Bekas kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nallakaruppan meneruskan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang biseksual dan tidak layak menjadi Perdana Menteri ataupun seorang pemimpin kepada rakyat.
Sehubungan dengan itu, beliau yakin sebab utama Anwar menyamannya ialah kenyataannya sebelum ini bahawa di dalam perlembagaan, tiada peruntukan seorang biseksual boleh menjadi Perdana Menteri atau ketua pembangkang.
"Saya tetap dengan pendirian saya, bahawa seorang biseksual tidak layak menjadi Perdana Menteri atau ketua pembangkang, bukan di negara ini tempatnya. Ini prinsip saya, prinsip yang tetap saya pegang walaupun saya disaman RM500 juta sekalipun.
"Saya tidak boleh menerima seorang biseksual sebagai menantu, apatah lagi menerimanya sebagai pemimpin kepada masyarakat," ujarnya mengulas mengenai saman Anwar Ibrahim terhadapnya.
Selain Datuk Nalla, antara pemimpin PKR dan bekas sahabat baik Anwar Ibrahim yang bersama dalam sidang media tersebut ialah Datuk Seri Zahrain Hashim, Datuk Zulkifli Nordin, Datuk Gobalakrisnan, Anuar Shari, Zahid Mat Arip, Ruslam Kassim dan Ummi Hafilda Ali, adik kandung Azmin Ali.
Dalam masa yang sama, Ummi Hafilda sekali lagi mencabar abang kandungnya, Azmin Ali untuk menyamannya berhubung kenyataan bahawa beliau seorang yang dayus kerana mendiamkan diri walaupun mengetahui bahawa isterinya, Shamsidar Taharin mempunyai hubungan sulit bersama Anwar.
"Saya akan dedahkan segala-galanya, malah ahli keluarga akan turut sama turun padang. Saya berani kata, ada hubungan seks antara Anwar Ibrahim dan Shamsidar. Saya pergi mengintai Datuk Nalla pada 30 Jun 1997, saya rakamkan segala-galanya. Saya cabar Azmin, Anwar dan Shamsidar saman saya," tambahnya.
Datuk Nalla juga mahu perbicaraan dimulakan segera sebab beliau mahu rakyat Malaysia tahu kebenarannya tentang hubungan sulit Anwar dan Shamsidar.
"Saya disuruh oleh Anwar untuk mengatur pertemuan sulit ini. Saya juga akan beritahu hasil yang diperolehi Shamsidar dan Anwar dari pertemuan sulit ini," ujarnya yang turut membuat laporan polis di IPD Sentul semalam terhadap dua ugutan yang diterimanya dari pihak yang tidak dikenalinya agar tidak meneruskan kempen memburukkan Anwar Ibrahim.
Semua benda dia tahu. ALAMAK! Cuak la Anwar Ibrahim selepas ni... Lepas satu, satu dibongkar oleh Nallakaruppan.
KUALA LUMPUR 28 Mac - Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Senator Datuk Nallakaruppan bertegas tidak akan mengubah pendiriannya dalam membuat pertuduhan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa merupakan seorang Biseksual.
Beliau berkata tindakan penyokong Anwar yang telah membuat ugutan terhadapnya agar menghentikan segala tuduhan-tuduhan beliau langsung tidak akan dipedulikan malah telahpun menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Malah Nalla turut membuat satu lagi pertuduhan secara terbuka mengenai hubungan Ketua Umum PKR itu bersama isteri kepada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.
"Ya. Anwar ada hubungan sulit dengan Shamsidar," katanya pada Sidang Media yang diadakan di sini sebentar tadi. Turut serta bersama Nalla 2 orang peguam yang bakal mewakili dirinya pada kes saman tersebut.
Nalla juga menambah, beliau akan terus mencabar dan menunggu untuk mengadili segala pertuduhan yang beliau lemparkan terhadap Anwar di mahkamah.
Anwar sebelum ini telah menfailkan saman berjumah RM100 Juta baru-baru ini terhadap Nalla yang mengaitkan dirinya terlibat dalam aktiviti hubungan Biseksual.
Ia disusuli dengan laporan polis Nalla kelmarin kerana mendakwa telah diugut oleh sekumpulan penyokong PKR yang mahu beliau menghentikan kesemua pertuduhan yang dilemparkan. - KLPOS
Posted by suaralensa
Nallakaruppan Dakwa Anwar Ibrahim Ada Hubungan Sulit Dengan Shamsidar 28/3/2012
Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Senator Datuk Nallakaruppan bertegas tidak akan mengubah pendiriannya dalam membuat pertuduhan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa merupakan seorang Biseksual.
Beliau berkata tindakan penyokong Anwar yang telah membuat ugutan terhadapnya agar menghentikan segala tuduhan-tuduhan beliau langsung tidak akan dipedulikan malah telahpun menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis.Beliau Juga Berkata Anwar Ibrahim Ada Hubungan Dengan Isteri Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Antarabangsa Yb Azmin Ali,Iaitu Shamsidar Taharin
Anwar Jadi Teleng Disebabkan Nallla
Perangai Anwar, kalau nak menelengkan kepala maknanya beliau menunjukkan reaksi tengah geram.
Sambil meneleng dan menjeling, Nalla dituduh telah dipergunakan oleh UMNO untuk mengenakannya.
kira dah saman la ni ? Soalan begini kena tanya sebab takut tertipu jer .... Kalau betul Anwar dah mulakan proses mahkamah untuk mendengar Kes Biseksual Anwar - YES !
Saya harap pihak mahkamah akan utamakan kes ini demi kepentingan rakyat.
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Presiden Parti India Malaysia (MUIP) senator Datuk S. Nallakaruppan berhubung satu kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lepas.
Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.
Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.
Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.
Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah. - Bernama
Tambahan 1:50pm - Juga dari The Star
KUALA LUMPUR: Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has filed a RM100mil defamation suit against Senator Datuk S.Nallakaruppan, Utusan Melayu (M) Bhd and its editor over a March 20 article.
He said the article published in Utusan Malaysia implied that he "is of low moral."
Anwar said the statement given by Nallakaruppan meant that he "is unqualified to hold the Opposition leader's post and a Muslim leader whose conduct is not in accordance with Islamic teachings."
He said the words had seriously injured his reputation, character, dignity and published with bad intention.
He named Nallakaruppan, Utusan Melayu and its editor-in-chief Datuk Abdul Aziz Ishak as defendants.
Speaking to reporters yesterday, Anwar's lead counsel R.Sivarasa, who filed the claim for him, said that the suit was filed as “this kind of gutter journalism was not acceptable”.
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR syahrir.bakar@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 19 Mac - Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan secara terbuka mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual berdasarkan pengalamannya yang pernah berkawan baik selama 30 tahun dengan Ketua Pembangkang itu sebelum ini.
Katanya, kecenderungan Anwar sebagai seorang biseksual bukan lagi rahsia dan mendakwa beliau sendiri pernah melihat Ketua Pembangkang itu melakukan aksi seks sama ada bersama lelaki atau wanita.
''Anwar tidak layak untuk memimpin pakatan pembangkang yang merangkumi Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apatah lagi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya membentuk kerajaan pada masa depan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini.
Nallakaruppan seterusnya secara sinis meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mengeluarkan fatwa membenarkan individu biseksual menjadi Ketua Pembangkang.
"Dahulu pekerja Magnum (Corporation) yang lelaki Anwar ada simpan dan Anwar juga pernah bawa isteri orang. Saya bersedia untuk mendedahkan kesemua nama mereka di mahkamah.
"Tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri dan tidak ada peruntukan juga untuk biseksual menjadi Ketua Pembangkang. Saya amat hairan mengapa pembangkang boleh mengambil seorang biseksual menjadi ketua," katanya.
Pendedahan itu merupakan siri kritikan terbaru terhadap Anwar yang pernah menjadi rakan permainan tenis beliau. Namun, Anwar sehingga kini belum berani menyaman Nallakaruppan.
"Saya akan terus mendedahkan sedikit demi sedikit (kebenaran) dan setakat ini Anwar bukan anak jantan kerana tidak berani menyaman saya. Ini baru 30 peratus daripadanya (rahsia Anwar) dan saya masih ada 70 peratus lagi untuk didedahkan," katanya.
Sementara itu, jelas Nallakaruppan, beliau hairan mengapa Pas masih mahu bekerjasama dengan Anwar walaupun terdapat banyak petunjuk yang terarah kepada kehidupan Anwar sebagai seorang biseksual.
"Saya telah berjumpa dengan beberapa pemimpin tertinggi Pas dan mendedahkan perkara mengenai Anwar ini dan ada di antara mereka percaya, cuma Nik Aziz sahaja yang enggan bertemu dengan saya sampai hari ini," katanya.
Anwar Ibrahim menimbang untuk memfail saman RM100 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Senator K S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Malaysia menerusi peguamnya,N Surendran.
“Kenyataan Nallakaruppan (yang juga presiden parti India Bersatu Malaysia (MIUP) satu pembohongan. Ia juga satu tuduhan serius terhadap seorang pemimpin Muslim.Selain saman RM100 juta, kami mahu Nallakaruppan dan Utusan Malaysia meminta maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam,” kata Surendran yang juga naib presiden PKR ketika dihubungi hari ini.
FMT Melaporkan Beliau berkata sedemikian ketika mengulas laporan sidang akhbar Nallakaruppan semalam.Menurut beliau,laporan Utusan Malaysia yang diterbitkan pada muka depan akhbar melanggar prinsip kewartawanan.
“Utusan harus membuat laporan secara adil dan bukan laporan berunsur pembohongan,” kata Surendran.
Di samping itu,peguam tersebut turut menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat berikutan laporan Utusan Malaysia yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.
“Najib bertanggungjawab kerana Utusan ialah organ Umno dan Najib ialah presiden Umno,” tambah Surendran.
Beliau menambah bahawa tindakan menyaman akan diteruskan sekiranya Nallakaruppan dan Utusan Malaysia tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan dan laporan tersebut.
Berikut adalah kenyataan media dari N.Surendran berkenaan tindakan tersebut..
KENYATAAN MEDIA
Saya merujuk kepada laporan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin pembangkang. Dakwaan yang dikeluarkan oleh S Nallakaruppan ini jelas bersifat dusta dan bermotif politik dan mencerminkan kewartawanan akhbar Utusan yang menjijikkan.
Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Najib Razak perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan jahat yang dilakukan oleh akhbar milik UMNO terhadap Anwar Ibrahim. Manakala beliau berdolak-dalih dalam menerima tawaran berdebat dengan Anwar berkaitan isu dasar dan ekonomi, Najib mengambil kaedah keji dengan melakukan serangan peribadi menerusi Utusan Malaysia.
Kejelekan laporan Utusan Malaysia ini menzahirkan wajah sebenar UMNO dan Najib serta melekehkan retorik Najib terhadap agenda kesederhanaan dan perubahan. Ketidakjujuran dan ketidakadilan dalam laporan melibatkan isu politik adalah kebiasaan buat media yang dikawal oleh BN.
Walaubagaimanapun, tindakan UMNO yang berterusan menabur fitnah, pembohongan dan memainkan sentimen perkauman tidak dapat dinafikan lagi sepanjang sejarah kewartawanan Malaysia.
Dalam isu ini, Anwar Ibrahim telah mengarahkan tindakan perundangan diambil. Menerusi pasukan guamannya, beliau telah mengemukakan notis kepada Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. yang memiliki akhbar Utusan Malaysia serta editor akhbar tersebut supaya menarik balik laporan dan dakwaan yang dilemparkan serta mengemukakan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM 100 juta.
Notis sama turut dikemukakan kepada S Nallakaruppan. Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur.