Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
DALAM menimbang sesuatu persoalan agama seperti syafaat, seharusnyalah kita turut merujuk kepada sikap dan amalan para Sahabat Nabi RA. Merekalah generasi muslim terbaik yang pernah terhasil dan amalan mereka menjadi salah satu sumber agama ini. Jika ini kita lakukan, kita akan mendapati banyak peristiwa dimana para Sahabat RA memohon bantuan dan pertolongan Nabi SAW tanpa merasakan bahawa itu adalah salah.
Daripada Mukhallad ibn 'Uqbah ibn Abdur Rahman ibn Syarhabil, daripada datuknya, Abdur Rahman, daripada ayahnya, berkata: "Aku pernah menemui Rasulullah SAW ketika telapak tanganku terkena bisul. Aku berkata, "Wahai Nabi Allah! Bisul ini semakin membengkak dan menggangguku semasa aku hendak memegang pedang dan mengendalikan haiwan tunggangan." Rasulullah SAW bersabda, "Dekatlah kepadaku!" Aku pun menghampiri Baginda SAW, kemudian Baginda SAW bersabda, "Bukalah telapak tanganmu itu." Maka aku pun membukanya, kemudian Baginda SAW bersabda, "Genggamlah telapak tanganmu." Maka akupun menggenggamnya. Rasulullah SAW bersabda, "Dekatlah kepadaku!" Aku pun menghampiri Baginda SAW. Maka Rasulullah SAW membukakan telapak tanganku, lalu meniupnya. Kemudian Baginda S meletakkan telapak tangannya pada bisul itu. Baginda SAW mengusap-usapnya dengan telapak tangannya sehinggalah Baginda SAW mengangkat tangannya, dan aku langsung tidak lagi melihat kesan bisul itu di tanganku." (diriwayatkan oleh Imam Tabrani. Al Hafiz al Haithami menyebutnya di dalam Majma' al Zawa'id (Jld 8 H: 298).
Ketika Peperangan Badar sedang meletus, 'Ikrimah ibn Abu Jahal telah menetak bahu Mu'az ibn 'Amru ibn al Jamuh. Mu'az RA berkata: "Dia telah menetak tanganku hingga tanganku terkulai pada kulit lambungku. Aku berasa begitu letih, berperang dalam keadaan sedemikian. Padahal, aku telah seharian berperang dalam keadaan aku meletakkan tanganku di belakangku. Apabila aku merasa sakit, aku meletakkannya ke kakiku, kemudian aku mencabutnya sehingga aku melemparkannya." Di dalam kitab al-Mawahib disebutkan:
Mu'az ibn 'Amru membawa tangannya yang ditetak oleh 'Ikrimah ibn Abu Jahal itu ke hadapan Rasulullah SAW, sebagaimana yang disebutkan oleh al Qadhi 'Iyadh daripada Ibnu Wahhab. Lalu Rasulullah SAW meludah ke atas tangan itu. Tiba-tiba tangan yang terputus itu bersambung kembali. (Kisah di atas disebut juga oleh al Zurqani yang menyandarkannya kepada Ibnu Ishaq. Di antara yang terdapat pada sanadnya ialah Imam al Hakim.)
Sesungguhnya terlalu banyak nas-nas yang sohih menuturkan bahawa apabila sahaja mereka ditimpa musim kemarau dan tidak dituruni hujan beberapa lama, maka para Sahabat RA akan menemui Rasulullah SAW untuk memohon syafaat, bertawassul, dan meminta bantuan dengan perantaraan Baginda SAw kepada Allah SWT. Maka mereka akan menceritakan keadaan mereka dan mengadu kepada Baginda SAW bala bencana yang menimpa mereka.
Sebagai contoh, seorang Arab Badwi pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika sedang menyampaikan khutbah Jumaat. Dia berkata, Wahai Rasulullah! Harta benda kita telah musnah dan jalan-jalan kehidupan pula telah terputus. Pohonlah kepada Allah agar Dia menurunkan hujan kepada kita!" Maka Rasulullah SAW pun berdoa kepada Allah. Lalu hujan pun turun hingga Jumaat berikutnya. (Setelah hujan turun tanpa henti) Orang Arab Badwi itu datang lagi dan berkata, "Wahai Rasulullah! Rumah-rumah kita telah musnah, jalan-jalan telah terputus, dan haiwan banyak yang telah mati kerana hujan yang terlalu lebat menyebabkan banjir. Maka Rasulullah SAW pun berdoa kepada Allah SWT. Lalu, awan pun berkurangan; dan hujan hanya turun di sekeliling Madinah sahaja. (Riwayat Bukhari dalam bab al-Istisqa')
Hassan ibn Thabit RA pernah menyeru Rasulullah SAW dan menyifatkan Baginda SAW sebagai tiang untuk bersandar dan tempat berlindung yang diharapkan perlindungannya. Beliau berkata:
"Wahai tiang tempat bersandar orang yang bersandar, tempat berlindung orang yang berlindung kepadanya, tempat meminta tolong orang yang kesusahan, dan penyelamat orang yang memohon penjagaan! Wahai makhluk pilihan Allah bagi makhlukNya! Maka Allah menganugerahkan kepadanya akhlak yang suci bersih; Engkau adalah Nabi dan sebaik-baik keturunan Adam. Wahai Nabi yang pemurah bagaikan limpahan lautan yang luas! Mikail dan Jibril selalu menyertaimu. Kedua-duanya bersedia untuk menolongmu, sebagai bantuan daripada Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Perkasa." (Al-Isti'ab: 1/264).
Kesimpulannya, para Sahabat RA sering memohon Syafaat Nabi SAW. Ini menunjukkan bahawa ia adalah suatu perkara yang baik dan dibenarkan.
Assalammualaikum w.b.t
BalasPadamTAWARAN MENARIK.
JUALAN PROMOSI BUKU ''Mutiara Ihya' Ulumuddin'' yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu dari kitab asal karangan Imam Al-Ghazali.
Kitab Ihya Ulumuddin adalah karya seorang ulama besar, Hujjatul Islam, Al Imam Abu Hamid Ghazali atau Imam Al-Ghazali adalah kitab besar yang sangat berpengaruh di kalangan umat Islam.
Kitab ini berisi ajaran tentang Adab, ibadah, tauhid, akidah dan tasawuf yang sangat mendalam. Kitab ini merupakan hasil perenungan yang mendalam dari Imam Ghozali tentang berbagai hal, khususnya tentang pensucian hati.
Terjemahan ini terbahagi menjadi 5 buku atau 5 jilid
Antara Kandungan Menarik mengenai kitab ini:-
1. ILMU PENGETAHUAN.
2. AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
3. RAHSIA-RAHSIA THAHARAH (BERSUCI).
4. RAHSIA-RAHSIA SOLAT DAN KEUTAMAANNYA.
5. PENERANGAN SYARAT-SYARAT BATIN DARI PERBUATAN HATI.
6. RAHSIA ZAKAT.
7. RAHSIA BERPUASA.
8. RAHSIA HAJI.
9. ADAB MEMBACA AL-QURAN.
10. ZIKIR DAN DOA.
11. ADAB-ADAB MAKAN, UNDANGAN MAJLIS MAKAN DAN MENGHORMATI TETAMU.
12. ADAB-ADAB PERKAHWINAN.
13. ADAB-ADAB PEKERJAAN DAN SARA HIDUP.
14. HALAL DAN HARAM.
15. ADAB-ADAB BERGAUL DAN BERMASYARAKAT.
16. 'UZLAH (BERSENDIRIAN) DAN MUKHALATHAH (BERGAUL).
17. ADAT BERMUSAFIR.
18. AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR.
19. ADAB KENABIAN DAN AKHLAK RASULULLAH S.A.W.
20. LATIHAN MENTAL, PENDIDIKAN AKHLAK DAN RAWATAN PENYAKIT HATI.
21. KEBURUKAN MARAH, DENDAM DAN HASAD (DENGKI).
22. KEBURUKAN DUNIA.
23. KEBURUKAN BAKHIL DAN HARTA.
24. BAHAYA PANGKAT DAN RIAK (MENUNJUK-NUNJUK).
25. BAHAYA TAKBUR DAN BANGGA DIRI26. BAHAYA GHURUR (TERTIPU)
27. TAUBAT.
28. SABAR DAN SYUKUR
29. HARAP DAN TAKUT.
30. FAKIR DAN ZUHUD
31. NIAT, IKHLAS DAN BENAR.
32. PERHITUNGAN (MUHASABAH) DAN PENELITIAN (MURAQABAH).
33. BERFIKIR.
34. MENGINGATI MATI DAN PERKARA YANG TERJADI SESUDAH ITU.
35. PENUTUP KITAB.
Siapa yang berminat boleh PM di inbox saya.
mrbohie@gmail.com
<http://mrbohie.blogspot.com/2012/10/jualan-promosi-buku-mutiara-ihya.html