Showing posts with label MB selangor. Show all posts
Showing posts with label MB selangor. Show all posts
Monday, September 22, 2014
KENYATAAN MEDIA Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden KEADILAN
Dr Wan Azizah sokong Azmin sebagai MB Selangor
Label:
MB selangor
Anwar Ibrahim dan isterinya gigit jari dan malu besar!
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai menteri besar Selangor yang ke-15, menurut sepucuk surat yang dikeluarkan Setiausaha Sulit Sultan Datuk Mohamad Munir Bani petang ini.
Surat pelantikan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang bertarikh hari ini.
Azmin, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada jam 10.30 pagi esok.
Menurut surat itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan pelantikan Azmin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Surat daripada istana itu dihantar ke kediaman Azmin di Ampang hari ini dan jawatannya akan berkuatkuasa esok.
"Sehubungan itu, Tuan diminta hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor yang akan diadakan pada 23 September, jam 10.30 pagi di Istana Alam Shah, Klang," surat itu dipetik.
Pemimpin tertinggi PKR kini sedang bermesyuarat di Ibu Pejabat di Petaling Jaya, dipercayai sama ada mahu 'merestui' pelantikan Azmin sekali gus melupakan hasrat mahu menjadikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid - The Malaysian Insider
Tahniah kepada rakyat negeri Selangor kerana mendapat Menteri Besar yang baru.
Apa tindakan PKR selepas ini?
Adakah apa yang terkandung dalam satira ini akan jadi nyata?
SINIS-TS Khalid tamat tugas MB tadi di lobi SUK berucap minta penjawat
awam terus kerja.Biar ahli politik berlakon + berdrama lama2 jadi
lawak-Agendanews
SUMBER.....
AKHIRNYA
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sah dilantik sebagai Menteri
Besar Selangor yang baharu. Segala teka-teki selama ini siapa MB
Selangor yang baharu telah terjawab. Pelantikan berkuatkuasa 23
September 2014 (Selasa) itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah. Azmin
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menerima
surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan
Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang Isnin. Sukacita
dimaklumkan bahawa Sultan Selangor telah berkenan melantik YB (Yang
Berhormat) tuan untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berkuat
kuasa 23 September (Selasa). Sehubungan
itu, YB diminta hadir ke istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku
janji serta pengurniaan surat cara pelantikan Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Selangor, menurut surat itu.
Surat
perlantikan itu disahkan sendiri oleh Mohamad Munir ketika dihubungi
wakil media di ibu pejabat PKR di sini. Menurut surat itu lagi, majlis
angkat sumpah itu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada pukul
10.30 pagi Selasa. Kerjasama pihak YB dalam menyempurnakan perkara
Sultan Selangor amat dihargai dan diucapkan terima kasih, katanya.
Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu itu menjawab
spekulasi yang tersebar mengenai beliau akan mengangkat sumpah untuk
jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Azmin
merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek dan telah menghadap
Sultan Selangor serta 'ditemuduga' secara
berasingan pada minggu lalu. Selain beliau, dua calon lagi adalah Adun
Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus
Hairi.
Adakah
Anwar bergembira mendapat berita yang gempar ini, dan adakah Wan
Azizah@Nenek Kipas akan mengalirkan air mata kerana tidak terpilih
kerana mengikut firasatnya, beliaulah calon yang paling layak
mengantikan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, tapi, sayang seribu kali
sayang, cita-cita Nenek Kipas tidak kesampaian dan Anwar sudah tentu
orang yang paling kecewa. Apapun, tahniah Azmin. Jalankan tugas mu
dengan penuh adil dan saksama, jika tak gagal, silakan letak jawatan.
Huhuhuhu....Wasallam
Label:
MB selangor
Monday, September 8, 2014
SULTAN SELANGOR SEMAKIN MURKA ATAS SIKAP KURANG AJAR & KEBIADAPAN ANWAR DAN DAP
TERKINI ! SULTAN SELANGOR DUKACITA KERANA PKR & DAP BIADAP & DERHAKA !
Sila baca :
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang ingkar terhadap titah baginda apabila hanya menyenaraikan satu nama untuk calon menteri besar yang baharu.
Tindakan kedua-dua parti itu menggambarkan mereka biadab kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada baginda - UMSultan Selangor sudah menyatakan dukacita dek kebiadapan dan perbuatan derhaka PKR dan DAP kepada baginda. Sepatutnya, seluruh rakyat Selangor mesti bangkit menyokong baginda Sultan dan sama-sama mengutuk keras tindakan biadap DAP dan PKR.
Perkara ini bukan remeh temeh tetapi satu kemestian untuk disuarakan oleh seluruh rakyat Selangor.
Malah, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan seluruh kepimpinan PKR dan DAP patut meminta maaf kepada baginda.
Tetapi bukan itu sahaja. DAP dan PKR patut diajar dengan menolak calon-calon mereka jika berlaku Pilihanraya negeri dan pada PRK 14 yang akan datang.
Dan jika rakyat Selangor sayangkan Sultannya, PKR dan DAP patut ditolak habis-habisan sebagai pengajaran supaya hormat dengan Sultan Selangor.
Label:
MB selangor
Saturday, August 30, 2014
Mesyuarat PAS 25 Ogos
Apa Sebenarnya Berlaku Dalam Mesyuarat PAS 25 Ogos ?
AIDCNews – 29/8/14 – Sebaik sahaja mesyuarat PAS Pusat pada 25 Ogos selesai, Ahmad Lutfi Othman menghantar mesej di faceebooknya yang menggambarkan seperti beliau mengetahui apa yang berlaku dalam mesyuarat itu.
“Malangnya, sejurus mengetahui keputusan mesyuarat sama semalam (dan saya sendiri tidak pasti apa keperluan mengadakan mesyuarat itu), kegelisahan dan ketakutan saya itu muncul semula, malah dalam skala lebih serius.
“Soalnya, salahkah (atau tidak beradabkah) kalau saya menzahirkan rasa gelisah dan takut itu?,” soalnya.
Ini membuka ruang kepada pengarang berita The Malaysian Insider, Amin Iskandar mendedahkan bahawa pada mesyuarat PAS pusat 25 Ogos itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri berkaitan dengan isu Menteri Besar Selangor.
Mesyuarat 25 Ogos menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, lapor The Malaysian Insider
“Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider meneruskan pendedahan mendakwa bahawa Hadi yang menawarkan kepada Azmin supaya menyertai PAS untuk bersama beberapa rakannya dan ADUN UMNO bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Presiden PAS menafikan laporan The Malaysian Insider itu, namun portal itu tetap mempertahankan kebenaran laporannya itu.
Presiden PAS Nafi Laporan The Malaysian Insider
Selepas The Malaysian Insider, semalam pengarang Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri pula melakukan ‘serangan’ khusus terhadap Presiden PAS dalam laporannya :
8:31AM – 28 Aug 2014
Isu MB: Penolakan pada Hadi membara
Cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor jika dapat menarik beberapa lagi anggota PKR bekerjasama dengan Umno, menimbulkan keresahan anggota jawatankuasa (AJK) PAS.
Sekalipun pegawai kanan Hadi dan pemimpin PAS menafikan keras, ia tetap mengundang resah dan “penolakan dari dalam” kumpulan Erdogan, malah segelintir kumpulan pro-ulama yang “berang berbaur terkejut” dengan perkara itu.
Sumber-sumber PAS memberitahu Malaysiakini, mesyuarat AJK pusat Isnin lalu, ada pemimpin yang sudah malas ‘bergaduh’ dengan Hadi.
Malah ada juga yang ‘bersingsing lengan’ dengan presiden PAS itu dan ada juga yang mempertahankan keputusan 17 Ogos itu yang memilih Azmin di samping Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Ekoran itu, pemimpin PAS dilihat dalam dilema – diluah mati emak, ditelan mati bapa – ekoran pendirian terbaru Hadi yang tidak selari dengan keputusan sebulat suara AJK Pusat PAS Ahad dua minggu lalu.
Ia sekaligus menambahkan parah krisis menteri besar Selangor.
Bagaimanapun penolakan itu, sumber-sumber parti memberitahu, tidak sampai ke tahap penolakan mutlak terhadapnya, termasuk dalam Muktamar PAS 2014 di Johor pada 18-20 September depan.
“PAS berada dalam keadaan dilema tetapi tidak sampai menolak Abdul Hadi (di muktamar). (Malah) ada pemimpin kanan PAS yang tak dipercayai oleh Abdul Hadi (ekoran penolakan itu).
“Mereka terkejut dan tidak setuju dengan dua perkara, bergabung dengan Umno dan mengajar parti rakan khianat (kepada Pakatan Rakyat),” kata sumber kepada dihubungi Malaysiakini semalam.
Sejarah 80-an berulang?
Mengimbau sejarah PAS lebih tiga dekad lalu, sumber-sumber berkata isyarat penolakan Hadi itu boleh berlaku sepertimana ketika Yang Dipertua PAS Datuk Asri Muda disingkirkan pada 1982 dan digantikan Yusof Rawa.
Sementara pada 1986 pula, Yusof pula diasak apabila idea penubuhan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC), sebuah badan bagi mempromosikan dasar PAS kepada bukan Islam, ditolak walaupun menjadi sebahagian daripada ucapan dasar yang dipertuanya.
“(Dengan kata lain, perwakilan ketika itu) menolak usul yang menjadi sebahagian daripada ucapan dasar, (dan ia) dianggap sebagai menolak presiden,” katanya.
Sumber-sumber lain yang dekat dengan PAS pula mempersoal perubahan sikap Hadi yang dikatakan tiba-tiba menjadi negatif dan kelihatan terlalu marahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada Isnin lalu.
Sumber itu tidak menolak kemungkinan wujudnya gerakan untuk menolak Hadi termasuk mencabarnya sebagai presiden pada pemilihan PAS tahun depan.
Antara alasan yang digunakan ekoran ekoran pendekatan “one man show” (bergerak sendiri) beliau dalam membuat keputusan politik.
Malah, kedua-dua kelompok dalam PAS – kumpulan Erdogan dan pro-ulama – kini dikatakan sama-sama cuba “membersihkan” satu sama lain.
“Presiden akan dicabar,” kata sumber kepada Malaysiakini.
Sementara itu, mengakui PAS berdepan dengan “situasi berkecamuk” berhubung kemelut ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengakui “PAS pernah mengalami situasi penolakan” terhadap ketuanya sebelum ini.
Salahuddin: Ribut mana tak berhenti
“(Tetapi) biarlah masa menentukan. Untuk berlaku adil terhadap presiden (Hadi), beliau boleh berhujah, memberi pandangan, menjawab persoalan secara terbuka sebagai ketua parti. Maka berlaku interaksi dua hala.
“Perwakilan (juga) akan memberikan penilaian yang jujur dan muktamar terbuka untuk bercakap. Muktamar satu lagi medan untuk perwakilan berucap mengenai harapan, sindiran atau kritikan,” katanya.
Beliau menjawab soalan sama ada cadangan bekerjasama dengan Umno yang dikemukakan Hadi itu boleh mencetuskan tanggapan buruk terhadap pemimpin nombor satu PAS itu, sekaligus menyebabkan beliau ditolak.
Salahuddin, bekas MP Kubang Kerian itu berkata, sebagai sebuah parti yang menjunjung demokrasi, PAS tidak mengongkong semua pihak dalam parti itu memberikan pandangan.
“Akhirnya satu keputusan dapat dicapai. Biarkan ia (krisis MB ) bergelora dan akhirnya berakhir dengan satu kematangan. Politik baru ini tidak boleh dielak. Ini yang anak muda mahu.
“Biarkan gelora itu berhenti (dengan sendirinya). Ribut mana yang tidak mahu berhenti,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Asumber
Label:
MB selangor
Tuesday, August 26, 2014
TERKINI : KHALID MASIH MB SELANGOR HINGGA PELANTIKAN MB BAHARU
BUKTI KEBIJAKSANAAN SULTAN SELANGOR, MAHU LEBIH 2 NAMA CALON
Titah Sultan Selangor yang dibaca TS Khalid Ibrahim boleh disimpulkan keputusan cukup bijak.
Sebabnya
- TSKI akan kekal MB Selangor
- selagi tak ada 2 nama ..TSKI kekal MB
- PKR - PAS - Dap akan terus bercakaran sesama sendiri untuk tentukan sapa nak jadi MB .
Daulat Tuanku !!
drama krisis jawatan Menteri Besar Selangor masuk ke babak makin menarik petang Selasa.Ini bila Sultan Selangor menangguhkan perletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Penangguhkan ini sehingga seorang Menteri Besar baru dipilih oleh baginda.
Apa yang agak mengejutkan ialah Sultan Selangor meminta semua tiga parti Pakatan Rakyat PKR, PAS dan DAP mengemukakan sekurang-kurangnya DUA NAMA untuk baginda pilih sebagai Menteri Besar.
Titah Sultan Selangor boleh ditafsirkan seolah baginda menolak nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon tunggal yang hendak dipersembahkan oleh Pakatan Rakyat.
Khalid membaca kenyataan Sultan Selangor pada sidang akhbar di pejabatnya selepas beliau mengadap baginda lebih sejam di Istana Bukit Kayangan,Shah Alam.
Namun ketika ditanya apakah Sultan menolak Wan Azizah...Khalid menjelaskan ini cuma kerana Sultan mahu setiap parti Pakatan kemuka sekurang-kurangnya dua nama.
Apapun melalui titah Sultan itu..ini bermakna baginda boleh pilih Menteri Besar dari mana-manan tiga parti Pakatan itu dan tidak semestinya PKR.
Maka setakat ini tidak timbul soal pemburan Dewan Undangan Negeri untuk
pilihanraya semula...seperti yang diramalkan oleh sesetengah pihak
sebagai jalan keluar krisis ini.
BERIKUT IALAH KENYATAAN MEDIA TAN SRI KHALID IBRAHIM SELEPAS MENGADAP SULTAN SELANGOR
BERIKUT IALAH KENYATAAN MEDIA TAN SRI KHALID IBRAHIM SELEPAS MENGADAP SULTAN SELANGOR
26 OGOS 2014
MENTERI BESAR PERSEMBAH HASRAT MELETAK JAWATAN KEPADA DYMM SULTAN SELANGOR
Saya menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor kerana telah berkenan
untuk saya menghadap baginda pada petang ini di Istana Bukit Kayangan
Shah Alam, bagi membincangkan kemelut politik yang sedang berlaku di
negeri ini.
Saya telah menyembah maklum bahawa dinamik politik di negeri Selangor
kian meningkat dan telah menimbulkan keresahan rakyat jelata. Demi
kelangsungan kestabilan politik di negeri Selangor ini, saya telah
kemukakan kepada DYMM Tuanku hasrat untuk meletak jawatan sebagai Dato’
Menteri Besar Selangor.
DYMM Tuanku telah mengambil maklum hasrat saya dan Tuanku telah membuat
keputusan untuk menangguh penerimaaan peletakan jawatan saya sehingga
proses pelantikan Menteri Besar baharu selesai.
Saya juga telah memohon maaf kepada DYMM Tuanku atas suasana politik
masa kini yang telah menyebabkan pihak Istana terheret sama dalam
kemelut pentadbiran di negeri ini.
Saya menyerahkan kepada kebijaksanaan DYMM Tuanku untuk mencari
penyelesaian terbaik sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada
pemerintah, institusi beraja dan pentadbiran awam.
Saya yakin DYMM Tuanku akan mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri
dalam membuat keputusan dan saya dengan seikhlasnya akan akur kepada
pilihan yang diputuskan oleh baginda.
Saya berharap semua pihak terutama ahli politik, media dan pengguna
media sosial mengelak dari membuat kenyataan atau kritikan yang menjurus
kepada niat untuk memperkecilkan peranan mana-mana pihak yang terlibat
terutama institusi beraja dan Raja-raja Melayu.
Biarpun kita menghormati prinsip demokrasi yang memberi kebebasan
bersuara namun adab, tatatertib dan hak-hak DYMM Sultan Selangor di
bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor perlu dihormati demi
kesejahteraan negeri.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
Label:
MB selangor
Saturday, August 16, 2014
MB Selangor bertambah hangat : PEMECATAN KHALID IBRAHIM SEBAGAI AHLI PKR TIDAK SAH
1. Perkembangan terbaru
krisis perebutan MB Selangor bertambah hangat apabila peguam Khalid
Ibrahim telah menghantar surat kepada Pendaftar, Jabatan Pendaftar
Pertubuhan Malaysia.
2. Surat itu telah meminta pihak ROS supaya menyiasat kesahihan pemecatan beliau daripada parti PKR.
3. Dalam isu ini, PKR didakwa telah gagal menjawab soalan :
1. Siapakah 6 orang ahli Lembaga Disiplin PKR?4. Dan jika PKR gagal menjawab dan membuktikan soalan-soalan ini, apakah Khalid masih lagi ahli PKR?
2. Apakah 6 orang ini hadir semasa membincangkan kes Khalid?
3. Di manakah senarai nama kesemua ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang hadir dan nama 2/3 daripada mereka yang mengundi memecat Khalid seperti termaktub dalam Fasal 9.1(e) parti tersebut?
5. Dan jika ROS menyiasat dan mendapati bahawa parti PKR telah melanggar perlembagaannya sendiri, apakah parti PKR akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang ?
6. MiM lihat surat peguam yang dihantar ke ROS ini bukannya kerana Khalid Ibrahim masih mahu menjadi ahli PKR.
7. Tetapi lebih kepada membuka pekung kepimpinan PKR yang dilihat carca marba tidak mematuhi peraturan perlembangan parti sendiri untuk memecat ahlinya.
8. Tindakan sewenang-wenangnya tanpa justifikasi sah mengikut perlembagaan parti itu patut menyedarkan rakyat tentang betapa teruknya parti PKR ini.
9. Jika parti pun tidak terurus dan tidak mengikut perlembagaan sendiri, cubalah kita bayangkan jika parti PKR dan Pakatan Pembangkang memerintah negara ini. Porak peranda dan hancur negara kita ini!
Tsumber
Label:
MB selangor
Tuesday, August 12, 2014
Pemimpin PAS cadang bentuk kerajaan dengan BN di Selangor
|
Dr.
Zuhdi cadang Konsensus Nasional antara TSKI, PAS dan UMNO
|
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan
PAS Dr Zuhdi Marzuki mencadangkan kerajaan konsensus nasional dibentuk di
Selangor bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.
"Melihat kepada
kemelut politik negeri Selangor yang berlarutan lebih setahun sejak Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, saya secara peribadi mencadangkan sebuah kerajaan
berkonsepkan Konsensus Nasional dibentuk di Selangor," kata Zuhdi melalui akaun Facebooknya.
Sebelum ini, nama Zuhdi terkenal
apabila perbincangan dalam aplikasi Whatsapp kumpulan ahli jawatankuasa PAS
Pusat bocor.
Dalam jangkaan senario itu, Zuhdi
membayangkan wujud gabungan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan
Barisan Nasional (BN) bagi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai
menteri besar Selangor.
Kali ini Zuhdi secara terbuka
mencadangkan konsensus nasional dengan BN untuk penyelesaian isu di Selangor.
Zuhdi berkata, bagi menjayakan
'Konsensus Nasional' peringkat Selangor, pembangkang BN boleh diberi
tanggungjawab bersama dalam pentadbiran negeri khususnya menjadi kuasa semak
dan imbang yang diiktiraf, sebagai contoh seorang Adun BN dilantik mengetuai
jawatankuasa Selcat.
"Konsensus ini diperkukuh
dengan pembentukan Majlis Pemuafakatan Selangor yang melibatkan parti daripada
PR, BN dan Adun bebas.
"Dalam konteks ini Datuk Seri
Anwar Ibrahim boleh dilantik sebagai pengerusi atau penasihat sebagai
pengiktirafan kepada usaha Konsensus Nasional yang diusahakannya sebelum
ini," katanya.
Beliau berkata, konsep pembentukan
kerajaan berasaskan Konsensus Nasional pernah diwar-warkan oleh Anwar, malah
pernah juga disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan istilah
Rekonsilasi Nasional.
Katanya, perkara itu juga menjadi
intipati penting kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan untuk
mengekalkan Khalid, atas asas kepentingan rakyat perlu didahulukan daripada
kepentingan individu dan parti.
"Secara peribadi, saya melihat
inilah penyelesaian terbaik kepada kemelut politik Selangor yang memuaskan hati
semua pihak," katanya.
Beliau berkata, penyelesaian ini
juga dapat mengelak daripada pilihan raya negeri diadakan yang akan
mengorbankan sejumlah dana awam, menangani ketidakstabilan politik disebabkan
kekaburan siapa mendapat sokongan majoriti, memberi ruang kepada semua pihak
berkaitan seperti pihak kerajaan tempatan, kakitangan kerajaan, pimpinan
komuniti melaksanakan tugas mereka dan yang lebih utama kepentingan rakyat
terpelihara.
Zuhdi berkata, semangat Konsensus
Nasional perlu dihidupkan semula demi mengelak kemelut politik Selangor yang
berpanjangan sehingga boleh menjejaskan rakyat Selangor dan Malaysia secara
keseluruhannya.
Katanya, kemelut politik di Selangor
sepatutnya tidak timbul jika pimpinan mengambil sikap mendulukan kepentingan
rakyat seperti penyelesaian krisis air, pembasmian salah guna kuasa, penurunan
kos hidup rakyat, penyediaan rumah mampu milik, penambahbaikan infrastruktur,
memerangi jenayah dan pencegahan demam denggi.
"Malangnya terdapat segelintir
pimpinan politik lebih suka berpolemik dan berpolitik demi mengutamakan
kepentingan individu dan parti," katanya.
Katanya, kemelut politik ini
menyebabkan sebahagian besar rakyat Selangor mulai bosan, malah meluat dengan
karenah pimpinan politik.
Zuhdi berkata, sepatutnya kerajaan
yang diberi mandat rakyat dan kemudian diperkenankan Sultan Selangor, diberi
peluang saksama untuk menjalankan tanggungjawab mereka demi menjaga kepentingan
rakyat seluruhnya. – 12 Ogos, 2014.
- See more at:
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/08/akhirnya-pemimpin-PAS-cadang-bentuk-kerajaan-dengan-BN.html#sthash.qyjjfUw5.Wk0gq7wn.dpuf
Label:
MB selangor
Tuanku Enggan Jumpa Presiden PKR
Krisis MB Selangor Berterusan, Tuanku Enggan Jumpa Presiden PKR
Krisis Menteri Besar Selangor kian berlarutan apabila Pejabat Istana Selangor memaklumkan DYMM Tuanku Sultan Selangor menolak permohanan mengadap Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor.Permohonan tersebut adalah bagi menjelaskan pemecatan Tan Sri Khalid dari PKR. Surat yang permohonan yang dihantar pada 10 Ogos 2014 (Ahad) dibawa ke pengetahuan baginda pada 11 Ogos 2014 (Isnin).
Bagaimanapun Tuanku berpendapat tiada keperluan baginda berjumpa Wan Azizah memandangkan ia merupakan urusan dalaman parti dan tiada kena mengena dengan isu sokongan majoriti ADUN yang diperolehi oleh Khalid.
Ksumber
Label:
MB selangor
Subscribe to:
Posts (Atom)