Najib menerusi kenyataan media rasminya telah membantah tindakan Koh Tsu Koon yang mengutarakan cadangan membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia di Puterajaya. Manakala, media utama negara telah diarahkan agar tidak menyiarkan berita berkenaan lawatan Najib ke China yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Di sebelah pihak, Najib menyatakan bahawa Chin Peng tidak harus dibenarkan pulang ke Malaysia kerana kekejaman yang pernah dilakukan oleh parti yang pernah di pimpin oleh Chin Peng, Parti Komunis Malaya (PKM) pada era 5oan dahulu.
Memang kenyataan bahawa ramai yang terkorban angkara PKM pada masa tersebut, tetapi jika di selak lembaran sejarah, PKM pernah membantu penduduk Tanah Melayu melalui penentangan terhadap kekejaman pemerintahan Jepun semasa perang dunia kedua.
Fakta ini tidak boleh dinafikan. PKM juga berjuang menentang British setelah Jepun menyerah kalah. Pergerakan PKM selepas itu baru diharamkan oleh kerajaan Malaysia.
Di sisi lain, Najib mengalu-alukan perhubungan dengan kerajaan China yang mendokong ideologi komunis moden, yang lebih terarah kepada penjanaan ekonomi dan bukan kekerasan, begitu juga dengan Rusia. Najib menidakkan Chin Peng kerana khuatir parti yang telah diharamkan itu akan subur semula dengan kepulangan Chin Peng, serta menyuburkan fahaman komunis di Malaysia.
Sekiranya fahaman komunis tidak dibenarkan, fahaman-fahaman lain selain fahaman rasmi negara ini juga tidak boleh dibenarkan. Bermakna, hanya fahaman Islam sahaja, sepertimana termaktub di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara yang boleh ujud dan disebarkan di Malaysia.
Cabang dan ranting fahaman termasuklah ideologi dan teologi. Demokrasi juga harus dibubarkan kerana demokrasi adalah fahaman yang tidak berlandaskan Islam. Maka, Najib harus membetulkan dahulu fahamannya sebelum boleh mengambil pendirian di dalam hal ini.
Mengambil contoh Nabi s.a.w., beliau terkejut, ketika melalui rumah seorang perempuan tua berbangsa yahudi yang dilewatinya setiap hari di dalam perjalanan baginda ke masjid, apabila mendapati tiada duri dan halangan di jalan baginda sepertimana biasa.
Baginda bertanyakan khabar perempuan tua tersebut dari jirannya, dan baginda mengetahui bahawa orang tua terlebut terlantar kesakitan. Baginda terus menziarahi dan memberikan segelas air sebagai penawar.
Perempuan tua yahudi berkenaan begitu terharu dengan tindakan baginda rasulullah lalu mengucapkan shahadah beberapa hari kemudian. Nabi menyebarkan kasih sayang demi memikat hati masyarakat sekeliling. Sedangkan orang tua yang pernah membuat segala macam honar kepadanya pun di bantu baginda.
Berikan sedikit ruang di lewat senja seorang yang bernama Chin Peng menghabiskan saki baki kehidupannya di samping yang tersayang. Sekiranya Najib dapat melakukan ini atas dasar kemanusiaan, sebenarnya Najib telah menunjukkan kekuatan dalaman yang tinggi sebagai seorang pemimpin yang berkarisma dan berintergriti di mata antarabangsa.
Selari dengan saranan dan syariat Islam yang menyebarkan kasih sayang, hatta kepada seteru mereka, Najib sebagai seorang penganut Islam yang berikrar untuk mencontohi junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w., mestilah membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago