Showing posts with label coffeepot. Show all posts
Showing posts with label coffeepot. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

J&G Meakin Queen's Rose Designed by Paul Granet




J&G Meakin Sunshine
Queen's Rose Designed by Paul Granet



Nun berada dihujung laman ,
sekuntum mawar menarik lirikanku,
kulihat segar dan indah berseri,
dengan kilauan cahaya suria mula bersemi,
terbias dengan titis embun pagi,
yag menumpang dikelopaknya itu.



Mawar itu penuh duri,
menjadi pelindung maruah dan kesuciannya,
dari tangan derhaka dan penuh gelora,
yang selalu menghambat ketika leka,
yang kelihatan sufi tetapi iri. 


Mawar itu penuh duri,
sengaja ku biarkan ia mekar di lamanku,
berayun lembut dihembus angin pagi,
meratib wirid dan zikir kasihnya,
untuk peciptanya sejak azali,
Hanya mengharap Nur Ilahi panduan diri.  






Mawar itu penuh duri,
kulihat lesu dan mula layu,
lantas ku hadirnya padanya dengan pekerti,
menyiraminya dengan keikhlasan,
membajainya dengan budi,
menjulangnya dengan tiang seri hatiku ini
agar mawar berduri itu sentiasa teguh
dalam menyantuni ajaran Tuhannya,
dengan sepenuh jiwa raganya.
dengan semurni bersih di hatinya....






Sajak nukilan Zulman





Sunday, 4 December 2011

~Set Cilik VCR/Moss Rose~





السلام عليكم
salam pagi ahad yang cerah..



satu lagi set cilik yang dirembat dari sis may lamaa dulu..



bukan tutup asalnya..my heroes main piring2 terbang..kesudahannya tudungnya tercabut dan bersepai di atas lantai..hukhuk..kalau yang asal, tutupnya macam tutup sugar bowl di bawah..




chimney yang dibeli tahun 2009 dari wan penang..saya padankan badan yang polos..




close-up set ini yang mempunyai calitan rosa kehijauan..cantik!..




sampai bertemu lagi..
selamat beristirehat...


salam sayang,





Sunday, 20 November 2011

~Set Ros Jepun~



السلام عليكم
salam pagi ahad..




set yang juga datangnya dari kawan blogger..tak cukup set..cawannya cuma ada 2 set.. bunganya meruntun jiwa..lembut dan menenangkan jiwa..



coffeepot..



sugar creamer pot..



teko bulat yang keseorangan..lebih kurang bunga & tone warnanya..



sampai bertemu lagi di minggu hadapan..
have a nice sunday!..

salam sayang,





Sunday, 14 August 2011

~Stunning Serena~





السلام عليكم

salam ramadhan ke14..




sedar tak sedar ramadhan dah menginjak ke akhir minggu kedua..cepat masa berlalu..kepenatan dan kekangan masa menyebabkan saya hanya boleh update blog di hujung minggu..

hari ni saya kongsikan lagi set berbunga penuh..bagi penggemar RA mesti sedia maklum apakah design ini..



set cantik jelita ni dah lama beli..dari Fa Beautiful Pottery..
memang cantik di mataku..almaklum ler roses..



coffeepot yang menawan..



sugar creamer..



cuba try tengok cawannya..
perghhhh..tertawan mak2 bonda.. ;-)




sampai bertemu lagi di minggu hadapan..




salam sayang,




Saturday, 30 July 2011

~Papaya ooo Papaya~




السلام عليكم
salam tengahari sabtu..



kalau aritu dah tengok koleksi teko pear..hari ni papaya pulak..hehe..macam2 pulak namanya kan..kalau tengok bentuknya memang cam papaya malaysia kan..tinggi lampai dan membuncit sedikit di bahagian bawah..teko jenis ini juga dikategorikan sebagai "coffeepot"..

si cantik jelita 5 roses dari nassir..


juga dari nassir..masa barter aladin BK gak..


dari tasha agaknya..


ugly roses ni saya beli dari kedai antik beranang..masa dapat tu bukan penutup asal..masa posing pinjam penutup teko betik yang lain..baru cun..


yang ni pulak dari kedai albert kluang..dapat sekali ngan cawan2nya..belum n3 set ni..


yang ni taktau nak letak dalam kategori ape..hehe..


sampai bertemu lagi..

salam sayang,




Monday, 21 March 2011

~Pareek Johnson Bros Coffeeset~





السلام عليكم

salam isnin..


selalunya balik dah nak gelap..hari ni balik awal sikit..so sempatlah snap apa yang patut..dah lama jugak tak buat n3 PML kan..arini melepaskan rindu posing PMLku yang tersayang..

set 1950s Pareek JB ni cuma ada satu coffeepot, sugar creamer dan 4 set cawan..dari mana saya dapat set ni?..dari nora barangUK..dulu saya selalu beli dari ebay melalui nora..harganya memang berpatutan jika dibandingkan dengan harga di pasaran kita sekarang..

designnya klasik kan.
.


cawan ciliknya..



open sugar bowl & creamer jug..



coffeepot..




seperti biasa..cop mohornya..


sebelum mengundurkan diri, sekadar sesi luahan perasaan..
ada berita kedengaran ada yang tak suka masuk blog saya sebab selalu dok citer mana sumber saya dapat PML..bagi saya, blog saya..so suka hatilah saya nak citer apa pun..susah kan jika ada di antara kita ni ada phd..ada jer yang tak senang duduk..pada yang tak suka masuk blog saya tu>>tekan jer x kat atas tu..

dari melayan email yang bertanyakan di mana saya mendapatkan koleksi saya..adalah lebih baik jika saya terus menyatakan di mana saya perolehi PML di blog saya..sekadar panduan pada collector2 yang baru berjinak2 dalam koleksi PML..

kesimpulannya, sesungguhnya, kita tak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak, selagi kita ni semua bernama manusia..


sampai bertemu lagi di lain masa..

salam sayang,