Ok. Bukanlah ada apa sangat pun. Just tulis untuk kenangan masa-masa akan datang.
Cerita 2 minggu lepas, macam biasa, Mr Hasnul meeting kat KLCC, saya amik cuti jadi suri hotel 2 hari. Try hotel lain pulak. Saja nak merasa hotel-hotel sekeliling KLCC tu.hehe.
Hari Jumaat singgah Baby n Maternity Expo kat Mid Valley. Promosi grand sangat, tapi exponya saya rasa biasa-biasa je. Saya jenis orang yang tak sanggup beratur panjang untuk dapat potongan harga, so mungkin expo bukan tempat untuk saya.
Lepas round expo, Mr Hasnul ajak makan Tony Roma's. First time ni..orang kampung kan.. Bolehlah takat nak merasa. Sama macam Chilli's, sebelum pi rasa teringin nak rasa..dah try rasa ok ok je pun. Kalau ada duit lebih tu bolehlah nak p..kalau tak, food court pun sedap je.
Lepas makan gerak ke PD. Last saya pegi PD rasanya 5 tahun lepas. Dulu pegi dengan kawan-kawan masa study UPM. Masa tu zaman huha huha lagi. Pesen masuk bilik hotel wajib lompat atas katil lagi masa tu.hehe. Sekarang masing-masing dah jadik mak orang. Jangankan nak lompat atas katil, nak baring pun sikit-sikit je.~
Kat PD, Mr Hasnul book villa kat Desa Lagoon Resort, Mr Hasnul dapat harga staf.hehe. Oklah hotel tepi laut, tak ramai orang, ada pool sendiri.
Saya yang over -excited nak bawak Aniq Qayyim mandi-manda. Budak tu rileks je. Muka takde perasaan pun masa bawak main air.huhu.Rendam-rendam jap dalam pool, then pegi tengok sunset.
 |
memang tak enjoy langsung. Takpe yang penting mama dapat masuk kolam budak. hehe~ |
Saya suka pantai. Tapi takut..sebab selalu duk terbayang tiba-tiba ombak tsunami datang nak lari mana kan?.. Kat tepi pantai tu baru nampak Aniq Qayyim enjoy sket. Maybe sebab angin kuat..then dia boleh pijak-pijak pasir. Kami tunggu jap tepi pantai tu tengok sunset. It was lovely. Tapi lovely-nya kejap je, sebab masa nak balik ke hotel sedar-sedar gate dah kunci. Pandai sangat tak baca sign kat board, gate kunci pukul 7. Nasib baik bawak phone, terpaksa call hotel suruh hantar guard bukak gate.hehe.
 |
Angin Selat Melaka. (ye ke?) |
 |
muka-muka tersadai akibat tak reti baca signboard. |
Malam tu makan, then tidor.
Esok pagi bangun, mandi lagi kat pool, then round pantai sekali lagi, pastu bersiap balik. *pemalas gila dah nak tulis banyak-banyak*
 |
yang ni nampak enjoy dah sikit. tapi elok je lepas snap gambar ni, aniq terjun masuk kolam, nasib baik papa sempat sambar. jantung mama stop kejap masa tu. ketaq weh. tak sempat nak enjoy lama. |
 |
beach is better. tapi part main pasir je yang best. ombak kuat sangat. |
 |
jurus menampan ombak.=) |
 |
ok.noted! |
Dari PD nak balik Kedah memang lalu Serdang kan, Mr Hasnul sweet sangat sebab singgah jugak kat UPM. Saja rindu nak melawat tempat belajar. There's always a part of me which is dying to be a student again. Tapi tu lah. Macam susah je..=(
Dalam pukul 4++ baru gerak balik Alor Setar. Ini adalah perjalanan pertama ke KL lepas accident tu. Mr Hasnul dah beli kereta baru. Tapi kereta baru tak cukup untuk buat saya lupa apa yang pernah jadi. Saya masih trauma Buktinya, saya langsung tak boleh lelap sepanjang perjalanan. Saya jadi penakut sangat. Hati saya berdebar-debar sepanjang perjalanan. Paling mendebarkan, bila terserempak dengan bas yang sama kat highway tu. Bas yang langgar kami dulu. Maybe brand je sama. Tak pastilah..tapi tetap rasa terkenang-kenang.huhu
On a positive side, bagus jugak trauma tu tak hilang. Sebab bila takut, kita automatic jadi ingat Tuhan. Sepanjang masa berdoa, zikir, etc. Semua benda ada hikmahnya. Mungkin itu salah satu hikmah. Mr Hasnul pun dah jadi pemandu yang sangat berhemah. No, don't get me wrong, memang sebelum ni dia dah cukup berhemah. Cuma lepas accident tu, kami jadi lebih beringat. Tuhan dah 'ajar' sesuatu. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, selamat sampai rumah, walaupun ambil masa yang lama. Patut 5-6 jam dah boleh sampai but we took nearly 9 hours. Bawak slow, dan banyak kali berhenti rehat. Salah satunya sebab takut.huhu.
Next time kalau nak jalan jauh, rasanya saya kan fikir panjang jugak. Sebab perjalanan dengan hati berdebar-debar, lutut terketar-ketar bukanlah satu benda yang best sangat.. Harap-harap one day boleh jadi normal balik. Amin.
 |
love. |