Teman-teman

Wednesday, May 25, 2011

Macam Putus Cinta

" Abang ni Nah tengok dari semalam asyik termenung saja. Macam orang putus cinta. Nah tanya 3 abang jawab1 saja. kadang-kadang tak jawab langsung. Kenapa ni bang. Abang ada masalah ke ". Tanya isteriku bila melihat aku asyik termenung saja.

" Tak ada apa-apa. Cuma abang terfikir macam mana abang boleh lupa hari lahir Nah padahal 3 hari sebelum tu abang sendiri yang beritahu pada Nah tarikh tersebut makin hampir. Mana abang ada cinta yang lain. Cinta abang hanya pada Nah seorang saja ". Kataku kepada isteriku yang tersenyum mendengar penjelasan dariku.

" Nah bukan marah dekat abang pasal lupa. Nah bergurau saja. Tak sambut hari lahir pun tak apa. Yang penting jangan kita lupa pada Allah sudah ". Kata isteriku


Seperti biasa kalau hari minggu aku tak bekerja ia merupakan hari yang indah sebab hari itu isteriku tidak berniaga jadi bolehlah aku plan nak berjalan dengannya.

" Abang teka, hari ini Nah masak apa untuk makan tengahari ini. Ia bermula dengan huruf P ". Aduh dia main teka teki pula. Jenuh aku fikir apa masakan bermula dengan huruf P. Aku jawab, pari la. Parang la. Pisang la. Hai..semuanya silap

" Salah. Nah buat ikan patin masak lemak cili padi berapi yang abang suka tu ". Sayang juga dia dengan aku walaupun aku terlupa hari jadinya.

" Pagi ni Nah buat cucur udang untuk abang ". Ya Allah baik sungguh dia terhadap aku. Tidak pernah dia mencurigai aku.

" Bang petang ni kita ke Kamdar. Nah nak cari baju la ". Aku mengiakan saja. Aku pun terasa teringin nak berjalan dengannya.



Akhirnya makanan tengahariku bersama ikan patin masak cili padi berapi. Memang berapi sungguh. Terpaksa aku letak tuala di sebelah sebab masakan lemak cili padi berapinya memang membuat aku pecah peluh. Tersenyum dia melihat aku mengelap peluh.

" Nah betoi ka kalau orang yang makan suka berpeluh merupakan orang amat cemburu ". Kata-kataku membuatkan isteriku tertawa.

" Mana ada. Kes abang ni special sikit sebab abang ni memang special pada Nah ". Terbatuk aku mendengar yang aku ni seorang yang special padanya. Padaku, aku ini suami yang biasa seperti orang lain. Selepas solat zohor kami terus ke kamdar. Bukan senang aku mendapat hari begini. Sambil dudk menikmati ais kacang aku bersuara pada isteriku.

" Nah mau tak kita ke Medan makan angin ". Tersenyum isteriku dan aku tahu dia amat suka sekali. Aku pun dalam proses online dengan air asia yang buat tawaran perjalanan serendah RM10. Target booking ialah pada tahun hadapan jadi sempatlah kumpul duit dulu. Dalam perjalanan pulang aku melencung ke pekanku.

" Abang ni. Tak boleh berpisah dengan pekan ". Memang benar aku dan pekan begitu intim sebab disitu aku membesar dan menimba pengalaman hidupku. Pekan yang semakin membangun meninggalkan kenangan silam zaman kenakalanku di alam remaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...