Tuesday, July 31, 2012

Status ISteri di Akhirat Kelak~

NI PUN hANA DAPAT DARI BLOG ILMIAH BACAAN MASA BOSAN
wahh gitu ko semenjak jadi isteri,watashi dgn king berebut rebut cari ilmu and kosng sesama.

this one is very good to share about.
tentang status wanita sebagai isteri di akhirat kelak..
watashi dulu just tau..kalau isteri yg kematian suami,and dia tak kawen sampai dia meninggal dunia..dia akan dapat bersama balik di akhirat nnt..
macamana kes yg lain lain lak..kalo isteri kt syurga..suami kt neraka camno?haa....moh kita baca..

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda:”Tiada si bujang di dalam syurga” ~ (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan &tak b’kahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda:

“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

Friday, July 13, 2012

Terjemahan Doa Qunut

Terjemahan Qunut

Salam Jumaat Semua !!
PEnghulu segala hari!!
arini watahsi nak kongsi terjemaah bacaan Qunut dalam solat Subuh kita

agak ralat..kenapalah masa remaja dulu watashi takde kesedaran nak memahami and mencari maksud doa qunut nih?
 kalau tak musti lebih khusyuk kan?
haihh..so..bbg orang yang masih mencari titik khusyuk dalam solat..jom baca terjemahan nih...

**skang watahsi dah papahm kenapa org arab boleh nangis dlm solat~
hinanya watashi nih...

Thursday, July 12, 2012

CHICKEN FOLDOVER SAYANGKU..MMUAHHH!!


moh korag sape minat chicken foldover nihhh
wuuuuuu nyummehhhhh

mcdonald buat start rini smpai 25july saja ok!

boleh print utk dapat beli satu percuma satu
tapi  yg barcode tu hana pun tak paham

ada saper vboleh explain?
amik gambor ke or scan mendalah tu?
nak scan guano?>

Wednesday, July 11, 2012

Monday, July 9, 2012

EHEMMM...Assalamualaikumm...tudung bawal labuh untuk muslimah!

Latest item dalam Hana B.D Collection..wah gituuuu ko...
tudung bidang55'
labuh,menepati syarak,bawal emperor,senang dibentuk
cantik dan manis pemakainya

ngeeeee~
Harga RM27-tidak termasuk postage
kalau berkenan PM kt Hana BD
or komen kt sini.weeehuuuu



CODE  1 PINK PEACH
CODE 2  PURPLE

CODE 3 TURQUOISE

CODE 4 BROWN/GOLD
CODE 5 Hijau Pucuk Pisang
CODE 6 Biru laut


CODE 7 ROYAL YELLOW
CODE 8 ELECTRIC BLUE

CODE 9-ORANGE


CODE 10 GREY BLACK


Thursday, July 5, 2012

Apa itu Tantrum?


Tantrum:

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar.  

Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.


Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.


2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.


3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.


4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang


5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.


Salam kasih,

Ibu Rose-sumber dari facebook.

Nota hati Ibu-.wuwuwuw..watahsi kadang kadang terlalu tegas.

Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday-Ke mana Tumpahnya Kuah kalau tak tidak ke nasi

Apa Kess Arissa?
Skill Baru


OHOK OHOK...!! Bukan salah Ibu- Bekas -Gimnas- Sekolah Mengandung

Monday, July 2, 2012

Siapa dia Kupu Kupu Syurga???

 Anak-anak kita boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. 

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. 

  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer