ads
Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts
Wednesday, August 17, 2011
Wordless Wednesday # 12 [ Kaktus berduri berbunga cinta]
Tuesday, August 9, 2011
Menanam herba Inggeris
'Berbudi pada tanah kita akan dapat hasilnya'
Seronok bila tengok rancangan masak-masak di AFC.Selebriti chef di Barat kebanyakannya menanam pokok herba di dapur atau di kebun mereka.Lebih berasa cemburu,mereka boleh tanam pokok herba kita pula.Kalau tengok kebun Abang Jamie Oliver lagi lah jeles! Bestnya macam-macam tanaman ada.Nak masak pergi kebun jap.Terus masak fresh-fresh.
Antara herba yang kita ketahui ialah Daun pudina, stevia, thyme, rosmari, oregano, sage,parsley, selasih, lemon balm dan nasturtium.Kadang-kadang kita beranggapan bahawa pokok herba sukar ditanam. Kononnya pokok sebegini hanya boleh tumbuh di negara yang sejuk. Sebab itu kita lebih gemar membeli herba yang dikeringkan untuk dijadikan perisa makanan padahal herba yang segar jauh lebih enak.
Sebulan lepas saya membeli belah di Pasar tani.Maka, terjumpalah pokok -pokok herba ini.Saya beli.Mahu cuba menanam.Apa yang saya baca info di internet pokok herba barat ini mudah dijaga.tak perlu banyak attention diberikan.Memang ada tumbuhan herba sukar tumbuh, mungkin kerana kita gunakan tanah yang tidak sesuai atau iklim di negara kita tidak sesuai untuk tumbuhan tersebut.Bagaimanapun, ada antara herba yang mudah tumbuh.Misalnya oregano yang popular dijadikan perisa dalam masakan itali. Pokok ini mempunyai daun yang halus dan ia tumbuh dengan segar walaupun mendapat matahari yang terik.tumbuhan herba seperti rosemary, thyme, pudina juga paling mudah dijaga memandangkan ia terdiri daripada spesies menjalar.
Rosemary dan thyme berasal dari mediterrnean.Abi cakap orang Arab pun suka masak guna rosemari dan thyme.Sampai nama mereka diberi nama herba thyme in arabic (Za'tar).Bagaimanapun saya ada baca, bagi rosemary, ia agak sensitif dengan hujan kerana boleh menjejaskan pertumbuhannya.
Jika terlindung daripada hujan dan cuaca teruk, tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi dua hingga tiga kaki seperti yang terdapat di Taman Dapur, Cameron Highland dan kebiasaannya daun herba rosmari digunakan untuk menghilangkan bau hanyir daging.
Kenali herba herba Barat.
my new babies
pudina,thyme,oregano,parsley dan basil
Arwah thyme ketika sakit.mungkin sebab baja yang saya beri tak sesuai.Perlu cari baja cecair folikr.Mungkin juga kerana terlebih air.Sedih...Tapi sempat masak kambing golek dan ayam panggang guna daunnya.Sedap dan puas hati :)
pokok rosmari saya beli di jusco.pokok rosmari tak boleh kena panas sangat.Kena redup dan bawah bumbung pun kena makesure haba tak panas sgt.lebih sesuai letak kat dalam rumah tepi tingkap.
Pendapat saya menanam pokok herba barat ini,mungkin cerewet sedikit berbanding pokok herba kita.mungkin sebab cuaca kita ni panas.Pokok limau purut dan kari kat luar masih sihat dan hidup.Petang-petang siram dan biarkan.Alhamdulillah.
Tapi dalam banyak pokok pudina paling kuat dan cepat membiak.Saya tinggalkan dua hari.tidur rumah MIL.Siap tumbuh tunas baru! Yang lain dah kering kontang dan layu.Hmm,dah ada bayi bayi ni kalau tinggalkan rumah siapa pula nak tengok-tengokkan.Bila balik,sedih lah tengok keadaannya.Begitulah ceritanya.Lainlah,Abang Jamie Oliver.Dia ada tukang kebun.Bestnya!
Setelah sebulan,kesimpulannya pokok herba yang masih hidup dan membesar ialah oregano,pudina,dan rosmari.Basil,parsley dan thyme sudah mati.hukhuk.Nampaknya saya belum lulus menanam pokok herba barat ini. Perlu belajar lagi.Gardening mengajar kita supaya bersabar.Gardening juga perlukan ilmu pengetahuan.Tak rugi kita berbudi dengan tanah.Tak rugi kita belajar bercucuk tanam.Jadi,saya akan cuba lagi dan belajar dari kesilapan.Anda pun boleh mencuba! Selamat bercucuk tanam! :)
Man Jadda Wa Jadda.Man Zaro'a Hasola ( Siapa yang berusaha,Dia berjaya.Siapa yang bercucuk tanam dia lah yang menuai hasilnya)
Saturday, July 30, 2011
I want a maid
Salam Sayang,
Lama saya tak tulis panjang.Idea mahu menulis mencurah-curah tapi tak dapat menghadap dan menulis di sini dengan fokus.Masa saya semakin terbatas.Selalunya sempat membebel di twitter dan facebook sambil menyusukan adam atau sambil menidurkan mereka.
My wishlist yang utama ialah a maid.I want it badly.Saya tak nak habib jewel,ipad,SKII, atau semua material lain.Segala branded things saya tak perlukan.I just want a helper.Saya bukan penat menjaga anak-anak.Tetapi saya stress.Anak-anak sentiasa mahu dilayan.sentiasa mahu attach dengan saya.Lebih-lebih adam yang tidak boleh tinggal langsung.Dia memang baby kanggaroo.Asyik menangis mahu berkepit saja.Ya,dia terlalu sukakan saya sampai tidak mahu berpisah walau seinci.Bagaimana saya mahu buat homechores.Saya rasa tertekan,sakit mata bila rumah tak terurus.Adam pula,akan cepat tersedar dari nap bila saya tinggalkan dia.Mungkin dia kenal bau saya.Jawabnya saya hanya sempat solat.tak sempat mengemas lagi.
Saya suka masak dan baking tapi malas nak mengemas dan mencuci semua pekakas.Kan best kalau ada maid.Saya masak-masak dengan tenang.Bukan dengan sebelah tangan.Tak perlu mendukung adam sambil memasak.Saya buat kek.Maid tolong layan anak-anak kejap.Dah siap.Suruh maid kemas.Dia basuh.Tak perlu saya mengemas dan membasuh pinggan sambil adam memeluk kaki meminta dukung.Tanpa mendengar teriakan kuat dia.Ummi terus dapat kembali pada kamu sayang.
Kan best kalau ada maid.Saya nak makan.Dia tolong main-main dengan anak-anak kejap.Saya dapat makan dengan aman.Sudah lama tak dapat menikmati makanan tanpa tangisan anak,tanpa cepukan tangan anak ke pinggan,tanpa risau terhadap budak yang hyperaktif memanjat meja yang akhirnya jatuh tergolek ke lantai.Lalu membantutkan selera makan.
Saya mahu maid.sementara saya mandi,solat,ke tandas ada orang tolong jaga mereka.Dapat beribadah dengan tenang.Dapat membuat hajat tanpa risau.Saya mahu lebih concern dengan anak-anak.Tidaklah kepala adam benjol sana sini bila saya buat kerja.Saya mahu melayan dan mengajar Aufa lebih kerap.Kasihan dia.Lama tidak buat toddler aktiviti. Mahu dia leka,bagi dia main iphone,bukakkan youtube atau tengok disney channel kegemarannya.Yelah,tak boleh budak terlalu ghairah dan addicted dengan gadget,utube dan tv.Kalaulah lapang,kita buat art,bermain dan buat aktiviti bersama.Tapi tak dapat layan dia bila mahu perhatian bila saya sibuk dengan homechores.
Anak-anakku,bukan ummi mahu lari dari tanggungjawab,bukan mahu melepaskan amanah kepada orang lain.Bukan penat melayan kalian.Ummi puas menjaga kalian dengan tangan ummi sendiri.Ummi terlalu sayang kalian.Tetapi,ummi ada banyak kerja untuk dibuat.Siapa mahu buat kalau bukan ummi.Bagaimana ummi mahu layan kalian setiap masa.Ummi bukan supermom mahupun supermak.Orang lain boleh buat,tetapi ummi tak.I just want a helper.want it badly...I want cook delicious food for us,I want to take care both of you whenever you need it.And the homechores should maid yang buat!
"Dlm Islam, tugas isteri selain melayan suami, adalah membesarkan anak. Kemas rumah, basuh baju, masak, semua optional.Kita buat sebab budaya Melayu begitu, juga sebab bila kita buat, menyenangkan suami. Tp tak wajib. Itu tggjwb suami"
Ya Allah,perkenankanlah hajatku ini.Ya Allah,kau permudahkanlah segala urusan kami.Kau permurahkanlah rezeki kami.
Monday, September 14, 2009
Kebun Kecilku
Sebagai seorang suri rumah yg sendirian berhad.Haruslah ummi bertanggungjwb menjaga tanaman di kebun kecil kami.ecehwah..ayat tak tahan..hihi.Aktiviti baru ummi selain dari ummi berkebun di farm ville dan farm town dalam facebook.hahaha.Setiap pagi sebelum aufa bangun.inilah aktiviti ummi berkebun kecil-kecilan.seronok juga!hehe
rumput carpet philipine,senang tanam,senang jage..
pokok cili cinonet yg power & cute! daun limau purut.nak msk tomyam or asam pedas, petik jek..
pokok duit2 besar..moga dpt rezki duit besar2 gak.amin..ahaks!!
pokok bonsai montok! tak perlu byk air..
pokok duit2 yg suka memanjat..mcm aufa suke pnjat gak! hehe
pokok bonsai montok! tak perlu byk air..
pokok duit2 yg suka memanjat..mcm aufa suke pnjat gak! hehe
pokok duit2 gak ni..duit syiling lak.:)
masa amik pic ni.blum abis tanam rumput lg.separuh lg.but now,bab gardening settled! abi yg tanam..abang memang rajin.hihi.Tq dear..:)
Ummi start berkebun aunty siti yg baik hati bg kami sebahagian pokok2 beliau sbb dia nak pndah ke Dubai.So,Bila dah berkebun ni,ummi kenalah siram setiap hari, belek2, mencabut2 rumput2 liar,bubuh baja organik,dan kene gak menyapu daun2 yg berguguran.hehe.sekarang bila ada pokok yg mcm tak sihat je, daun kuning2.ummi dah risau2.kena pkir psl pokok lak.tapi best berkebun ni.mcm theraphy for us gak.yelah, bila tgk hijau..tenang je.bab bercucuk tnm lak.mmg saving cost kan.kita dpt hasilnya.pasni nk tnm gak pokok len lak.insyaAllah..:)
Ummi start berkebun aunty siti yg baik hati bg kami sebahagian pokok2 beliau sbb dia nak pndah ke Dubai.So,Bila dah berkebun ni,ummi kenalah siram setiap hari, belek2, mencabut2 rumput2 liar,bubuh baja organik,dan kene gak menyapu daun2 yg berguguran.hehe.sekarang bila ada pokok yg mcm tak sihat je, daun kuning2.ummi dah risau2.kena pkir psl pokok lak.tapi best berkebun ni.mcm theraphy for us gak.yelah, bila tgk hijau..tenang je.bab bercucuk tnm lak.mmg saving cost kan.kita dpt hasilnya.pasni nk tnm gak pokok len lak.insyaAllah..:)
p/s: u all suka gardening tak? hope ummi rajin berkebun smpi bile2..hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)