Alkisahnya tadi kami sekeluarga pegi McD. Sebagai rakyat Malaysia yang menerima pelbagai kemudahan seperti yang dibentangkan dalam Bajet semalam, memang wajib la pegi try burger baru. Bila makan burger, kena bayar tax. Bila dah bayar tax, bajet tahun depan boleh la goverment lambakkan duit banyak lagi. Burger tu setakat 'boleeeh' je. Takla best sangat sebab sos dia manis. Tapi Katsu Curry fries tu not bad. MSG banyak, memang patutla sedap.
Eh, panjang pulak review makanan.
Masa tengah tunggu Mr Hasnul belikan burger. Saya chup meja sambil temankan Aniq main-main kertas. Then datanglah satu group gadis manis duk meja sebelah. Elok je Mr Hasnul datang dengan dua biji burger kat atas tray. Salah sorang dari perempuan dalam
group tu asyiklah duk toleh-toleh kat meja saya sambil buat cubaan nak agah Aniq.
Saya ni bukanlah tak suka sangat. Tapi rasa macam tak sesuailah. Cukuplah kami bertiga.
Bila dia agah Aniq, secara tak langsung kami kena bagi perhatian kat dia. Dia turut sama terheret dalam makan malam kami.
Samalah jugak bila Mr Hasnul tengah dukung anak, then ada perempuan datang dekat, buat muka geram tengok Aniq sambil cubit-cubit pipi Aniq. Berbulu je saya rasa. Tambah berbulu kalau perempuan tu hot. Eh itu bukan berbulu, itu cemburu.haha.
Tapi betullah. Kau siapa nak datang dekat suami orang yang bukan mahram kau. Lagi pulak tangan tu bersih ke pandai- pandai cubit pipi anak orang. Lainlah kalau kita ni kawan-kawan ataupun sedara mara. Bolehlah nak tolak ansur kan.
Ok. Tu je nak cakap.
![]() |
Tapi kan, muka debab, pipi labuh camni sapa boleh tahan tak cubit kan? |