ads

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Riak

Assalam Alayk..

Seorang sahabat kongsikan ini.Mari sama-sama kita renung-renungkan.Terasa sendiri sebenarnya Haha

Kadang-kadang kita tak perasan
Melayu mudah lupa?
Apa pun Islam mengajar kita,
semuanya kita lakukan bergantung pada niat kita.

Mahu kongsi, atau mahu riak? 
Nak muhasabah diri jugak ni.
Tengok balik entry lepas-lepas.
Ada ter'riak' tak? Huhu

Ayah Ada pesan, jangan letak gambar terlalu banyak di Facebook.Nanti orang cemburu.Haha nampak sangat suka post gambar beratus-ratus kan? Haha

Ada ke orang nak jealous dengan I yang biasa-biasa ini? Haha.
Bila fikirkan, mungkin ada benarnya.Itu kan nasihat orang tua...



Apa pun fikir positif, kalau kita niat nak kongsi,manfaat untuk orang lain, No problem je.
Ok bai! :)

Saturday, July 6, 2013

Al-Quran sebagai syifa'

Bila kita diberi ujian sakit, kita mesti asyik mengadu sakit-sakit."sakitnya,sakitnya.Merungut itu ini.Mestilah, kita yang menanggung sakit.Tapi alangkah beruntungnya kita.Jika,ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang mengingatkan kita supaya berzikir atau membaca ayat Al-Quran dari asyik mengaduh-mengaduh.Dari asyik kita berfikiran negatif,badan akan turut lemah mengikut otak kita. The body follows the mind, kata omputih.

Sambil menahan sakit,zikirlah.Jika tak larat membaca Al-Quran,dengarkan lah ayat-ayat suci itu sebagai peneman kita di hospital.Sekarang dah canggih, ada application Quran explorer.Download percuma.Apa guna smartphone canggih manggih.Kita dapat diperdengarkan ayat-ayat suci.InsyaAllah, ia jadi penawar dan pemberi semangat kepada kita, sebab  memang rasa sedih bila sakit, warded sebagainya.Ujian Allah beri, tabah & sabar. :)

Saya mahu kongsi artikel yang saya jumpa .Baru tahu Surah al-Anfaal untuk sembuhkan jangkitan kuman/antibiotic! .semoga bermanfaat ya! :)

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR-
 Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran. 


CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.

- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

Selain dari penyakit yang disebut di atas, didapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran.

Di kalangan anak-anak, penyakit yang selalu diubati termasuklah anak-anak yang mengalami penyakit down-syndrome, penyakit "learning disability", penyakit "dyslexic" dan penyakit kronik yang lain.

AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT-Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yg diminum ialah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.

KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN- Memang benar, perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran!

Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan “reasoning”, dan dengan ini lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang).

Sebagai contoh di dalam Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini:

- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.

- Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system.

- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.

PENYAKIT KRITIKAL (Kanser)- Ramai juga pesakit yang mengidap sakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah SWT) dengan mengamalkan ayat-ayat ini. Ada seorang pesakit yang telah confirm sakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah haid.

percaya dan amat yakin bahawa penyakit seperti kanser boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran. Ini telah terbukti di dalam pengalaman mengubati pesakit-pesakit kanser selama lebih kurang 10 tahun, terutama sekali yang menghadapi sakit kanser tahap 1 dan 2 (stage 1 dan stage 2). Dalam perubatan ini, saya juga menggalakkan pesakit kanser berubat secara moden seperti chemotherapy atau radiotherapy, dan disamping itu juga, pesakit membaca ayat-ayat Al-Quran yang saya berikan. Saya sudah kenal pasti ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit kanser. Pesakit mesti yakin dan perlu berusaha mengamalkan ayat-ayat Al-Quran ini dan juga berdoa agar Allah rahmati dan berkati perubatan ini.

Ayat-ayat dalam surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada penyakit kanser - Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A'raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar. Di sebalik ayat-ayat ini ada penawar kepada penyakit kanser.

Hj. Lokman Abdul Hamid
1, Jalan Bestari Indah,
Villa Bestari, Sg. Pusu,
Gombak
Tel: 019 315 9377

11 December 2009

P/s : Daftar percuma Portal Belajar Bahasa Arab Quran di myarabquran.com.Ramadhan dah dekat, Jom mulakan wawasan fahami Al-Quran! 

Friday, March 1, 2013

Bahagia Dunia,Bahagia Akhirat




 Kata-kata hikmah Prof Dr Muhaya.Bahagia Dunia dan Bahagia Akhirat. 




4 tahap bahagia:

- x bahagia langsung 
- bahagia yang salah,bahagia dgn dadah
 - bahagia bersyarat,bahagia jika anak2 dah kawin,bahagia kalau berpangkat,bahagia kalau rumah besar
 - bahagia walau apa pun berlaku, bahagia kerana ada Allah dan Rasul.

Jadi apa formula kita utk bahagia? Tingkatkan kebergantungan pada Allah. Hanya Allah yang boleh beri bahagia. Bila bergantung pada Allah, semua jadi mudah. Oleh itu berfikir sejenak lebih baik dari solat sunat. 

Formula bahagia:

1. Menghormati makhluk Allah - manusia, haiwan, benda. Apa makna hormat? Bila kita guna harta awam, bagaimana cara kita? Ikhlas atau tak?
2. Buat baik tanpa harapkan balasan, buat kerana Allah.
3. Sentiasa lemah lembut.
4. sentiasa tanya apa sy boleh tolong, bukan apa sy boleh dapat. Great livers are great givers.

 Agak2 boleh bahagia tak kalau amalkan begini? InsyaAllah boleh. Millionare pun ada pengalaman begini - yg pertama, beli baju mahal2, tak bahagia jugak, kedua, dia beli barang branded tapi still tak bahagia, ketiga, buat benda pelik2 mcm panjat Everest tapi still tak rasa bahagia, next dia ikut kawan dia beri bantuan pada anak yatim. Dia bagi kerusi roda pada budak kudung. Bila lepas bagi, budak tu panggil dia dan kata - "aku nak lihat wajah orang yang aku akan lihat di syurga nanti". Mendengar kata2 itu, terus air matanya mengalir. Saat itu baru dia rasa bahagia, rupanya kebahagiaan hanya dapat apabila kita memberi utk orang lain, bukan beri pada diri sendiri. 

Jadi mudah tak nak amalkan formula untuk bahagia? Mudah je kan? 

 Carilah kebahagiaan kita dgn memberi kebahagiaan pada orang lain... 

orang yg bahagia dgn Allah akan bahagia dgn manusia... 

Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain.. hanya orang yang menyayangi dirinya sendiri, dapat menyayangi orang lain...

Saturday, January 7, 2012

Kenapa wanita suka shopping?

Bismillah.Sambutan tahun baru 2012 lepas kami meraikan dengan luar biasa di dataran kemerdekaan Shah Alam.MasyaAllah.Best dan meriah sangat!

Maka,inilah kali pertama menyaksikan ceramah Ustaz Azhar Idrus secara live.Kolaborasi pula dengan Zizan Raja Lawak.Memang tak kering gusi! Happy sokmo!

Ada satu soalan yang saya paling suka masa sesi ceramah mengenai wanita suka shopping.

Kalaulah dpt rekod jawapan malam tu,mmg bestlah.saya cari video kat youtube pun tak jumpa.Tapi terjumpa jawapan ustaz Azhar Idrus malam tu.memang cool lah ustaz.LIKE!


soalan: "Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk'

jawapan ustaz:

"wanita macam budak-budak.suka membeli.contohnye budak-budak, pantang tengok mainan terus je nak,padahal mainan dah banyak kat umah.macam juga wanita, padahal baju,kasut banyak dalam almari yg tak pakai lagi..nak beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. MEMANG TUGAS SUAMI CARI DUIT, ISTERI HABISKAN DUIT..kalau bukan isteri yang nak habiskan duit, siapa lg...kalau bukan isteri,siapa lg yang nak beli periuk,kuali,dll...SUAMI JGN MARAH..ISTERI BESAR JASANYA.. beranakkan anak, jaga anak-anak, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dan lain-lain.orang perempuan memang macam tu.Kita jangan marahlah.Kalau dia,kata nak beli sekali ni je.Tak beli lagi lepas ni.Jangan percaya.Kalau percaya,bodoh. "

Haha.Tergelak-gelak dengar jawapan ustaz.Waktu ustaz jawab,saya jeling-jeling sengih pandang suami.sambil cuit dan usik dia.Dengar tu bang..haha.Cool betul ustaz.First time dengar jwapan macam ni.

Tetapi isterimu kalau shopping still under control kan? Belanja dengan berhemah (shopping barang yang on sale saja ye).Hehe.Thanks bawak shopping tadi.Esok bawak lagi ye.Shopping is my theraphy.Kalau demam,pergi shopping boleh terus baik.Iyolah tu! :-)

Tengok video Ustaz Azhar Idrus.Katanya,suami wajib belikan isteri 2 baju dalam setahun.Huhu.Syukur Alhamdulillah lebih 2 baju dah tahun 2012 ni.Nanti belikan lagi ya.Korang pun sure suami belikan baju tak terkira banyak kan? sujud syukur.:-)


P/s : Sale di mana-mana.Fuhhhh...Sabar.Dugaan.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 4, 2011

Kebahagiaan, Happiness, Xingfu, Makilcci, Saa'dah, Kofuku.

Happiness : a good bank account, a good cook, and a good digestion.


Itu kata Jean Jacques Rousseau.Ada betulnya kata-kata ahli falsafah dan penulis dari Perancis ini.Tetapi itu duniawi.Kebahagiaan definisinya relatif.Berbeza mengikut pendapat individu dan boleh berubah-ubah.Dalam pepatah di atas, kekayaan dapat beli apa saja,pandai masak lalu makan pun sedap-sedap, dan sihat pula tubuh badan dapat menikmati dunia.Tetapi manusia tidak  akan dapat semua yang diinginkan.Jutawan mawan tetap ada ujian.Kena rompak? Orang dengki? Hidup tak bebas? Di akhirat pun mereka lah terakhir dihisab,kemanakah perginya harta mereka itu.Semua orang tidak akan terlepas dari diuji.


Erti bahagia sebenar di dalam Al-Quran ialah memiliki hati yang tenang. Rasulullah S.A.W bersabda ; "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati.".Kaya hati bermaksud hati yang tenang,lapang, dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki,bersyukur dengan apa yang ada,sabar dengan apa yang tiada.Kalau sentiasa rasa tidak cukup,manakan hati boleh tenang.Maka,bersyukurlah!


Jadi, apakah bahagia bagi korang? Apakah dengan wang banyak? harta yang melimpah? emas berjongkong-jongkong? pangkat yang tinggi? dihormati dan disukai ramai? kebebasan masa? tanpa hutang bertimbun? 


Dalam hadis  Rasulullah s.a.w bersabda ; Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) isteri yang solehah,rumah yang bagus (luas), jiran yang baik dan kenderaan yang bagus.

Jadi, jika seseorang itu memiliki empat kunci kebahagiaan di atas,tentu dia akan merasai nikmat bahagia.Tetapi dengan syarat,dia memiliki hati yang tenang.contohnya,jika hati tidak tenteram.Rumah yang luas dan indah pun akan merasa sempit.


Kadang-kadang memasak membuatkan saya bahagia.Shopping juga.Membaca juga.Eh,banyak pulak! Baking juga.Itu hanya jika hasilnya menjadi dan sedap.Haha.Ya, anak-anak,suami,keluarga dan kawan-kawan juga selalunya buat saya bahagia.Tetapi kadangkala buat stress juga.Haha.biasalah hubungan dengan manusia tidak selalunya sempurna.Yang penting hubungan dengan Allah jangan stress!

Bagi saya, kebahagiaan bererti hidup tanpa kesedihan, kerisauan, kemarahan, kedengkian, dan kebencian.Jika tiada semua itu pada hari ini,maka saya bahagia! Jom kita buat hari ini.Mari kita bahagia! :)

Thursday, August 18, 2011

Buku pintar Al-Quran

Salam Ramadhan kareem!

Hari ini sudah hari ke 17 kita berpuasa.Hari ini juga merupakan hari nuzul Al-Quran.

Di bulan ramadhan ini amalan kita di lipat ganda kan.Amalan membaca Al-Quran juga begitu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda”.

Jadi jangan berkira-kira mahu membaca al-Quran.pahala berganda walaupun bacaan kita tergagap-gagap atau tidak lancar.

Dengan adanya teknologi moden.Sekarang kita boleh membaca al-Quran dimana saja.menerusi aplikasi di iPhone atau iPad.malah menerusi lappy boleh ke website quranflash.com untuk terus membaca kitab suci ini.untuk belajar bahasa arab al-Quran boleh ke myarabquran.com.sekarang semuanya dihujung jari saja.

Disini saya mahu kongsi buku pintar Al-Quran.teman baik saya.:)


Tujuh dalam satu.authors pun bukan sebarangan.tokoh ilmuan yang hebat belaka! MasyaAllah..


Bila baca al-Quran ada panduan tentang tajwid,makhraj dan sebagainya.Biasalah,saya ni dari kecil belajar tajwid masih ingat-ingat lupa.ketuk kepala sendiri!

Selain itu,lengkap dgn makna ayat dan asbab nuzul sekali.kita hendaklah membaca makna
Sekali supaya kita memahami isi kandungan al-Quran sendiri.


Ia juga ada biography tentang sesuatu perkara.contohnya perkahwinan.Boleh refer semua ayat2 yg mengenainya.buku ini pintar kan.Mcm dokumentari.

Ya Allah! Engkau berikanlah pada diriku dan umat islam seluruh dunia ini agar kembali kepada al-Quran tidak mengira bangsa, teturunan dan darjat, berpegang teguh kepadanya, agar setiap ayat yang kami baca meresap ke sanubari kami, orang yang sesat mendapat petunjuk, orang yang lalai, tersedar dari kelalaiannya, orang yang lupa teringat kembali sampai bila-bila, orang yang berdosa kembali bertaubat dan tidak akan mengulangi lagi. Ya Allah dengarlah rintihan hati kami ini”.






Let's read Quran! Selamat mendalami kitab suci alQuran.Barakallah....:)

-Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, June 5, 2011

Anak kecil menganggu solat

Salam hari minggu semua,

Hari ini nak share tentang topik anak kecil mengganggu solat.Bagaimanakah solat kita.Sah atau tidak? Bagaimana pula jika anak lalu lalang depan kita,anak duduk atas sejadah kita,duduk atas riba kita,apatah lagi anak menangis ketika kita solat.

Ustaz Ismail Kamus pula,ada mengatakan Allah tak pandang pun solat kita kalau mata kita merayau ketika solat.Mata je merayau pun Allah tak pandang.Lagi lah, kalau ada gangguan sudah tentunya solat kita tidak kusyuk.Tips bila mahu bersolat,beri anak benda untuk melekakan dia supaya dia tidak menganggu solat kita.Biar dia buat projek,mengemas pun takpe.Asal dia leka.Jika solat itu menganggu kekusyukan kita,haruslah kita mengulangi solat semula.

Bagaimanapun,Solat kita sah,bila solat kita diganggu anak kecil kecuali jika  kita menanggung atau mendukung anak yang bernajis.
Di bawah ini artikel berkenaan dengan anak ketika solat bersentuh dengan anak bernajis.Hukum Feqah mengenai bersentuh dengan anak bernajis ada penjelasannya juga.Bagaimanakah dan cara kita menyentuh anak mentukan solat kita sah atau tidak.

Merujuk kembali kepada sebuah artikel oleh ustaz zaharuddin di laman web beliau:

Batalkah Solat Bersentuh Anak Bernajis?

Soalan

Assalamualaikum ustaz, Saya seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Saya pernah diberitahu bahwa solat akan terbatal sekiranya anak-anak yang membawa najis (memakai lampin) dan anak-anak yang belum berkhatan tersentuh pakaian kita semasa kita sedang sembahyang, apatah lagi jika tersentuh tubuh badan. Tetapi, saya pernah melihat ada orang yang terus solat apabila keadaan itu berlaku. Saya mohon penjelasan, adakah perselisihan pendapat dalam hal ini? Terima kasih. - Ibu musykil -

Jawapan 
 Menurut Mazhab Syafie bersentuhnya anak yang menanggung najis di dalam lampin atau belum bersunat dengan seseorang dewasa yang sedang solat adalah tidak membatalkan solat. Keadaan yang seperti ini ada disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam Rawdah at-Tolobin dengan katanya : "

Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasanya seperti kanak-kanak ) tetapi benda yang suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA" (Rujuk Rawdah at-Tolibin, hlm 123 cet : Dar Ibn Hazm).

Pada hemat saya ini adalah kerana :- a. Bersentuh itu tidak secara langsung dengan najis yang di tanggunginya. Jika secara langsung batallah solat seseorang tapi tidak wudhunya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tiada wudhu baru diperlukan. b. Bersentuh secara tidak langsung dengan budak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau ia menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana kanak-kanak itu bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.

Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak ini (ia disebut dalam mazhab Syafie sebagai : "Haamil limuttasil binajastin") sama ada dengan mendukungnya atau ia memanjat belakang kita semasa sujud atau ia duduk di atas riba semasa kita sedang duduk tasyahhud akhir. (Mughni Al-Muhtaj, 1/ 264 cet Dar al-Fikr ) Akan tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu bertindak membuangnya dengan cepat, solat tidak dikira batal .

Ia berdasarkan peristiwa para sahabat bersolat bersama Nabi SAW dan Nabi SAW bersolat dengan memakai selipar, lalu tiba-tiba mereka melihat Nabi SAW (semasa dalam solat) menanggalkan seliparnya, maka seluruh sahabat yang melihat keadaan ini turut menanggalkan selipar mereka (kerana menyangka ia adalah perbuatan yang mesti diikuti), maka apabila telah selesai solat nabi bertanya kepada para sahabat : " Apakah yang menyebabkan kamu menanggalkan selipar-selipar kamu ? : para sahabat menjawab : kerana kami melihat kamu melakukannya : nabi membalas : Telah datang kepadaku Malaikat Jibrail as lalu memberitahuku bahawa di seliparku terdapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu). (Riwayat Abu Daud , no 650 , hlm 92 : Shohih menurut Albani. cet : Bayt Afkar )

Dari hadith di atas jelas kepada kita jika dengan segara membuang penanggungan kita terhadap najis, maka solat tidak terbatal sebagaimana dengan sgeranya Rasulullah membuang seliparnya yang terdapat najis. Justeru, jika anak kecil yang menanggung najis duduk di atas riba kita dan dengan pantas kita mengelak, maka solat tidak batal. (Rujuk Al-Fiqh Al-Manhaji, bab perkara yang membatalkan solat)

Ust Zaharuddin 
Sumber : www.zaharuddin.net

P/s: Hari ini kami nak ke Melaka.Orang cuti sekolah, kami pun nak cuti juga even tak ke sekolah lagi.Hehe.Korang kemana cuti sekolah ni? Hubby cuti sehari je esok.Hubby teringin nak makan asam pedas melaka.Happy weekend semua! Semoga bahagia disamping keluarga tercinta!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers