Wednesday, April 25, 2012

Laundry day

Haaaa
Ni namanya pagar semulajadi
Fenomena berlaku masa weekend kalau tiada sebarang aktiviti mencuci di kala weekday

Dah mcm kubu perang pun ada gak{heehhehe
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 19, 2012

Nostalgia-Aura Hebat

okeyh..watashi ni kiranya dari kecik lagi mmg dah diasuh utk berdikari dan bertanggungjawab dalam urusan adik adik watashi yakni Hitomi dan juga Adie(si bongsu)

walaupun si adie masa kecik dulu dia punya nakal tahap tah hape jin masuk dalam badan dia dirumah ..tapi bila di sekolah dia akan jadi super pendiam,super penakut bagai,

pernah sekali tu,watashi wakil ayah and mak watashi tak dapat tengok prestasi report card adie, watashi dapat komen dari cikgu adie yg adie ni kenkadang kena buli dengan kengkawan??

sebagai kakak ygpoyo bertanggungjawab watashi amatlah terkejut
bagaimana adikku yg buas ,nakal and hyper ni dibuli orang..

balik tu..watashi tanya adie..siapa selalu buli dia?berat mulut gak rupanya nak bgtau
lepas dipaksa,dicubit pipi baru lah dia nak bersuara..

pastu watashi cakap ngan dia

"lenkali sape buli adie,bgtau kt dia ,adie ada kakak yg kuat/garang kt sini.kalau dia buli adie lagi nanti kak na bgtau cikgudisplin"

so hari bersilih hari..
watashi dah perasan yg adie boleh balik dengan perasaan senyum yg melebar
so watashi anggap yg tade orang buli lagi la..
alhamdulilah..

tade sape nak darah daging sendiri kena buli kan..

so next signing report kad..watashi lagi datang ke kelas adie amik result..
jejak je kaki..dengar bebudak bising tahap gaban..watashi intai tgk..adie duduk kt tempat dia..melukis dalam buku diam diam..

ada satu budak botak besar datang rampas buku adie..

masa tu dah menyiarap rasa nk protect adie..tapi watashi cool dulu..tengok apa reaksi adi..

tetiba ada satu budak lelaki A, geng budak botak datang amik balik buku tu dari budak botak and kembalikan pada adie.budak botak rampas balik buku kt tgn budak A.adie keep diam saja kt tempat dia.menikus semacam.

"berani ko kacau adie?ko tatau ke..kakak adie kuat wooo.."

"kuat macamana???"tanya botak tak puas hati

"kakak dia ketua..ketua gi gi gi gi gi..."gagap budak A nak explain pada botak..

"ketua gi gi gi apa??" botak tak puas hati

"kakak aku ketua GIMRAMA !aku bgtau kakak aku nnt ko selalu buli aku!"tetiba adia bgtau

botak terdiamm..terus bagi balik buku adie sambil tangan gigil gigil ..and minta maaf..

ini masanyaaaa...

watashi lalu depan kelas adie

"ketua gimrama lalu..ketuia gimrama lalu!!"satu budak jerit..terus bebudak tu duduk memasing and diam seribu bahasa..

yg kelakarnya budak botak dah siap tahan airmata..
watashi masuk kelas adie..and duduk kt bench yang disediakan kt depan kelas untuk waris..
semua mata tertumpu pada watashi..

watashi pandang adie..dia pun tunduk membisu-tah hape yg buat dia pun takut ngan watashi..kalo kt rumahhhh...amboiiii

tak lama lepas tu..cikgu kelas adie masuk..
terkejut tengok semua murid diam duduk tempat memasing..

lepas dari kejadian tu..kalau cikgu cuti or ada hal je..watashi akan jadi puaka penjagadalam kelas adie..

dari dulu watashi tak pernah nak amik tahu apa sebenarnya yang dorang takot sangat dengan title Ketua Gimrama tu?

maybe dorang ingat ketua Gangster kut.ahahahaha
atau muka watashi dah cukup menakutkan?
akakakka
gimrama lembut tauuuu...

Wednesday, April 18, 2012

Review Ipad Spirit Arissa


oh..sprid ipada dah sampai dah sampai dah sampai
nari nari ala hindi dibawah hujan lebat

sampai je watashi dah tak menyempat nak godek
ok...ini adalah review telus sebagai pengguna yg ala obsess-semua-menda-yang-best-nak-beli-kat-anak-kalau mampu...

ok..harga watashi beli RM180..ikut pada saper korang beli la
setengah org mark up lebih sebab nak utnutng lebih
but basically org yg watashi beli ni offer paling murah termasuk postage

reviw watashi..
apa yg best pasal mendalah ni?

~tak payah guna bateri wo...guna kable and ada charger yg buleh cucuk kt lappy tu ha
~buleh donload lagu,gambar, video bagai..woohooo
~ada games
~ada e book
~ada sd card utk korang nak save

best kan kan kan?

yg tak bestnya?
~buleh donload lagu,gambar, video bagai..->apa format ko guna nih?>>jpeg,gif,jpg semua takleh support.video lgsung takleh..lagu pun takleh.BOOOO!!!!!
~ada games-->game tak best sangat..satu je best
~ada e book-->satu 2 saja..kena download kalo ko nak
~sd card?kena tarik balik sebab tak lulus..adoihhhh mencikk okkk

tetiba rasa macam lagi best yang watshi belikan pada menantu anak lifesaver yang kacak bergaya yakni Uwais.
hensem kan?
watashi belikan yang ni sempena bday anak bujang capa on 13 Apr lepas
nampak menarik
tapi yang tak best kena pakai battery je la..
apllication yg lain rasa cam best gak la
murah pun murah.,,
apapun..sebelum beli kena tggu komen capa dulu.
kalau dia kata ok and menghiburkan mmg watashi nak beli lagi!
tak kira!


Tuesday, April 17, 2012

hasil godaan

disebabkan arissa dapat playpen yg mahal gitu
watashi pun sengaja menggoda goda king
dengan harapan mendapatgelang emas 50g hadiah juga.

eheheheh..
apa watashi dapat
seeeee....~
watashi ni sgt simple orangnya
nak hadiah memurah je...
ni je watashi nak king belikan

sebab apa nak king kasi adiah tudung
kalau watashi pakai tudung ni kan berganda ganda pahala suami watashi?
hah reti gitu..

cuba suami belikan skirt kt isteri..and isteri pakai dengan bangganya kt khalayak ramai..
ko ingat suami tak dapat saham ke hasil tayangan amal gitu
kesian suami kita oh tanggung dosa kita

ok..merepek sudah

nengok kaler kaler kt kedai tu rasa mcm tak puas plak nak memborong lagi
sib baik la watahsi ni jenis bukan suka tudung fareeeda nyata jelita tu
terkujat ok harga tudung RM250 bagai..
watashi pkai shawl tudung paling mahal dalam sejarah hidup watashi RM38. yakni tudung masa kawen.ahahahaha

nnt watashi ingat nak buka kedai la.kdai shawl and tudung gerenti murah,
sebelah kedai tudung nak bukak kedai makan,
sebelah kedai makan nak buka nursery
sebelah nursery tu banglo watashi

angan tinggi mesti ada ok!

p/s- selain tudung atas,watashi jugak telah membeli dua helai cardigan.muaahahahaah-jimat la sangat kan???puiiiiiii yohhhh

Daddy Wishlist


ingat watashi je ada wishlist?
daddy pun ada ok..

as a daddy/suami yang ssangatlah risau tgn anak kotor or jatuh terlentang bagai..
king berjam jam ehh cam salah je..berhari hari survey nak cari playzone la..play pen la..
playpen yg biasa mmg la below 3ratus pun boleh dapat kan..

tapi pepaham la king punya expectation yg tinggi nih..dia nak yg bebetul selamat,tahan lama and of course yg zero injured pada anak anak kesayangan dia-->og coz la anak kesayangan watahsi jugak..lempang kan..


setelah berbulan survey kt the curve..
finally barang yg di nanti ada 40%

yg hampehnya tengah bulan buat 40%
king dah terjoget joget nak beli sangat dah
yang watahsi duk nasihatkan dia pk bajet pk bajet

tp dah itu wishlist dia kan..takkan nak buntang buntang marah halang..
kalo king beli watashi juga mendapat manfaat..
muahahaha...

ha inilah dia play pen baru arissa,,


dari gambar kotak
dari gambaran sebenar anak kita DN Arissa

king kalo buly dia nak penuhkan semua ruang dgn toys
watashi cakap jgn la..kang tak tetap pendirian arissa plak
tamak haloba kan..main ni kejap campakk---skang pun dah suka baling toyss-->>haaaaiiipppp

hah.korang nampak lantai dia bercover tilam lembut tu?
ohhh itu belum cukup meyakinkan king tentang keselamatan anaknya
ditambahnya lagi comforter kt bawah bagi mencapai sasaran ZERO MINOR INJURED.

ho ho ho...

untung arissa and anak anak daddy yg coming soon nanti-->muahahaha insya allah soon!
"tentiuuu daddy...!!we love you"

toys merah and bunny nama BUBU tu pun king hadiahkan pada arissa jugak..

amboii..hadiah isteri mana nih??
*peluk tubuh kunun majuk.akakakaka

Monday, April 16, 2012

Menara KL yang mengamit memori












best tak kalau tengok gambar saja tanpa bicara?hiksss

Friday, April 13, 2012

Fakta yang patut korang tahu bila bayi masuk 5 bulan

hye.Assalamualaikum semua!! .nama saya arissa
masa gambar ni diambil oleh ibu saya yg comel,penyayang dan terhebat..
umur saya baru menjangkau 5 bulan..

bila masuk 5 bulan,
saya akan demand lebih banyak susu..
saya sentiasa lapar

jadi, saya akan sentiasa terjaga malam and menangis
saya menangis menjerit sekuat hati
rekaod terbaik yg pernah saya buat adalah 3 malam berturut turut saya perhatikan ibu saya tidak tidur

ibu saya kuat,dia masih sihat and senyum setiap kali saya memandang dia

pada usia saya juga,saya suak mengigit semua barang
saya suka masukkan semua barang dalam mulut saya

antaranya;

dan kayu baby cot saya
semua soft toys saya sehingga bau sangat masham!

pesanan saya pada ibu ibu baru diluar sana
*tiada pesanan utk bapa sebab saya tahu bapa nyenyak tidur semasa kawan seusia saya menangis pada waktu malam.hiksss

jgn bimbang tentang tangisan kami pada waktu malam..
kami hanya akan nyenyak tidur selepas kami mula makan solid food pada seawal usia 6 bulan

solid food pertama saya adalah puree carrot! ibu saya buat semuanya sedap(berani tak cakap sedap??ibu zikir doa pengasih dalam tu.muahaha)

ibu saya cakap, ibu saya kedekut
ibu saya taknak bagi saya makan nestum
kata ibu,saya sudah cukup comel
orang comel macam saya hanya makan dari hasil tangan ibu saja

ok..watashi dah merepek bagai.
pendek kata..
bersabarlah dengan karenah anak
kita akan rindukan semua saat -saat dia membesar.

oh..home made solid food adalah makanan terbaik utk anak anak kita.
adios~

Tuesday, April 10, 2012

Nobody want to get sick kan?

Watashi juga harap watashi sihat and kuat selalu
Tapi watashi hanya manusia biasa
Superman juga bisa nangis
Manusia pun bisa sakit bukan?

Ini home made instant noodle
Much better compare yg watashi mkn kt mamak semalam
RM4 -rebus megi with telur letak batang sawi
Demmm

Doakan sakit kepala,badan watashi cepat sembuh..oh hati watashi juga

Friday, April 6, 2012

Trip Genting Highlands Yang super Letih,Happy Hanya Sementara and Mahal!muahahah


tajuk bapanya panjang
korang boleh baca dalam satu nafas?
fengsan okeyh!ahahahaha

ini pun entry super tertunggak percutian ke Genting Highlands (GH) yang pertama utk Arissa

kami bertolak seawal 7.30pagi dari rumah and sampai around 9.30am lebih gittew la

amazingly kaunter ticket dah bukak okeyh!
ticket nak beli boleh didapi di first world sana.bawah cinema.
mengagau gak tawaf mencari..

disebabkan dah ada anak kecik and watashi mmg tak niat pun nak masuk outdoor
apa barang masuk tgk orang main.watashi plak kalo nak main watashi nak king main sekai
then takkan na angkut arissa naik sekali buai laju tuh?
hilang akal weyhh..
ahahaha..

indoor games mmg well recommended uk family yg ada anak anak kecik la
bayar pun lebih kuran RM30 saja..
ko main la ketapi kape
yang pasti sampan ala france tu tak dapekkk
dah tak beroperasi dah
heh..

ok,so far percutian ok walaupun masa tu
watashi tak tidur semalamam sebab arissa keep nangis je
sampai genting baik punya dia tidur
ibu juga jadi berjaga

and perkara penting korang kena berhati hati kt GH ni DUA PERKARA seperti yg watashi alami


1. nampak nyonya nih?datang sembang sembang pastu minta duit RM10.tapi disebabkan dia cakap nak makanbukan sebab kalah judi watashi bg gak la kan..mana tau baik dibalas baik.

2. sebab kedua watashi bg sepuluh ringgit kt nyonya tu adalah...kalo RM5 dia leh mkan apa?sini semuanya BAPANYA MAHAL!

ni kedai mkn biasa la..tempat lain semua penuh.
apapun..percutian bersama keluarga adalah PRICELESS!

Thursday, April 5, 2012

Amanat Arwah Mak kepada watashi


Arwah mak watashi,Rokiah Binti Baharom
adalah insan yang paling kurang berkata kata

selalunya bila arwah mak buka mulut semua yg keluar hanyalah dalam bentuk nasihat,teguran yg halus,memuji dan bertanyakan tentang homework,

watashi still ingat..masa tu watahsi di tingkatan 2 atau tiga
watashi sedang memasak didapur,teratak ibarat syuga kami 6adik beradik

sedang watahsi mencuci beras arwah mak menegur

"dah selawat masa cuci beras tu Na?"

"dah mak.." "berapa kali?,amalkan setiap kali basuhan tu baca selawat"

watashi diam..turut perintah..
masa nak masukkan dalam rie cooker..

"na, bawak beras tu ke sini.."

arwah mak cuci tgn dia bersih bersih..gaul beras dalam periuk nasik..amik segenggam and genggam beras kuat kuat..

"lainkali buat macam ni nak..niat dalam hati minta pada allah semoga berkati rezeki kita pada hari ini..satu padukan hati dan kasih sayang kita sekeluarga,..ingat pesan mak ye?"

watashi angguk.to be honest masa tu ala ala..masuk kiri kuar kanan telinga..

tapi skang tah macamana semua tu datang scara spontan.teringat and praktiskan secara spontan.mungkin sebab rindu?atau sebab niat yg telah arwah mak bisikan setiap kali dia meamasak utk kami sekeluarga?

selalu percaya pada kuasa doa ibu..
selalu percaya pada niat semua perkara kerana ALLAh Taala
selalu sayangi orang tua kamu selagi mereka masih ada~

korang akan rindukan setiap nasihat mereka
setiap senyuman mereka
setiap pengorbanan mereka

Al Ftihah buat bonda Rokiah Baharom
*rindu~

Wednesday, April 4, 2012

Char Hor Fun and Sambal Petai Sedap Di BAndar Seri Damansara,KL

Semenjak menukar kerjaya dan menetap di KL
honestly tekak watashi memang susah nak terima makanan yg bukan ala ala utara.
ada je tak kena,kurang garam la,kurang manis la kurang pedas la,tak boleh kurang HARGA la.ahahaha

sungguh weyh..mencik i taw..

so sesapa tersesat or mengidam nak makan sedap kt sini boleh la cuba terjah ye

Groupbase Corporation ,
1 Jalan Tanjung SD 13/2, Bandar Sri Damansara,
52200 Bandar Sri Damansara, KL

susah skit nak cari restoran ni sebab dia alam merimba bagai.
memula datang watashi dh tarik muka kt king.pesal bawak mkn sini kan.mcm terbiar je..
tak caya??
hah..sini tengok adek manis!
sila percaya..yg terlindung dek hutan rimba itulah kedainya..
kedai boleh di kategorikan Thai,malay and chinese dishes la kut
campor western bagai'
ha..nk ketegori apekah ittew?
ahaksss

so..kenkadang kalo dapat seat kt sini-sebab selalu ramai nk mamps!
Menu berat King mesti order yang nih



sotong sambal petai (SSP)


kenapa SSP?sebab kalo udang sambal petai mahai woiii!!dalam RM20++ jugak
ahahhha
tp sesuai la sepiring ni mkn dua-tiga orang

macam watashi aritu watashi mkn signature dish watahsi yakni
Kantonis Koew Tiaw aka char hor fun

tapi tah nape aritu kurang kick skit
rasanya sebab dorang takletak minyak bijan
sentap mak nokss
harga sepinggan besar yg boleh mkn dua orang ni RM7 rasanya
tp disebabkan watahsi lapar,watahsi boleh habiskan

bravo watashi!
sila teruskan penyusuan anda.
kalo tak badan naik berjimba jimba



Tuesday, April 3, 2012

Tabiat Buruk Watashi

Pepatah ada cakap
sayang isteri tinggal tinggalkan
sayangkan anak tangan tangankan
err...
mcm tak kena plak dengan watashi..

watashi sayang anak shopping shoppingkan
wuwuwuwu
watahsi sangat tegar dalam online shopping nih

king mmg ada bising la
sampai perli watashi buka online business la gitu
wuwuwuuw..

tapi sungguh tau..
selagi tak tinggal sikit dalam akaun tu
macam ada hantu merasuk kepala suh beli itu ini

yg pe;iknya semua barang arissa

gambar yg watashi tunjuk ni actually suku pun tak sampai tau
akakakkaka
Busha tight tamak-borong terus 0-6 months(6design-bg yg ni kat adie),6-12,and 12-18..
hape nak jadi ni hana oiii

kes mesti beli wrist rattle ni sebab arissa suka gigit lengan dia sendiri sampai lebam
korang nampak kereta ke nampak Elmo?watashi nampak dua-dua okwyh!


ini one of toys play gym arissa.bapaknya byk!ahahahah

Monday, April 2, 2012

It's Not Easy to be MOMMY!

"I'm more than a bird, I'm more than a plane
I'm more than some pretty face beside a train
And it's not easy to be me MOMMY"

ha..betul betul betul
selamat datangke dunia keibu bapaan.
semuanya memerlukan pengorbanan dan kesabaran

to be honest watashi dgn king pun amik masa nak brtolak ansur dan memahami hatta dah kenal bapaknya lama 16tahun dulu.

ingat sonang ko?

itu soal hati dan perasaaan?
soal tanggungjawab and taat?

ini yg paling mencabar
ingat senang nak baca isi hati suami

"hubby nak minum ekk??hubby nak minum apa mlm ni?"

"neslo la"

"wokeyh!neslo siap!"

ataupun
"harini hunny nak masak lauk A,B,C..ok tak?"

"takmo..nak lauk C,D,E."

"okeyh!"

see...actually dalam hal gini mmg watashi takkan bantah sbb menda yg watashi suka ma.cuba king suh watashi mandi pas balik kerja..rasanya ada la kt 2 kali cakap baru TERGERAK..ahahaha..

soal masa plak?
mung gilo ko nok cito psl maso ibu yang berkerjayo?
rasa korang yg ada anak pun leh faham kan?
watashi bangun seawal 5am..and tudur maybe juga plg last-kalo king tade tgk dvd.ahahaha
non stop woh...masa utk membelai diri sendir?ko hado sgt?
harapkan makan vitamin utk keihatan diri je.
kui kui kui...

azam utk lebih memperbaiki diri sendiri ni berkobar kobar sebenarnya..

so far pengorbanan terulung watashi skang ni adalah selepas lahirkan arissa rambut watashi gugur sgt meriah hokkay!

skang watashi tgh cuba try satu product.
hopefully berkesan la.
watashi sampai niat kalo berkesan watahsi akan kongsi dgn org tersayang.

org cakap menda baik harus diforward forwadkan
tak gitu jemah??
ahaks!

Cerita earth hour 2012

Sebagai penyokong go green tegar-mukadimah je dh nak buat ayat poyo
Earth hour mmg wtashi sgt nnt nntkan
Siap rs berdebar debar tu.ikikiki
Smbutan pd tahun ni agak brmakna sbb bertiga maaa
King plak ala ala tatau hape yg bini dia excited sgt.just remind watashi jam 8.30pm

Maka melompat la watashi tutup lampu smbil menyalakan lilin IKEA -sumpah tak tahan org kecoh dia beli barang kt ikea

Bila dh lmpu padam sengaja watashi mengkepochi ada jiran lain tak yg semngat waja ala besi mcm watashi

Overall mmg tade kt rumah.
Yg padam lmpu and nmpak cahaya lilin
Dua buah rumah
Tape geng! U re not alone!

Watashi ada
Bersemangat ber earth hour smpai tertido
Akakakka

Geleng kepala king sambil pasang padamkan semua lilin balik

hiksss

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer