Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Wednesday, March 26, 2014

Aku Tahu



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


ALLAH.
Aku tahu
Perjalanan ini masih panjang 
Masih jauh didepan sana

Ada gunung yang perlu didaki
Ada lumpur yang perlu dilangkahi
Ada duri yang perlu direntasi
Ada lautan yang perlu direnangi

ALLAH
Aku tahu
Ada masanya aku akan jatuh
Ada masanya aku akan merangkak
Ada masanya aku akan menangis
Ada masanya aku akan letih

Tapi ALLAH
Aku cuma mohon 
Kelak--rencana apa pun yang akan aku lalui
Aku berharap agar aku bisa bangkit lagi
Kerana aku tahu
Yang ENGKAU takkan pernah tinggalkan aku sendiri
:')   

-Copied-








Photobucket
 

Monday, January 6, 2014

Keliru



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Terpelosok dalam jiwa yang paling dalam
Buntu, keliru, tak menentu..

Jika penghujung kepada semua ini adalah redha
Maka tiada lain yang ku tagih melainkan pertolongan dariMU








Hati ini seakan kehilangan sesuatuT.T


Photobucket
 

Monday, November 18, 2013

Berhenti



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ




Aku berhenti
Bukan sebab aku tak mahu
Bukan sebab aku tak perlu

Bukan itu
Bukan ini

Cuma.

Otakku ligat beritahu, " ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk aku "

ALLAH,
Aku tunggu.

:')




Photobucket
 

Thursday, October 17, 2013

Berdosa


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 





Berdosa, berdosa dan terus berdosa..
Yang jadi aku tertunduk malu,
DIA masih memewahkan dengan seinfiniti nikmatNYA.




Izikan aku mengulangi taubatku yang ke sejuta kali?
*basah*

T__T




 ALLAH, jangan tinggalkan aku lagi!
     




Photobucket

Wednesday, September 4, 2013

Harapan


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Pada setiap kegersangan perasaan,
Kekosongan jiwa,
Kelukaan hati,
Kehilangan percaya,

Ada harapan-harapan yang dia telan, hingga kini masih belum kelihatan.




Dan, dia kini sedang menyusun batu-bata iman untuk dijadikan tembok tempat bertahan.
Kembalinya dia kepada sebaik-baik sandaran, TUHAN Pencipta dirinya.. 


+__+



Kau boleh menyadar pada seribu bahu kalau kau mahu,
Tapi kau memilih yang satu itu,
Yang buat kau bersandar sambil air matamu jatuh bertalu,
Dan hati kau pecah beribu.
T_T
[Seksi Ovari, Himpunan Puisi]




Photobucket
 

Thursday, July 5, 2012

Puisi:Sepi



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Dalam sepi ..

banyak perkara ditemui...
ada jiwa yang merintih..
dan berkeluh kesah
mengenang pahit manis
kehidupan,,

Sepi buat kita mengelamun
terkenang masa silam yang indah..
ada darai air mata
ada senyum dan tawa
mereka berkata..sepi itu indah

namun hati ku berbisik
sepi itu adalah kerinduan
ada pilu yang mendera
ada lara yang menyaluti jiwa..
kerana dalam sepi
rindu kian membara

bergelodak didanau kalbu
mengalir butiran jernih yang memilu
lalu rebah dimuara sendu...
kerana sepi itu adalah rindu

Seindah Janji


#ViaFb#



Photobucket
 

Wednesday, February 29, 2012

Puisi:Usaha Itu Akan Terus.

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Ujian itu datang,
 semalam, hari ini dan semestinya esok,
 kerana itulah dia kembarnya hidup,
 tidak akan terpisah hingga ke dalam tanah aku terperusuk.

Penat, letih, sedih, duka,
 kadangkala terasa itu sahajalah warnanya,
 tiada yang memahami,
 setiap langkah pasti akan ada yang menguji,
 entah berapa kali berfikir diri patut berhenti,
 dan sekadar menjadi penerima bukan lagi pemberi.

Tetapi keimanan itulah yang bersinar menerangi hati,
 yang sentiasa menaikkan semula percaya kepada ILAHI,
 Usaha itu akan terus, dan akan menerus,
 mustahil berhenti kerana itu bukan tanda percaya kepada ILAHI.

Usaha itu akan terus,
 kerna nanti akan tiba masanya,
 bila hati pasti akan menjamah gembira,
 bila jiwa akan bahagia selama-lama,
 dan bibir akan dihiasi senyum dan tawa,
 di syurga DIA bersama mereka yang percaya,
 selepas hari demi hari kita lalui,
 ujian memendungkan hidup kita.

Usaha itu akan terus,
 dan kita tidak akan berhenti,
 hingga kita mencapai apa yang sebenarnya kita mahu,
 itulah dia redha dan Syurga ILAHI.

Biar nanti kita berdiri tinggi di dunia,
 hingga mampu menjejak langit,
 dan memandang semua dengan menunduk,
 berpuas hati kerana memilih untuk berusaha terus,
 dari melukut menghentikan ruku' dan sujud.

~Hilal Asyraf~


T_T
Hanya DIA, cuma DIA yang mampu menyembuhkan.







Photobucket
 

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...