www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Showing posts with label Hadis tentang Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Hadis tentang Al-Quran. Show all posts

Saturday, October 27, 2007

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN


Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

"Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan."

(Abu Daud dan Tirmizi)

Saturday, August 4, 2007

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN


Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

"Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala."

( Bukhari & Muslim )

Friday, July 20, 2007

KELEBIHAN BERPEGANG TEGUH DENGAN AL-QURAN


Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda :


"Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad."

( Bukhari, at-Tirmizi, Nasa'i & Ibnu Majah )

Friday, June 22, 2007

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN






“(Manusia) yang paling baik di kalangan kamu ialah (mereka) yang belajar Al Quran dan mengajarkannya.”

(Bukhari, Abu Daud dll)

Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain."

( Riwayat Bukhari )

Friday, June 8, 2007

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN



Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda:

Seorang mukmin yang membaca Al Quran adalah seumpama buah limau yang mempunyai bau yang sedap dan rasa yang manis.”

(Bukhari, Muslim dll)

Tuesday, May 8, 2007

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN



Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:


"Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya."

(Muslim)

Monday, May 7, 2007

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN



Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata :

Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi, beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda :

"Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran".

(Bukhari & Muslim)

Wednesday, April 25, 2007

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN



Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata :

Rasulullah S.A.W. bersabda :

Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.

(Bukhari & Muslim )

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN



Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan :

Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim.

Kami menjawab :
Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.

(Muslim )

Sunday, April 22, 2007

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN



Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Al- Imran, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya.

( Muslim )

Saturday, April 21, 2007

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN



Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
(At-Tirmizi )

Friday, April 20, 2007

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN



Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Seorang yang mahir dalam Al Quran akan berada di kalangan para malaikat, yang mana para malaikat itu merupakan para pencatat yang mulia dan benar, dan seorang yang tidak lancar (tersekat-sekat) dalam membaca Al Quran dan terpaksa bertungkus-lumus mempelajarinya, akan mendapat ganjaran dua kali ganda.”

(Bukhari, Muslim dll)

Saturday, April 14, 2007

Kelebihan Membaca Al-Quran



“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”


(Abu Daud & Ahmad)

Salah satu cara untuk kita membalas jasa kedua ibubapa, kita hendaklah membaca dan mengamalkan apa yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran. Ibu bapa kita akan dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sinaran mahkota itu mengatasi cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah kita. Jika difikirkan matahari terletak begitu jauh sekali dari kita...walaubagaimanapun cahayanya cukup terang. Bayangkan sinaran dari mahkota yang akan dipakaikan kepada ibubapa kita adalah lebih bersinar lagi dari cahaya matahari...Alangkah hebatnya kekuasaan Allah S.W.T...Oleh itu marilah kita sama-sama mempertingkatkan
bacaan Al-Quran dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya...

Wallahualam..