expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Resepi budak2. Show all posts
Showing posts with label Resepi budak2. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Rich Chocolate Pudding



Bismillahirrahmanirrahim


Sebelum citer pasal puding, nak citer dulu pasal acuan buat puding ni.
Dah lamaaaa duk cari acuan cantik2 yg ada mcm2 corak,
dulu pernah jumpa, tp mahal kot...
sekali ritu pegi kedai Eco (RM2), ada...!
  & of kosss rege dia pun 2 ringgit je, hehe =)
 so tadda...!





cute tak? boleh la kan bg budak2 main masak2 ;)
punya la teruja sampai air batu pun try buat dlm ni,
pastu happy sorang2 tgk air batu cantik berenang2 dlm gelas, haha,
anak sape la tu... =P

bl dah ada acuan ni, kemain semangat nak memuding,
awal2 ritu buat guna instant jelly je,
tp air berlebih, pastu lembik,
nak kuar acuan kemain payah,
kuar2 hancur... sad... 

tp 2nd time dah tak sad dah ;)
rasa mcm dah taraf chef sgt dah ni.. haha







hew2... cantik tak puding kita? 
mihmihmih
pitamla...buat puding pun nak getik2 =P














kasi zoom in sket ;)
buat ni, kalau utk budak2 mesti suka sgt kan?
eh org tua pun suka.. ;)
bukan sahaja sedap di anak tekak, tp cantik di mata =)
like juta2! ^__^

lagi satu, kot2 anak dara / anak menantu nak impresskan
family, mak mertua, cubala.
senang, jimat, sedap, cepat, dan cantik! hehe

utk puding tu, 
cuma campur susu cair 200ml, air 200ml,
serbuk agar2 nona satu kotak,
serbuk coklat 3sudu besar,
masak semua atas api sampai serbuk agar2 tu cair
tak yah tambah gula dah, sb serbuk agar2 tu dah ada gula..
kalau takut tak balance pahit coklat tu, 
tarukla dlm sesudu susu pekat... 
pastu sejukkan dlm acuan masing2.. done!
 *satu kotak serbuk agar2 nona tu cukup2 utk 2 acuan kat atas*


kuah tu option je, tp saje nak bg nampak lg rich kan, heheh
sama jugak, guna sukatan yg sama bg susu cair dan air,
tambah satu sudu besar je gula,
masak kejap sampai gula larut... settle.

mudah tp mewah, ecewah ;)

- sekian -

Thursday, April 18, 2013

Spageti ala bolognese



Bismillahirrahmanirrahim




Real kan mcm kuah bolognese? heheh. hakikatnya... sambal tumis je... cincang2 bawang, halia, ayam, siap! nak bg nampak mat salleh sket, letak sosej ;)  hasilnya... tetap menambat rembesan salivary glands. heh. dunno why, tp mmg takat ni tak leh terima lagi bolognese. tp kalau carbonara...itu laju! ^_^


happy lunch hour eberibadi!  =) =) =)

Wednesday, December 5, 2012

.: Mee bandung mudah :.



Bismillahirrahmanirrahim

=) Dah lama tak buat rancangan masak2 (=  Bukan dah tak masak, tapi takde apa yang best nak 'show off' sini. masak biasa2, cukup sekadar tak kebuluran. eceh, padahal hari2 mcm2 sumbat. tp tu la, takkan ubi keledek rebus, kepok keping, nk tayang jugop kam. eh tp sedapla keledek rebus yg warna oren tu.. series sedap! ni kan skrg musim hujan, senang la nk dpt stok ubi. mcm2 ubi jual kat tepi jln manir. murah2 plk tu.


ok tu muqadimmahnya. ni nk citer... kita baru pandai buat mee bandung... hehe. selama ni pandai order je. ritu mcm mana ntah, terdetik ati nk amik pes mee bandung time g kedai ng mak. masak isnin, buat berbuka. slurppp...




ada rupa mee bandung tak? *kantoi meja x lap abis*  tang telur tu mgkin dah ada ciri2 ke'bandung'an, tp kaler tu yg mcm cair je.. nk buat camne, guna satu pes jerk. btw resepi saya mmg mudah, sb guna pes adabi je ;] sesuai utk ank2 dara yg br nk bljr masak. kalau otai2, konpem buat sendiri kan pes dia ni.

tp takdela ikut direct mcm arahan kat belakang pes tu. carila jugak resepi asal buat mee bandung ni. baru mcm ada effor skit dlm masakan, ye dak? ;) time google resepi, mcm2 versi ada. ada yg letak kacang tanah kisar, lecek ubi kentang, guna tepung jagung pun ada nk kasi pekat kuah. rs2 yg tepung jagung tu org2 kedai la biasa guna. boleh trace sgt kepekatan guna tepung jagung.

basicnya, ada pes dah boleh jalan mee bandung tu. tp rajin2 kan lah hiris dan tumis dulu bawang putih dan bawang merah. tumis cili kering blend pun ok, kasi up kaler dia. pastu masuk pes, tumis. masuk air. btw, kalau nk tmbh lauk, campak siap2. mcm kami, mak x mkn ayam, kek2 / bola2 ikan, so terpaksa masak asing.. pfft. agak2 dah menggelegak, masuk telur brape biji nak. biar dulu telur tu masak. last masuk sayur, garam. then tuang atas mee yg dah dicelur. siap! mudah.com je kan? =)

tinggal satu lg, kita masuk kentang lecek nk kasi pekat kuah tu. sedappp...!







bangga dpt buat mee bandung, dan dikira berjaya la utk 1st time trial. lg best bl mak makan bertambah =) she is nasi type, tp kesan mee bandung ni, tak makan nasi pun takpe tuk berbuka ritu... hehe yippi!

tgk telur seketul tu, teringt time baru2 bljr mkn mee bandung kat kampus dulu. mula2 kenal mee bandung mmg dia special sb ada telur pecah dalam tu. so ada skali tu g la order kat satu kedai dlm cafe kolej. bl siap, tgk cairrr je kuah mee bandung tu, takde telur pun. tnya pcik tu, asal takde telur? dia ckp kalau letak telur kena tmbh 50 sen lg... terkelip2 mata ng member dgr penjelasan pcik tu. ello pcik... mee bandung mmg org pecah telur la kat dlm... tp nk buat camne, telan je la mee bandung takde telur tu... tsk.

eh tp lepas2 tu, bl ada member lain beli, dah ada telur la dlm mee bandung tu. harga sama. mungkin baru g kursus buat mee bandung kot #_#



Friday, October 19, 2012

.: Puding Buah Diraja :.


Bismillahirrahmanirrahim


=) Sorry for the name. rekaan semata2. plan nak buat triffle, tapi agar takde. jadi, guna je la apa yg ada.




simple sgt kan bahan2 dia. add on gula je satu lagi. buah2, sebelum buat dah habis separuh. hmmm... whipped cream tu, 1st time beli. sb selama ni tak tahu nak guna utk apa. mahal plk tu. pastu teruja sorang2 main squeeze benda tu atas pinggan. heheh. 

sama je mcm buat trifle, cuma takde lapisan agar. bawah skali letak swiss roll, second letak custard. atas letak whipped cream. pastu tabur buah2 import eksport tu. kalau nak try letak durian, manggis, rambutan pun boleh jugak. rasa tanggung sendiri la tapi ;]





ni kasi kat k.nor sb nak kasi pulang balik bekas dia. satu je sempat ng whipped cream. tu pun dah cair... tp cantik kan? mahap puji air tangan sendiri  ^____^

hujan dari semalam tak berhenti. subuh tadi boleh bawak bergaduh ngan air paip. sejukkkkk... ni dah tgh hari still sejuk lagi. nak kuar pun terbantut. sian mak... bosan le tu duk rumah.  dari tadi ada je keje dia buat. tgk pun rasa letih skali... selamat hari jumaat semua =)



Tuesday, October 2, 2012

.: Spageti ayam masak merah :.


Bismillahirrahmanirrahim

Asyik2 gambar makanan ;) saya suka amik gambar makanan. selain nk wat update blog ^__^ ia juga senang di snap, sb xde memek muka. pastu anytime around us ada makanan, xyah susah2 nk pikir cari model ke, barang ke. tu seb baik x snap satu2 makan pagi,tgh hari, malam... kalau x konpem boleh up jadi 5-6 entry satu hari =]

ok. hari ni menu kita tema barat campur melayu. kombinasi yg hebat bila perut lapar dan malassss nk masak =) presenting....


spageti wif ayam masak merah. sangat sedappppp! sedap dari bolognese tau. tekak melayu mmg mcm tu. ni semua kes first time makan spageti kat rumah mak sdare. dia masak kuah bolognese, amikla try makan. dan2 lepas tu demam. amazing kan? haha.

selama hidup ni, byk kali badan saya demam bila pertama kali cuba adapt dgn makanan baru. contoh mcm sardin. dulu kecik2 kat rumah kami mmg x pernah ada sardin. mmg family x makan. skali darjah 6 g camping konpem2 sardin adalah menu utama. siap... balik terus demam seminggu -___-"

itu tahan lagi, form1 duk hostel. ada pagi bila ntah, terbau makcik dewan makan masak sardin. mmg tiap kali bekpes sardin saya skip x makan. tapi pagi tu bau sardin menerawang sampai kat dorm. start nebes dah time tu. masuk kelas ada pulakkk yg tapau roti sardin sb x sempat nk bekpes kat hostel. dem! i got fever for 2 weeks after that! terrible kan diri ini ? haha.

tp alhamdulillah, ada skali masa form 2 ke form 3 kalau x silap. puteri islam buat program kat kuala ibai. ada pertandingan buat sandwich sardin. pasrah je la time tu. tlg2 mana yg patut. tp ada member group tu mmg terror kot buat sardin. wlpn x masak, just campur hirisan bawang, lada, perah asam limau, heyyy it works for me! rasa happy sesangat sb boleh telan sandwich tu, or else u will be kelaparan sampai tgh hari.. dan bertambah happy sb group kami menang tuk pertandingan tu! ^___^

lain2 makanan yg pantang dulu, durian.. bau pun xleh. mcm sardin jugak, boleh bawak demam. tp skang pantang jugak, pantang bau mesti nak beli =)   mee kuning, burger, roti sapu marjerin, telur kuning, nasi ayam, seme tu adalah antara makanan yg mmg xleh ngam dgn tekak suatu ketika dulu. skang semua boleh bedal. tu yg makin segan nak naik atas scales. i guess it was not a gud idea to accept all the foods. "__"

balik pada menu kat atas td, tu menu org malas act. just rebus spageti, carik2 skit ayam masak merah, taruk kuah dia atas spageti. siap. sayur mmg hidangan wajib, sb kalau xde mcm muak.  okeh. tu saje dulu...bai =)

Friday, September 28, 2012

.: Pulut Gaul Nyo dan... :.


Bismillahirrahmanirrahim


Pulut gaul nyo(nyiur/kelapa) yg direquest oleh mak sekian lama. hari ni baru tertunai. bkn malas nk buat, tp malas nk pegi beli kelapa parut yg fresh. ni pun beli semalam simpan dalam peti. seb baik ok. skang kalau beli kat kedai, byk yg dah modified pulut ni gaul ngan lada hitam la, sambal ikan la... common la, tak masuk ok. u should just remain it with kelapa parut dan digandingkan dgn ikan panggang / ikan masin / ikan goreng. kopok tu saje tambah, sb rasa mcm best makan pulut yg lembut dgn kopok yg krup krap krup krap =)







skali tanak je ni. kepal comel2 mcm tu boleh penuh satu tupperware. org jual skang satu kepal dah singgit. mahal tak agak2. kalau hantar kedai byk ni dah boleh untung 3x ganda ni  $___$






so today, we are done with this pulut for our breakfast. combine dgn kopi kaw2, hmmm... nikmatnya bekpes dgn tenang di hari jumaat. i'm lovin it! ada lagi lebih boleh buat makan petang plk. senang keje takyah pk nak kunyah apa petang kang ;))))


sebut pasal request mknn, i think i have take part my late grandmother 'job'. dulu kalau nak makan apa2, sebut je dpn tok. which is guna ayat psikologi la. mcm dulu pernah terbaca dlm novel pasal puli ubi kayu. bila baca tu, rasa mcm terbayang2 je sedapnya ubi kayu parut kukus, gaul kelapa parut cicah air gula melaka. so tanya tok, tok pernah dgr tak puli ubi kayu? tahu tak cemana nak buat? eceh...soklan mcm nak sentap org lama yg dah mmg pakar...

dtg balik rmh tok kemudiannya, tgk dia duk cangkul pokok ubi kayu.

"tok nk wat mende ubi kayu tu?"
"dh mu kata nk puli ubi kayu."

yippi! berbunga2 dalam ati. so menempel la ngan tok tgk proses buat puli tu. parut, kukus, semua tok yg buat. siap kukus atas dapur kayu lagi. last2 tu je dia suh masuk dapur buat air gula melaka. no hal madam! dah siap tu makan ramai2 bawah rumah, atas pangkin. syokkkk...  


 poli ubi kayu... dapnye...



tok ni sebenarnya, dia takdela mcm beria2 tunaikan hajat cucu dia. mcm kalau kita ckp kat dia, tok nak ni nak tu... takde maknanya dia akan jawab ya nanti tok buat. nehi ok. tp yg bestnya, dia buat terus...! lets say kalau kita kata, sedapppnye kalau blh makan pulut gaul nyo... dia hmmm kan je. tau2 esk ada spupu datang hantar kat rumah satu tupperware besar pulut siap ngan ikan panggang! seriously i tell u... tok mmg the best la in d world! jarang2 sgt arwah kecewakan harapan cucu dia ni. nak2 pulak cucu sulung kesayangan...hehe. eh my survey was like exactly true, which is cucu sulung biasa dapat perhatian lebih dari tok dia... ahahaha matila kena kutuk dgn cucu lain.

but then, it was only such a great memory in my life... skang semua dah takde. both side of my grandparents had leave us time by time... i wish they were still here, looking after me, comforting me with their way... really hope that they will always in peace rite there... Al-Fatihah for them..


and yes, the tittle should be pulut gaul nyo dan kenangan bersama tok... dan skarang, as my mom has no passion on cooking, ok fine... i will take that part. anakanda akan cuba memenuhi selera ibunda dgn pelbagai hidangan yg menyelerakan... tp lately dia duk bunyi gulai ikan style arwah tok plk dah... mane nak google resepi tu??? *___*



Tuesday, September 25, 2012

.: Resepi Oat Sedap :.


Bismillahirrahmanirrahim

Ehem. hari ni kita sembang pasal diet yg sihat sket ye. Bila sebut diet yg sihat, tujuan dia bukan untuk kurus je, tapi lebih pada menjaga kesihatan tubuh badan. so hakikatnya semua org kena ada diet yg sihat. kan =) jadi hari ni, meh kita amalkan salah satu menu diet sihat yg amat2 disarankan di seluruh dunia - OAT (org lain dh berzaman kot amal...) ye, tau... tp sb saya adalah penganti-tegar oat... yg dah brape kali tak berjaya hadamkan oat sampai ke perut, jadi bila saya berjaya menjumpai cara/resepi utk habiskan semangkuk oat dgn jayanya, maka saya adalah sgt berbesar hati utk menaipnya di sini =)


sies dh byk kali try nak makan oat ni dgn susu... tp tak boleh. siap beli yg chocalate oat dulu, bluwekkk jugak. try nesvita 3 in 1 tu lagi laaaa rasa nak pitam. so kemarin dulu try rasa tak campur susu. eh ok je. rs mcm bubur tawar. tp takkan nak makan mcm tu je kan... jadi berdasarkan kretiviti tipikal yg ada dlm fikiran, maka terhasil lah hidangan di bawah...


Psst: If you dont mind, could you please share my post regarding travelling to South Korea at your social media account (blog, fb, insta, etc2). TQ so much! ^_^
Link to the post:  http://yuhaisya.blogspot.my/2016/12/mytravelokaescapade-make-my-heart-bloom.html


oat + sambal bilis + sayur = sgt mabeles! iya... sila percaya ia adalah sedap. bg sape2 yg tak suka makan oat, anda boleh buat try makan mcm ni. masak oat, atau guna yg instant tu. makan dgn lauk mcm sambal bilis ni, atau apa2 je lauk mcm ayam goreng mungkin. nk bg berkhasiat lg, tambah sayur. sies tak muak mcm makan dgn susu. licin okeh semangkuk ni =) *bangga3*    ^_________^





saya guna yg instant ni je. senang dan cepat. 
[kredit pic]

selain makan mcm kat atas, kalau nak rasa oat versi manis2, boleh try yg mcm ni....





[pic google]

yg ni dia campur ngan horlick. tp sb horlick adalah adik bradik susu, so tak yah campur takpe. masak je ngan air panas mcm biasa, pastu campur madu/filling apa2, tambah buah mcm pisang. still sedap dan yg penting, boleh ditelan =) 






mcm ni pun sedap. masak mcm bubur baby ni. pastu buat sup. sure tak rasa mcm makan oat. rasa mcm makan nasi air. anda patut cuba (",)





cantik di mata tak semestinya sedap di tekak. tp attraction tu penting kan. hu2. boleh hidang ngan buah2 mcm ni, plus kismis, prune, kurma... tp jgn campur susu! buat tawar je.. buah ngan lain2 tu dah cukup bg rasa dah. kalau tak tahan rasa hambar je, boleh buat oat tadi ngan milo. sb milo is better than susu rasa dia. tp jgn taruk gula plk. train healthy diet without sugar is sweet u know =)))))


haa.. byk cara kan utk telan oat ni bg yg tak suka makan oat. for me, as long tak gaul dgn susu, takde masalah nk makan oat ni. ok, kenapa beria2 sgt nak makan oat ni? jom check it ;-

Oat adalah makanan paling ringkas dah mudah untuk berdiet. Tahukah anda oat digelar raja serat? Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan kita mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Manakala seraty dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. So, semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan seperti sembelit dan buasir. 


Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khaisat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan JANTUNG. Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung. Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.

Oat adalah makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua. Oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal. Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum, mangan, tiamin, dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain.




ok, dah cukup best dah tu kan khasiat oat? tp ada lagi ni manfaat oat yg mengagumkan... 



1. Menurunkan kolesterol
Oatmeal merupakan sumber makanan yang kaya serat larut, yang juga ditemukan pada apel, pir dan prunes. Serat larut dapat menghambat tubuh dalam penyerapan kolesterol LDL, yang biasa dikenal sebagai kolesterol jahat. Satu cangkir dan setengah oatmeal mengandung lebih dari lima gram serat, yang cukup untuk mengurangi tingkat kolesterol Anda.

2. Mengurangi risiko hipertensi
Kandungan serat yang tinggi pada oatmeal tidak hanya menawarkan manfaat kesehatan terhadap jantung, tetapi juga penurunan risiko tekanan darah tinggi. Sebuah rekomedasi untuk wanita menopause, yang cenderung berisiko mengalami hipertensi, harus makan setidaknya enam porsi oatmeal atau biji-bijian lain setiap minggunya.  Studi menunjukkan bahwa pria dapat bisa mengurangi risiko gagal jantung jika mereka makan satu mangkuk sereal gandum atau oatmeal, per hari.

3. Tinggi antioksidan
Oatmeal mengandung tipe khusus dari antioksidan yang disebut avenanthramide. Antioksidan ini mampu melawan radikal bebas yang menyerang HDL atau dikenal sebagai kolesterol baik. Di samping itu, senyawa ini juga melindungi kolesterol jahat (LDL) dari proses oksidasi, yang mengurangi risiko penyakit kardiovaskular.

4. Mencegah pengerasan arteri
Avenanthramides tidak hanya melindungi terhadap penyakit jantung, namun senyawa antioksidan ini juga mampu mencegah arteri dari pengerasan. Avenanthramides bekerja dengan menekan produksi molekul yang memungkinkan untuk mencegah pengerasan dinding arteri. Penelitian telah menunjukkan bahwa wanita menopause yang makan enam porsi serealia utuh seminggu dapat mengurangi risiko berkembangnya aterosklerosis.
Ateroskleorosis adalah kondisi di mana terjadi penumpukan plak di sepanjang lorong-lorong pembuluh darah dan memperlambat perkembangan stenosis, yang menyebabkan lorong-lorong dari arteri menyempit. Manfaat oatmeal bagi kesehatan kardiovaskular akan menjadi lebih besar bila dipasangkan dengan vitamin C.

5. Mencegah perkembangan kanker payudara
Penelitian telah menunjukkan bahwa wanita yang mengkonsumsi dalam jumlah tinggi serat memiliki penurunan risiko terkena kanker payudara, terutama jika berasal dari serat gandum. Serat tidak larut dalam serealia utuh akan menyerang karsinogen dan menurunkan kadar estrogen dalam tubuh, sehingga melindungi tubuh dari perkembangan kanker. Sebuah studi di Inggris menemukan bahwa wanita pra-menopause mengalami penurunan risiko kanker payudara sebesar 41 persen hanya dengan makan serat dari biji-bijian atau serealia utuh.

6. Mencegah pengembangan diabetes
Selain kaya serat, oatmeal merupakan sumber magnesium, yang mampu mengatur insulin dan kadar glukosa. Berbagai temuan telah menunjukkan bahwa, selama delapan tahun, perempuan yang makan diet kaya sereal dapat mengurangi risiko diabetes hingga 31 persen. Untuk mendapatkan manfaat optimal, Anda bisa menambahkan susu ke dalam oatmeal. Tambahan dari susu rendah lemak juga dapat menurunkan risiko diabetes.
(tiba2 sentap sb mati2 tak nak makan oat ngan susu. its ok act. mcm saya, bukan tak suka minum susu. suka sgt buat susu panas mcm fernleaf, dutch lady... cuma tak blh combine ngan oat. so sama je, makan oat, minum susu. the advantages is still there... =)



7. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Oatmeal mengandung beberapa jenis serat yang disebut beta-gluten serat. Serat ini mampu melindungi Anda terhadap penyakit jantung dan juga menaikan sistem imunitas. Hal ini membantu sel-sel kekebalan tubuh dalam mencari dan memperbaiki daerah pada bagian tubuh yang terserang infeksi bakteri.

8. Mencegah obesitas


Makan makanan untuk tidak mendapatkan suara berat seperti jenis diet yang sempurna, kan? Karena oatmeal sangat kaya serat, itu akan membuat Anda lebih penuh untuk jangka waktu yang lebih lama. Serat akan meningkatkan viskositas isi perut sehingga akan memakan waktu lebih lama untuk mengosongkan. Merasa penuh untuk jangka waktu yang lebih lama juga akan mencegah kebutuhan untuk camilan makanan manis atau asin sepanjang hari. Penelitian telah menghubungkan rendahnya risiko obesitas pada anak-anak yang rutin makan oatmeal.



9. Bisa di konsumsi untuk pasien celiac
Dewasa dan anak-anak yang menderita penyakit celiac umumnya tidak dapat mengonsumsi gluten (suatu senyawa protein yang terdapat pada gandum ), namun riset menunjukkan bahwa mereka bisa makan oatmeal meskipun mengandung sedikit gluten. Celiac adalah sindrom malabsoprsi di mana usus tidak mampu menyerap nutrisi makanan.

[dah settle update baru prasan ni indon punye, tp takpe la.. paham kot kan =]



lain2, blh cek kat tenet. belambak lagi khasiat oat ni. tapi secara umum, yg kat atas ni dah cukup mantap dah utk meyakinkan kita akan khasiat oat. jadi marilah kita sama2 manfaatkan khasiatkan oat ni utk kesihatan tubuh badan. sekian, rancangan diet sihat kita utk hari ini. tata 




Friday, September 14, 2012

.: Nasi Goreng Ikan :.


Bismillahirrahmanirrahim

Awal pagi lps subuh terus turun dapur buat nasi goreng ikan utk update kat blog. heheh. takdela, dari semalam duk terbayang2 nak bekpes ns goreng ikan. dah lama tak buat. arwah tok dulu, kalau goreng nasi mesti letak isi ikan goreng. pastu bawang kena tumbuk dlm lesung. no blander2. dan hasilnya mmg mabeles. bau tumis je dah bawak cucu2 ketuk pinggan kat dapur. indahnya kenangan dulu... 

skang, cucu dia pandai jugak buat nasi goreng ikan. tp tak la sesedap arwah tok buat. air tangan tu, air tangan.. mmg takleh lawan. bwg dahla mesin berjemaah stok utk seminggu terus -___- bkn mls, tp efficient ;)





gambar bergegar. snap tgh lapa. hilang kecantikan seni kulinari. senang je nk goreng nasi ni, tumis cili giling sampai garing, taruk bawang merah + bwg putih blender (kalau tumbuk lg sedap), tumis sampai pecah minyak, bubuh kicap skit, gula garam, pastu masuk isi ikan goreng yg dah dicubit (cubit?), kacau2, last baru masuk nasi. gaul sampai mesra, tutup api, letak dalam pinggan, hias cantik2, amik gmbr, tepek dlm blog ;)





serta kan menu td ng kopi susu. hmmm... nikmatnya bekpes di hari jumaat. till then, tata... =)


Wednesday, September 5, 2012

.: Sizzling Spaghetti :.


Bismillahirrahmanirrahim






Dearest kak nor. resepi ni achik copy kat blog orang lain. sb achik punya sukatan main campak. tp sama je resepi kami. boleh dipercayai kedua2nya untuk hasil yang sedap =) yee mee tu tukar je ngan spaghetti nnt ok.



 Sizzling Yee Mee

2-3 sanggul (gulung) yee mee (kalau spaghetti ni sparuh paket je)

5 ulas bawang putih

5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 ( time open house rmh k nor ritu achik guna cendawan dalam tin. tp shitake ni lg sedap. mana2 pun boleh)

1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa

sawi hijau

3 biji cili kering- potong 2

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar kicap cair

1 sudu besar kicap pekat

1/2 in halia- hiris nipis

Serbuk lada hitam

garam- secukup rasa (tak letak pun takpe)

1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air

sedikit minyak utk menumis





Cara-cara

Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.

Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.

Masukkan 2 cawan air.

Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.

masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.

Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.

Akhir sekali, masukkan yee mee / spaghetti yg dah direbus - biarkan sebentar & hidangkan panas2. 
* kalau tak nak letak terus spagheti tu dalam kuah pun ok. celur dulu spaghetti tu, time nak makan baru letak kuah atas dia. sb nnt takut kalau campur terus kuah meresap abis dalam spaghetti. unless nak habiskan time tu jugak. so selamat mencuba

Saturday, June 16, 2012

.: Ikan Terubuk Goreng Garing :.


Bismillahirrahmanirrahim

Sabtu lepas dapat, sabtu ni baru masak. rrrajin sangat ;) siap google resepi nak goreng ikan terubuk ni, pestime katakan... hu2. pastu nak kena masak betul2 ikut selera mak sebab dia tak makan ikan besar2 ni act. kecuali ikan aya (tongkol) - itu berkecuali. so godek2 en google, tersinggah kat dapur kak dayang jack ni. tertarik dgn resepi beliau sb senang dan gambar dia lawa, heheh. 



lawa kan? bila gmbr lawa ikan tu pun nampak best. jom tgk resepi yg super duper simple ni :

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan terubuk masin (dipotong bbrp bahagian dan direndam sebentar, lepas tu dituskan dan dikeringkan)
  • 3-4 sb tepung jagung
  • limau kasturi secukupnya (takde, limau nipis mak habiskan, guna lemon pun jadiklah)
  • cili padi secukupnya (mak tak tahan pedas, so guna lada biasa)
  • bawang besar (digoreng)
  • serai dihiris halus (tambah sendiri nak kasi wangi =)
Cara-cara : Gaulkan ikan bersama tepung jagung dan gorengkan sehingga garing dgn menggunakan api perlahan sahaja. Setelah masak, angkat dan tuskan. Hidangkan bersama bahan2 hirisan dan perahkan dgn limau kasturi. (saya campak terus bahan2 hirisan sebelum angkat ikan).






Pastu makan ngan nasi panas2, buh kicap sket, perah lemon atas ikan siap2. sesenduk nasi pada pusingan pertama akan disusuli dgn 2-3 senduk pd pusing kedua... mabelesss!!!


Thursday, March 22, 2012

.: Nasi goreng pan asia :.

Bismillahirrahmanirrahim



Gambar adalah sekadar penyeri. snap time celebrate besday member kat upsi dulu. tp percayalah, wlpn pinggan mcm eksklusip, rasanya tidaklah sesedap harga yg ditawarkan. jadi adalah lebih baik menggoreng sendiri bila mana keperluan memasak adalah mencukupi di rumah. so today... i named it, my nasi goreng pan asia. 

waktu lapang terlalu byk skrg, wlpn tak berapa nak berlapang dada -__- . so byk masa tuk create resepi campak2. well, nak makan 2 branak je, so tadehal kalau tak sedap. tp biasanya sedap, muehehehehe. this time, campak bawang merah + putih mayang, cili api, serai yg dihiris halus, nenas dadu, garam, gula, pati ikan bilis, kacau2 sampai harum semerbak. pastu campak nasi, eh td nak letak cik udang, ayam, daging, sila la ya. tp better jgn campur haiwan laut dan darah - ikut sunnah =) gaul lagi ketung ketang ketung ketang. campak sayur, kacau sebati. nasi goreng satu siap!!! kenapa pan asia? suka ati... (";)


masih ondway nk abiskan citer take care of us captain. rasa nk lempang2 je muka sorang2 dlm citer ni. bwk bertenang yuhaisya. 4 episod to gooooo...! 


Thursday, January 26, 2012

.: Jom buat Dorayaki :.

Bismillahirrahmanirrahim



nyum nyum nyum


Pernah makan kuih doraemon ni? Dulu kecik2 selalu curious nak rasa kesedapan
dorayaki bila tengok doraemon makan dgn lahapnya... takyah pertikai la asal doraemon 
tak gilakan ikan... telinga pun takde, jumpe tikus terceret, taring, kuku, semua takde...
pelik yg comei... peminat pun seantero dunia... tak sia2 jd kucing pelik.


Hari tu time pegi hyperuncit Sabasun, jumpa kuih ni. Macam home made punya.
Sebab packaging simple.



Dah macam kuih buatan malaysia kan. memang pun.
murah je, tp tak beli. nak rasa, tapi tak berapa gemor manis..
ye ke? org bagi ngap jugak... =)))

Dorayaki ni mcm kuih tradisional jepun, basicnya buat ala2
pancake, pastu tepek la inti ikut ske ati kat tengah tu.
tapi biasa diorang letak inti kacang merah..
mcm yg doraemon suke sangat tu..
bila dah senang nak buat, semestinya resepi dia boleh
diapply di mana2 negara kan. meh kita try jenguk dia punya resepi.





sumber resepi dari blog k.hana


Bahan-bahan
  • 100gm tepung kek atau tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 60gm gula halus- hana buh 50g jerk
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • ½ sudu besar minyak masak
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • Inti:1½ cawan kacang merah yg manis
Cara-cara
  1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat. *hana buh 2 sudu besar susu segar.
  4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
  5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
  6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.


senang je kan? hah pe lagi, pergi buat banyak2.
pastu campak sini barang seketul dua yeh?  =)))
tata...

Friday, November 4, 2011

.: Creamy Carbonara :.

Bismillahirrahmanirrahim

Lama dah tak buat hal letak resepi bajet2 chef kat sini. Selain kes takde idea nk update entry, resepi ni mmg sangat2 sedap untuk dikongsi, kecuali pada mereka2 yg tekak desa mcm cik kinah n cik izah...hahahaha (mati kena tetak balik ni). Dah lama mengidam nak try carbonara ni, instead of sphagheti bolognese...sb dah penah muntah bl telan benda tu...masa tu tekak desa lg kot, so takleh terima lg benda2 pasta nih.

Cara pertama utk merealisasikan idaman kalbu adalah ke pizza hut giant. Tapi hampeh...stok nk buat carbonara tak sampai lagi. Apa ke tak matured alasan yg diberi tu...potong la siap2 kat bahagian menu tu, carbonara takde. 


Spagheti Creamy Carbonara bersama kawan2nya.... yum2 ^_^



Dan kemudian, al kisahnya, my x students nk dtg beraya. So i was thinking to cook something yg berat n ringan2 skit. ok, decide nasi tomato n ayam masak merah with salad. Another one i choose to cook Spagheti Creamy Carbonara. Ingat nak guna pasta, tapi pakcik Mydin tak jual plk. I think this was my perfect trial...sb 1st time try, nak bg mkn ank org plk, so pulun semua bahan2 yg ada... 

Bahan-bahan ( 8 orang dan lebih. )

    * 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
    * 1 buku mentega buttercup (i guna planta jer)
    * 1 tin campbell mushroom soup classic
    * 1 kotak kecil susu segar low fat / full cream
    * 3 atau 5 keping Cheese KRAFT / lain-lain jenis pun boleh
    * Sedikit dada ayam / isi ayam (dicincang halus / dipotong dadu) - i tambah meatball + brokoli
    * Lada hitam kisar
    * Spaghetti : Optional – spiral / fettuccine

Cara-cara

   1. Ambil separuh mentega buttercup / 2 sudu besar planta, letak dalam periuk dan panaskan.


   2. Agak-agak dah cair dan bau naik, campakkan bawang putih yang sudah dicincang halus. Bila sudah berubah jadi macam warna kuning-kuning, masukkan isi ayam & meatball. 

   3. Tutup api dapur. Masukkan Campbell mushroom soup classic ke dalam periuk tadi. Tambahkan 1 tin air (mengikut sukatan tin Campbell Mushroom Soup Classic) ke dalam periuk tadi.


   4. Buka api dapur dan kacau sehingga ia benar-benar hancur dan tidak berketul-ketul.


   5. Masukkan 3 atau 5 helai cheese KRAFT dan kacau. Pastikan cheese cair dan sebati dengan soup.


   6. Masukkan separuh atau 1 kotak susu segar low fat/ full cream. Kacau.


   7. Masukkan secubit garam dan 1 sudu gula. Garam tak perlu banyak sebab kita dah ada cheese dan mushroom soup tu pun sebenarnya dah masin.


   8. Bila sudah benar-benar sebati, masukkan lada hitam kisar ke dalam soup mengikut citarasa masing-masing. Kalau taknak letak pun takpe. Terpulang. Kalau masa nak makan nanti baru letak pun ok.


   9. Cara masak spagheti tgk jer kat blakang packaging dia tu. Tadaa. Dah boleh makan. Cara penyediaan, letak Spaghetti dulu, pastu curah je lah soup tu atas spaghetti.



Presentation yg senget bengek. Last plate baru teringat amik gmbr...xpe, buat kenang2an,
nak buat lagi tak tahu bila...hewww...



Anak2 dara a.k.a my students...next year nk amik spm dah


Resepi ni dah tak ingat cedok kat mana. Tapi ada jugak kaedah yg i skip, heheh. Rasa still sgt sedap. Kalau tak sedap tu sila salahkan hand water korang yer, hahahaha.
Kepekatan tu pandai2 la adjust, resepi dia ckp tuk 8 org, tp i think berbelas org kot blh makan. Sangat2 berbaloi buat sendiri banding order kat pizza. Uishhh...teringat2 plk benda ni. Sila la cuba ye =))))
Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...