raja diGunung dan Maharaja menggambarkan kebesaran raja yang mempunyai kuasa sakti, berkuasa multak didaratan mahupun dilautan.
Raja Srivijaya yang tersusun sistem pemerintahannya memerintah secara multak dengan dibantu oleh wazir-wazirnya yang menjadi perantaraan antara siraja dengan rakyat sekelian.

Bersambung...

Saturday, June 23, 2012

Perbezaan sekular dan Islam

Dalam istilah politik, sekularisme adalah suatu gerakan terhadap pengasingan agama dan kerajaan (sering diistilah pemisahan gereja dan negara). Ini adalah dirujukkan pada mengurangkan ikatan diantara kerajaan dan sebuah agama negara, seperti menghapuskan langsung atau mengantikan undang-undang berasaskan kitab suci (seperti Al-Quran dll) dengan undang-undang sivil.

Sedang, Islam adalah agama yang sempurna (kaffah), mengatur seluruh aspek kehidupan. Mulai dari yang dipandang kecil seperti memakai sandal dimulai dengan kaki kanan terlebih dahulu sehingga mengatur segala urusan umum mahupun membina strategi untuk kemaslahatan (kebaikan) umum.

Islam mengatur segenap perbuatan insan dalam hubungan insan dengan Khaliq-nya, sebagaimana tercermin dalam aqidah dan ibadah ritual dan spiritual iaitu seperti: tauhid, salat, zakat, puasa dan lain-lain. Kedua, mengatur hubungan manusia dengan dirinya sendiri yang diwujudkan berupa akhlak, pakaian, dan makanan. Ketiga, mengatur manusia dengan lingkungan sosial iaitu dalam hal mu’amalah dan uqubat seperti buat sistem ekonomi Islam, sistem pemerintahan Islam, sistem politik Islam, sistem pidana Islam, strategi pendidikan, strategi pertanian, dan lain sebagainya.

Islam adalah berbeza dengan agama-agama yang lain, sebab Islam tidak sebatas ibadah ritual dan spiritual belaka, namun juga memasuki ruang untuk kemaslahatan umum. Maka kaum muslim yang memisahkan agama Islam dengan kehidupan umum (fasluddin \’anil-hayah) bererti dia telah terkena virus sekularisme. Hanya-sanya wajar difahami, bukan suasana politik memasuki suasana Islam tetapi suasana Islam yang wajar dimasukkan kedalam suasana politik seperti bukan suasana pasar yang riuh-rendah (fitnah-umpat mengadu-domba, berebut kuasa dll) dimasukkan kedalam masjid tetapi suasana masjid (zikir, quran, tawaduk, tenang dll) dimasukkan kedalam suasana pasar.

Dan dakwahlah tongak panjinya buat memasuki ruang kemaslahatan umum bukan politik, politik hanya berupa suatu alat kecil (seperti pinggan-mangkuk atau periuk yang dibawa dijalan Allah, hanya digunakan untuk memasak agar mereka yang bersama tidak kelaparan) dalam berdakwah kepada kebenaran bukan sebaliknya.

Wallahualam....

My Manz on road



My Manz on road- Sheikh Abdul Majid [Street awakening]

Monday, June 18, 2012

Melayu dan Islam - 8


Bila memperkatakan akan hak Melayu-Islam diMalaysia dan keutamaan dalam mempertahankan Malaysia sebagai Tanah Islam yang berdaulat, maka ini jelas tercatit didalam Perlembagaan Negara Malaysia seperti berikut:

i. Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang diMalaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.

ii. Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.

iii. Urusan pentadbiran Islam menjadi tanggunjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Ada berbagai definisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam iaitu antaranya:

- Syeikh Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan: Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.

- Syeikh Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan: Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.

- Syeikh Mohammad Said Ramadhan al-Buti ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negera itu sebagai negara Islam.

Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat utama bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mutabar.

Dengan mengambil kira kepelbagaian definisi tersebut dan keadaan yang wujud di Malaysia, maka konsep negara Islam dapatlah disimpulkan bahawa Negara Islam itu ialah negara yang dipimpin oleh orang Islam, dan orang Islam boleh melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan aman, termasuklah memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing. Dan setiap rakyat wajib mempertahankannya.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan nyatalah bahawa Malaysia Negara Islam kerana ciri-ciri utama yang ditetapkan oleh ulama wujud dan terlaksana di Malaysia. Malaysia juga telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi. Serta pengiktirafan Malaysia sebagai contoh Negara Islam yang diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.

Malaysia dalam rangka kewujudannya sebagai Negara Islam juga dapat dilihat dengan adanya penubuhan berbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Mufti.

Setelah mengambil kira berbagai pandangan, hujah dan keadaan yang wujud diMalaysia, serta akibat buruk dari penolakan Malaysia sebagai negara Islam, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.

Kenyataan ini dengan jelas menolak anggapan kononnya Malaysia negara sekular kerana ciri-ciri sekularisma yang bermatlamatkan keduniaan semata sebagaimana yang difahami, tidak wujud dalam falsafah dan pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam.


Bersambung...

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga