Showing posts with label iluvislam. Show all posts
Showing posts with label iluvislam. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

+++ izinkan aku bernafas dan membuat keputusan sendiri.................




aku perlu ruang dan masa
untuk bernafas
untuk berfikir secara tenang
untuk membuat keputusan yang terbaik
untuk menilai buruk baiknya
untuk aku membuat pertimbangan yang sewajarnya
untuk aku memberi jawapan bukanla semudah
makan meggi yang sudah kembang!



AyanaAsham*in a relationship tu luas maksudnya....................


Friday, February 26, 2010

+++ Cinta Kepada Rasulullah S.A.W


Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

"I love Rasulullah S.A.W."




AyanaAsham*esok operasi packing barang2 tuk anak yatim......


Sunday, February 14, 2010

+++ Bulan ini bulan cinta?



love is?



Salam......

Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.



Setiap Hari adalah Hari Kekasih



Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

Credit* iluvislam




AyanaAsham*Cinta kasih sayang ialah cinta ibu ayah, Cinta bahagia ialah cinta pasangan kita, Cinta bahagia dan kasih sayang ialah cinta ALLAH.

Sunday, September 13, 2009

| | entry2 khas a.k.a entry bergambar

alkisahnya aku menjadi paparazi yg x berape nak professional di puncak alam.
naseb la korang nak sangat kan kuar kat blog aku kan
nah amik aku bagi can muke korang yang cun melecun, segak bergaye tu masuk blog aku.

entry kali ni adalah entry tertunggak
biasela aku kan cibuk mengalahkan perdana menteri kite :)

bkn senang tau aku nak upload pics korang masuk blog aku yang cun ni.



kes 1: denda padam blueboard

ape yang korang wat tu
nak kate presentation bukan
ape yang korang men conteng2 tuh :))


"saya x kire korang padam kasi bersih itu blueboard"

en. bad yg tgh gelak sakan mendenda kami
beliau masih single
sesape yg nak berkenalan sile bagitau aku o.k :))



yang ni xleh blah
sempat lagi nak posing sakan ek
tula padan muke kte semua kena denda :))
yang xleh blah lagi tu.ade ke patut gune minyak cap kapak.tapi berkesan



:)-------------------------------------------------------------------------------------------:)


kes 2: hot couple.

sape mereka ni
kenape aku kejar dorang.jeng3
azhar kate mereka hot couple
aku x kate ek:))


ooo wat muke x tau ye
hahaha
jangan marah ek
muke korang b2 masuk blog aku:)



yang nila yg aku nak ni
so amacam leh jadi paparazi x aku.hehehe:))
mmg hot couple la.kuang3

p/s: jangan mara korang.mara cpt tue :))

:)----------------------------------------------------------------------
------------------:)

kes 3: Wardina Safiah


cantik kan die
die jadi speaker untuk event HRD hari tu


beliau lebih cantik bertudung
berbanding tidak bertudung.kan3


tapi syg beliau sekejap je dgn ktaorg hari tu:)


:)------------------------------------------------------------------------------------:)


kes 4: surat cintaVS surat saman


keta sape plak ni
berikutan uitm selalu mengeluarkan saman
so keta ni telah disaman oleh kami:))
time ni ima jadi paparazi nya


yang xleh blah nya bkn saman rasmi
saman x rasmi kami wat sendiri
naseb la korang
kami jadi sedikit je nakal hari tu
so terima la srt saman dan srt cinta kami tu dgn ikhlas ye:))



segala yang buruk datangnya dari aku
segala yang baik itu datangnya dari Allah :)
seribu kemaafan aku pohon sempena bulan ramadhan yang mulia ni.
amin.....



Saturday, August 22, 2009

Kawalan Jangkitan Influenza A (H1N1) di Rumah




1.Amalan adab batuk yang baik
• Pesakit mesti amalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan
apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci
tangan berasaskan alkohol. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.

2. Jaga kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut:
• Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau baham cuci tangan berasaskan
alkohol.
• Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
• Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap disentuh
dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah.

3. Jangan kongsi peralatan peribadi
• Jangan berkongsi peralatan peribadi.Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain
seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit.
Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

4.Menjarakan diri (social distancing)
• Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh,
lazimnya selama 7 hari.
• Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggalkan di bilik berasingan.
• Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil)
seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit
(sekurang-kurangnya satu meter) untuk menggelakkan jangkitan.
• Sekiranya pesakit keluar rumah (contohnya mendapat rawatan)
beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan
adab batuk yang baik dan kerap memcuci tangan.


Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah
Secara umumnya demam selsema boleh sembuh dengan sendiri.
Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital jika demam
serta batuk atau sakit tekak, DAN mempunyai sekuarang-kurangnya satu gejala berikut:

1. Sukar benafas.

2. Batuk berdarah atau kahak berdarah.


3. Sakit dada berterusan.


4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya.


5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berualang selepas 3 hari pulih.


6. Berkelakuan ganjil, celaru, kurang responsive kepada rangsangan, sawan.


7. Pening bila berdiri.


8. Kurang kencing.



- - - - - - - - - - - -


n3 ini ditulis berikutan H1N1 yg menular di kalangan pelajar UiTM sekarang
dan sudah pun ade yg maut disebabkan H1N1 ini
so aku decide nak masukkan n3 ni kat blog Nothing Interesting In Here ini
sesungguhnya tetap ade sesuatu yg boleh dikongsi dengan blogger laen.dan juge boleh mengingatkan aku juge untuk mengawal H1N1 ni.
takziah dan Al fatehah kepada yang maut kerana H1N1 ini.

Sama-samalah kita melakukan solat hajat dan berdoa semoga Allah
menjauhkan kita semua daripada bala penyakit ini.



credit: iluvislam

:: ThE FoLLoWeRs ::