Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Saturday, March 21, 2015

Apam Pisang Coklat



APAM PISANG COKLAT
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum*
1/4 cawan koko*
2 sudu teh baking powder* - semua bahan* diayak
3/4 cawan gula
4 biji telur
3/4 minyak sayuran
1 1/4 cawan pisang lenyek*
1 sudu teh soda bicarbonat*
1 sudu teh garam* - semua bahan* digaul rata dan biarkan

Cara-cara :
Panaskan pengukus.
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan minyak dan pukul lagi.
Masukkan tepung dan koko serta minyak berselang seli hingga habis.
Kacau adunan hingga rata dan biarkan dalam 10 minit.
Masukkan kedalam loyang yang disapu sedikit minyak.
Kukus dalam 1/2 jam atau 40 minit hingga masak. Kalau menggunakan acuan kecil kukus selama 15 minit.
Sejukkan baru dihidang.



Thursday, March 06, 2014

Apam Pisang Lemak Manis



APAM PISANG LEMAK MANIS
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Sumber : Kawan FB

Bahan-bahan :
1 cawan pisang yang telah dilenyek
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
2 cawan tepung beras*
1 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder* - semua bahan* disatukan
1 3/4 cawan santan

Cara-cara :
Masukkan pisang, gula, garam dan yis kedalam bekas. Kacau hingga larut.
Masukkan tepung yang disatukan berselang- seli dengan santan sambil kacau rata.
Perap dan tutup adunan selama 2 jam.
Panaskan pengukus.
Sapu acuan apam dengan sedikit minyak dan panaskan seketika.
Masukkan adunan kedalam acuan dan kukus selama 15 - 20 minit.
Sejukkan baru dihidang.



Friday, November 15, 2013

Apam Nasi Pelangi



APAM NASI PELANGI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Sumber : Bicara Kak Noor

Bahan-bahan :
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula
11 gm yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
Perwarna yang disukai
Kelapa parut putih secukupnya*
Sedikit garam* - satukan

Cara-cara :
Satukan tepung beras, tepung gandum dan yis. Gaul rata.
Kisar nasi bersama air sehingga halus dan masukkan kedalam bekas berisi bahan-bahan kering.
Kacau hingga larut dan sebati.
Perap adunan selama 3 jam.
Panaskan pengukus.
Masukkan adunan berselang seli warna kedalam loyang atau acuan apam.
Kukus selama 1/2 jam.
Sejukkan dahulu baru dipotong.



Monday, November 12, 2012

Apam Beras



APAM BERAS
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan -bahan :
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 cawan nasi sejuk*
2 1/2 cawan air* - dikisar halus
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil yis segera
Pewarna hijau dan merah
Kelapa parut putih - untuk salut

Cara-cara :
Nasi dan air dikisar hingga halus. Masukkan gula dan kisar lagi.
Tuang kedalam bekas dan masukkan yis, tepung gamdum dan tepung beras sedikit demi sedikit sambil kacau sebati dan halus.
Tutup dan perap adunan sehingga 3 jam
Panaskan pengukus. Acuan disapukan sedikit minyak dan kukus dalam 3 minit.
Masukkan adunan kedalam acuan dan kukus dalam 15 minit.
Sedia dihidang bersama kelapa parut putih


Monday, November 05, 2012

Apam Pisang



APAM PISANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 cawan pisang lencek - pisang emas
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil sodabicarbonat
1 sudu kecil garam
3/4 cawan gula - saya kurangkan sedikit dari 1 cawan
1 cawan susu cair

Cara-cara :
Semua bahan disatukan dan gaul hingga semua bahan sebati.
Tutup bersama kain dan biarkan sehingga 2 jam.
Panaskan pengukus. Letakkan kertas kek kedalam acuan lompang dan tuang adunan pisang tadi.
Kukus sehingga masak lebihkurang 15 min.
Sejukkan baru dihidang.


Friday, October 28, 2011

Puteri Ayu


Assalamualaikum semua..
Cuaca panas yang sangat terik diluar sana.. kemungkinan petang hujan seperti biasa lebat sekali.. walaupun kepanasan didalam dapur.. masakan keluarga tetap juga dihidangkan.. sudah menjadi kewajipan memasak sebagai surirumah seperti saya.. menu untuk petang ini saya cuba membuat puteri ayu dua warna.. tengok di blog kawan2 nampak berseri-seri dan cantik..


Resepi puteri ayu ini saya ambil di dapur Yatie @ Sinar Kehidupanku.. yang banyak resepi kuih-muih yang semuanya sedap.. terimakasih Yatie kerana berkongsi resepi..

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovellete
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan santan pekat
Perisa pandan atau ikut citarasa masing2 - saya guna paste pandan & pewarna kuning

Inti kelapa
2 cawan kelapa parut putih*
1 sudu besar tepung ubi*
Sedikit garam* ( Semua bahan digaul sebati )

Cara-cara:
Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga betul2 kembang.
Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder berselang seli santan. Kacau sebati.
Bahagikan kepada dua warna.
Kelapa disatukan dgn tepung ubi dan garam.
Sapukan acuan dgn sedikit minyak dan masukkan kelapa dan tekan2 sedikit hingga rata.
Tuangkan adunan tadi hingga habis.
Kukus selama 15 minit dgn api sederhana.
Sedia dihidang.

Wednesday, October 12, 2011

Apam Mentega


Apam mentega.. sedap dan gebu.. rasanya pun mengikut citarasa saya yg tidak begitu manis.. resepi ini saya ambil dari dapur Ilahjy @ Resepi sumbangan JY.. terimakasih berkongsi resepi apamyg sedap ini..

Bahan A:
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
250 gm mentega

Masak gula hingga cair dan kekuningan. masukkan air dan kacau sebati hingga semua gula larut. Masukkan mentega dan kacau hingga rata. Biarkan sebentar.

Bahan B:
3 cawan tepung*
2 sudu teh soda bicarbonat* ( Satukan dan ayak)
3/4 cawan gula halus
1 tin susu cair
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Pukul telur, gula dan esen vanilla hingga kembang.
Masukkan air gula hangus yg telah dicairkan tadi. kacau sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn susu cair hingga habis. Kacau semuanya rata.
Biarkan adunan 1/2 jam.
Panaskan pengukus dan sapu acuan apam bersama sedikit minyak.
Panaskan acuan terlebih dahulu baru masukkan adunan 3/4 dari acuan apam.
Kukus selama 15 minit hingga masak.
Sejukkan dahulu baru dihidang.

Thursday, October 06, 2011

Apam Labu


Apam Labu.. menu petang.. perhabiskan separuh lagi labu yg duk lama kat petisejuk.. jengah ke dapur Yatie @ Sinar Kehidupanku.. nampak pulak resepi apam labu.. semua bahan2 yg lain memang sedia ada.. teruslah mengadun.. Alhamdulillah menjadi... lembut dan gebu.. Terimakasih Yatie berkongsi resepi ini.. Jom lihat resepinya..

Bahan A
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yeast segera
1 sudu teh gula castor
3 sudu makan air suam

Bahan B
240 gm labu dikukus / direbus
150 gm gula castor
1 biji telur
150 ml santan pekat

Bahan C
200 gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder* (Satukan dan ayak)

Cara-cara:
Campurkan semua bahan A dan kacau sebati. Biarkan dalam 10 minit.
Campurkan semua bahan B dan kisar halus. Tuankan kedalam mangkuk adunan.
Masukkan semua bahan C kedalam adunan bahan B yg dikisar sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
Masukkan bahan A tadi dan kacau hingga semua bahan sebati dan rata.Tutup dan biarkan adunan 1jam.
Panaskan pengukus dan sapu minyak keatas acuan dan panaskan sebentar.
Tuang adunan kedalam acuan dan kukus selama 15 minit.
Sejukkan dahulu baru dihidang bersama kelapa.
* Untuk menjadikan apam dikukus merekah bolehlah guna acuan kertas yg diletakkan kedalam acuan lompang. Jika gunakan acuan biasa ianya naik seperti biasa spt diatas.

Tuesday, August 02, 2011

Apam Pisang


Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum*
1/2 camcateh baking powder ( Satukan dan ayak)
2 biji telur
100 ml minyak jagung
1/2 cawan brown sugar
Beberapa titik esen pisang
4 biji pisang emas*
1/2 camcateh soda bicarbonat*
secubit garam* (Satukan dan dilecek halus)

Cara-cara:
Pukul gula dan telur hingga sebati dgn menggunakan whisk.
Masukkan.pisang lecek dan minyak. Pukul sebati.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Panaskan pengukus dan sapukan acuan dgn sedikit minyak. panaskan sebentar,
Tuang adunan kedalam acuan kemudian kukus selama 15 minit,
Sejukkan dan dihidang.

Thursday, July 28, 2011

Apam Coklat


Assalamualaikum..

Apam Coklat.. semalam apam hari ni apam.. tapi apam coklat hari ni utk anak saya Diyana membawanya kesekolah.. utk majlis perpisahan cikgu yang berpencen katanya.. buat la kuih yang senang2 dan bahan2nya pun sedia ada dirumah tak payah keluar mencarinya lagi.. rasanya sedap, lembut dan gebu..


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak - saya guna minyak jagung
1 cawan air panas

Cara-cara:
Satukan dan ayak tepung, koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
Pukul telur dan gula hingga sebati.
Masukkan susu pekat dan minyak. Kacau sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan2 lain kedalam adunan telur tadi kemudian masukkan air panas dan kacau rata.
Panaskan pengukus.
Tuang adunan kedalam acuan dan kukus selama 10 minit dgn api yang kuat.
Sejukkan dan hidang.

Apam Salju


Apam Salju menu hari ini.. kegemaran keluarga.. lembut dan mudah saja membuatnya..

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
1 3/4 cawan gula
1 paket yeast segera
2 cawan nasi
3 cawan air
1/2 biji kelapa parut putih

Cara-cara:
Satukan tepung, gula dan yeast didalam bekas.
Kisar nasi dan air hingga halus kemudian masukkan kisaran nasi kedalam bekas yang berisi tepung.
Kacau kesemuanya hingga sebati.
Perapkan aduanan selama 1 jam kemudian dikukus didalam acuan yang telah disapu dgn minyak.
Kukus selama 10 minit dgn api yang kuat.
Sejukkan baru dihidang.


Thursday, June 23, 2011

Apam Tepung Gandum


Assalamualaikum semua..

Apam Tepung Gandum.. kuih untuk berbuka puasa nanti.. semalam tengok dapur kawan2 ada yang membuatnya.. tu teringin pulak.. Apam ni dulu2 mak saya selalu buat untuk kami sekeluarga minum pagi.. dah jadi kesukaan anak2 saya pulak.. Setengah org panggil apam kampung.. tapi saya panggil apam tepung gandum jer..

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
3/4 cawan brown sugar
2 cawan air
11 gm yeast segera + 1/2 cawan air dilarutkan
Sedikit garam
Kelapa parut putih + sedkit garam

Cara-cara:
Masukkan tepung dan brown sugar didalam sebuah bekas. Gaul rata.
Tuangkan bancuhan yeast tadi.
Tambah air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata supaya tidak bergentel.
Masukkan kedalam loyang 10x10 yang disapu sedkit minyak. Biarkan adunan naik selama 1 jam.
Kukus selama 45 minit.
Sejukkan dahulu baru dipotong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...