January 31, 2011

Gelora di Bumi Anbiya'

Mesti semua tahu pasal kekecohan dekat Mesir sekarang kan? Risau gila rasa bila baca updates tentang apa yang sedang berlaku kat sana sekarang. Lebih-lebih lagi bila mengenangkan ramai rakyat Malaysia kat sana, termasuklah adik saya. Nasib baiklah, Hisan dah memang plan awal dia nak balik cuti winter ni, walaupun baru je 4 bulan lepas dia balik cuti raya hari tu. Scary jugak bila dengar cerita dan pengalaman dia semalam, sebelum berjaya keluar dari Mesir.

Dia memang dah book tiket dari bulan lepas untuk balik semalam. Dari cerita dia, rusuhan tu memang berlaku dekat area hostel dia duduk (Cairo), even dari dalam bilik dia pun, dia boleh dengar bunyi tembakan.huhu. Takutnya. Kalau saya, mesti dah duduk peluk-peluk dengan roomate dalam rumah. Hari tu pergi tengok bunga api masa new year pun saya rasa takut, sebab bunyi macam berperang, inikan pulak kalau bunyi tembakan betul-betul.huhu. Ok, balik cerita Hisan tu, dia cakap, internet pun dorang potong. Nasib baik dia still boleh sms bagi laporan keadaan dia kat mama. Sebelum dia keluar pergi airport, dia sempat hantar mesej, mintak kami semua doakan keselamatan dia. Mama saya sampai tak lalu makan sepanjang hari, risaukan keselamatan anak dara dia di bumi orang. Baba pun sempat buat bacaan Yasin untuk doakan keselamatan Hisan dan pelajar-pelajar lain kat sana.

On da way ke airport tu, kereta yang dia naik, kena tahan dengan golongan anti-perusuh. Dorang nak check if ada senjata yang disimpan dalam kereta tu. Nasib baik takde apa-apa. Ingatkan dah habis masalah. Tapi elok je sampai ke jalan untuk pergi ke departure terminal, jalan tu dah kena block. Adik saya dengan kawan-kawan dia dah almost give up, ingatkan tak dapat balik dah. Kuasa Allah, masa tu jugak ada seorang rakyat Malaysia(yang dorang tak kenal pun) nampak dorang and tunjukkan jalan alternatif ke terminal. Syukur sangat dorang boleh check-in dan naik flight dengan selamat, walaupun flight tu delayed jugak untuk 4 jam.

Saya tidor semalam, siap mimpi-mimpi lagi pasal adik saya ni. Bimbang punya pasal (saya kan kakak yang penyayang). Pastu pagi tadi, lepas je solat subuh, terus call dia. Dengar je suara dia, terus rasa lega sangat. Masa saya call, dia dah dalam flight nak balik ke Alor Setar. Alhamdulillah. Dah selamat sampai rumah pun sekarang ni. Mesti family saya tengah hepi sambut dia. Mesti tadi dah puas dia peluk-peluk dengan mama baba, mesti tengah makan sedap-sedap sekarang. Jelesnya. Nak balik jugak!!!! *uwaaaaaaaaaaaaaaaa*

Eh. Behave. *lap air mata*

Semoga keselamatan rakyat Malaysia yang lain juga terpelihara di sana. Semoga kerajaan Malaysia tak duduk goyang kaki sambil cakap keadaan masih stabil. Cepat-cepatlah buat sesuatu selamatkan rakyat kita. Takkan nak tunggu dah jadi apa-apa baru nak bawak dorang balik?isk3.. Semoga rusuhan ni berakhir segera, dan berakhir dengan sesuatu yang baik.huhu. Mehla kita sama-sama berdoa.

January 25, 2011

Down

Kalau nak cakap terima kasih, cakap je terima kasih..tak payah nak bagi komen-komen selingan.
Ye lah, awak tu berbakat dalam semua bidang, awak lah superwoman , awak lah yang paling hebat dekat dunia ni. Aishh..tak sukanya rasa camni.. Tapi tak puas hati betul.. Kenapa lah mesti nak 'down'kan perasaan saya yang tak stabil di pagi-pagi hari ni?

Huhu..tak suka! Tak suka!

January 24, 2011

peace no war



I'm feeling a bit disturbed lately, knowing that someone was not happy with one of my entry. Eh (to whom it may concern), IF in any ways, I make you annoyed, or even emo sentap whatsoever. I am here to say I am sorry. I'm blogging for my own satisfaction. Not to please anyone, nor to create any hatred. Saya pun tak pernah cakap, benda yang saya tulis kat sini semua betul. Ada benda yang betul di mata saya, mungkin nampak tak betul di mata orang lain. Dan saya selalu pesan, kalau saya silap, tolong ingatkan saya. Mr hasnul cakap, "Alah, buat bodoh je lah, ayang bukan tulis kata kat dia pun kan, buat tak tau sudah..". Mula-mula memang nak buat bodoh je. But it's keep bugging me. Ye lah kalau tiba-tiba benda yang kita cakap tu (or in this case, benda yang kita tulis) buat orang rasa benci, tak pun kita dah guris hati orang kan (walaupun takde niat LANGSUNG!!), kang jadi apa-apa tak sempat mintak maaf plak. Dah la tak kenal sangat pun. Bukan senang nak mintak maaf dengan stranger kan?..Lagi-lagi dalam keadaan saya yang preggy ni, orang selalu kaitkan perangai mak dengan anak kan, so tak nak apa-apa benda yang tak baik terkena tempias kepada kesayangan hati saya, saya nak make it clear siap-siap..

Lagipun bak kata ayah Anjali dalam Kabhi Kushi Kabhi Gham, "No one becomes small by asking for forgiveness, and the one who forgives, owns a big heart..."..

Oh, lagi satu, sebelum apa-apa saya nak cakap, saya dah maafkan awal-awal....peace!






p/s: ntah-ntah ada ramai je yang marah-marah bila baca blog ni kan? Sila komen dan buat pengakuan jika saya pernah menyakitkan hati you all ye. Senang sket nak mintak maaf..hehehe..~

January 19, 2011

perangai pelik seorang lelaki

Nak tahu satu perangai pelik seorang lelaki bernama suami? Tak tahulah kalau lelaki lain tak macam tu, tapi dekat sini ada sorang perangai macam ni.

Perbuatan pelik ni memang simple je. Tapi tetap boleh jadi penyebab ber'perang'.haha. Semalam, saya tengok video Chori Chori Chupke Chupke. Lepas tengok sambil bergoyang-goyang ikut nyanyi lagu tu, tiba-tiba je rasa teringin nak tengok cerita hindustan sambil feeling-feeling. So saya ajak Mr Hasnul layan Kabhi Kushi Kabhi Gham sama-sama. Sebelum start movie saya dah bagi sinopsis cerita tu kat dia, sebab nanti malas nak layan kalau dia duk tanya-tanya masa tengah feeling.

Then, kami pun sma-sama  start tengok. Mula-mula ok. Especially part-part happy tu, best je kami siap nanyi sama-sama.(Mr Hasnul tak reti pun nak nanyi, tapi sebagai tanda support dia buat bunyi ala-ala beat box tu je, kira ok la tu..). Dalam lebih setengah jam duk enjoy tu, soalan-soalan yang dia asyik tanya saya, "Eh, yang ni sapa nama dia, Kajol eh? Ke yang ni Kareena? Abang konfiusla, muka sama je.." Watak mak Rahul dengan nenek Rahul tu pun, berapa kali dia duk tertukar. Haishhh...

Abg, sila namakan dua perempuan dia atas..tak kenal lagi?

 Pastu bila masuk scene-scene sedih, perangai pelik dia dah mula datang. Cerita Shah Rukh Khan kan, even 18 juta kali (eksejeret melampau) tengok pun mesti akan tetap sedih ok. So, bila saya mula nak feeling tu, masa tu lah dia sibuk nak buat lawak (yang memang tak lawak pun), dan start komen yang menyakitkan hati. Contoh, masa yang mak Rahul tu pergi London and terserempak Rahul dalam shopping complex tu, kan tiba-tiba je jadi slow motion, pastu siap ada angin lagi tiup2 sebelah Rahul, walaupun masa tu dalam shopping complex.. Standard la kan, efek angin-angin dalam cite hindustan ni. Mr Hasnul boleh pulak nak komen, "Fuuuhhh...tiba-tiba ada angin la pulak..."..Ok takpe sabar lagi. Pastu scene Shah Rukh Khan tengah confront ngan bapak dia a.k.a. Amitabh Bachan tu. Kan setiap kali dorang cakap, mesti keluar bunyi petir guruh semua. Siap langsir terbang-terbang walaupun tingkap nampak macam tutup je. Mr Hasnul duk bagi komen "Eh, takde hujan tiba-tiba ada pettiiiir plak.." Sambil dia gelak terkekek-kekek. Sakit hati tau. Hilang feeling. Dari rasa nak nangis, terus rasa nak marah. Saya cakap ngan dia, masa tengok Inception apesal tak komen banyak plak, even cerita tu pun sah-sah tak logik. Bila tengok hindustan sibuk je nak komplen itu ini. Itu tak cukup dengan tu, sesekali dia akan tepuk-tepuk tangan tanpa sebab masa scene sedih. Saya memang hangin betul.


huuuuusssss...angin pun datang tiup-tiup rambut..haha

Lepas saya mengamuk and cakap, tak nak dah tengok cite hindustan dengan dia pasni, Mr Hasnul mintak maaf. Dia cakap dia tak suka tengok cita sedih. Sebab tu dia buat perangai. Lagipun cerita hindustan kan 2 jam lebih. Dah boring la kot, lama sangat. Okla, Saya pun sejuk balik. Then sambung tengok babak-babak last tu sambil baring and membelakangkan Mr Hasnul. Tup-tup kan, dekat-dekat nak habis cerita tu, saya dengar dari belakang ada suara orang tengah tahan nafas. Alah, tahan nafas sebab hidung sumbat, nak hembus malu takut bini dengar.hahahahaha. Bila saya nak pusing mengadap dia, dia tahan badan saya siap tolak-tolak lagi. Ok, sekarang giliran saya pulak nak tepuk tangan kuat-kuat.hahahahahaha..


Ok now mengaku je la, u pun feeling scene ni kan? haha

p/s: Malam ni kita tengok Kal Ho Naa Ho pulak ek? hahaha..

January 16, 2011

Is winter over yet?

Memang susah nak puaskan hati seorang perempuan bernama Yusrina. Hari tu masa winter tengah memuncak, dia nangis-nangis dan berdoa semoga cepat-cepat salji berhenti. Sekarang, bila matahari dah tak malu menonjolkan diri, langit kembali biru dan salji cair sepenuhnya, dia berharap agar ada kesempatan sekali lagi untuk dia berguling-guling buat snow angel.

Minggu lepas, memang satu minggu lebih saya tak keluar rumah. Tak keluar rumah maksudnya tak jejak tanah, sebab rumah saya tingkat atas kan. Saya cuma turun jejak tanah sebab terpaksa keluar pergi buat check-up hari Jumaat tu je. Masa turun bawah tu, macam terkejut dan teruja sangat bila nampak ada hijau-hijau warna rumput. Eh? Mana hilang semua salji-salji ah? Bila masa cair? haha..itulah..Duduk terperuk atas rumah. Mengalahkan Rapunzel. Rasa selesa sangat boleh keluar pakai 3 lapis je baju. Tshirt, cardigan dan jaket. Berbanding sebelum ni kena pakai long john segala bagai kan. Dan rasa best, bila jalan-jalan boot tak tenggelam dalam salji. Boleh berjalan tak payah berpaut dekat lengan Mr Hasnul. hehe..

Dec '10
Jan '11
Gambar di jalan yang sama, dalam bulan yang berbeza.

Tapi, bila tengok jalan semua dah clear macam tu. Rasa rindu pulak nak tengok salji tersangkut dekat ranting-ranting pokok. Saya tanya Mr Hasnul, "Ni memang dah habis ke winter ni?". Mr Hasnul selaku peramal cuaca tak bertauliah dengan confidentnya cakap. "Nanti turun lagi ni. Sebelum winter officially habis,dia akan turun lebat sekali lagi". Tersenyum saya dengan jawapan tu.hehe. Ada chance lah nak guling dalam salji kalau macam tu. Hari tu masa salji tengah banyak tu, saya tengah mabuk teruk. Jangankan nak keluar main salji, nak bangun pun susah. Sebab tu tak ada sessi photoshoot untuk winter pun. Cadangnya nak pergi main salji sambil ambil-ambil gambar. Tapi semua tak jadi. So, sekarang ni rasa confident sket nak buat aktiviti-aktiviti camtu. Itu pun kalau salji turun lagi lah. Dah seminggu matahari terang, suhu pun lebih 5°C. Hari ni 10°C. Memang best sangat rasa, buka langsir kena cahaya matahari. Mungkin tahun ni spring bermula cepat dari tahun lepas kot. Dan mungkin tuhan nak makbulkan salah satu doa saya kot. Sebab saya berharap jugak, semoga sempat rasa spring sekali lagi sebelum balik.hehe. Kan mama saya pernah cakap, saya sesuai dengan musim bunga?. Mama cakap, musim bunga nampak muka saya segar dan ceria. Kalau winter, nampak pucat je.hehe.

wajah-wajah pucat

Kalau ada yang rasa nak bertanya mana pergi salji-salji yang banyak tu. Ini jawapannya. Salji-salji yang menggunung tu telah mencair, dan menghasilkan ini...


Limpahan air sungai yang telah menenggelamkan keseluruhan laluan pejalan kaki di persisir sungai belakang rumah saya. Regensburg diancam banjir besar. Harap-harap taklah.

Apa-apa pun keadaannya, meh lah kita enjoy je hidup ni. Nikmati musim yang boleh berubah-ubah ni sebelum pulang ke Malaysia yang sah-sah cuma ada 1 musim je. Immer Sommer kan?. Kalau salji nak turun sekali atau berkali-kali lagi pun, saya redha je. Boleh tengok salji free, terima je lah. Kat Malaysia kena bayar nak masuk Rumah Salji.=)

week 12

"Dua-dua tangan atas kepala, ala-ala buat lapik macam tidor berbantal lengan tu, kaki bersilang sambil kepit umbilical cord, dan dengan aktifnya bouncing dalam mommy's womb."
Comel. Tak tahu nak cakap.

Saya baru buat monthly check-up 2 hari lepas. Cukup 12 minggu saya pregnant. Macam biasa, sampai je klinik register nama, terus dorang akan entertain kita. German kan memang punctual, dah appointment pukul 11.15am, memang kalau kita sampai on time, tak payah kena tunggu. Kalau kat Mesia, buat appointment pun tetap kena tunggu kan? Mula-mula dia mintak urine sample, lepas tu timbang berat, check blood pressure dan  nadi. Semua tu basic la kan, dan semua tu medical assistant yang buat. Everything was good. Alhamdulillah.

Then barulah masuk jumpa doctor. Saya memang suka sangat cara doctor sini layan patient, dia akan buat kita rasa sangat comfortable, dan rasa sangat dihargai. Selalunya doctor sendiri yang akan jemput kita dekat waiting room, tanya-tanya khabar, dan lead kita ke examination room. Masa nak balik pun dia akan hantar kita sampai pintu dengan senyuman manis. Sebelum doctor exam, dia tanya-tanya soalan dulu. Bagus jugak bila boleh bercakap sendiri dengan doctor. Senang boleh tanya je apa yang rasa nak tanya dekat dia. Saya dan Mr Hasnul memang ambil peluang ni untuk tanya doctor tentang apa-apa kemusykilan yang terlintas di fikiran. Antaranya pasal nak travel dengan flight, bila boleh tau baby's gender, bahaya ke tak kalau berat saya menurun, etc. Untuk masalah berat tu, doctor cakap ok je kalau sekarang ni berat badan turun. Dalam 2nd trimester ni maybe akan naik balik.

Mutterpass a.k.a Kad Ibu Mengandung. Complete semua detail ada dalam tu.
Doctor juga offer untuk buat chromosome analysis, untuk check if ada any abnormalities pada baby, macam Down Syndrome atau apa-apa lagi genetic problem. Nasib baik saya memang dah buat bacaan awal setiap kali sebelum pergi check-up, so semua benda ni saya dah boleh agak doctor akan tanya. Macam chromosome test ni, tak semua doctor layak untuk buat, sebab dorang kena dapat pentauliahan asing untuk buat test tu. Dr. Zauner ni pun cakap, dia takde tauliah, tapi ada sorang lagi Dr kat situ yang boleh buat kalau nak. Bayaran 200€, dan tidak akan dicover oleh insurance. Test ni ada banyak cara, antaranya ialah dengan mengambil fluid dari janin, dan buat screening untuk kiraan choromosome. Satu cara lain ialah dengan mengukur jarak pada bahagian belakang leher baby melalui ultrasound, diikuti dengan ujian darah. Bacaan lanjut disini ye, saya nak explain panjang-panjang pun tak reti.hehe. So Dr. Zauner bagi masa untuk kami fikir dulu, dan buat decision within this 2 weeks sebab test ni paling lewat pun boleh buat masa minggu 14. Saya cakap kat dia, saya nak balik fikir dulu, padahal masa tu sebenarnya saya dah ada keputusan. Kami taknak buat test tu, since ada risiko untuk baby dan mommy. Lagipun, if the result come out as abnormal, apa patut kita buat kan? Kalau dorang kat sini, mungkinlah doctor akan bagi option untuk abortion. Tapi,kita?...Nak sebut abortion pun saya tak sanggup. So, let us hope and pray that our baby is healthy, normal and in a perfect condition. Insyallah.

Ok. Next step, adalah sesi yang di tunggu-tunggu..hehe..apa lagi kalau bukan ultrasound kan? Kali ni Mr Hasnul boleh masuk sekali. Dr guna bilik lain yang lagi besar (dan gelap) dengan skrin putih besar dekat dinding. So memang akan nampak dengan jelas kali ni. Saya awal-awal dah remind Dr yang saya nak gambar baby kali ni. Takut dia lupa print macam hari tu. Mula-mula dia buat jugak transvaginal ultrasound, boleh nampak badan dan kepala baby je. Dr cakap sebab saya kurus sangat, susah dia nak halakan ultrasound tu untuk tengok keseluruhan baby. So dia sambung guna ultrasound biasa yang atas perut tu pulak. Mula-mula dia buat, terus nampak muka baby. Wah..excited gila mommy dengan daddy tengok. Lagi excited bila nampak baby gerak-gerak tangan. Pastu sesekali nampak mulut dia terbuka. Saya rasa dia tengah hisap amniotic fluid kot masa tu sebab normalnya baby masa 12 minggu dah pandai sedut amniotic fluid *sebab tu keluar je baby terus pandai hisap susu tak payah nak ajar-ajar*. Selain dari tangan,kepala, dan muka, boleh jugak nampak dengan jelas tulang belakang baby, otak dan jantung dia. Mr Hasnul mula-mula tak puas hati sebab tak nampak kaki baby, so Dr pun berusaha sedaya upaya cari kaki baby. Guess what? Dengan comelnya dia sedang bersilang kaki dan kepit umbilical cord.hehe. Pastu 2-3 kali jugak nampak kaki tu bergerak dan badan dia bouncing dalam uterus tu. Subhanallah. Pada siapa lagi harus dipuji kalau bukan pada Dia kan?. Kagum sungguh saya rasa dengan ciptaan tuhan ni. Bulan lepas baru nampak seketul jantung je, kali ni dah boleh nampak hampir semua organ walaupun saiz baby baru 5.5 cm. Alhamdulillah. Lepas hampir 15 minit buat ultrasound tu Dr cakap " I wish I could do this longer for you but it's a bit too loud for the baby.."..Oooh..ye ke, manalah kami tahu kan.hehe..Mommy dengan daddy ni kalau boleh 2-3 jam tengok baby pun tak rasa bosan. Tapi dah doctor cakap camtu, so kami pun puas hati. Dr pun sempat buat 3D ultrasound sekali untuk puaskan hati mommy dengan daddy. Boleh nampak bentuk muka baby, tapi tak nampak dengan jelas lagi biji mata, hidung, atau mulut dia. Maybe tak betul-betul tumbuh lagi. It's ok, take your time. Membesarlah dengan baik, sihat dan sempurna.

3D ultrasound image (gambar tak clear sangat sebab takde scanner)

Alololo..tangan dekat kepala macam tengah berfikir je.hehe

2D ultrasound image

2D close-up untuk kepala dan badan. Mommy dah siap labelkan.hehe
Banyak pulak gambar yang Dr printkan kali ni.hehe. Setiap kali tengok, mesti rasa bahagia sangat. Saya terperasan jugak Mr Hasnul senyap-senyap duduk merenung gambar ultrasound ni. Sweet bila tengok dia macam tu, sebab masa saya excited2, dia selalu buat dek je. 

So, our next check-up is on 11th of Feb. Lagi sebulan. Dr cakap, kalau nasib baik, maybe boleh detect gender nanti.hehe.. Can't wait for that. Alhamdulillah semuanya ok. Dah masuk 2nd trimester ni, baby dah lebih stable dah lebih kuat. Mommy pun dah lebih sihat. Insyallah. 

p/s: kejap-kejap rasa nak guna "papa-mama", kejap-kejap rasa lagi best guna "daddy-mommy"..belasah je la, kalau baca tu ek..kita guna ikut mood..~

January 13, 2011

Against my wish

Orang cakap, "Ikut hati mati, ikut badan binasa"..

Jadi, untuk ikut cakap orang tu. Banyak benda yang saya buat, tak seperti apa yang hati, dan badan saya hajatkan.

Kalau ikutkan hati saya tak rajin dah nak sambung home tutoring skang ni. Sebab (jika ikutkan hati), saya malas nak bangun awal pagi, kemas rumah, buat brekfes dan kena bersiap mental dan fizikal sebelum pukul 9.30 am. Tapi, mengenangkan tak sampai hati. Saya buat jugak kelas. Nasib baik sifat ke'cikgu'an tu memang sangat tebal dalam jiwa saya. So setiap kali nak mengajar saya boleh letak soal hati tu jauh-jauh. Oh, pasal home tutoring ni, bukan hati je yang tak setuju. Badan saya pun sebenarnya dalam keadaan terpaksa. Ye lah, pukul 9.30 am tu, tak hilang pun lagi sakit kepala, loya, sakit belakang badan. Tambah pulak nak kena duduk untuk 2-3 jam. Memang badan cakap tidak. Tapi saya tak ikut pun cakap badan.huhu

Kalau ikutkan hati jugak, nak je saya keluar habiskan 100€ yang ada dalam purse tu. (Dalam purse saya memang selalu ada cash, tapi jarang nak pakai). Beli baju baby dan baju mommy banyak-banyak. Tapi, bila fikir-fikir balik, maybe ada benda lagi penting daripada ikut kemahuan hati. Mana tau kan, esok-esok sesak nak pakai duit ke. So, terperamlah note 100€ tu dalam purse. Entah sampai bila. Nanti dah habis sale season baru nak menyesal sebab tak ikut cakap hati. Nanti kalau handbag kat Mango dah takde sale baru nak rasa rugi sebab tak beli.

Dan yang terakhir. Kalau ikutkan hati, saya rasa.....mm..takpelah.. Tak jadi nak cerita.. Tak boleh ikut sangat rasa hati tu kan.

January 12, 2011

pinjam bahu

Nak tumpang nangis jap boleh?.huhu

Saya tau, ni mesti kerja hormon ni, tapi tak kesah lah. Nak nangis jugak. Saya baru lepas call rumah. Abang saya yang jawab phone. Dia cakap dia baru sampai rumah. Then sebelum dia pass phone dekat mama, boleh dengar dengan jelas riuh-riuh kat rumah tu. Oh, I miss that. Then, bila cakap dengan mama. Saya tanya dia tengah buat apa, since agak lambat dia datang jawab phone tu. Dia kata, baru get ready nak masak. Saya suruh dia pegi buat kerja dulu, nanti saya call balik. Tapi dia cakap, its' ok, cakap lah dulu. So rasa berbunga-bunga hati sebab mama lebihkan saya daripada masak-masak untuk orang lain. Biar dorang lapar. Haha. Dengki!. 

Tapi sepanjang cakap-cakap tu (macam biasa saya sangat bersemangat bila bercakap) , mama cuma banyak reply "hmmm", "ya..ya".."ooh".. So saya pun macam dapat tangkap, mesti mama nak cepat-cepat pergi masak. Sebab tu dia macam tak excited sangat nak reply-reply saya cerita kan. So tiba-tiba saya jadi terlebih emo. saya cakap, "Oklah ma..p la masak..nanti cal lagi.." .. Mama pun cakap.."Ok.."
Lepas dia hung up saya nangis..(sampai sekarang).. 

Macam takde point pun pun nak nangis kan? Tapi rasa nak nangis jugak. Tak boleh tahan..huhuhuhu.. 

Ni saya hantar YM kat mr hasnul dia tak reply..lagi rasa bertambah nak nangis. Saya buat cubaan nak sembang dengan kawan-kawan dekat FB chat pun, semua tak layan. Sedihnya. Rasa macam semua orang tak peduli saya. Ye lah, siapa nak kisah perempuan malas, banyak jerawat lagi gemuk ini kan. huhuhuhu. Bye.Nak sambung nangis dalam comforter pulak. 








beng

Facebook bengong. (ke saya yang bengong?)..Nak taip message kat Mr Hasnul tiba-tiba dia pegi hantar dekat orang lain. Nasib baik tak tulis yang pelik-pelik. Dan nasib baik 'orang lain' tu cuma adik bongsu saya. 

Mr Hasnul kat lab sekarang. Saya memang pantang nampak dia online, mesti nak ajak chat. Even kalau dia online kat rumah pun, kami memang selalu chatting. So dah nampak dia online, saya klik la butang nak chat tu, then cepat-cepat taip 'Daddy..'. Sekali baru perasan, mesej tu dihantar kat adik saya. Tak pasal-pasal dia balas tanya, "apa tu?"..haha. Tapi takpe la kan, budak kecik senang nak goreng. Saya reply, "Tak ada apa, saja". 
Tergelak sorang-sorang. Rasa bodoh pun ada. Macam mana boleh tak perasan kan. Nasib baik hari ni tak buat gedik hantar mesej geli-geli. Sebab selalu kalau nak chat ni, kami suka guna panggilan pelik-pelik (tak payah la cakap panggilan apa.Kang ada yang muntah plak baca.hehe)

Moral of the story, lain kali bangun tidor pergi mandi dulu baru bukak facebook. Ini mata pun tak celik betul-betul, tapi tangan dah gigih klik itu ini. 

January 10, 2011

Cantik or sakit?

Saya tidor awal tadi, pukul 9 dah tidor, so pukul 11.30 Mr Hasnul kejut suh semayang isyak. Mestilah lepas tu susah nak tidor balik kan? So saya pun godek-godek blog orang. Mostly cakap pasal Anna Rafali menang AJL. Biarlah dia menang. Walaupun saya rimas tengok dia nyanyi dengan gaya lidah selalu naik atas lelangit, maybe dia deserve kot. Entahlah. Who cares?

Then, godek-godek lagi sebab dah boring sangat, saya termasuk pulak blog perempuan-perempuan yang kebanyakannya self-proclaimed as fashionista. Fashion what? haha.. Ok lah, sesetengah tu memang ada gaya, sweet, sedap mata tengok. Tapi sesetengah tu saya tengok, macam tak masuk akal je fashionnya. Lebih-lebih lagi dorang ni group of people yang bertudung. Bertudung, muslimah dan fashion memang payah nak fit with each other. Yelah, kau nak cakap kau muslimah bertudung, tapi dalam masa yang sama nak berfashion style artis, semua nak ketat-ketat, posing pun nak kangkang-kangkang, memang susah nak jadi tu. Kalau nak buat jugak, maybe kena korbankan salah satu. Jangan nak bangga sangat kononnya bawak imej perempuan muslim, kalau pakaian tu tak seperti. Eh, emo plak.

Saya memang tak pandai berfashion-fashion ni. Selekeh je rasa. Sebab tu saya tak faham, macam mana orang boleh pakai tight legging dengan tudung. Ataupun pakai blouse dengan high pant, then tuck in sampai nampak shape perut. Oh, lepas tu pkai shawl. Atas shawl tu pakai pulak head-band ala-ala greek goddess tu.  Ataupun tempek bunga sebesar penumbuk dekat dahi. Masa tengok cermin tu dorang rasa apa ek? Maybe orang-orang ni ada confident level yang sangat tinggi. Sebab tu dorang berani mencuba. Dan semestinya kawan-kawan dorang jenis yang tak jujur, asal orang suh bagi pendapat je, mesti puji cakap cantik walaupun sebenarnya nampak pelik.

Eh, kalau ada yang membaca ni, termasuk dalam golongan-golongan di atas, saya mintak mahap ye. Saya memang tak pandai ikut fashion. Tapi mata saya jaranglah nak tipu, sekali tengok je mata dah boleh cakap, either cantik or 'sakit'.haha. Dan andai kata nanti saya lupa diri, gatal nak cuba fashion-fashion yang sebenarnya nampak sadis, TOLONG INGATKAN AKU ye..~

January 7, 2011

Berfikir ke depan..(Dan terlalu jauuuh ke depan..)

Semua orang mesti berfikir ke depan. Buat perancangan. Berazam. Berangan. Semua tu adalah proses kita berfikir ke depan. Dan semua itu adalah perlu. Tapi, sampai satu masa, bila kita terlalu jauh berfikir ke depan, sehingga obses membayangkan kebarangkalian yang di luar kuasa kita, benda tu akan jadi disaster. Kita jadi tak mampu bergerak, atau ambil apa-apa langkah, sebab terlalu takut nak menghadapi masa depan.

pic taken from here

Saya bukan jenis orang yang ada perancangan untuk 5 tahun akan datang. If u ask, what would I be in 5 years time. My answer is simple, I don't know. And I don't have the gut to answer the question. Siapalah kita untuk menduga apa akan jadi esok hari. Entah-entah kejap lagi sebelum sempat publish entry ni Tuhan dah cabut nyawa kan. (Kalau anda tengah membaca ayat ini, makanya saya sempat klik button oren tu!). Memang tak salah untuk berfikir untuk masa depan, tapi jangan melampau. Emm..macam mana nak cakap ek. Okay. Contoh, dulu sebelum saya apply cuti tanpa gaji sebab nak datang ikut mr hasnul datang sini, ada sorang rakan sekerja berpangkat kakak datang jumpa saya. Dengan nada kepoh stereotype cikgu-cikgu sekolah, dia tanya saya, " Weh, betui ka hang nak ambil cuti tanpa gaji? Hang tak takut ka?".. Saya tanya dia, "Nak takut apa?". Dia cakap, "Hang tau dak, kalau ambil cuti tanpa gaji tu, nanti seniority hang terjejas, pastu katakan lah lepas habis cuti tu ang mengandung, pastu ada complication, ang dah tak boleh nak ambil cuti lagi dah lepas tu..". Mula-mula rasa nak marah, tapi lepas tu tergelak (of course la gelak sinis kan), saya jawab kat akak tu. "Saya ni tak apply pun lagi cuti tu, pastu sekarang ni tak mengandung pun lagi, yang akak rajin sangat tolong pikir sampai hal complication semua ni kenapa ye?". Terdiam akak tu. Pastu saya cakap, "Kita pakat doa semua orang sihat-sihat na..". (Inilah salah satu sebab kenapa saya adalah golongan anti-sosial kat sekolah, lagi best duduk buat kerja senyap-senyap dekat meja staff room, daripada join group pot luck sambil bincang hal hidup orang).

See? Ini contoh orang yang suka sangggaaaattt fikir tentang masa depan dengan melampau, walaupun bukan hal diri dia. Let's say saya pun pikir macam akak tu pikir, mesti saya tak berani nak apply cuti masa tu, mesti saya tak berani ambil risiko tinggalkan kerja dan datang honeymoon kat sini. Then duduklah kat Malaysia sorang-sorang, setiap malam tidor dalam air mata semata-mata sebab takut dengan risiko masa depan. *sampai sekarang tak faham apa motif akak tu cakap macam tu, u think?*

Sama jugak macam keputusan saya nak kahwin dengan seorang lelaki yang masih berstatus pelajar, dan belajar jauh pulak tu. Berapa ramai masa tu yang rajin tolong fikir masalah yang bakal kami hadapi lepas kahwin. Siap buat situasi-situasi lagi. Memanglah kita kena jugak baca apa kemungkinan yang akan berlaku, tapi benda tu tak berlaku lagi kan? Kita pun tak tahu benda tu akan jadi macam mana, so buat apa nak pening-pening fikir. Kan ke lagi bagus kalau kita tadah tangan mintak tuhan permudahkan untuk kita, as long as kita yakin, keputusan yang kita pilih adalah keputusan yang baik. Macam kahwin tu, kan ke benda baik tu.  So buat apa nak fikir banyak sangat.

Kesimpulannya, ada sesetengah benda yang kita kena serahkan pada yang lebih berkuasa. Cukuplah merancang benda yang asas, tapi jangan terlalu berpegang pada perancangan tu. Biar masa dan keadaan yang mencorakkan apa yang patut berlaku. Selebihnya, kita berdoa je. Semoga qada' dan qadar untuk kita adalah yang terbaik.



p/s : entry meroyan malam-malam sebab rimas dengan orang yang suka fikir banyak sangat. Walaupun dia tak baca, cukuplah saya boleh lepas perasaan pendapat kat sini. 

week 11

Dulu saya cakap saya nak tulis detail pregnancy week by week kan? Ok, saya tipu je..tak rajin la nak buat cenggitu walaupun seronok bila baca cerita-cerita orang yang rajin.(tapi seronok baca bila dah pregnant je, sebelum ni tak mau baca, jeles!haha) .Tapi hari ni saya semangat nak tulis, sebab sepatutnya hari ni pegi buat check-up dengan doktor. Entah macam mana kan, saya boleh tak perasan date dekat kad appointment tu sebenarnya tulis date 4/1/2011, tapi untuk ruangan hari, dia tulis hari Rabu. Patutnya kalau Rabu, dah 5/1/2011. Bila Mr Hasnul tanya, bila appointment doktor, saya cuma cakap, "Rabu", biarpun sebenarnya dorang silap tulis kat situ. So tadi bila pegi, dorang cakap saya dah terlepas appointment semalam, kena buat appointment baru which is minggu depan.huhu. Nak rasa frust bole tak? Sebab saya dengan mr hasnul semalam sebelum tidor sama-sama excited tak sabar nak tengok baby lagi sekali. Duk bayang-bayang baby dah besar mana, dah jadi bentuk macam mana. Pastu masing-masing duk berangan boleh tengok baby gerak lah, apa lah.huhu.

Dah 11 minggu lebih, saiz baby sepatutnya sekarang dah 2 inches lebih.Hehe. Dan sepatutnya juga, dia dah ada organ-organ penting, dah ada kaki, tangan, jari, dan dah lebih menjadi bentuk seorang manusia sempurna. Insyallah. Harap-harap minggu depan boleh lah tengok perkembangan dia. And hopefully jugak boleh tengok pergerakan, kalau ada.

Perkembangan saya pulak?..banyak..

  • Perut dah ada bonjol sket, tapi kalau pakai baju dan jaket memang takde orang perasan kot. Kalau duduk maybe obvious sikit kebuncitan tu. Itu pun kalau ada yang rajin duk skodeng perut la. Ada ke?
  • Berat badan saya turun dengan hebatnya, in less than 3 weeks I lost about 3 kgs, maybe sebab saya tak ada selera nak makan. (Emm, sebenarnya  selera tu ada, tapi makanan yang selalu tak menepati selera.huhu). 
  • Macam sebelum ni, tahap alahan saya tak la teruk pun. Pagi-pagi adalah pening kepala sket, then muntah-muntah tu kadang-kadang je, dalam seminggu mungkin 3 kali je kot. Itupun kalau saya tak jaga makan ikut waktu. Kalau tak, ok je. 
  • Saya jugak sangat bermasalah untuk tidor malam. Kadang-kadang tak boleh tidor sebab sakit pinggang, tak pun sebab mimpi takut-takut-walaupun-sebelum-tidor-dah-baca-ayat-Qursi-banyak-kali. Even saya tak tidor siang pun, waktu malam je, saya mesti tak boleh tidor nyenyak. Asyik terjaga je, pastu tak tau nak buat apa sorang-sorang. Jeles betul tengok membe sebelah tidor nyenyak siap nganga-nganga mulut lagi. Hish..
  • Lagi memburukkan keadaan, bila malam-malam kena berulang alik pergi toilet untuk buang air. Bayangkanlah, dengan suhu yang asyik negatif ni, nak jejak masuk toilet tu bukan satu benda yang best. Seksa jugak rasa kalau dalam 3 jam, 4 kali bangun pergi toilet.huhuhu..
  • Pastu kan, saya punya bloating memang teruk sangat. Dah tak larat minum air halia, bloating tu memang tak hilang. Bloating atau kembung perut ni memang salah satu simptom normal during pregnancy. Saya pun sekarang dah takde nak cover-cover kalau terasa nak buang angin tu.hehe. Dulu awal-awal kawen siap lari masuk toilet lagi.Konon-konon tunjuk sopan la kan depan suami.haha.
  • So far, itu je kot..


Nak baca lebih lanjut kenapa simptom-simptom ni berlaku, sila rajin-rajinkan diri untuk klik di sini. *tadi kat atas bincang pasal perkembangan, tiba-tiba dah tukar jadi simptom plak*

Overall rasanya trimester pertama saya tak lah terlalu teruk *sangat bersyukur untuk itu*. Sekurang-kurangnya saya tak pernah pitam sampai pengsan ke, tak pernah kena admit ke ward sebab muntah yang melampau, tak pernah letih sampai tak boleh bangun and etc. Mr Hasnul pulak sangat supportive dan sangat baik. Mana nak cari kan suami yang sanggup bangun malam-malam masak air panas sebab saya nak minum air suam? Yang tak pernah pun merungut bila saya mintak picitkan badan, lepas tu boleh pulak buat tak sedar diri tepis-tepis suruh dia tidor jauh-jauh. Itu belum kira berapa kali saya buat perangai bebal, mintak itu ini dengan alasan saya 'malas' nak gerak?..huhu. Thank you sayang, Tuhan je la yang balas jasa abang tu.

Hopefully keadaan yang baik ini akan berterusan, tapi andai kata Tuhan tetapkan pada masa akan datang ada kesusahan sebagai ujian untuk saya, Insyallah saya redha. Tapi tetap berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya. Doakan semua selamat ye.

January 2, 2011

2010 - in memory

Tahun lepas pun saya buat benda alah macam ni. So tahun ni pun nak buat. Ye, tau dah terlambat...patutnya buat menjelang tahun baru ke kan..baru cambest..

Jan - Awal Jan sedih, sebab cuti tanpa gaji tak lulus pun lagi, membawa diri kembali ke Langkawi. Tapi tak sampai separuh bulan mengajar, dapat good news yang cuti dah approved, sekali dengan visa.
Hujung Jan, sibuk buat persiapan ke Germany. Dan sedih sebab akan meninggalkan Malaysia dan kesayangan-kesayangan di sana.


Feb - 4 Feb, berlepas ke Germany. Naik flight sorang-sorang semata-mata untuk jumpa suami tersayang. Excited tahap dewa bila first time dapat tengok salji, dapat pijak bumi Eropah. Celebrated birthday mr hasnul, 1st time as husband and wife. Me and mr hasnul made a plan that we will visit at least one place each month. Tak kesah la tempat tu within Germany atau negara lain. We start with Neuschwanstein Castle. Everything was as dreamy as a fairytale....~

Neuschwanstein Castle.



March - Menyesuaikan diri as a fulltime housewife. Skill memasak semakin improve, dah pandai jemput orang datang makan kat rumah. Winter comes to its end, teruja bila nampak ranting-ranting pokok dah mula berpucuk..Place of the month, Salzburg, Austria.
Festung Hohensalzburg, Austria


April - Daftar diri masuk kelas Deustch. Seronok merasa jadi student balik. Dah pandai berdikari sket since Mr Hasnul suh belajar naik bus sorang-sorang pergi kelas. Went to Chiemsee, and had a lovely, great time in Holland. I really love spring!
Chiemsee

Keukenhof, Holland


May - Suku abad dah hidup. Mr Hasnul baked a cake and handed me a present. Disebabkan bulan April dah pergi banyak tempat, so bulan May ni, no outing. Lagipun banyak event, kenduri, Rentap etc..~


June - London everyone!!.. (itu je yang ingat..haha)

London, England.


July - Summer yang sangat panas (dan hujan yang tak menentu). Dipanaskan lagi dengan World Cup season.  Menamatkan pengajian dalam kelas Deutsch dan lulus exam dengan warna-warni berterbangan. Ikut rombongan student Malaysia pergi Alps walaupun tak jadi mendaki due to hujan yang taknak berhenti sampai petang.huhu.
Walchensee, Germany

August - Our 1st wedding anniversary and our second Ramadhan as husband and wife. Alhamdulillah. Ramadhan yang sangat indah dan tenang, yang juga telah membuka hati kami untuk tekad mengambil satu lagi langkah besar dalam hidup. Place of the month?..Munich Zoo, itupun pergi sebelum start puasa.


Munich Zoo.

September - Homesick melampau-lampau sebab tak dapat balik beraya dengan family. Tapi tetap bersyukur sebab dapat merasa pengalaman Aidilfitri di perantauan (dan dapat hantar Salam Perantau) dan dapat berpiknik hari raya di Rheinfall, Switzerland.

Rheinfall, Switzerland


October - Birthday mama dan baba. Daun-daun pokok mula gugur dan saya suka bunyi  daun kering kena pijak. Itu je untuk bulan ni. No outing, simpan duit untuk next month.

Fall 2010, Regensburg.

November - Celebrated Aidiladha in a very humble and simple way. Most likely macam tak celebrate pun. Menyambut ketibaan keluarga mertua, dan berjalan-jalan dengan jayanya ke Paris. Oh, dan yang paling penting (dan paling indah) , tentunya hadiah dari Allah yang tiada ternilai dengan kata-kata. Syukur.

City of Love, France.
Kesayangan kami.
December - It's an extreme cold winter. Sampai  satu tahap saya menangis tak tahan sejuk.huhu. Had a sweet escape (from the cold winter) to Venice, dan merasa dimanja-manja akibat sakit pening yang tak menentu. Juga terharu saat pertama kali melihat ada degup dari jantung kecil dalam badan saya..

1st day of snowing at Regensburg

San Marco, Venice

New year celebration.

All in all, 2010 was a beautiful year, filled with lots of memories, emotions, ups and downs and experiences. Syukur sebab dapat merasa, dan dapat mengingat semua pengalaman dan kenangan-kenangan itu. Mari kita berdoa semoga tahun akan datang lebih baik untuk kita. Dan kita juga akan lebih baik untuk tahun akan datang. (dua ayat yang macam sama, tapi lain maksudnya..)