Showing posts with label double roses. Show all posts
Showing posts with label double roses. Show all posts

Sunday, 8 September 2013

~Double Roses Gedebak~




deskripsi bunga double roses gedebak adalah penuh, memenuhi ruang, besar dan puas hati..hehe



dapat dibezakan dengan double roses yang biasa di belah kiri..


moga tak bertambah sebab dah tutup chapter double roses ini..




~Pear Double Roses~




 السلام عليكم

salam pagi ahad..


bunga double roses ini masih menjadi pujaan..


......masih bertakhta di hati



....masih disayangi



  .....masih bergoncong hati nurani pabila melihatnya...



........tapi sampai bila?

happy weekend folks!!




Sunday, 25 August 2013

~Set Aladin Double Roses~



السلام عليكم
subuh di pagi ahad yang mendamaikan...
 

 saya selalu merasakan masa cepat berlalu pergi..terlalu pantas..anak2 cepat membesar..hari berganti hari, bulan berganti bulan..tahun berganti tahun..sedar tak sedar sudah di bulan ogos 2013 dan saya juga makin hari makin dimamah usia..saya sedar dengan perkembangan semasa, saya sudah lagha'..banyak masa dihabiskan di depan halaman maya dan di laman sosial..


 dengan itu, saya juga sedikit sebanyak mengurangkan aktiviti bertenet..dan masa banyak dihabiskan dengan kerja-kerja rumah dan juga bermain dengan anak2 terutamanya dengan anak daraku nan sorang itu..


maka terjawablah soalan jika saya jarang berfb atau kerap update posting di blog..bagi saya semuanya kena bersederhana..jangan terlalu kerap dan jangan tiada langsung...

 tak lupa terima kasih buat kawan2 blogger yang tak jemu2 bagi support untuk saya kembali menulis di blog kesayanganku ini..terima kasih zany, terima kasih kak antik aina, terima kasih sya kifli, terima kasih bro abah koleksi abah, terima kasih kak ca casaoma,terima kasih juga kak atiey...
terima kasih kerana sudi singgah dah sempat memberi komen yang membina..