Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan
salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi
wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan
semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
Allah subhanahu wataala berfirman:
Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi,
serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk
dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula
(pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
29:20
Bertemu lagi kita!
Pusing kiri kanan, betulkan tulang-tulang yang agak keletihan. selama ni tak pernah lak menyangka bumi dumyat yang didiami hampir 5 tahun memiliki latar sejarah yang agak hebat... mungkin pernah terbaca, cuma kurang penelitian mendalam mengenainya..
Terima kasih kepada tuan doktor Syarul yang sudi menjadi pengumpul maklumat yang amat berguna buat kami santap sepanjang perjalanan hari ini. (sambil kontrol muka hensem, saya mengaku kurang mendalami sejarah yang tersimpan disini..)
Perjalanan kami bermula dari pukul 1petang..
"buzz, buzz" telefon bimbit mahal milik ku bergetar laju..
"salam, yup, ada apa yer?.." tanya ku yang masih mengosok2 mata yang baru beberapa minit melelapkan mata.
"ustaz fahim jom pergi roksubar... tidur ka?" tanya iqbal yang turut bersama kami.
"ermm, lebih kurang la... apesal gi roksubar tengah2 ari ni...?"
"sekarang siang pendek, nanti gelap.. nak pergi tak?" tanya beliau meminta kepastian.
"ok2, sat lagi ana turun... tunggu yup" sekali sekala berjalan tak ada la berkira sangat.
Berlari2 anak juga la... buat2 kalut kata orang pineng... hoho
"jom gerak..." setelah 10 minit bersiap, berjubah bersama beg sandang ku melangkah yakin untuk ke roksubar (salah satu tempat peranginan yang diminati oleh pengunjung mahupun tetamu dari luar, bilamana mereka ke dumyat... itulah tempat yang tergila2 nak pergi.. tak pastilah apa yang bez sangat sana...)
sampai saja di mahattoh tremko (perhentian van), kaki bergerak pantas menuju van raksubar...
"ustaz, kita ke dumyat adim dulu..." kata si iqbal...
saya hanya garu2 kepala yang tak gatal... apa tidaknya, makluman awal tadi dia kata nak ke roksubar..
"untuk apa?" tanya ku singkat.
"kita nak buat dokumentari di sana..." jawab si doktor...
"ok, jom" dokumentari memang minat ler....
Di zaman sekolah dulu-dulu, subjet sejarah memang suka benar.. walaupun ramai je rakan2 tak minat.... bez kot...
Perjalanan kami dari New Dameitta City ke Old Damietta memakan masa lebih kurang 30 mint jer..
Atas permintaan si doktor kami hanya berjalan kaki dari jambatan ke Majid bahr...
Perjalanan kami tidak kosong begitu saja.. Si doktor memulakan sesi dokumentari dengan pengenalan mengenai dumyat. asal usul dan nama-nama yang pernah diberikan kepada Dumyat sehinggalah namanya kekal sebagai Dumyat kini.
oklah tak nak panjang-panjang... antara tempat yang kami lawati sepanjang hari ini...
masjid bahr
masjid maaini
masjid amru al-asr
suk hisbah (pasar
selepas pasar ikan / suk sama')
apa2 pun untuk tatapan bersama..
|
2
jejaka dr sabah, sebelah kanan doktor Syarul (uni ain syam) dan kiri ustaz
Iqbal (Azhar Dumyat)
|
|
Masjid pertama yang kami ziarah adalah masjid bahr
جامع
البحر .
Latar sejarah:
~Masjid antara masjid tertua di bumi dumyat.
~Sebelum ini namanya "Abduh Abdul Bari" kemudian ditukar kepada masjid bahr
(laut, arab mesir menamakan sunggai Nil dengar panggilan laut)
~Di renovate sebanyak 2 kali
- kali pertama pada tahun 1200
- kali kedua pada tahun 1967
*kedua-dua pembaikpulihan dalam pemerintahan andalusi
~Pada tahun 1997 (1418H) pembaik pulih kali terakhir dilakukan, dan dibuka pada malam isra' 1418H.
~ majid turut dilengkapi dengan kemudahan perpustakaan.
(sekrg dalam proses baik pulih)
|
kubah tengah masjid |
|
pintu depan yang menghadap sungai Nil |
|
alhuffaz (kanak2 yg menghafaz alquran dlm masjid) |
|
pandangan atas dari belakang masjid |
|
sungai Nil (nampak ke idak?) |
Masjid ke dua kami... Masjid Maini
مسجد المعينى
Dahi kami selalu bersentuhan dengan lantai masjid ni. tp tak sangat mendalami sejarah di sebaliknya. Usai saja kelas quran bersama syekh mustafa, masjid ni pasti kami kunjungi untuk menunaikan solat. kagum!
latar sejarah:
~ Dibina pada tahun 710H bersamaan 1310M.
~ Pada pemerintahan Nasir Kolawun di zaman mamalik.
~ Masjid ini dahulunya pernah menjadi madrasah diniyyah, dengan mengajar 4 mazhab utama.
~ dilengkapi dengan tempat tinggal untuk para penuntut.
|
gambar masjid sblm di baikpulih. |
|
Ruang utama, depan mememiliki 5 mihrab (1mihrab imam) (4 mihrab mewakili 4 mazhab) |
|
bumbung terbuka ditengah2 masjid |
|
ruang belakang |
|
mihrab utama (imam) |
|
mimbar masjid |
|
tulisan pada mimbar |
|
ukiran yang lebih komplek, merujuk kepada tahap kemajuan yg semakin meningkat |
|
pintu masuk utama |
Masjid ketika yang kami ziarah.
مسجد عمرو بن العاص /
مسجد فاتح
hoho.... ni bukan masjid amru yg kat cairo yek...
masjid ni letaknya dalam kawasan dumyat lama, dikatakan pengasas masjid ini adalah seorang sahabat yang bernama Mikdad ibnu Aswad. dibina dalam tahun 642M.
~senibina lebih kurang dengan yang masjid amri di Cairo.
~Di renovate kali pertama pd 1106M.
~Di renovate kali ke dua pada 1250M.
~Masjid ini beberapa kali bertukar kepada kanisah (gereja).
|
di bawah kubah ini terdapat pancutan air untuk berwuduk, tp telah mengalami banyk kerosakan ketika perperangan dan tidak mampu di baikpulih lagi. |
|
ruang utama. |
|
khat khufi di sepanjang dinding masjid. |
|
tiang asas |
seronok juga ler jalan ari ni... terima kasih kepada dr dan ust...
dan yang menyeponser makan malam...
ada masa kita jalan2 lagi yek.. alhamdulillah semua selamat....
Wa Allahu a'lam