expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

.: warming up :.


Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni last day takbir raya berkumandang. tahun depan kalau pnjang umo insyaAllah baru blh dgr balik t__t   i think it was fair between raya puasa n raya haji. raya puasa, sebulan sebelum kita dah excited nk raya, sb ramadhan adalah sgt happening dgn terawikh, juadah berbuka, beli tak belah2, and so on. then raya haji, i know its quite so-so before the day, sb tiba2 je bangun pg raya dah dgr takbir. tapi raya haji org takbir 3hari, 5x kali sehari plk tu. so we still feel the atmosphere of hari raya, rite? 



tahun ni, raya haji adalah terlalu so-so for me. so tak nak sentuh pasal tu. kita sentuh raya haji yg best2 time kecik2 dulu. ye, raya haji 90-an dulu adalah sgt happening. raya puasa tak abis lagi, dah pikir baju raya tuk raya haji =)  paling best, pagi raya lps solat sunat, ramai org akan berkumpul kat belakang rmh. sb belakang rmh ada kebun tokki sedara, dan situ tempat org biasa sembelih lembu. dulu la, skang tak dah... sb dah ad rmh org, dan tokki sedara pun dah makin uzur nak settlekan lembu2 korban ni. tp bagus jgk, sb kalau tak seminggu tak hilang lg bau darah and leftover dari acara penyembelihan tersebut. sgt mengganggu saluran pernafasan *___*



meriah2 kat blkg rmh pun, intai kot tingkap je. sb kan nnt tak leh makan sb kesian... dah besar ni kuat sikit dah kot, sb selalu 'sembelih' binatang dlm lab, heh ;]  berani tak nak jadi kuat? its either two- be brave or cheat on lab report  ;] tp tak la... mmg kena buat2 berani, sb kalau takut2, lg naya kat binatang2 tu. elok2 skali toreh dah terbelah, kang terburai terus usus deme gara2 menggigil. tp kalau nk suh sembelih lembu tu tak mampu lagi la kot. ayam pun i cant... 





[pic google]


tgk muka2 cute ni, ingt tak kesian ke? huh. so better duk diam2 dalam rmh tunggu org hantar daging lg bagus. at least u didnt know which cow has been slaughter for that meat. seriously i cant have any livestock. sb last2 binatang ternakan tu akan terpaksa dikorbankan jugak kan. dulu arwah tok tokki ada reban ayam. tp lama2 dah takde sapa nk jaga, so jual. tp ada la tinggal sekor jd kesayangan hamba. sgt2 sayangkn ayam ni sampai bwk masuk rmh lepak atas kusyen sekali. haha. eh dia adalah sgt bersih. bulu berkilat2.  tp bila dia dah besar gagah perkasa, arwah tokki jual dia kat org lain. sb kalau duk ng kami, dia takde partner, pastu kalau nk jg sampai dia mati pun,mcm sia2. so berpisahlah kami t____t



sebut pasal kesian, i would like to share this...



Imran di masjid menangis melihat lembu disembelih... Pertama kali melihat dan memahami Qurban ternyata Imran belum bersedia sepenuhnya... "Cow is not food katanya, cow is animal" "Imran like cow".. setelah memujuknya dan menerangkan kenapa.
.. Alhamdulillah dia mula faham... Jiwa penuh belas kasihan anak-anak... :( 

amik kat official fb wardina. fitrahnya mmg begitu. kita dilahirkan dgn hati yg penuh dgn kasih sayang. dan kerana sayang juga kadang2 ia menjadi ujian yg mendera perasaan sbgaimana yg berlaku pada nabi Ibrahim a.s. 







[pic google]

suka jugak dulu bila pegi rumah member, tlg ayah dia bagi makan kat lembu dlm kandang. hehe. that time mmg kehabisan idea dah tu takde apa nk buat. manja plk lembu2 ni. lemah i. terus syg rasa nk belai sambil tutup idung. what did u expect? kandang lembu takkan bau lavender?  =____=






[pic google]

in the end, u just happy to have this with nasi panas, sambal belacan. emmm dapnye. hilang terus kasih sayang pd lembu2. hipokrit betul. 
pe pun, harap2 next aidiladha, i wont be here, but in front of kaabah with mom. i know it sound impossible. with young age, tak daftar pun lg tuk naik haji, saving ntah brape sen. but i want to train myself to believe in Allah. Dia berkuasa mengatur segalanya. i know i have to be rational for having this high dream. but if this moment i didnt hope for it, i didnt think the time wait for me until i was well prepared. at least, in my heart, i 'was there' already. and for that 'impossible dream', i have to push myself to work hard. dan harap2 apa yg tercatat bukan skadar catatan. ameen...

pnjg plk diskusi pasal raya aji. kata warming up. ok la, stop dulu sini. esk2 sambung lg. tata =)



Friday, October 19, 2012

.: Di mana Dia di Hatiku? :.


Bismillahirrahmanirrahim





…. semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…
Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.


Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.


Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.
“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.  
“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.


Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.


Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!


Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?


Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan,
“apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.


Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…

Oleh : Ustz Pahrol Mohd Juoi. Dipetik di sini.

Monday, March 19, 2012

.: Sila jgn tengok 'take care of us captain'!!! :.

Bismillahirrahmanirrahim


haha. warning siap2 by tajuk. kenapa jgn tengok??? boleh nak tengokkkk... tapi jiwa kena kental. kalau tak bergegar jiwa korang menahan perasaan yg sentiasa berperang spnjng citer ni. cool kan penangan dia? istighfar dulu byk2... pe ni... bc Quran tak pulak bergegar jiwa, curtain time je, tu pun time terasa mcm ko sorang je yg sengsara dlm dunia ni. canne nih? takkan nak tunggu tanah bergegar baru nak teresak tepi Quran??? ok, that warning adalalah part muhasabah utk diri sendiri. i'm not myself who judging people without turning back the thumbs to me...erkk, paham ke? 


tp still... saya suka tgk citer2 yg ada impression tersendiri pada penonton. mcm amir khan buat citer pasal dyslexia, 7 tahun ok kawan dia duk kaji pasal benda penyakit tu, bkn simply2 redah je buat filem.  dan bl tgk citer gini, keinginan tuk jd seseorg yg boleh diimpresskn org lain tu pun mendadak naik. being impressed doesnt mean u have to proud yourself tak tentu pasal, but then it have to be like someday u can contribute something to yr family, country, and mostly Islam for sure. those people yg tend to stay at the comfortable level bcoz they hink that was the way of 'hidup secara besederhana', hmmm...i think u should reflect the biography of Abd Rahman Auf for example. when u still life quitely with that life line, who in the world want to hear your voice on Islam revival??? ok, fb member maybe...




captain merangkap the hero & heroin pun pilot jgk


what did i have rambling?? canang je lebih... ntah bila nk start ke arah keimpressan tu pun tak tau -___-"
skang meh masuk part citer nih. betapa excitednya diri ini bila menjumpai drama take care of us captain ni kat youtube dgn english subtitled. mula2 dah give up nk tgk citer ni, sb takleh download kat laman web lain selain youtube. bkn takleh tgk terus, tp rugiiiii... dah capacity tenet ni, sama ada download atau loading citer, sama berat je die kire. so takkan tiap kali nk tgk balik kena loading balik, oh no no no...itu adalah kerugian yg besar. so skrg saya adalah gigih mendownload citer ni part by part. 





Mereka2 yg terlibat dalam citer ni.
yg kiri sekali tu anak owner syarikat penerbangan, sgt tidak disukai ramai.
tgh 2 tadi dah introduce kan. sgt smart brjln pakai baju pilot... **angau**
laki tepi heroin tu keje kat bagian airport control tower. hero kedua yg tak bape ensem =P
last prmpuan belah kanan sekali tu ketua pramugari. x gf hero rasanya.
nnt tgk abis citer ni tau la kot.



yang duk gebang berperang perasaan bagai tu baru penangan part 1. heheh. ya, saya baru abis tgk part 1. tp sies, dlm bagian pertama ni je dia dah sumbat mcm2 scene. saspen, gembira, geram, nak marah, kelakar, sayu... seme ada. paling tak tahan, kalau scene sedih mendukacitakan, boleh menjurai2 air mata. tp td tak berjurai, bergenang je sb mak ada. so cover. cuba tgk mlm sengsorang... dijamin habis sekotak tisu.


tp sies, bila tgk citer ni, even baru skit, dah blh nampak mcm mana sengsaranya seorg pilot nak take care beratus nyawa kat atas sana. cuma mcm tak logik plak prmpuan yg mmg terang2 sarat2 mengandung blh naik flight. ke sb laki dia kapten so dia lepas??? dahla takde teman selain suami dia yg duk kat kokpit tu je. last kali mmg sah2 meninggal kat atas tu. dan wanita yg meninggal tu adalah mak heroin... siesly, tak boleh nak paham keputusan ayah dia masa tu. it was sgt2 touching bl heroin tnya ayah dia kenapa... mak dia kan passenger jugak? oh my... speechless..tp tak dan nk bengang lama2 sb ep 1 ni pun ayah dia mati sekali... sgt tragis...



Sangat cute kan dia nih. suka tgk dia since dlm Boys Over Flower lagi.
ni time graduation day dia, kira hari pentauliahan dia sbg pilot.
the same day mak dia meninggal... T___T


pas tgk citer ni, i wonder y gaji pilot lg berganda mahal dr yg keje atas tanah ni like dokter or  engineer. starting je dah 8k camtu kalau xsilap, kalau silap tlg betulkan =) . dulu ada skali time jaga pendaftaran junior, saje duk belek2 borang kemasukan kolej yg junior punya. sekali member tunjuk tgk gaji bapak bdk ni... RM32k sbulan ok! jawatan as senior pilot. humanggg aih... tiap2 bulan nk beli viva pun no hal. tetiba rasa nk duk tercongok dpn airport tetiap ari, mana tau ...murah rezeki dpt kawen ng pilot, heheh. sgt keduitan  .


tp gitulah, nk jd pilot mmg jiwa kena kental, kool, tak gopoh kat atas sana kalau jd apa2. dah la kalau silap kena marah dgn company management. respect la sesapa yg jd pilot ni, nak2 yg perempuan. sape tak bangga blh bawak kapatebang??? mula2 blh drive kete pun dah excited kemain... i ler tuu... *__*




proud couple =)



k lah. nk sambung tgk lg. sambil donlod sambil tgk. sape nk copy blh... 5hinggit satu episod. haha. bkn 1cd, satu episod ok, nak cover bil tenet nih, letrik lagi =0)

Thursday, February 2, 2012

.: Irfan Khairi & Keluarga :.

Bismillahirrahmanirrahim

Godek2 harian metro online smlm jumpe artikel ni - Puas Urus Keluarga. Gambar Irfan Khairi dan isteri dia. Wajib kena klik. Impress dengan dia ni sejak dari skolah lg. Selalu duk pikir, camne la dia ni blh buat duit berlambak2 sambil godek tenet jerk. 25 tahun dah jd millionaire... ko 25 tahun  bape sen ada?  T__T ngadap la jugak tenet hari2, cukup bulan P1 bising2 hantar reminder kot email ng msg suh bayar bil...end up mengkayakan supplier tenet lg ada... ni pun dah lama tak bayar, seb bek dia tak potong lg. mekasih en. P1 =)



Mula2 kena letak gambar single dia dulu. kekeke. sb gambar single ni adalah sgt menambahkan keimpressan diri ini bila dia bergmbr dgn merc lampu kacang tuu... ni time dia still kat uk kot. muda2 dah ada aset camni. anak melayu plk tu. how brilliant he is in money making. 

emm mungkin ada yg pernah skeptik kot pada kekayaan yg dia capai. pendengki la tu. ayat dengki yg biasa didengari "ala, kalau kita mati nanti pun kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk kubur”. ek ellee... takde modal lettew... so ifran pernah interview Dr. Fadzilah Kamsah pasal perkara ni. temubual tu boleh tgk (baca) kat sini.
cuma secara ringkasnya, DFK ckp 1st kena faham konsep besederhana...utk dunia dan akhirat. jgn jd jumud pd konsep sederhana tu sendiri. mcm mana nak gemilangkan umat Islam kalau ekonomi kita sendiri tak kukuh. harap2 bermotivasi lah pasni nk jd jutawan jgk @__@






ok dah, jgn admire lebih2. anak bini semua comei. such a perfect family kan? paling jeles dgn keluarga diorg ni, byk masa diluangkan bersama. Bekerja dari rumah sambil tgk anak2 membesar, still boleh capai pendapatan 5 angka sebulan... oh i dream that! payah kan nk cari peluang mcm IK dapat? skrg kalau org bekerjaya, pg hntr anak nursery time gelap, ank tdo lg. pick up karang,dah letih nak main ng anak, pastu mlm tdo awal sb esk nk bgn awl. ujung minggu pakat bantai tdo... cuba cek byk mana je masa berkualiti ng anak yg ada tuk parents zaman skang? tp nak wat camne, keadaan mendesak...



anak2 dia ni konpem bagia, pegi balik skolah muka mak ayah mmg ada kat rumah. pastu lunch sama2... yg penting wife dia yg masak, sb IK lg prefer masakan wife dia yg sedap itu. sapa tak bagia kalau gini gaya idupnye? anak2 pun mcm brilliant smcm jerk. Ilham Abadi yg sulung tu, kalau tak silap br darjah 4 taun ni, dah boleh hapuskan virus dlm komputer. boleh challenge abg karpesky okeh. hebat! 
sini ada citer lebih lanjut pasal IK dan family dia. wish ada umat Islam kat Malaysia ni mcm IK yg tak kawen lg... haha.. lalalalalala

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...