Tuesday, December 21, 2010

Contest Si Manjaku Comel

ssalamualaikum..

Baru2 ni saya ditag oleh Ibu Damia n Ummi Sofiya untuk join contest Si Manjaku Comel.. Sincesaya free skrg, saya pun join la contest ni..(^-^)...aci tak kalu letak dua gambar?..satu gambar Iffah, n satu lagi gambar Izzu...hehehe..

Contestnya seperti berikut yer..




Syarat-syaratnya:

1- jadi follower blog Masyimalo Heart nie..(dah follow)

2- anda mempunyai blog sendiri...(ini blog saya)

3- buat satu entry berkenaan contest si manjaku comel ni dan sertakan gamba Si comel anda yang paling comelll skalik..(sedang buat ni)

4- tampalkan banner kat atas tue kat side bar dan entry korang...(dah)

5- last sekali tinggalkan link entry korang kat comment entry ni...(dah)

6. Yang buleh join baby dari baru lahir hingga 6 tahun...(ada 2 orang)

7. tag rakan2 anda 5 org...

saya nak tag...ummi syifa, ummu uwais, mama balqis, ummu auni, ummi wafiy

tarikh tutup:
25 December 2010 230pm


Ini 2 orang cahaya mata saya...

Nama: Izzul Islam bin Mohammad Imran
Umur: 3 minggu 4 hari


Nama: Iffah Mardhiyyah binti Mohammad Imran
Umur: 2 tahun 4 bulan 4 hari
Baca Selanjutnya...

Thursday, December 16, 2010

Mak Sayang Kamu.. Saya Sayang Mak & Kakak..

Assalamualaikum wbt..

Saya baca2 upadate terkini di blog kawan2..hinggalah tiba di blog hasanah, sahabat saya sejak di DQ hingga ke IIUM Kuantan ni..

Hasanah punya entry tajuk "mak sayang kamu"..saya baca sajak nukilan hasanah..

Sangat terkesan di hati..susun kata2 hasanah pun sangat3 saya suka..hampir2 tak percaya hasanah yg nukilkan sajak ni...

Terima kasih ye, hasanah..sbb bagi saya copy sajak awak ni..


Kamu semua tak tahu

Mak sangat sayangkan kamu

Selalu risaukan kamu

Takut kalau kamu tak sempat solat berjemaah di masjid

Takut kalau kamu tidak solat di awal waktu

Tapi manalah kamu tahu hati mak

Kamu ingat mak berleter

Walhal mak ingin ingatkan kamu tentang tanggungjawab terbesar ini selagi dia masih bernyawa

Hinggakan dia risau siapa yang akan menggantikannya untuk mengingatkan anak-anak terunanya apabila dia meninggalkan dunia ini

Kerana katanya anak teruna bakal pemimpin keluarga

Sebenarnya mak risau takut kamu-kamu tak baca Quran, malas baca Quran, malas mencari ilmu agama

Bagaimana hendak mendidik cucu-cicitnya nanti

Ingatlah mak yang mengajar kamu mengenal huruf dan membaca Quran

Besarnya jasa mak pada kamu

Katanya tak guna belajar tinggi-tinggi tetapi jauh dari Tuhan, malas ke masjid

Hinggakan mak berpesan kepada kakak

Doakanlah untuk adik-adik supaya dekat dengan Tuhan

Tengok, betapa sayangnya mak pada kamu semua

Mak kata dia sentiasa memaafkan kesalahan-kesalahan anaknya

Tetapi dia risau jika Tuhan murka kepada anak-anaknya

Risau jika keberkatan hidup anak-anaknya akan hilang

Tetapi kamu semua kadang-kadang tak sedar

Kakak rasa beratnya tanggungjawab kerana mak seolah-olah memberi amanatnya kepada kakak

Harap kamu sedar betapa luas dan agungnya cinta mak

Sayangilah mak selagi masih bernyawa

Maafkan kami mak..

Semoga kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah


EMAK

Apabila baca sajak ni, saya teringat pada mak saya. Memang mak sangat sayangkan saya adik-beradik. Mak lahirkan kami 11 orang. Menurut mak, mak lahirkan kami semua susah2. Tak macam saya, senang sangat bersalin. Sakit sikit, anak kecik, cepat je jalan buka. Kasihan mak. Itu belum campur 3 kali mak gugur. Mak cakap, gugur sakit. Sbb kena cuci rahim rasanya. Simpati sgt kat mak..

Saya dah besar ni, mak dah makin berusia. Tapi, adik2 banyak lagi yg bersekolah. Ada lg 5 orang. Hm..setiap sorang ada aje karenahnya. Boleh tergeliat otak dibuatnya. Saya kadang2 geram juga kat adik2 sbb sukar nak disiplinkan mereka. Mak ayah pernah cakap, "Pandai2 la asuh adik2, umpama mak ayah dah takde di dunia ni". Berat sungguh rasanya tanggungjawab ni.

Dalam pada mak marah adik2 nakal, masih jelas kasih sayang mak. Pernah sekali saya dengar mak dgn lemah lembut pujuk sorang adik lelaki saya agar tolong mak buat sesuatu. Pelik betul saya pikir2, sbb masa tu saya tgh rasa tak puas hati kat adik. Saya bayang2kan, cuba letakkan diri saya sbg mak pada adik2, memglah saya akan buat seperti mak. Mak mane lah tak sayang anak. Buruk baik mereka, anak2 tetap anak. Oh, memg benarlah kasih ibu membawa ke syurga..Saya doakan mak bahagia dunia akhirat. Moga mak terus tabah hingga ke syurga kelak.

Pada waktu lain, mak ada tegur adik lelakilain sbb terlalu ikutkan kawan2. Adik merajuk. Mak kate kat saya, "Takpe, mak nak tegur sikit je". Kemudiannya, mak belikan adik makanan dan kerepek kesukaanya utk dibawa ke asrama. Mak kate, "Adik suke makan kerepek2 ni". Oh, lembutnya hati mak. Mak juga yg paling tahu kesukaan anak2.

Saya kecik2 dulu nakal juga. Maafkan kite ye, mak. Berkat doa mak ayah, kite sikit2 berubah cuba jadi budak baik. Sekarang, saya pula jadi seorang mak. Moga kasih sayang dan doa saya pada anak2 sesuci kasih sayang dan doa mak pada anak2 yg 11 orang ni.


KAKAK

Apabila baca sajak ni, saya juga teringatkan kakak sulong saya, panggil kakak je. Sebab pesan 'mak' dalam sajak tu utk seorang 'kakak'. Kakak sulong rasanya.

Kakak tinggal ngan mak. Jadi kakak la yg paling tahu ttg setiap kesusahan mak dan perkembangan adik2 di rumah. Kakak sgt matang. Berhikmah tegurannya pada adik2 macam saya. Tapi, yg nakal2 mcm yg lain2 tu, kakak memg tegas. Garang jugak la. Saya kecik2 dulu pun takut taw. Hehehe, sori yer kak.

Bila dah besar, saya hormat teguran2 kakak. Kakak pun pandai rai saya bila saya balik umah mak. Jadi, saya tak segan sangat la kalu ter'menyusahkan' org kat umah mak utk kms bilik bg saya tidur selesa n masak2 bagi saya makan.

Saya terharu baca sajak tu jugak, sbb 'kakak' dalam sajak tu sangat memahami mak yg sayangkan anak2. Macam kakak saya. Saya doakan kehidupan kakak bahagia dunia akhirat. Sbb kesedihan kakak juga menyedihkan saya.


Ini keluarga bahagia kami..Mak yg dalam bulatan biru..Kakak yg dalam bulatan merah..Sebelah mak, ayah..Sebelah ayah, suami saya..Sebelah suami saya, suami kakak..Yg lain2 semuanya adik beradik saya..



TQ, wassalam.

Baca Selanjutnya...

Thursday, December 9, 2010

KEM REMAJA UNGGUL 2010 (KRISTAL’10)

Assalamualaikum wbt..

Sekadar untuk promosi...(^-^)



Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang (PERMAI) akan menganjurkan Kem Remaja Unggul 2010 (KRISTAL’10), bertemakan “Steps to Brighter Future/Langkah Menuju Masa Depan Yang Lebih Cerah“.

Program ini merupakan program motivasi yang diadakan khusus untuk para pelajar lepasan SPM/STAM/STPM. Secara keseluruhan fokus program ini kepada memperkenalkan peserta kepada dunia kampus dan sebagai persediaan mereka sebelum melangkah ke gerbang universiti. Program ini juga bertujuan membantu peserta mengenal pasti dan memilih kursus dan universiti yang sesuai dengan kehendak mereka. Hasil daripada program ini, kami berharap agar para peserta dapat membuat persediaan yang lebih rapi dan membuat pilihan yang tepat dalam memilih kursus mereka di universiti nanti.

Berikut adalah maklumat terkini program:

Tarikh: 31 Dis 2010- 2 Jan 2011

Tempat: Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh, Pahang

Sasaran: Pelajar lepasan SMA/SPM/STAM/STPM/ASASI

Had Penyertaan: 120 orang sahaja

Yuran: RM 30 bagi 30 Penyertaan Awal dan RM 50 bagi selebihnya

*Kami masih membuka ruang kepada mana – mana Badan NGO dan perseorangan yang berminat untuk menyumbang untuk program ini. Bagi maklumat lanjut mengenai sumbangan, sila hubungi saya, Muhammad Qayyum bin Halele di:

q_fathone@yahoo.com.my

+60105765334 (CELCOM)


Baca Selanjutnya...

Tuesday, December 7, 2010

Exam Datang Lagi...

Assalamualaikum wbt..

IAllah, saya dan suami bakal menduduki peperiksaan posting Paediatric minggu ni n minggu depan..

Clinical exam: Khamis (9 dis 2010)
Writing exam: Isnin (13 dis 2010)

Doakan kejayaan saya n suami beroleh kelulusan yer, sahabat2 sekalian..
Moga dengan doa kalian membuahkan kejayaan buat kami dan anak-anak...



Ameen...

Tq, wassalam.
Baca Selanjutnya...

Monday, November 29, 2010

Izzul Islam bin Mohammad Imran

Assalamualaikum wbt..

Moga Allah merahmati putera kami dengan namanya...
Ikuti entri di blog abang..

Wassalam.
Baca Selanjutnya...

Sunday, November 28, 2010

Cahaya Mata ke-2 Kami! (^-^)

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..akhirnya Allah rezkikan juga buat saya dan abang untuk menatap wajah cahaya mata kedua kami..putera sulong bakal mujahid Allah..ameen..

OK..sila teruskan bersama putera kami yer..


Ini saya..cahaya mata ke-2 abah dan ibu..nama rahsia lagi, sbb abah dan ibu tak finalizekan lagi...saya lahir pada 26 Nov 2010, bersamaan 19 Zulhijjah 1431H, hari Jumaat, tepat jam 4 petang...saya memg tak sabar2 nak lahir, cukup2 jer 37 minggu dalam rahim ibu, saya pun bocorkan terus kantung tempat saya tinggal dalam rahim ibu...dan alhamdulillah selamat dilahirkan ibu dengan susah payah...saaayang ibu dan abah..



Ibu cakap..saya ada rupa kak Iffah waktu lahir dulu..emm, bole laa kan..yg KIRI tu SAYA...yang KANAN tu KAK IFFAH..tapi saya lebih ringan dari kak Iffah..berat saya 2.86 kg..kak Iffah 2.9 kg..mungkin sbb saya kuar cepat sangat..kak Iffah cepat seminggu jer, saya cepat 3 minggu..huhuhu...



Yg KIRI tu pun SAYA...yg KANAN tu KAK IFFAH..saya nampak lebih Chinese look kan...n lebih tampak hensem...hehehe...tapinyer...sedare2 cakap, suara saya lebih perlahan dan lembut berbanding kak Iffah..ibu kate, saya kurang manja berbanding kak Iffah, sbb saya tak nangis bila ibu tinggal..iu kate, saya soleh macam abah..baik dan lemah lembut..kak Iffah macam ibu...lebih manja dan ganaz2 sikit...hehehe



Saya duk kat hospital lama sikit...24 jam tau..kak Iffah dulu duk 6 jam jer dah boleh balik umah...semuanya sebab saya lambat berak..he3...setelah penat ibu tunggu, akhirnya saya berak jugak 22 jam selepas dilahirkan...fuh...lega ibu...boleh balik umah...saya bukan ape, saya takut ibu basuh saya ngan air if saya berak...ini satu lagi beza saya ngan kak Iffah...kak Iffah sgt suka mandi, diam aje...tapi saya...takuuut air..saya nangis kuat3 dengan lemah lembut...hahaha




Barang2 saya semua pink..sbb saya warisi dari Kak Iffah...takpe, yg penting ada juga rezeki saya kat dunia ni kan...(tawadhuk ni..)




Yg ni gambar saya yang paling latest di usia 2 hari ini...moga Allah berkati usia saya dengan iman dan taqwa...doakan saya jadi anak yg soleh yer...bakal mujahid masa depan...ameen..




Ha...ini gambar saya dengan kak Iffah...kak Iffah sangat sayang saya...saya nangis tu sbb tak puas lagi nak menyusu ngan ibu...saya kongsi susu ibu ngan kak Iffah..ibu cakap, berkongsi tu berkat..susu ibu pun sgt berkat..kak Iffah jaga saya betul2..tepuk2 saya bila saya nak tidur...n tak bagi org lain ganggu saya tidur..sayaaang kak Iffah..




Ok...dah penat dah...nak tidooo...yg KIRI tu SAYA...yg KANAN tu KAK IFFAH...ok, doakan kami berdua juga dn abah yer...ibu dan abah bakal menduduki exam lagi 11 hari...moga Allah permudahkan buat ibu dan abah dan kurniakan kejayaan buat mereka berdua...ameen..



ps: boleh juga baca entry ttg saya di blog abah..


TQ, wassalam.
Baca Selanjutnya...

Wednesday, November 24, 2010

Syarahan Perdana & Kenangan Lama Saya

Assalamualaikum wbt..



Saya sekadar nak hebah2kan kedatangan SHEIKH PROFESSOR DR. MOHAMMAD SAID RAMADHAN AL-BOUTI ke Malaysia dari 28 November 2010 sehingga 1 Disember 2010. Beliau ke Malaysia diiringi oleh anaknya, Dr. Tawfik Ramadhan.

Syarahan perdana di atas adalah antara program yg disusun untuk beliau yang dibuka untuk kehadiran masyarakat umum. Jadi sama2lah kite manfaatkan peluang yang ada..

Program ni dianjurkan oleh PERSATUAN ULAMA MALAYSIA cawangan selangor..Pengerusinya ialah Ustaz Zamri Shapik...



Takde dah gambar ustaz nak taruk sini..amik kat web PUMSEL jer ni..



Beliau dahulu ialah ketua HEP di Darul Quran JAKIM, sebelum bertukar ke JAKIM. Sangat seronok dapat berguru dan punyai murabbi yang murshid macam ustaz. Beliau sangat mesra dan memahami anak2 muridnya. Menjadikan kami tak segan silu berkongsi masalah dan merujuk pada ustaz.

Yang paling saya terhutang budi ialah, ustaz lah yang jadi jambatan antara saya dan suami before kami nikah dahulu. Ustaz rajin bagi panduan, ingatan dan menggalakkan kami segera bernikah. Yg lucunya, ustaz akan korek hal2 kami dari saya... dan skrg saya dah nikah 3 tahun lbh ngan abang, n bakal menimang cahaya mata kedua.. Tentu ustaz happy ngan kehadiran bakal cucu kedua dari kami...huhuhu...saya ni mengenang kisah2 lama plak...

OK, sila hebah2kan program di atas yer kawan2...

Tq, wassalam.
Baca Selanjutnya...

Wednesday, November 17, 2010

Salam 'Iduladha dari Kami Sekeluarga..

Assalamualaikum wbt..



Sempena ketibaan hr yang mulia dan bermakna ni...saya mewakili abng n iffah nak ucapkan selamat hari raya aidiladha untuk semua kawan2 n kenalan..

Sudah tentu hampir semua antara kita sama2 ke masjid bertakbir, bersolat sunat aidiladha dan mendengar khutbah..ramai juga yang turut serta ambil bahagian dalam sembelihan korban, melapah dsbnya...ape sekalipun, moga kite tak lupa terhadap pengajaran dari khutbah raya dan pengisian2 yg kite peroleh sempena aidiladha ini...

Tahun ni kami raya haji kat kampung sebelah saya, kuantan ni je pun..sbb tahun lpas dah raya kat dungun, sebelah abang...iAllah akan pulang juga ke dungun dalam raya ke-3 nanti...

Nak tahu tak nape saya pilih gambar di atas utk ucapan raya?...sbbnyee...saya teringat, adik saya slalu kate gambar kartun tu macam rupa abang lang (suami saya)...hehehe..ce compare, ada gaya tak? sy harap abang tak marah ler...



Ada match tak??


Seprkara lagi, saya hari ni dah cukup 36weeks pregnant..tak sabar2 menghitung hari...due saya 15/12/2010...ada exam clinical untuk paediatrik pada 9/12/2010...ada exam theory pula pada 13/12/2010...tarikh2 ni sangat hampir ngan jangkaan saya bersalin samada saya bersalin awal sikit or tepat2 pada masanya..then, dapat la cuti seminggu lebih before sambung untuk posting surgery...moga2 Allah kurniakan waktu yang terbaik utk kelahiran anak ke-2 ini...ameen...doakan yer...


Ni gambar latest saya ngan iffah..kami semayang sama2..nak doakan adik lahir dengan selamat..nampak berisi kan saya..memg ada gaya pregnant


And last skali, nak taruk gambar iffah n sepupunya areena yg berusia 3 tahun...mereka berdua ni sgt rapat main bersama2...tapi setengah jam skali, mereka pasti bergaduh...hmm, memg penin kepala dibuatnya...kena jadi guard plak tgk mereka main sama2, takut bergaduh n nangis2..huhu...stp ahad kitorg gi umah areena as kami posting kat hosp temerloh skrg...tumpang tinggal umah areena n mummyner...


Saat-sat mesra...japgi gaduh la tu...



OK, tq...wassalam.
Baca Selanjutnya...

Sunday, November 7, 2010

Si Comelku (^-^) ..

Assalamualaikum wbt..

Kali ni saje2 jer nak mengupload gambar2 iffah..takde keje..sambil2 mengenang bahawa budak comel ni sering kena marah dek saya yang makin stress sarat mengandung nih..Bukan ape, berat plak rasa kandungan kali ni..kdg2 ada gak sakit blakang..tido malam makin kurang as asyik bgn buang air kecil je..plus kena asyik pusing kiri kanan tak selesa terhimpit perut..plus iffah manja nak peluk ibu aje bila tido..nak susu badan plak tu, tak padan ngan dah 2 tahun lebih iffah ni..hehehe


Ini iffah mardhiyyah, cahaya mata pertama saya dan suami.. Dah nak masuk 2 tahun 3 bulan dah usianya.. Telatah iffah sejak dah besar sikit ni banyak yang mencuit hati, menghiburkan dan tak kurang juga yang cukup2 menguji kesabaran saya yang nipis ni..Cuba tgk aksi iffah waktu pakai baju kuning tu.. Nampak kan side 'nakal' dia.. Memg pandai bab2 usik ibu abah dia ni... Tapi, dari gambar pun nampak, iffah sgt syng pada ibu dan abah.. Namun, kuat juga bergaduh ngah abahnya.. Mereka ni suke sgt slg usik-mengusik..last2, bercakar2..adui, memg tension saya kadang2 dibuatnye.. Tapi, depan orang, iffah tawadhuk taw..Ce tgk gambar iffah ngan nenek n mak cu tu.. Diam je, budak baik la katakan...huhuhu



Ni gambar iffah waktu baru sahaja dilahirkan..lebih kurang 3 jam agaknya.. Mata pun jarang2 lagi nak bukak..Saya masih ingat lagi, waktu ni pipi iffah lembut sgt, macam kapas, sgt berbeza tekstur kulitnya.. Bau iffah pun sgt harum, bau baby baru lahir org cakap.. Kami stay kat hospital dalam 7jam aje.. Tapi, nak patah tgn saya riba iffah.. Iffah tak mau duduk dalam baby cot tu, nangis2..plus lapar sbb susu tak banyak lagi agaknye... Emm, kudusnya wajah iffah time ni...Wpun kdg2 iffah skrg pandai buat hal, tak sampai hati nak marah pun bila pikir2 balik saat ni...



Aiii...gambar semua pun tutup mata...Memg menenangkanlah wajah bayi yg tidur ni.. Gambar baju hijau tu, iffah nak nagis tunggu saya berurut masa pantang.. Nenek yg snap..Haha, lucu la rupa iffah..merah padam muka..



Ni pun, tido aje keje nya lagi..siang la tapi nye,malam bukak mata luas2..saya dan abang kena amik shift pulak teman dia main malam2..Waktu ni kami baru 1st year medic, sgt teruji rasanya nagn pattern tido iffah ni.. Agak tension dibuatnya nak sesuaikan diri dengan jadual baru dan tanggungjawab baru saat tu..Tapi, alhamdulillah..ifffah sihat dan makin gemoook.. But, but, but...hampir tiap kali kami nak exam, iffah demam panas...ujiannyee, nak nangis rasa time tu.. Cumanya, Allah Maha Besar.. survive jugak kami berdua sampai ke tahap skrg ni..alhamdulillah..



Iffah makin membesar.. dah pandai gelak2 n pandang kamera.. Ape la yang iffah tahu ttg kehidupan kan.. yg penting hisap susu, main dan tido aje..



Kat atas tu, gambar iffah dgn syifa, sepupunya.. kecik dan cute je mereka berdua ni.. Time ni, iffah dah biasa ngan outdoor punya aktiviti..slalu gi jalan2.. yang satu lagi kat atas tu, iffah ngan toki masa gi rehlah.. Leher iffah gemuk kan.. Bila jalan2, selalu la org lalu lalang tegur cakap comel..naik segan ibu ngan abah dia ni, senyum aje la... moga2 akhlaknya pun comel laa sampai dewasa nanti, doa dalam hati...



Nape la saya taruk gambar iffah yang senyum aje.. Hmm, patut letak gambar iffah nangis2 buat hal sikit.. Baru adil nampak kehidupan ni.. Bukan selalunya hepi aje... Mengenangkan iffah yang skang dah pandai duduk ats lantai bila merengek kat pasaraya, pandai nangis kuat bila tak dilayan kehendaknya, semua pendapatnya yang betul..plus manja sgt nak dapat adik...kdg2 saya hilang sbar..marah iffah, cubit pun pernah.. Tapi, sy sayang sgt iffah.. bila iffah nangis, saya pun nangis..sbb tak terniat pun nak marah balik..rasa bersalah pulak...



Tengok aje la yer.. no komen.. eh,jap..time ni iffah baru pandai main lidah..asyik menjelir je..buruk sungguh nampak..huhuhu



Ha..gambar last dah..penat dah ni.. Berbeza kan iffah skrg dari dulu..tak gemuk dah skrg, pipi pun dah tak tembam macam masa baby dulu..


Tapi, saya sayang iffah macam dulu jugak.. Ibu doakan iffah jadi anak yang soleh dan bijak dunia akhirat.. Saya sangat terharu sbb skrg iffah selalu nyanyi lagu 'Ibu Ratu Hatiku' kat saya..Skrg pun, iffah dah pandai ckp,'mintak maah' sambil menghulurkan tangan bila dia nampak saya marah dgn perbuatan dia.. Moga2 saya mampu jadi ibu yang mendidik iffah di jalan Allah dgn segala kekurangan yang ada..ameen..


OK, tq. wassalam.

Baca Selanjutnya...

Saturday, November 6, 2010

Tagging ?!!

Assalamualaikum wbt..

Waah...ni 1st time dlm hidup saya kena tagged taw...buta gak la ape benda tag2 ni sbnarnya...tapi, buat aje la..

Kalau kat hospital, doktor 'tagging' bermaksud doktor yg baru masuk posting.. 9 hari kena tagged dalam posting baru..tahu tak ape maknanya???...huhu, bagi saya macam kena orientasi la...keje banyak, kena blaja byk, kena marah pun banyak...tapi, banyak la jugak kebaikannya wpun kesiaan aje menengoknye...huhuhu...saya gitu gak kot nanti..

Eh, eh...dah lari tajuk ni...

Saya di 'tagged' oleh ummu auni..salam perkenalan untuk beliau...thanks jugak dgn tag2 ni..

Ok, sila baca di bawah...

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

1) Hari ni (6 nov) adalah birthday saya yang ke-23... sila wish n doakan yg baik2 utk saya yer..hehe

2) Nama saya Nurul Mutmainnah binti Yusof.. kawan2 panggil Mut, Nurul, Mutmainnah... Tapi jarang la yang panggil Mutmainnah.. ayah saya memg tak puas hati bab ni..sbb Mutmainnah tu la letaknya makna istimewa nama saya..

3) Makna Mutmainnah ialah 'ketenangan'..masa kecik2 saya tanya ayah, 'nape bg saya nama ni?'...ayah cakap, 'sbb org yang tenang je boleh masuk syurga'...sy ingat kuat2 dalam hati..moga makbul doa ayah untuk saya..ameen..

4) Saya ni banyak cakap...kuat bercerita...sejak dari kecik lagi..balik skolah je, saya akan crita semua yg berlaku kt skolah pada mak..cerita kisah2 dari buku kat adik2 mcm penglipur lara.. bila dah masuk U, jrg balik umah. tiap kali balik, fuh....tak tahan mak nak tadah telinga nak dgr criter sy...hahahha...mak ckp, 'OK..amik turn buat shift dgr kak Mut nak bercerita ni'...nasib laa...semuanya pun terbukti ngan tag ni...aiii, bila la nak siap sampai no. 25 nih...

5) Tapi, saya kurang skit ramah pas dapat iffah ni..kurg ramah bila jumpa org la..pasal penat asyik kena citer benda sama pttg ifah kot...

6) Saya makan tak pilih2 benda mahal...tapi, banyaaaak benda yg saya tak nak makan...sbb hidung sy sgt sensitif ngan bau...asal bau tak kena, saya takkan makan...wpun org semua kate sedaaap...antaranya AIR SOYA, PAU, DONAT, KARIPAP KENTANG BIASA, BETIK... hmm,ape ntah lagi...

7) Saya pernah jual kek coklat...tapi yg sebenarnya, saya tak makan sgt pun kek yg saya buat tu...bukan sbb letak racun ke,jampi ke...hahaha..tp, sbb saya TAK MINAT MAKAN KEK...mak saya sukeee buat kek utk anak2..sampai mak pesan kat saya masa bekalkan kek nak bawa gi U, 'kek mak bg tu makan tau, jgn bagi kat org pulak'...hehehe...bukan tak sedap mak, sedaaap...

8) Saya sangat nakal masa kecik2 dulu...slalu kena rotan...sila tanya mak kalau tak percaya...

9) Bole jugak tanya kat kakak or abang or adik saya ttg hal nakal ni...mereka ada gelaran best lagi untuk saya pasal nakal2 nih...huhu...

10) Tapi, dah besor ni...dah baik la...

11) Mak cakap, saya dulu cepat belajar.. boleh membaca masa umur 4 tahun..sebulan aje mak ajar..oh, sy ingat lagi buku2 tulis kakak yg lebih, saya guna utk berlatih menulis ABC...saya takde beg cute utk isi buku...jadi, guna plastik besar warna oren utk jadikan beg...pg2 saya gendong plastik ngadap tok guru saya (mak) utk blaja...sayaaang mak...

12) Saya tak pernah masuk praskolah...pandai baca, tulis, kira dan ngaji dgn mak...mak cakap, 'ayah kata: anak2 mak mesti pandai yg asas semuanya di tangan mak...nanti pandai2 pahala semua mengalir kat mak'...ayah tentu bangga ngan mak, ajar saya n adk brdk dgn susah payah hingga bijak2....he~

13) Saya nikah umur 20...

14) Anak pertama umur 21...

15) Bakal anak kedua umur 23...

16) Saya akan grade umur 26....wooo, tua nyeee...doakan saya lulus tnpa repeat ape2 ye...

17) Saya skrg pregnant 8 bulan...tak sabar nak tgk baby baru..

18) Suami saya nama Mohammad Imran bin Ahmad..beliau sgt baik dan agak pendiam...warak2 gitu...macam mana ntah beliau telah tersangkut hingga berjodoh dgn saya yg sgt kontra dgn watak beliau..hehehhe

19) Kami berkogsi minat yg sama...HOME INTERIOR DESIGN dan LANDSKAP LAMAN..tak percaya?...kitorg asyik ubah je susunan perabot dan hiasan umah..dalam 2 tahun ni, lebih 5 kali dah bertukar2 fesyen umah ni...yg the latest ni, plg kami puas hati..huhu

20) Saya skrg masih blaja.. medik kat UIA Kuantan.. skrg posting Paediatric (kanak2)...

21) Asal usul cita2 saya ni dtg dari perbualan saya ngan ayah masa kecik2 dulu...masa tu mak kat hospital, lahirkan adik saya yg keberapa ntah...ayah ckp: 'nanti dah besar nanti, jadi la doktor ye'..sejak hari tu, dgn rasminya cita2 saya bertukar dari nak jadi cikgu kepada nak jadi doktor...ayah ingat tak ni?...

22) Hmmm...saya anak ke-3 dari 11 orang adik beradik...ramai lagi berderet2 kat bawah...saya harap, saya dapat bantu keluarga bila dah kerja nanti..

23) Adik saya ke-9 panggil sy 'mak' masa kecik2 dulu..pasal saya rajin jg dia kot...saya rasa, dia sgt terharu la dgr cerita tu bila sy bgthu dia...hehe...

24) Ha...saya tak pandai masak (tp, sedap je sy masak sbnrnya. hehe)...tapi pandai rasa org masak...mama la yg cakap saya pandai rasa masakan ni...baba pulak tambah komen, 'org tak pandai masak memg macam tu, pandai rasa org masak'...dush...kena sebutir...puji sambil2 perli..hehehehe...

25) Dah last dah...emmmm, ape yer...saya tak suka study time cuti...dari skolah lg gini...wpun bw balik buku, saya tak sentuh pun time cuti2 gini...alamak, byk benda nak study pasal Paediatric ni...adakah saya kena berubah sgera???...huhuhu


Oke...nak tag sape lak yer...sape2 je la yer...

1. kakak
2. abang habib
3. sol
4. kak asma
5. teh
6. abang
7. kak mawaddah
8. aneem
9. kak mar
10. kak tikah
11. kak nadia
12. kak maryam
13. kak ainun
14. kak murshidah
15. kak imah
16. yani
17. fatimah
18. syahida
19. ji
20. amalina
21. hajar
22. zai
23. qila
24. asma
25. ummu auni


Oh...penat2...

OK...tq...wassalam.
Baca Selanjutnya...

Friday, October 29, 2010

MMS untuk Toki !

Assalamualaikum wbt..

Hari ni ulangtahun kelahiran toki.. Ibu MMS toki untuk bagi ucapan.. Tapi, asyik fail aje..Apesal ntah..

Jadi, iffah MMS toki kat sini jelah ye..


Assalamualaikum toki.(^-^)..kenal sy x?..sy ni cucu toki y comel dan soleh..ce toki teka.hi3..



Ha,btuul..sy iffah mardhiyyah..toki memg bijak mcm sy.(^-^)..ini gambar sy dgn ibu n abah.(^-^)



Kami ber3 nak ucapkan slmt hr ry haji kat toki n nenek..eh, silap2..nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke49 kat toki..moga toki bahagia dunia akhirat bersama nenek n kami semua.(^-^).ameen..

OK..tata semua..wassalam.
Baca Selanjutnya...

Monday, October 18, 2010

Beratnyee Jari..

Assalamualaikum wbt..

Hmm...ape la nak jadi dengan blog saya ni agaknya ye...jarang2 sungguh saya update...2 bulan skali kot..tapi, saya still setia bc pkembangan kawan2 kat blog mereka...aiii, seronok baca kisah orang aje..Perkembangan diri sendiri yang sungguh2 ber'kembang' ni takde plak nak kongsi ngan kawan2 kan...macam tak adil aje..huhu

Mula2, saya nak cerita pasal exam posting (O&G) obstetrics & gynaecology yg lepas..alhamdulillah, semua lulus..wah, saya sangat bersyukur sbb sgt takut tak lulus..sampai saya doa kat Allah...wpun amalan saya dan abang sikit, pohon sangat jadi penebus agar kami dua2 lulus...alhamdulillah, lulus jua..


Ini gambar kenangan saya dan abang masa dalam operation theatre HTAA...
kitorang tukang tengok aje doktor bedah2 orang...sluar tu warna biru sbb kami 'curi' staf punya...sluar hijau uia asyik habis aje...tanggung je la bila sister marah2..hehe


Sekarang ni, kami posting Paediatrics (kanak-kanak) plak...sangat berbeza ngan posting O&G..dulu tgk ibu2 mengandung yg sihat2, sakit pun takde la melarat aje...bayi yg lahir pun most of them sihat2...tapi, posting paediatrics ni sangat mengharukan...saya melihat kanak2 yang sakit, tak larat, menangis2 sakit n takut doc serta nurse, meragam2...bersahut2an tangisan mereka...oh, pilunya hati...melihat ibu yg tabah sekali layan karenah dan bersengkang2 mata teman anak sakit...saat tu la saya bersyukur sangat...sebab Allah kurniakan saya Iffah Mardhiyyah yang sihat dan kuat...untuk posting ni, hati keibuan saya ni buatkan saya tak sampai hati nak sentuh2 budak2 ni, bimbang menangis la dan macam2 lagi...

Saya pun jadi sangat berhati2...masuk wad je, cuci tangan...sentuh sorg budak sakit, cuci tangan...nak kuar wad, cuci tangan..semuanya sbb saya bimbang sangat mereka dijangkiti kuman sesama mereka n kuman dari tangan saya...nak jaga Iffah juga...tak mau bawa balik kuman dari hospital ke rumah...slalu pesan kat abang, jangan malas2 cuci tangan tau before kuar wad, nanti iffah sakit...white coat pun tak pakai kalau nak dukung iffah...dulu, sy tak percaya white coat blh jd tempat bawa kuman..wpun ada doktor dah pesan...tp skrg, saya percaya...sbb masa posting O&G, iffah takde pun sakit...ming 1st posting paeds, iffah cirit birit n muntah2....ming 2nd iffah macam nak batuk2....fuh, insaf terus saya ngan abang...ambik langkah berhati2...sayang kat iffah..tak mau dia masuk hospital...kesian sgt bdk2 sakit...



Ni pagi2 masa nak gi HoSHAS, temerloh...dulu2 berani lah dukung iffah ngan white coat..
skrg, dah tak berani...bimbang iffah sakit lagi...sian iffah, muke pasrah je...
baru bangun tido sbnarnya tu..




Then, nak citer satu lagi berita...kire macam nak buat announcement lah ni..hehe...rasanya berita ni ramai dah yang tahu, cuma saya nak cerita jugak secara rasminya as saya tak pernah sikit pun sentuh ttg ni dalam blog saya ni...sebenarnya, hari ni cukup 31 minggu 1 hari saya pregnant...maknanya iffah bakal dapat adik baru dalam 2 bulan lagi...saya sangat tak sbr2 nak tunggu baby ni lahir...masa posting O&G, saya asyik main baby orang aje.hehe...due datenya sekitar 17/12 ni...saya haap kawan2 semua boleh tlg doakan saya mudah bersalin n tiada komplikasi slpas bersalin kelak....tarikh due tu betul2 2 hari lpas saya exam untuk posting Paeds ni...



Iffah sangat hepi nak dapat adik...skrg iffah suke sangat main2 n pegang baby...
tgk tu, excited nak amik gambar ngan baby..kalau dulu, pandang pun tak nak tau..
baby tu anak kawan saya, pinjam sat gambar buat iklan kat sini..



Oke, takat ni aje lah dulu...nak lpas gian tulis blog aje...moga2 saya trus bersemangat nk type2 nih...ameeen

Wassalam.
Baca Selanjutnya...

Saturday, September 4, 2010

Yang Berubah..

Assalamualaikum wbt..

Salam Ramadhan untuk semua.. Dah hampir ke hujung pun, baru berpeluang mencoret sesuatu dalam blog ni.. Lama sangat dah tak update, 2 bulan lebih tinggal gitu je..

Bukan tak mahu, tapi tak sempat..Rasa seperti banyak lagi perkara lain yang lebih utama..

Hmm..banyak betul perkara yang berubah semenjak saya dan suami melangkah ke alam clinical perubatan nih..Sekarang dah masuk minggu ke-8 kami posting O&G (perbidanan dan sakit puan)..Wah...sangat mengujakan pengalaman di hospital ni..Banyak yang nak dikongsikan sebenarnya, tapi tak tertulis2 pun..

Minggu pertama masuk clinical ni...eerrrkkk, class full. Pagi sampai petang...penat sungguh. then, the next week, start masuk hospital. Ikut doktor pusing ward tgk perkembangan patient, tengok prosuder2 ke atas pesakit, belajar sambut kelahiran, belajar cucuk orang, cucuk baby, blaja itu ini..itu ini... semuaaaanya nak kena blajar sendiri... Memang betullah senior2 cakap, kalau kite sendiri malas gi hospital and malas belajar, memang tak reti la nak jadi doktor macam mana nanti...

Sejak masuk clinical ni...memang banyak yang berubah..

1) Masa seakan sangat bernilai tiap satunya, tak leh bazir2 gitu aje..semua kena atur wisely..time bila nak kemas umah, nak masak, nak jaga anak n suami, nak g meeting, nak baca buku, nak wat assignment, nak tulis kes, nak buat on call, nak gi kedai...n yang penting jugak...time bila nak tidoooo....oh, ibadah taw. mengumpul tenaga agar mampu jadi hamba Allah yang baik atas muka bumi ni..

2) Waktu baru melangkah ke clinical year juga ni lah, tibanya tarikh 17 ogos.. Alhamdulillah, iffah dah masuk 2 tahun. Dah besar, makin comel, makin bijak, makin nakal, makin semuanyalah.. Seronok bila iffah dah mula belajar mengira, kenal ABC, kenal alif ba ta, dapat bercakap ayat penuh, pandai melawa..huhuhu...Dalam sibuk2 ni, kami tak lupa sambut birthday iffah skali ngan sepupunya syifa...Meriah macam tahun lepas jugak..

Tapiiiinyaa...saya dan abang lupa sesuatu...ye, sesuatu yang rasanya permulaan kepada kehidupan kami suami isteri...KITORANG LUPA ULANGTAHUN KE-3 PERNIKAHAN KAMI adalah pada 18 OGOS...hahaha, blum tua pun dah tak ingat. padahalnye sehari aje lepas birthday iffah...hmm, saya dah tak hairan lah nape ada pasangan suami isteri gaduh2 bila salah sorang tak ingat anniversary mereka.. sedang kitorang ni dua2 pun tak ingat...baru jadi medical student n sorang je pun anak..hehehe

Namun, saya sangat terharu...sebab yang mengingatkan saya tentang ulangtahun pernikahan kami ni ialah sahabat saya, jie...JIE LAH SATU2NYA YANG WISH SAYA..dengan sebab tu juga la saya ingat tentang 18 ogos ni..thanks jie..

Hal ni jg buatkan saya sedar, betapa sayangnya saya dan abang kat iffah..lebih dari sayang kat diri sendiri rupanya..

3) Yang berubah juga ialah masa saya, suami dan iffah bersama...time saya on call sampai sahur, iffah tidur dengan abah je...time abang on call sampai sahur, saya dengan iffah aje.. Kasihan iffah, selalu nangis mahu ikut saya ke hospital. Kasihan juga abang, kena layan karenah iffah yang mahukan ibunya ni...Sering abang kena bawa iffah jalan2 dan spent masa berjam2 memujuk iffah tidur tanpa saya...akhirnya, tido jugak...Tapi, saya tahu, abang hepi jugak...sebab abang suka bila iffah tido kat ketiak abahnya..hehehehe...mengikat kasih sayang gitu..

4) Saya juga rasa sangat bertuah..sebab saya tahu, abang memang suami mithali..boleh urus iffah A to Z tanpa saya..boleh juga urus rumah bila saya takde, or bila saya letih...thanks abang..

Hmmm..takat ni dululah..Nak siap2 gi ifthar batch 12 medic kat UIA pula ni...

Ape sekali pun...saya sangat hepi jadi medical student ni..saya suke jumpa patient dan bantu mereka..dah saya suke belajar pelbagai perkara baru...melihat peristiwa dalam kehidupan manusia dan menghargai apa yang saya belajar dari karenah mereka...

Moga saya dan abang bakal jadi doktor yang baik dan beriman...ameen...
Baca Selanjutnya...

Wednesday, June 30, 2010

Melangkah ke Alam Perkahwinan ..

Assalamualaikum wbt..

Sejak tarikh pernikahan saya dan suami pada 18 Ogos 2007, semakin ramai sahabat handai yang kini telah jua meniti jejak yang sama. Ramai hingga tak cukup jari saya nak membilangnya. Yang istimewanya, kami mendirikan rumahtangga di alam pembelajaran. Tahniah untuk semua ye.

Selangkah ke alam perkahwinan, segalanya baru. Iyalah, menjejak dunia baru yang asing kan. Selangkah lagi, tibalah ke alam keibubapaan. Kali ini, saat menduga tanggungjawab dan jua saat menghirup manisnya keindahan baitul muslim.

Hingga kini, usia pernikahan saya dan suami hampir menjejaki angka 3 tahun, begitu jualah usia iffah mardhiyyah yang bakal menjangkau 2 tahun. Iffah lahir cukup2 sehari sebelum hari ulangtahun pernikahan kami yang pertama. Sepanjang tempoh ini jugalah, banyak perkara yang semakin mematangkan diri dan fikiran saya. Bergelar isteri membuatkan saya lebih peka memerhatikan kehidupan rumahtangga pasangan lain. Belajar dan mencari pengajaran.

PATUT NIKAH KE TIDAK, KAK?

Selepas bergelar Puan ini, sering jua lah diri saya ini menjadi tempat rujukan kawan2 tentang soal mendirikan rumahtangga. Bukan sebagai ustazah or kaunselor, cuma sebagai satu pilihan untuk secebis perkongsian dan pandangan. Sering juga mereka berbelah bagi di hati samada keputusan hendak bernikah ini syari'e atau tidak. Pendapat dan pengalaman saya, sebagai seorang hamba yang baik, setiap keputusan kita haruslah bersandarkan pada pandangan syarak. Bukan sekadar berpandukan perasaan dan emosi.

Saya suka merujuk kepada hukum pernikahan yang semua antara kita telah pelajari waktu persekolahan dahulu. Ia simple dan mudah difahami. Memang tak dinafikan, panjang perbahasannya, namun perkara simple ni pasti lebih melegakan fikiran yang kusut saat hati resah menanti si dia. hehe.

1. Wajib - Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.
2. Sunat -
Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, tidak khuatir terlibat dengan zina.
3. Harus -
Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin, dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.
4. Makruh -
Mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.
5. Haram -
Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya.

Kemudian, hisablah diri masing2 di samping memohon petunjukNya. InsyaAllah meneguhkan hati di atas pilihan yang terbaik.

BANYAKNYA DUGAAN MENGHALANG, KAK (T_T)

Hmm, hati memang nekad nak bernikah. Tapi banyak betul rintangannya. Sana sini terdengar keluhan. Ada juga yang keresahan, mencongak2 wang belanja nikah, rumah sewa, bakal anak dsbnya.

Isu yang pertama dibangkit selalunya tentang restu dan kerjasama ibu bapa. Samada sebelah pihak atau dua2 pun bermasalah serupa. Memang tak dinafikan ini isu biasa, saya juga satu masa dahulu berhadapan perkara yang sama. Namun, yakin3!! Setiap kebaikan itu pasti bersama pertolongan Allah.

Ayah mempasakkan dalam jiwa saya, hati ibubapa itu dalam genggaman Allah. Allahlah yang membolak-balikkan hati manusia. Berusahalah dan yakin dengan pertolongan Allah. Ibu bapa kite bukan tidak sayangkan anak, cuma masih ada yang kurang yakin akan survival anak2 dan masih tidak dapat memahami antara adat, pandangan umum, dan tuntutan syarak. Berusahalah dengan bijaksana! Huhuhu

Isu kedua, soal wang. Yang ini, bagi saya adalah masalah yang sangat relatif. Bagi si A yang sederhana, rm100 tu banyaaaak. Bagi si B yang agak mewah, cipuuuutnyeeee. Soal wang ini memang rezeki dari Allah, namun kita masih boleh berusaha dan merancang. Manusia apabila ditanya tentang cukup, memang sentiasa tidak cukup. Wang apabila dibilang2, lagilah dirasakan tak cukup. Saya dan suami dahulu, ada juga membuat tabungan sebelum pernikahan. Sekarang juga, ada simpanan dari biasiswa, wang niaga kecik2 dan wang orang hulur. Hehe.

Jika diteliti, tak banyak yang berubah tentang soal belanja harian. Sejak melangkah ke IPTA (zaman anak dara), saya banyak bergantung pada wang biasiswa sahaja berbanding meminta dari ibubapa. Memandangkan mak ayah punya tanggungan lagi 8 orang adik-adik di rumah. Dah semput sangat saat biasiswa lambat masuk, baru minta dari ayah.

Ayah sekali lagi memahat dalam jiwa saya tentang rezeki. Saya tahu ayah sangat yakin dengan janji Allah dalam ayat 1000 Dinar. "Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Sesiapa berserah diri bulat2 kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya..ila akhir ayat"

Ayah juga berpesan. Dari satu hadith, antara 3 orang yang dijamin rezekinya oleh Allah ialah orang yang berkahwin untuk menyelamatkan diri dari melakukan maksiat. InsyaAllah dengan keberkatan dan kesabaran, segalanya mencukupi.

Isu ketiga, soal anak. Realitinya bolehlah dibaca dari perkongsian ramai sahabat2 yang sudah dikurniakan cahaya mata saat dibangku pelajaran ini. Mungkin agak tertonjol yang manis2 aje, sebenarnya yang dasyat2 banyak juga. Hehe. Memang mencabar.

Bagi saya, anak adalah anugerah Allah. Lebih baik miliki seorang dahulu buat penyeri dan menambah berkat rumahtangga before kita merancang. Ini juga pendapat dari ustzh Isfadiah, principal mahallah saya dahulu. Namun, walau kita merancang, Allah jualah yang menentukan segala-galanya. Yang terbaik adalah darinya, berbahagialah dalam kesabaran. Setiap anak itu sudah tercatat rezeki untuknya, InsyaAllah.

SATU SOALAN YANG TIDAK DITANYA

Seorang ustaz pernah berkata dalam kuliyyahnya. Masyarakat sering bertanya dan merujuk kepada ustaz2 tentang soal berkahwin dan akad nikah. Tapi, amat jarang dan mungkin tiada yang bertanya tentang soal bagaimana seharusnya majlis perkahwinan diadakan.

Kesannya, merata-rata dapat kita lihat majlis perkahwinan yang masih bercampur dengan perkara yang tidak seiring dengan syarak. Masih ramai yang menggunakan mekap berlebih-lebihan saat itu, tak kurang juga yang majlisnya bercampur baur lelaki dan wanita, menggunakan muzik dan nyanyian yang melalaikan, pembaziran dan sebagainya.

Tidak dinafikan, hampir keseluruhan autoriti menentukan perjalanan majlis perkahwinan adalah ibu bapa kita yang kadang2 masih kurang kefahaman tentang Islam. Hinggakan ada yang tidak mampu menolak desakan ibubapa untuk bermekap2 dsbnya. Namun, masih banyak juga ibubapa dan kita sendiri yang luas ilmu agamanya, namun terkorban kerana terlalu mengambil kira pandangan masyarakat tentang adat sambil menyedapkan hati dengan kata2, "Kahwin sekali aje seumur hidup, takpelah sekali aje".

Seorang ustaz yang lain pernah melontarkan satu cabaran untuk para mahasiswa yang mengaku dirinya pembawa dakwah. Sedaya upaya berusahalah menyelamatkan diri kita dari fitnah mengadakan majlis perkahwinan sebegini. Sekiranya tidak mampu pun, mulakanlah dari anak2 hasil baitul muslim kita. Pastikan anak2 terjaga syaraknya saat majlis perkahwinan mereka kelak. Semoga menjadi suatu qudwah dan medan dakwah yang berterusan. Memecah tradisi yang tidak seiring dengan Quran dan Sunnah. Islam itu memang cantik.

Ayah juga berusaha memulakannya dari majlis perkahwinan anak2nya. Tiada mekap berlebihan, mengasingkan tempat makan lelaki dan wanita, bersederhana dalam perbelanjaan kenduri serta hantaran, meringkaskan khutbah nikah kepada peringatan yang lebih penting dsbnya. Ayah juga tidak menjemput tok kadi, hanya berbekalkan borang nikah yang dah siap di'sign' oleh tok kadi. Katanya nak memecah tradisi yang seolah2 tidak sah nikah tanpa tok kadi. Hehehe, macam2 ayah ni. Kreatif jugak kan.

PENUTUP


Tahniah sekali lagi untuk sahabat2 saya yang telah melansungkan perkahwinan mahupun yang telah menimang cahaya mata. Semoga kehidupan kite semua sentiasa diberkati dan dalam petunjuk Allah swt. Saya sertakan beberapa foto pernikahan saya, kakak dan kawan2 yang saya rasa elok untuk dijadikan contoh (Ini je gambar yang saya ada, yang takde maaflah yer). Ambil contoh yang baik aje la yer. Contoh fesyen nikah pun ok gak. Hehehe. Lihat, semua pun nampak indah tanpa berlebih2an bukan?


Ini gambar nikah saya dan suami


Ini gambar nikah kakak saya (kiri) dan kawannya (kanan).
Kawan kakak nama Aziziul Hakim, nikah dengan kawan saya nama Naziyah.



Ini gambar perkahwinan kawan saya Wardah (kiri)
dan kawan masa kecik2 dulu Israak (kanan)



Semoga yang baik dapat dijadikan ikutan dari posting kali ni. Yang
kurang, harap maafkan yer. Wassalam.
Baca Selanjutnya...

Sunday, June 20, 2010

"CUTE LIL MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST"

Assalamualaikum wbt..

Dah sebulan lebih kot tak update ape2 pun kat blog ni..
Bukan takde idea nak tulis, tapi banyak benar alasan boleh buat untuk jadikan sebab tak update..
Pas exam hari tu, berjalan aje kami 3 orang ni.. saya, abang n iffah..
Kami pergi menziarahi sanak saudara sambil melancong..huhuhu

Okeh2, dah lari tajuk..Tengah2 baca perkembangan kawan2 dari blog mereka, jumpa laa pasal contest sempena birthday Damia yang pertama..
So, nak try participate lah ni..kot2 ler ada tuah dapat hadiah..heheheh

Ini Damia, walidnya ialah penganjur contest ini..


Ini kate2 dari Damia:

Hai kawan2..nama saye Damia' Rujhaa binti Ahmad Zainol Arifin.. Mia dilahirkan pada 20 Julai 2009 di Kuantan.. tak lama lagi birthday Mia.. haa..ajak laa ibu ayah kawan2 datang rumah Mia nanti... ni birthday pertama Mia..haaa sempena birthday Mia ni, walid Mia buatla contest ni..nak kumpul2kan kawan2 Mia kat luar sana.. haa..ape lg kawan2.. jom la..mintak ibu ayah kawan2 snap gambar kawan2 yang paaaaaling cute skali... walid cakap ade hadiah menarik menanti kawan2..tak dapat datang umah Mia pun takpe.. nanti Mia suruh walid post hadiah tu kat kawan2..hihi... =p walid cakap, cara nak sertai contest ni mudah je kawan2.. ok meh Mia nak terangkan satu2...

Sila klik disini ye..



Ini Iffah, peserta contest ini...hehe



Saya Iffah Mardhiyyah binti Mohammad Imran.. Sekarang, umur saya 1 tahun 10 bulan..Saya dilahirkan pada 17 Ogos 2008.. Gambar ini diambil sewaktu saya berusia 8 bulan..Waktu ini saya very chubby..Tapi sekarang, dah slim..Hehe..Semoga hati kawan2 semua senang dengan senyum manis saya yer

Baca Selanjutnya...

Sunday, April 25, 2010

Exam!!...Doakan Kami Lulus Ye!

Assalamualaikum wbt..



Demam exam datang sama2 dengan demam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor..
Moga dua2 berakhir dengan kemenangan...ameenn...

Saya dan suami bakal menghadapi 2 peperiksaan..

1) Final End Block Exam (Block4/Year2) - block head, neck & central nervous system
-26hb 4 hingga 28hb 4.

2) First Professional Exam (Phase1 - year 1 & year 2)
-17hb 5 hingga 19hb 5.

Saya memohon kemaafan kepada semua termasuk famili, mak ayah, mama baba, suami, guru2, kawan2, rakan2 blogger dan semua yang mengenali diri saya.

Doakan kami beroleh petunjuk dan kejayaan dari Allah swt. Ameen.

"Ya Allah, ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa tapi hanya keranaMu..
Belajar ini bukan untuk diri, bahkan untuk seluruh umat RasulMu..
Belajar ini bukan untuk saat ini, bahkan untuk sepanjang zaman..
Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidak tahu tentang ilmuMu..
Ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentangMu..
Redhailah setiap langkah kami kerana kepadaMu lah kami akan kembali.."
Baca Selanjutnya...

Tuesday, April 20, 2010

Pelajar UIA Mimpi Bertemu Rasulullah saw..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.

Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.

Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.

Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..

Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.

Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."

Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.

Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam..(*_ *)

Sebak dalam diri membacanya.. .ALLAHUAKBAR. .semua dengan izinMU..tiada yang mustahil didunia ini melainkan dengan izinMU...SUBHANALLA H WA ALHAMDULILLAH WA ALLAHUAKBAR. .ku mencintaimu YA RASULULLAH..

ALLAHUMMASOLLI A'LASAYYIDINA MUHAMAD WA A'LA AAALISAYYIDINA MUHAMMAD
(Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam atas junjungan kami, Muhammad dan atas keluarga junjungan kami, Muhammad)

(sekiranya kalian mempetikaikan sama ada kisah ini benar atau tidak, itu bukanlah persoalan,ambillah iktibar selagi ada waktu untuk menginsafi diri)



Sumber: http://sauqinatunnisa.blogspot.com
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...