Aku telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi majlis untuk forum perdana pada 16 Mei 2011 hari isnin. Bertepatan pula pada hari Selasa merupakan public holiday sempena hari wesak. Penceramah yang di jemput ialah Dato Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya ustaz Wan Akashah. Aku mengajak isteriku agar dapat sama-samaku walaupun tidak bertugas. Hanya sebagai pendengar sudah cukup memadai buat diriku.
Aku beritahu yang aku telah dilantik menjadi pengerusi majlis. Kelihatan air mukanya begitu tidak sabar untuk melihat aku berada di atas pentas. Semenjak kami berkahwin inilah pertama kalinya dia akan melihat aku sebagai pengerusi majlis dan berada pula di atas pentas.
" Abang pakai baju ini. seluar in dan songkok ini ". Ujarnya walaupun ada lagi 2 hari majlis tersebut.
Hati aku amat berdebar-debar sekali sebab sudah hampir 2 tahun aku menyepi diri dan kini aku pula telah diberi kepercayaan. Mungkin ini semua telah diatur oleh Allah. Kali ini ia akan melibatkan TKM 1 yang akan turut serta dalam forum tersebut. Aku perlu persiapkan diriku agar dapat mengendalikan program tersebut. Semoga semuanya berjalan lancar. Aku juga cukup merasa gembira sebab kali ini isteriku akan berasamaku. Semoga Allah permudahkan. Yang tinggal berhampiran jemputlah datang beramai-ramai.
2 comments:
Jangan lupa set di minda..ini Majlis Forum, bukan majlis kenduri kahwin..he..he..
Tahniah!... maju one step a head sebagai pengacara..
Tahniah abg diman.....
Post a Comment