Saturday, 23 January 2010

~Once Upon A Time~




salam sabtu semua..



malas rasanya minggu nie nak buat sesi fotografi..seperti biasa..saya godek2 dalam folder..terjumpalah teko burung yang belum penah di n3..ada kisah di sebaliknya..

dulu saya ada 2 ketui teko burung cenggini dari tasha antik untuk dipadankan dengan cawan comeyy pemberian kak sue antik..sayang seribu kali sayang..tangan si kecik rupanya geram & berminat melihat teko si burung gagak hitam nie..hehehe..



percaya atau tidak..dulu sebelum baby pandai berjalan..saya hanya letak teko2 kat belakang tu bebas di atas meja..MIL pun tanya diorang tak usik ker..dengan pantas saya menjawab..diorang baik..tak usik punya..dan2 tu gak pecah depan mata saya & depan MIL lepas sesi shooting si gagak hitam..haaa..padan muka..punyalah konfiden..akhirnya dengan hanya sekali libasan tangan si kecik terus pecah menyembah bumi..hehehe..


sekarang teko burung yang satu tu dah selamat saya letak dalam lemari dan semua teko2 atas meja tu dah saya pindahkan ke tempat yang lain..itulah satu2nya teko yang berjaya di"permain"kan dek tangan si kecik fariq pewaris harta karunku..hehehe..


itu jer citer untuk hari nie..
tata..






Friday, 22 January 2010

~a Year Older but a Year Wiser~




salam jumaat 22 januari 2010...



HAPPY BIRTHDAY TO ME!!



tanggal 22 januari 2.24 pagi tiba lagi..syukur alhamdulillah masih berdiri dan bernafas di muka bumi Allah..sape yang tak happy di hari yang hanya datang sekali setahun..hehe..sekiranya ibu masih ada..sudah tentunya ibu yang melahirkan diraikan sempena kelahiran kita..bukannya anak yang dilahirkan..betapa susah payah ibu bertarung nyawa melahirkanku 31 tahun yang dahulu..moga arwah ibuku dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

pic kat atas tu masa saya berumur 1 tahun di kampungku di jitra..di mana asal mak & ayah dibesarkan..tengok kan..kecik2 dah bergelumang dengan koleksi pinggan mangkuk..hehe..kalau kawan2 nak tau..yang kat belakang tu adalah koleksi wexford clear by anchor hocking cryst..pattern yang telah discontinued dari USA..kat kampung masih tersimpan elok, punch set, vase, butter dish & pinggan mangkuk yang lain..

di hari lahirku ini, terasa nak flash back memori2 indah zaman lampau..hehehe..zaman kecik2 adalah antara zaman yang paling seronok dalam hidup kita..lebih2 lagi dikelilingi oleh orang2 yang tersayang..

pics kat bawah nie nampak retro kan..
dikelilingi perabot2 lama, tv pun lama..kuda kayu pun lama..

bersama2 insan2 tersayang..yang telah pergi...
arwah mak, tok teh, tok chah, tokwan din..

pic ayah tak banyak dalam simpanan..sbb ayah kan official photographer untuk family pak hussain..hehe..pic nie ayah bersama adikku kienah..

beautiful bouquet of red roses from cik tasha...
mmuahh muaahhhhss..sebab ingat kat kiter..hehehe..
bunga roses pink yang romantis & marbeles dari kak intan..thanks sis.. ;)
kalau dapat real cenggini mesti happy tak terkata..
(dok bagi hint2 kat "sesorang"..hehehe..)

tak lupa buat bonda cik mat~Pn.Jamaliah yang menyambut hari kelahiran yang sama denganku..selamat hari lahir ye aunty the voque..moga sentiasa dilindungi Allah SWT & diberi kesihatan yang sebaiknya..

sekian catatan di hari penuh bermakna.. ;)





Wednesday, 20 January 2010

~Fariq Story~




salam rabu..



nak citer sikit sepanjang saya tidak bersiaran..hehe..thanks pada yang sms, call & ym..alkisahnya fariq demam rabu last week..diikuti dengan muntah 2 & cit-birit..keadaan fariq semakin hari semakin lemah..setelah baik demam, cirit-birit masih berterusan..saya ingatkan boleh pulih dengan sendirinya setelah bagi ORS..

paling tak boleh dilupakan pada hari ahad & isnin lepas..fariq taknak makan minum..hanya nak susu jer..mata pun dah cenkung & berat badannya susut sama sekali..hanya terbaring atas katil..
melihat keadaannya yang langsung tak aktif, terus saya ke trauma & emergency PPUM..dan seperti yang dijangka, fariq kena warded sebab terlalu lemah & kandungan garamnya dalam badan terlalu rendah..

tengok keadaannya..lemah kan..sian anak mama..


sepanjang 3 hari 2 malam di sana, fariq dimasukkan 3 botol air..


fariq merenung masa depan..hehe..



keesokan harinya dah sihat sikit..dah boleh duduk & makan..
anak mama dah senyum..


so petang tadi dah discharge dari ward..sebab fariq dah ada selera makan & boleh bergerak aktif..cirit pun dah kurang..alhamdulillah semuanya dah selamat.. ;)

that's all for fariq story..






Monday, 18 January 2010

~Blue Monday Morning~





monday blues again..



semalam dah show uolss tiffin biru tu kan..
hari nie just nak share props kat sekeliling dia tu..hehehe..

celepa atau bekas bedak sejuk nie sekali imbas macam crown tradisional thailand tu..hehehe..saya cuma ada seketui nie jer..taj lagi dasatt..ada satu peti....celepa nie tak penah saya tengok tok saya guna..tok saya masukkkan bedak sejuk yang dibuatnya dalam bekas minyak rambut code 10 atau dalam botol nescafe..hehehe..betul kata taj..kalau dilalukan pada cahaya, ada warna pelangi..memang cantekkk..



lagi celepa bedak sejuk..ada embossed japan..dapat dari apekss..
ada 2 saiz yang berbeza..saya ada jugak kaler peach & hijau..



manakala tureen comeyy nie pulak dapat dari wan dah lama..
pada taj yang bertanya pasal tureen nie..katanya seimbas macam SULTAN Johnson Bros..boleh tengok pattern SULTAN kat blog kak ca..malangnya tureen nie hanya mirip SULTAN..

kedua2 tureen nie bersaiz 6" mangkuk & 7" penutup..

pandangan hadapan..



pandangan atas..


cop mohor yang pudar dek zaman..
bukan SULTAN..hehe..tapi england mali jugak..




lagi tureen biru2an..
corak gemomeri yang simple..
takde cop mohor dimontotnya..




itulah sahaja cerita2 biru2an di pagi isnin..
tata..






Sunday, 17 January 2010

~My Precious Blue Tiffin~




salam ahad semua...




yang ditunggu2 telah tiba..hari khamis yang lepas tiffin biru telah selamat tiba..tiffin biru hasil rembatan terbaru tahun 2010 dari haizul antique..hehehe..boleh cuci2 mata di sana terutamanya peminat antik..macam2 adaaaa...

saya dah lama cari tiffin atau nama lainnya mangkuk tingkat..kalau orang utara dipanggil mangkuk sia..disebabkan saya suka sangat porcelain, so tiffin pun saya cari yang diperbuat daripada porcelain..pertama kali melihat tiffin biru cik mat..meleleh jer tengok..lepas tu tengok live lagi masa kunjungan aidilfitri yang lepas menambah keiinginanku memiliki tiffin sebegini..

tiffin cik mat fresh from apekss..sebab tu tiffinnya masih cun-melecun..apapun saya amat bersyukur sebab dah dapat apa yang dihajati sekian lama..

tiffin nie amat berat..lebih kurang 3kg..made in china..cop mohornya hanya tulisan cina..lupa pulak nak snap..wan penang penah cakap yang tiffin nie ada yang imitasi dari india..

pandangan atas..tangkai tembaga..


close-up motif..


sesape yang nak letgo tiffin blue motif yang lain boleh roger2 saya yea..


that's all for now..
nanti saya share koleksi biru2an yang lain..
tata..




Saturday, 16 January 2010

~Vintage Electric Porcelain Teapot & Coffeepot~





salam pagi sabtu semua...



actually mommy2 nie dah catwalk dulu..cuma hari nie nak detailkan electric "kettle" yang ada dalam simpanan..kedua2nya saya rembat dari kak hanim laling tanpa electric power cord..(akhirnya kakak lalingku dah keluar dari bertapa..hehe..)

suka sangat dengan electric "kettle" nie..kalau ada lagi nak jer nak menambah..hehe..tapi tak pasti samada "kettle" ni masih boleh digunakan atau tidak...jom layannnn...


electric teapot yang petama nie sama bunganya dengan teko malang kak sue antik dulu..sama juga bunganya dengan teaset mukhriz @ taj yang complete..harap2 ada rezeki meminang teaset tu..hehe..cop mohor kat montot dia cuma bertulis japan 220v 350w (powernya)..

pandangan hadapan..
close-up bunga cinta lestari..hehe..

pandangan belakang.. male inlet..


electric coffeepot 4-5 roses nie pun cun gak..

pandangan hadapan..

pandangan belakang..

male inlet di bawah tangkainya..

that's all for now..
tata..
selamat hunting yea kawan2 sekalian.. ;)






~MrsNor's Giveaway~




salam semua..


just nak war2kan give away sorang blogger tersohor..dari mrsnor kita..takde syarat penyertaan..cuma tinggalkan komen di giveaway n3 beliau..hadiahnya barangan deco seperti di atas..
tarikh tutup 29 Januari 2010..
JOM JOM JOM..





Thursday, 14 January 2010

~Selamat Minoem Hexagon Teapots~




salam semua...


pagi2 blog walking ternampak n3 mukhriz dari pinggan mangkuk cawan teko berkenaan n3 cawan selamat minoes..so saya terpanggil nak buat n3 koleksi teko kotak saya yang serupa wordings tapi sedikit berbeza..ucapan selamatnya bukan SELAMAT MINOES tapi SELAMAT MINOEM..sepupu sepapat dia ler kot kan..mengenai sejarahnya boleh rujuk pada n3 beliau..

yang membuatkan saya begitu teruja dengan blog mukhriz nie adalah berkaitan dengan sejarah & asal-usul porcelain daripada jepun dan eropah..menarik bukan?..so lepas nie boleh kita tanya pakar rujuk mukhriz yang telah lama berkecimpung dalam hobi mengumpul pinggan mangkuk lama nie sejak tahun 90an lagi....dah lama pegawai pemantau nie mengintai2 tanpa meninggalkan jejak di blog2 collector2 pinggan mangkuk teko cawan lama..hehehe..

saya ada dua teko kotak yang mempunyai ucapan selamat nie..dua2 dari sumber yang sama..cik tasha antik..penah jumpe teko bulat selamat minoem dari seller chinese di amcorp mall..tapi tak terbeli..hehehe..saya suka teko nie kerana bagi saya unik dan terserlah keantikkannya..

yang nie standard size..pandangan hadapan..
wording dia slamat minoem..

pandangan belakang..

close-up..

yang nie pulak satu2nya teko kotak mini dalam simpanan..
wording dia selamat minoem..

pandangan hadapan..bahagian belakang plain jer..
close-up..

that's all for now..
tata..