Showing posts with label TheMe. Show all posts
Showing posts with label TheMe. Show all posts
Sunday, March 28, 2010
hati ibu itu mungkin menangis kerana kau!
Salam....
Mungkin bagi seseorang yang merasakan tarikh kelahiran itu adalah tarikh keramat bagi dia merupakan hari yang paling indah dan bahagia.Walaupun hanya menyambutnya dengan bergelumang buku-buku dan kertas-kertas.Tapi Mungkin bagi orang lain ia merupakan satu peringatan pada tarikh itu.Salah seorang ibu kepada anak perempuan yang baru sahaja genap 1 tahun mungkin menangis kerana kau.Yana kau tau tak itu!
Tersedar aku ketika seronok memperingati tarikh kelahiran sendiri, telah ada insan lain yang mungkin terguris hatinya setelah melihat tarikh keramat aku.Ya Allah sesungguhnya rasa bahagia itu tidak semua insan yang dapat.Sangat tersentuh hati apabila membaca di facebook, comment dari ibu itu.Sesungguhnya arwah suami ibu itu tidak sempat melihat anak mereka yang bakal lahir.Selepas arwah pergi 15 hari kemudian si ibu melahirkan anak perempuan mereka.Sesungguhnya ibu itu kuat mengharungi semuanya sepanjang tempoh setahun ini.
Ya Allah engkau kuatkan lah hati ibu itu untuk mengharungi hidup membesarkan anak perempuannya.
Al fatihah untuk arwah...........
Bersyukurnya aku masih punya maa dan abah sedangkan insan kecil ini tidak pernah mengenal wajah ayahnya.
AyanaAsham*kak waeda, yana minta maap jika tarikh keramat itu mengguris hatimu. Terima kasih pada semua yg wish aku... (^ _ *)
Saturday, March 27, 2010
Sape nak nombor ekor ni wei.
27032010
TERIMA KASIH
untuk sesape yang pernah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam hidup aku especially maa, Abah, dan keluarga.
SORRY
jika selama ini, sesape yang kenal aku terase sakit hati, benci dan meluat tengok muka aku.
ALHAMDULILLAH
syukur, terima kasih ALLAH sebab beri aku peluang untuk bernafas selama aku hidup sampai la ke hari ini.
AyanaAsham*SORRY, korang kena tipu.Jangan marah nanti cepat tua.
Thursday, March 25, 2010
Tanda soal.
Salam....
Keadaan tak berapa baek sekarang, otak penuh dengan tanda-tanda soal.Aku rasa dah macam dalam buku komik pulak.Sudahla ditinggalkan roomate.Suasana diselubungi sepi.Kalau ada aina leh jugak gadoh2, jerit2.Tapi setidak-tidaknya lebih baik daripada diselubungi misteri kan.Aku doakan ainaa berjaya jawab test kpli die tu.Sekarang die dah create ketiga beliau.Sangat tekun beliau mengusahakan blog ketiga beliau hari tu.Aku tak tolong sangat pun, sebab die memang dah pandai bab blog2 ni.
Segala tanda-tanda soal yang berada dalam otak aku sekarang!
AyanaAsham*bak kate burung jenjang.buatla satu persatu............

,,uɐdǝp nƃƃuıɯ ᄅ ʞıןɐqɹǝʇ ʞɐʇ nʞɐ dnpı ǝdoɥ,,
ʇɔǝɾoɹd ᴚԀ၁2
uoıʇɐʇuǝsǝɹd I⅂
uoıʇɐʇuǝsǝɹd ⅋ ʇɹodǝɹ ∀HO
uoıʇɐʇuǝsǝɹd ⅋ ʇɹodǝɹ ◖∀S
∀HO ʇsǝ⊥
◖∀S ʇsǝ⊥
◖∀S ǝʇOᴎ
◖∀S ɹɐǝʎ ʇsɐԀ
ɹd၁2 zınΌ
ʇɔǝɾoɹd ᴚԀ၁2
uoıʇɐʇuǝsǝɹd I⅂
uoıʇɐʇuǝsǝɹd ⅋ ʇɹodǝɹ ∀HO
uoıʇɐʇuǝsǝɹd ⅋ ʇɹodǝɹ ◖∀S
∀HO ʇsǝ⊥
◖∀S ʇsǝ⊥
◖∀S ǝʇOᴎ
◖∀S ɹɐǝʎ ʇsɐԀ
ɹd၁2 zınΌ
AyanaAsham*bak kate burung jenjang.buatla satu persatu............
Wednesday, March 24, 2010
Terima hakikat dunia!
"Apa yang ada di sisimu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan Kami pasti memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan."
( An-Nahl : Ayat 96)
Kita cuma dipinjamkan segalanya.
Apa yang kita ada akan lenyap
I am redha
Berasa sedih itu adalah normal.
Yakin dengan ketentuan Tuhan.
Belajar terima hakikat.
Apa yang kita ada akan lenyap
I am redha
Berasa sedih itu adalah normal.
Yakin dengan ketentuan Tuhan.
Belajar terima hakikat.
AyanaAsham*berasa sedih itu normal kan.
Monday, March 22, 2010
Cerita hari semalam punye.........
Setelah meminta izin dari tuan punya gambar, so aku upload la beberapa keping gambar kat blog aku.Jeng jeng jeng.Gambar apakah di bawah ini.Cubala teka
dengan bersaksikan karpet merah, lagu ini dipersembahkan utk aku 0_o
dengan bersaksikan karpet merah, lagu ini dipersembahkan utk aku 0_o
Sungguh tidak ku sangka, ramai juga yang mempunyai bakat terpendam ye.Tak sangka budak2 classmate aku pandai menyanyi walaupun tak sehebat penyanyi asal.Memang tak hebat pun.Ops jangan marah.Tapi kagum la kat korang :D
Perempuan kat atas dua orang ni duk depan aku before dorang perform.Sungguh tak tersangka dorang perform malam semalam.Siap bawe lagu sendiri lagi.Gilak ar.Sempat gak borak2 dengan dorang, Katenya kalau nak belajar petik gitar 2 hengget je untuk sejam.Tapi setiap Monday and Tuesday je la.
Memandangkan temanya akustika so semuanya nyanyi lagu slow and bawa gitar sebarang dua naek atas pentas.Antara lagu yang dorang bawa Pergi, Kau ilhamku, Tercipta untukku, Tinggal kenangan, Andai ku tahu, Warisan Wanita terakhir dan banyak lagi la.Group dalam gambar kat atas tu group classmate aku, tapi dorang takde dalam gambar.Gilak ar dorang perform lagu feveret aku Warisan wanita terakhir.Feewwwiiitt yo bace sajak kot.
Classmate aku ramai kot join musikal akustika ni semalam.Yang tak boleh blahnya leh plak tak ingat lirik bidan terjun ke ape aku tak taula.Siap bawa lirik atas pentas.Sori Ayen sudah terkutuk kamu kat sini.Raye nanti aku minta ampun okai.
Perempuan kat atas dua orang ni duk depan aku before dorang perform.Sungguh tak tersangka dorang perform malam semalam.Siap bawe lagu sendiri lagi.Gilak ar.Sempat gak borak2 dengan dorang, Katenya kalau nak belajar petik gitar 2 hengget je untuk sejam.Tapi setiap Monday and Tuesday je la.
Classmate aku ramai kot join musikal akustika ni semalam.Yang tak boleh blahnya leh plak tak ingat lirik bidan terjun ke ape aku tak taula.Siap bawa lirik atas pentas.Sori Ayen sudah terkutuk kamu kat sini.Raye nanti aku minta ampun okai.
Sunday, March 21, 2010
dari sisi gelap...............
Ramai gila la semalam org kat Shah Alam, jalan yang kebiasaannya tak jem, boleh pulak jem.Kitaorang parking punyela jauh.Ini kerana tidak mahu mengambil risiko kenderaan diblock oleh kenderaan yang laennya.Orang punyela ramai, baik amoi cina, minachi, dan juga perempuan melayu terakhir yang berbaju kurung tak lepas peluang pegi tempat ni.Almaklum cuti sekolah.Nyaris juga sorang budak perempuan dilanggar oleh aku.Aku ingat ain tadi.Jalan tak tgk orang dah.
Manusia berduyun2 turun,entah apela yang special sangat tempat ni aku pun tak tau.Tapi aku pun turun gakla bagi menyaksikan tempat yang telah diwar2kan menarik ni kan.Sempat pula mengarahkan mereka2 yang join malam tu meEspresikan kasih sayang mereka.Sekadar kenangan di mase hadapan.Sila jangan pergi kesana sekiranya baru lepas hujan, kerana kompem kasut crocs korang yang mahal tu bersalut lumpur.Tapi kira okai lagila kalau bersalut taik lembu kan.hahahahaa
Seperti biasa kalau tempat yang grand2 camni, tentula ade yang jadi penjaganya, Sori ye anda tidak dibenarkan menyentuh angsa tu.terima kasih.Kesian kat budak perempuan 3 orang tu.Tapi sempat kot dorang snap gambar dorang.Pegang cket pun xkan xboleh kot. 0_*. Niat di hati mau pusing2 semua tempat, tapi masa sungguh mencemburui kedatangan kami yang jauh ni.So balik cepat, nanti tak boleh masuk plak.Macam dalam cite cinderella pulak kena balik b4 12.
Oleh kerana camera yang dibawa dan digunakan tidakla mahal seperti anak2 cina atau abang2 macho bawa camera dorang kat tempat tu, gambar yang diambil dan disnap tidakla CUN.Tapi sebab dah cun semula jadi, gambar yang diambil guna camera handphone pun kire okai kan.Never mind nanti kite pegi lagi InsyaAllah, Kali ni jangan lupe beli bateri camera dulu ciap2.Kalau tak kempunan nanti.Sekian terima kasih.
Saturday, March 20, 2010
korang pegi mane weekend ni!
1. berada di atas katil
2. berada di putrajaya*ade belon panas di situ
3. berada di i-city
4. berada di majlis perkahwinan
Cuti sudah tentula bangun lambat, kebiasaan mungkin. takpun sebab malas bangun dari katil even dah banyak kali mata pejam celik kan.Akhirnya sambung tido balik. Lagipun taknak bagi perut lapar yang nak minta makan je kejanya.Nak2 kalau hujan datang.Perghh memang syok tido.
2. berada di putrajaya*ade belon panas di situ
Yang ni besh gak, ramai yang plan nak pegi kan dis weekend.Hope korang hepi sentiasa kat sane, tapi hari macam mau hujan.Tangkap gambar banyak and jangan lupe tempel kat blog korang ye.Aku nak pegi tapi mungkin next time kot.Lagipun tak ade sape yang pelawa.0_*
3. berada di i-city
Sebut pasal i-city, ramai dak2 shah alam dah pegi pun.Ramai juga yang jadikan tempat ni tempat melepak dorang bila malam menjelma. Tak kurang jugak yang cakap sudah terlalu bosan sebab dah selalu sangat ke sana.Biasala tempat bile dah selalu pergi memang la mengundang kebosanan.
4. berada di majlis perkahwinan
Sekarang cuti sekolah kan, aku sebenarnya dah lame tak amik tau pasal cuti sekolah bile.Tapi kali ni aku tau sebab satu-satunya adik perempuan abang ipar aku kawen dis week.Aku merajuk dengan kakak aku sebab tak reply sms, Katanya sibuk tuk uruskan majlis perkahwinan adik ipar beliau.HAMPEH.nak manje2 cket pun xleh.Apepun sape yang nak kawen tu.Aku ucapkan selamat pengantin baru.
Sekarang ape yang aku buat ialah duk depan laptop, pasang lagu kuat2 walaupun hari kat luar macam nak hujan. Itula aku kalau dah bosan.Tapi dulu takdela plak dengar lagu kuat2 camni.aihhhhhhh.Dan semestinya sambil berblogging.Sekian terima kasih.
Credit*Abang flickr
AyanaAsham*oh ibu, rindunya asam pedas.ngeeeeeeeeeeee
Friday, March 19, 2010
Wednesday, March 17, 2010
sape nak kawen lepas ni, kena la pandai masak kan.
Sape rasa die lapar, aku angkat tangan awal2 lagi dah.Jom bagi dapur kite berasap, husband nak balik makan tengah hari jap ag.hahahaha
Barang2 untuk memasak selamat dibeli sekitar pukul 11 tengahari tadi dengan membonceng motosikal tapi bukan merempit di jalan.Silap ar sape kate orang yang bawa moto tu rempit.Dah tu pakcik tua yang pakai kaen pelekat dan kopiah segala tu korang nak panggil ape pulak.Takkan rempit gak kot.Aih aku ni terpengaruh plak dengan cerita si sempit tu.
Berbalik kepada cerita asal, betul ke kalau nak kawen kena pandai masak.Aku nak cari husband yang pandai masak ar cam ni.Sape pandai sile la bagi list kat aku okai.hahaha.yela asyik perempuan je kena masak.Mane boleh si lelaki pun kenala ada skill jugak, manela tau si isteri outstation ke, xperlu la makan kat luar.Jimat beb.
Argggggh mengarut je banyak, Aku saje nak tunjuk menu makan tengahari hr ni. Nah amik.Dan sekarang tibala waktu makan tengah hari penghuni rumah 605.Dengan ucapan selamat menjamu selera.

Tuesday, March 16, 2010
kali ni aku bagi double........................
1.Adnan Sempit
Dah berzaman cerita ni kot, tapi baru nak tengok.Bukan sebab ketinggalan zaman tapi sebab tiada kesempatan untuk menonton di panggung.Boleh tak bagi alasan macam tu.Boleh la kan.Mungkin juga kerana tidak mahu membazirkan duit kerana akhirnya dapat menonton di laptop juga.Jimat bil elektrik juga sebab guna tenaga yang dijana oleh UiTM. >_<"
2. Alice in Wonderland
AyanaAsham*Mahu tido awal, Mahu bangun awal, Mahu pegi kelas awal, Semuanya mahu awal, tapi last minute juga yang jadinya ^_0

Mule2 macam excited gile nak tengok,Tapi bile start part slow ni wat aku lemah semangat nak tengok.Mungkin sebab baru tengok cite yang tak boleh blah adnan sempit tu.So otak tak boleh berfungsi dengan baik untuk menonton cerita yang berwarna-warni ni.Baru tengok tak sampai separuh dah mengantuk, akhirnya decide tuk tido.Lain kalila sambung tengok. >_<"
So.Assalammualaikum, selamat malam
AyanaAsham*Mahu tido awal, Mahu bangun awal, Mahu pegi kelas awal, Semuanya mahu awal, tapi last minute juga yang jadinya ^_0
Monday, March 15, 2010
Kau tengok, aku masih mampu tersenyum kan ..............
Maa aku sekarang tidak berapa sihat, risaunya. Tiba-tiba je boleh buat rasa macam-macam perasaan datang, kata doctor jika sakit berterusan. Dia kena pergi jumpe doktor untuk check up. Kalau dah duduk jauh macam ni rase risau memang la tak boleh nak elak kan.Sakit buah pinggang dia datang lagi sekali. Kalau nak ajak pegi jumpe doktor punyela payah. Itula ibuku
Aku masih ingat lagi, time amik diploma kat dungun dulu, ibuku terpaksa dibedah sebab apendiks. Aku dapat tau pun lepas 3 hari ibu aku selamat dibedah. Selalu macam ni, selalu orang yang terakhir dapat tahu ialah aku. Alasannya tak mahu aku risau.Tak patut betul.Ibu anakmu ini belum mampu untuk kehilanganmu.>_<"

Sunday, March 14, 2010
Oh taugeh.............
Sape suke makan taugeh angkat tangan, kaki sekali pun tak ape.Aku suke makan taugeh, sebab senang nak masak dan senang juga nak makan, plak tu leh dibuat ulam tuk dimakan dengan laksa misalnya. Tapi ade kan yang tak makan taugeh ni........
Oh taugeh
Tahu tak banyak rupanya khasiat si taugeh ni.
1. Ia mampu menyumbang kepada faktor kesuburan lelaki dan perempuan
2. Mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
3. Menghalang dari kanser payudara
4. Kaya dengan antioksida yang mampu menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA
5. Mampu membuat anda menjadi lebih muda
6. Membantu membuang kotoran dalam usus besar
7. Memerangi sel kanser
Credit*blogger, VF
Wallahuallam..............
AyanaAsham*sayur taugeh lebih murah berbanding sayur laen. >_<"

Subscribe to:
Posts (Atom)