Day 2 .
Oh, did I tell you, our main intention by going to London?.haha. Niat murni ke London ni sebenarnya adalah untuk renew passport mr hasnul dan kawan-kawan..Boleh je nak renew kat Frankfurt pun, tapi tiket train ke Frankfurt je dah 60€ sorang, pastu kalau buat kat Frankfurt, dalam 3 minggu baru passport siap, which means kena ulang pegi Frankfurt 2 kali untuk collect passport.. boleh habis 240€ untuk 2 orang (tu baru untuk tiket train, tak masuk makan etc.).Sedangkan tiket flight pegi UK baru 130€ untuk 4 orang..passport pulak boleh siap dalam 1 hari je. Dah tu boleh jalan-jalan kat London...panjang tak reason untuk pegi London?...mengaku je la ko nak jalan abiskan duit, kan senang?..geeeeeeeeeeeeee~
Hari kedua memang dikhaskan untuk aktiviti buat passsport. Awal-awal pagi kami dah keluar untuk ke Malaysia Consulat. Masa sampai je kat stesen Underground tu, Masyallah terkejut tengok manusia punyala ramai. Ye la, time tu memang time orang nak msuk keja.Memang busy betul kota London ni.Semua orang berjalan dengan sangat laju, even ada yang berlari-lari kat setesen underground tu. Entah apala yang dikejarnya. Dan undergroundnya memang sangat-sangat under..Adala dalam 3-4 tingkat bawah tanah rasanya..Escalator pun gila punya tinggi.*jakun*. London ni sekali pandang ada banyak persamaan macam kat KL. I mean dari segi population. Kalau kat KL, penuh dengan warga asing, Indon, Bangla, Cina dsbnya. Kat London pun penuh dengan pendatang gak, Indian, Chinese, Korean, Arabians semua ada. Terdetik dalam hati saya, 'ha dulu ko sibuk jajah negara orang, sekarang negara ko dah kena jajah balik dengan pendatang.haha'..Local people rasanya macam 1/3 je kalau dilihat dari stesen underground la..Maybe local people banyak naik kereta kot.
Pendekkan je cerita,(nanti ada pulak komen cakap panjangnyeee)..pukul 11 dah settle urusan apply passport, then sementara tunggu, singgah breakfast kat stall kecik di Malaysia Consulat..ooh..rasa seperti di Malaysia, dengan pak cik-pakcik officer Consulat yang sangat ramah (pegawai kerajaan breakfast pukul 11, lepak-lepak borak pasal bola, sangat seperti di Malaysia kan?haha)..
Nama : Abang 'Ad--------------------------------->
Asal : Sungai Petani, Kedah.
Kemahiran : Me'narik'..sedap dowh teh n kopi tarik dia.~
Nama : Nasik lemak london
Harga : 3.50 pound (Lebih kurang RM16)
.
.
.
.
.
.
.
Jap eh..
Tiba-tiba dah malas nak cerita banyak-banyak.
So nak letak gambar je, then kalau ada cerita baru buat note kat sebelah. Ala-ala cam short note untuk baca sebelum masuk exam.Boleh?...
Lepas makan, ada masa 4 jam sebelum boleh collect passport pukul 3, so kami pun.....
Naik bas dua tingkat. Tambang bas 1.20 je satu destinasi. Hajat di hati nak pegi kedai jual barang sport.Pak cik konsulat la ni, pandai betul promote.. Kata pak cik-pak cik tu, barang kat situ gila punya murah. discount sampai 95%..What??..
Nama kedai : Lilly Whites
Location : Piccadily
Description : Bapak gila besar.5 tingkat kot. Semua barang sport. Then ada sorang lelaki rambut panjang tu, lajuuu je masuk-masuk sambar shawl chelsea sebab half price dari biasa. Pastu seorang-perempuan-tak-paham-naluri-lelaki (juga adalah perempuan yang senyum disebelah tu)..boleh lak tanya, 'beli ni untuk apa bang?..baik beli baju..boleh gak pakai..half price pun mahal gak ni'.. sambil merujuk kepada shawl berharga 6 pound sehelai....
Dan sudah tentu soalannya di pandang sepi tak berjawab oleh lelaki itu yang tanpa membuang masa terus ke kaunter. 'Takpe, abang memang nak ni.*fullstop*'.....oh.gitu.baru paham.Masuk kedai sport, sila jangan banyak soal..=)
Next, kami jalan-jalan lagi dan mengikut map, kawasan tu dah tak jauh dari......
Malay China Town..
Wooahh..manyak dasat ar apek sama itu nyonya..mana-mana luluk pun boleh bikin itu punya pekan. Talak susah itu wolang mau makan babi..------------------->
Eh, you all yang Malay pun, jangan susah ati. sikit hari lagi boleh buat Malay Town jugak.Dengar cite kat UK ni, Melayu dah macam Indon kat KL..sampai ada yang kena hantar balik, sebab ramai sangat.*info pakcik konsulat jugak*
Setelah diayunkan kaki yang terpaksa kuat melangkah ni.. Tiba-tiba je sampai kat bangunan super cantik ni.. National Gallery, which is located at the Trafalgar Square. So singgah-singgah snap gambar, rehat jap amik nafas, then terus lagi berjalan ke.........
Hyde Park Garden.
Cantik.
Wangi.
Bunga ros saiz tapak tangan Shrek.
Lepas lepak taman, pegi collect passport, pastu dalam map cakap 'Buckingham Palace dah dekat ni, bek korang pegi..Jalan pun boleh sampai ni..'
Ikut je la apa map tu cakap sebab dalam map nampak jarak Hyde Park dengan Buckingham Palace tak sampai 10 cm pun...tapi bila jalan, lebih dari 10 minit..huhu.*so sakit kaki*
Tapi hati tetap semangat sebab bajet-bajet kat palace tu nanti boleh amik gambar dengan guard baju merah tu..sebab tengok selalu orang pegi London mesti amik gambar dengan guard kan?. Tapi..bila sampai..

Guard tu berkawad tak henti-henti diantara 2 pintu. Pastu depan gate ada polis plus size, complete dengan pistol segala bagai. Depan gate memang penuh dengan orang macam tengok show ape ntah, padahal nak tengok guard tukar syif je pun..Adoyai, nak tukar syif pun, siap dengan protokol, kena kawad-kawad, pastu baca watikah ape ntah, pastu kena pulak satu group guard jemput guard yang dah abis syif tu sebelum dia kawad keluar padang. Ko punch card je tak leh eh?
*lepas balik dari palace baru tau, ada Guard Museum, kat situ maybe boleh peluk guard baju merah*
Then lapar. Teringat cakap pak cik konsulat, kat Malaysian Hall murah dan banyak makanan Malaysia..Souvenir pun lagi murah kalau beli kat area situ. Duit pun dorang sajez tukat money changer kat area tu, sebab lagi untung. Tapi kawasan tu bahaya sket. Banyak pickpocket. Kena hati-hati bila jalan.Semau info dari pakcik konsulat..(Ramah kan pakcik-pakcik tu?) haha.Memang dah tahap kebulur masa ni. Terus naik tube ke stesen Queensway, lepas tanya jalan kat sorang budak Melayu, (yang bagi direction ikut jalan jauh)..kami pun sampai Malaysian Hall..Masuk je kantin, tiba-tiba rasa cam duk Malaysia..
yay! nasi campur...tiba-tiba rasa cam dejavu..haha.walaupun harga tak seindah khabar, tapi lauk tu memang best. *orang yang cakap murah, maybe gaji dorang 3k pound sebulan*
dan saya tetap puas hati sebab dapat ini :
Laicikang....aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh. Tak kesahla harga 3 pound pun *malas nak convert dalam RM*..tapi semangkuk laicikang tu dapat mengubati lidah saya yang dah lama tak jamah makanan Mesia. Kesian lidah saya.
Malam tu, balik hotel.Lekat salonpas kat kaki.Tidor. Letih.
p/s : ini baru part 2, dah panjang berjela..perlu ke buat part 3 dan seterusnya???..~