Terus sambung cerita untuk day 2.
Kalau ikut itinerary kami, memang day 2 kami dah reserved untuk ke Nami Island semata-mata. Nami Island ni pulau tempat shooting cite WInter Sonata tu. So it's a must-visit la kan kalau pergi Korea. Saya reserved tickets by phone, amik maklumat dari website ni : www.namisum.com Harga all-inclusive ticket (return bus from Insadong + Nami Island entrance fee + ferry fee) = KRW 21000 per pax. Kalau children under 12, dapat half-price. Nak ke Nami Island ni ada banyak cara, naik subway pun boleh. Tapi tak nak susah-susah kami naik bas je. Selesa untuk group yang ramai dan tak perlu fikir banyak just hop on, hop off.
Maklumat lanjut, silalah rajin-rajinkan diri melawat blog http://budgettravel2korea.blogspot.com (very informative blog, thumbs up for zarina!)
Bus dari Insadong cuma sekali je sehari, bertolak pukul 9 am, dan akan return pukul 4.30 pm. pagi tu dah bersiap awal nak ke Insadong, tapi sebabkan masalah kat subway, jadi lambat jugak.huhu. Masalahnya bukan apa, dari station kat hotel tu Euljiro sa-ga), nak turun ke undrground, ada part yang tak ada elevator. Macam leceh la, dengan wheelchair, stroller lagi. Terpaksalah Mr Hasnul dan Bang Id bertungkus-lumus usung stroller and wheelchair naik turun escalator.huhu.
It took nearly 2 hours to arrive at Chuncheon (by bus). And we have to took another 5 minutes ferry ride to Nami Island. Sampai je Nami Island, waaah..terujanya. Terbayang-bayang abang angkatku yang hensem bersiar-siar di situ dengan kak Yoo Jin. haha. I had a serious crush for Jun Sang masa zaman Winter Sonata tu. I even named my teddy bear as Jun Sang, konon-konon malam-malam boleh tidor peluk Jun Sang.haha.
Eh yusrina sila jangan merepek, sila proceed cepat. Ok, temperature was below 0°C and it was windy. Sejuk gila! Tapi sebab lapar, pedulikkan sejuk-sejuk tu tetap nak picnic jugak. Jumpa port baek punya, terus buka bekal, dan makan! Dah kenyang baru lah semangat nak tour Nami Island tu. Nami Island ni tak besar mana, estimated about 6km je. This Island was named after a famous Korean hero, General Nami. *I forgot the rest of the history, so let's just skip that part.hehe~*
![]() |
Nami Maid a.k.a the ferry. Cute! |
![]() |
Semangat nampak Malaysia flag terus terkam amik gambar. This one is the reflection version. |
![]() |
Dalam ferry. Takyah duduk 5 minit je pun. |
![]() |
Buka bekal. Ce tengok hujung tu, mama tengah suap baba makan, sweet tahap infinity! |
Eh, macam kat zoo pulak, naik train boleh tengok ostrich .=) |
Masa sampai kat Main Train Station baru pukul 12++, our return bus to Seoul is about 4pm, so ada 4 jam untuk spend kat pulau kecik tu. Mula-mula terfikir, macam lama je 4 jam nak duduk kat pulau tu, but it turned out, tak terasa pun sebenarnya! Sebabnya, banyak je aktiviti menarik yang kita boleh buat kat situ. Meh kita buat ringkasan je ye:
1. Makan
Percaya tak? Ada halal korean restaurant kat situ. HALAL! Siap ada logo halal versi Korea lagi. Merasalah jugak nak makan makanan Korea walaupun provided menu kat situ tak banyak pun.
![]() |
Fried kimchi (yang macam lempeng tu) and kimchi lunch box. Dalam tu ada nasi, telur mata and kimchi, sebelum makan kena goncang2 box tu dulu, bagi nasi and kimchi sebati. Boleh tahan rasa dia. |
![]() |
My dad, as he enjoying his lunch box. Tak disangka-sangka baba suka Korean food. |
![]() |
Ehem, mama papa bersuap-suap, anak terkepit di tengah-tengah.hehe~ |
2. Cycling
Masa Bang Id dan adik-adik saya pegi rent basikal tu, dalam hati meronta-ronta jugak nak naik. Tapi mengenangkan ada anak kecik, terus sedarkan diri sendiri buat-buat cool tak nak naik. Ye lah, takkan nak tinggalkan Aniq kat mama, pastu saya sedap-sedap pegi bercinta-cintaan dengan Mr Hasnul pulak kan?hehe. Tapii..nak dijadikan rezeki, lepas makan adik saya offer suh naik basikal yang dorang rent sebab ada baki lagi 15 minit before pulangkan basikal tu. Mama pulak cakap dia nak pegangkan Aniq sambil panaskan badan kat unggun api tepi tu. Ya Allah gembiranya hati mudaku ini..haha! Tercapai jugak hasrat nak berbasikal ala-ala Winter Sonata tu. Nasib baik naik twin bicycle, saya banyak rilex je, Mr Hasnul yang kayuh.hehe. Alhamdulillah tak berulang incident kat Holland dulu. Dan terus hilang fobia saya kat basikal.hehe. Sempat la pusing half pulau tu. Excited tak yah cakap, sepanjang perjalanan senyum je sebab hepi sangat. Rasa alahai sweetnya boleh kayuh basikal sama-sama di pulau secantik Nami ni..*tengah menaip pun still senyum sebab rasa hepi lagi*
![]() |
Bang Id's family. (Family-serve KRW 10000 for 30 minutes.) |
![]() |
It's Dik An and Dik Qah's turn. (Couple-serve KRW 6000 for 30 minutes.) |
![]() |
Kat Malaysia memang setiap petang wajib meronda dengan basikal, kat Nami Island semua jenis bike dia try.hehe |
![]() |
Yeayyyyy!!! Akhirnya sampai jugak turn kami.hehe |
![]() |
Konon tu lambai-lambai buat peace kat Aniq la tu..hehe |
![]() |
Terus lupa diri, pergi main jauh-jauh..=) |
The feeling while walking along the beautiful, serene tree-lined path is undescribable. You got to try it yourself to know how it feels like!
![]() |
Ok tipu. Duk bayang akan jalan pegang tangan, di laluan berpohon yang lengang macam ni, Tapi realitinya crowd gila. Hilang 80% romantic-value.haha |
Nak romantic camne kalau dah crowd camni. tapi, pose pegang tangan berjalan dari belakang wajib kena buat jugak. Anggap je la orang lain tu invisible.hehe |
4.Taking pictures!
Do I have to explain this?.Why don't we let the pictures tell the rest of the story. Byeeeeeeeeeeeeee! *perlu ke?*
![]() |
A family potrait-winter sonata version. Alhamdulillah.~ |
p/s: bulan depan pulak la buat sambungan travel note ni.itupun kalau tak hilang ingatan macam Jun Sang.hehe~