Showing posts with label Strech Mark. Show all posts
Showing posts with label Strech Mark. Show all posts

18 Jan 2015

Regangan,Rekahan Kulit ataupun Strech Mark Semasa Hamil & Bagaimana Shaklee Bantu Atasi Masalah ini.

Assalammualaikum semua,

Kesan rekahan,regangan ataupun "Strech Mark" pada kulit di bahagian tertentu sewaktu hamil dan selepas bersalin memang sangat membimbangkan semua kaum wanita.Ini kerana kesan ini akan membuatkan kulit kelihatan tidak cantik dan kebanyakkan wanita hamil akan mengambil alternatif sedari hamil agar kesan-kesan "Strech Mark" ini dapat di minimakan.

Jadi entri ida kali ini adalah berkenaan dengan kesan rekahan,regangan ataupun "Strech Mark" yang sering melanda wanita hamil.



APA ITU STRECH MARK?


  • Strech Mark merupakan tanda parut berupa urat-urat putih yang muncul pada permukaan kulit dan biasanya muncul pada bahagian perut,lengan,pinggul,paha,punggung dan juga payudara.


APA PUNCA STRECH MARK?


  • Strech Mark terjadi adalah disebabkan oleh pengaruh hormon kehamilan yang mana ianya terbentuk apabila terjadi regangan kulit secara cepat hingga merosakkan jaringan tisu-tisu kulit sehingga kulit mengalamai regangan secara berlebihan.
  • Bagi wanita hamil,strech mark yang muncul biasanya berwarna merah jambu dan agak lebar lama kelamaan ia berubah menjadi garis nipis berwarna  keputihan atau kecoklatan.Selain faktor kehamilan,masalah ini juga terjadi akibat peubahan berat badan secara mendadak selain pengaruh ubat seperti steroid pada ubat gemuk atau asmaPendek kata,kesan yang hodoh ini amat merisaukan sebahagian besar wanita.


MENGAPA STRECH MARK TERJADI?


  • Kerana pengaruh hormon kehamilan dan akibat regangan kulit apabila janin makin membesar
  • Biasanya berwarna merah jambi dan cenderung lebar,kemudian beransur berubah menjadi garis nipis berwarna keputihan atau kecoklatan.Bagi yang pernah hamil mungkin anda mengenali strech mark umumnya melintang di sepanjang kulit perut atau di atas punggung.
  • Jika payudara membesar sewaktu kehamilan,peregangan kulit payudara akan terjadi dan sewaktu penyusuan,biasanya akan meninggalkan tanda parut putih sesudahnya buat sementara payudara kembali ke ukuran normal.


Faktor Genetik

  • Jika ibu anda punya  kecenderungan mempunyai strech mark,makan kemungkinan besar anda juga akan mewarisinya.

Masalah Kulit Kering

Perubahan Berat Badan Secara Mendadak

  • Waspada untuk anda yang kerap mengalami fenomena diet yoyo,dimana berat badan turun naik dengan cepat.

Pengaruh Ubat

  • Steroid misalnya ubat gemuk atau asma

CARA UNTUK EMNGHILANGKAN STERCH MARK?

1. MINUM AIR PUTIH YANG MENCUKUPI

  • Ibu hamil harus membiasakan diri mengambil air putih minima 8 gelas sehari.Hal ini dapat membantu kulit terjaga ketelapannya sehingga boleh membantu meminima kesan "STRECH MARKS"


2. AMALKAN SAPU KRIM PELEMBAP

  • Untuk menambah ketelapan kulit,ibu hamil boleh menggunakan pelembap yang dibuat dari bahan-bahan semulajadi seperti "cocoa butter" dan "shea butter".Disapu dikawasan yang gatal atau terkena "strech marks".Ataupun sapukan seluruh badan dengan minyak yang kaya dengan Vitamin E sebelum mandi.


3. KAWAL BERAT BADAN

  • Ibu hamil sebaiknya kawal kenaikan berat badan yang terlalu mendadak.Sepanjang kehamilan kenaikan normal berat badan ibu hamil antara 12-15kg.Jika kenaikan terllau cepat adalah kurang baik bagi kehamilan selain itu kulit juga akan terlalu banyak mengalami regangan sehingga senang mendapat "strech marks".


4. SENAMAN

  • Pengaliran darah dan oksigen yang lancar juga dapat membantu meminimakan terjadinya :strech marks".Jadi lakukanlah senaman yang sesuai menurut nasihat doktor.


5. KAWALAN DIET MAKANAN

  • Ambil makanan yang sihat dan berserat tinggi seperti sayuran dan buah-buahab yang dapat membantu mencegah terjadinya "strech marks".Selain itu,amalkan juga makanan yang banyak mengandungi vitamin A,E dan C seperti susu,telur,kekacang,tomato."oatmeal" dan sebagainya.


BAGAIMANA PULA SUPPLEMEN SHAKLEE MEMBANTU ATASI STRECH MARK INI?

ESP Shaklee



ESP merupakan makanan tambahan yang bersumberkan soya.Soya kaya dengan protien.Protien membantu meremajakan kulit.


  • Protien membantu menghasilkan sel kulit yang lebih cantik.Setiap 21 hari sel kulit kita akan mati
  • Tapi ia akan diganti dengan sel kulit yang baru.Sel kulit yang baru ini akan terbentuk mengikut rupa sel kulit yang lama\
  • Jadi jika sel kulit yang lama buruk maka sel kulit baru yang terbentuk juga akan menjadi buruk juga
  • Disini protien berfungsi untuk membantu memperbaiki sel kulit yang baru tapi kelihatan buruk itu untuk menjadi cantik dan lebih sihat.


Vitamin C Shaklee


Vitamin C ini penting untuk pembentkan KOLAGEN.Kolagen adalah sejenid PROTIEN iaitu kumpulan utama kulit yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit,otot,tendon,tulang,urat,organ dalaman serta terdapat dalam gigi.Secara semulajadi ia memrengkap kelembapan dan kekelran kulit.

Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal dan secara tak langsung membantu mengurangkan kedutan (strech Mark).Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahin.Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudiam.Selepas usia 45-50 tahun badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.Jadi semakin tua semakin kekurangan kolagen dalam badan.

Berminat untuk dapatkan ESP Shaklee dan Vitamin C Shaklee untuk atasi masalah Strech Mark anda boleh hubungi ida ye.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

17 Mar 2014

Testimoni ESP Shaklee : Strech Mark @ Rekahan Kulit semakin pudar selepas konsisten ambil ESP Shaklee


Salam,

Stretch mark merupakan tanda parut berupa garis-garis putih yang muncul pada permukaan kulit, berbentuk garis berliku seperti anak sungai. Stretch mark ini biasanya muncul pada kulit perut, lengan atas, pinggul, paha, belakang badan dan payudara.

Untuk meklumat lanjut mengenai Strech Mark ataupun rekahan kulit ni boleh jemput baca disini ye



Ini pula testimoni dari Puan Sha yang mengalami Strech Mark ataupun Rekahan Kulit ketika beliau hamil.



Itu dia selepas ambil ESP Shaklee secara konsisten Alhamdulillah Strech Mark ataupun Rekahan Kulit yang beliau alami semakin pudar.

ESP Shaklee




  • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan bersei.
  • Dapat membantu hilangkan parut jerawat.
  • Memberi tenaga berpanjangan serta menjadikan badan semakin sihat dan kurang keletihan.
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  • Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan,
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  • Mengawal paras kolestrol.
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.
Jangan lupa ye Promo ESP Shaklee masih berlangsung ye.


  1. Beli 1 BERBALOI
  2. Beli 2@3 BERBALOI-BALOI
  3. Beli 6 terus lagi banyak BERBALOI hokeh

- Dapat FREE MEMBERSHIP bernilai RM75
- Dapat PERCUMA 1 ESP Shaklee
- Dapat CASH BACK balik ye

Best kan tawaran bulan ni.

Berminat hubungi saya

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai , Puncak Jalil ,Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

13 Mar 2014

Apakah itu Strech Mark @ Rekahan Kulit?.Apa pula yang dimaksudkan dengan Selulit?

PEREMPUAN hamil selalunya khuatir dengan perubahan kulit, terutamanya kulit perut. Selama hamil terjadi berbagai perubahan pada kulit seperti stretch mark atau tanda rekahan kulit, selulit, linea nigra hingga gatal-gatal. Perubahan tersebut kerap mengganggu sebahagian besar perempuan. Namun, ada juga kes ini berlaku kepada perempuan yang belum berkahwin atau hamil dan juga orang lelaki.

1. Stretch mark (Tanda Rekahan Kulit)



Anda mungkin sering mendengar istilah ini, namun ada yang tidak ambil kisah tentang masalah ini . Stretch mark merupakan tanda parut berupa garis-garis putih yang muncul pada permukaan kulit, berbentuk garis berliku seperti anak sungai. Stretch mark ini biasanya muncul pada kulit perut, lengan atas, pinggul, paha, belakang badan dan payudara.

Garisan pada kulit ini biasanya muncul pada usia kehamilan empat atau lima bulan, dimana warnanya berwarna kemerah-merahan dan masih dapat disembuhkan. Namun begitu kehamilan memasuki usia hujung kehamilan, garis yang timbul berwarna keputihan dan tidak dapat disembuhkan, hanya dapat dikurangkan dengan produk perawatan kulit khusus untuk stretch mark.

Mengapa stretch mark terjadi ?

1. Kerana pengaruh hormon kehamilan dan akibat regangan kulit apabila janin makin membesar.
– biasanya berwarna merah jambu dan cenderung lebar, kemudian beransur berubah menjadi garis nipis berwarna keputihan atau kecoklatan. Bagi yang pernah hamil mungkin anda mengenali stretch mark umumnya melintang di sepanjang kulit perut atau di atas punggung.
-Jika payudara membesar sewaktu kehamilan, peregangan kulit payudara akan terjadi dan sewaktu penyusuan, biasanya akan meninggalkan tanda parut putih sesudahnya buat sementara payudara kembali ke ukuran normal.

Apakah stretch mark hanya terjadi kepada wanita hamil sahaja? Tidak selalu, sebab beberapa wanita beruntung memiliki faktor genetik yang ‘menyelamatkannya’ dari stretch mark.

2. Faktor genetik
– jika ibu anda punya kecenderungan mempunyai stretch mark, maka kemungkinan besar anda juga akan mewarisinya.

3. Masalah kulit kering .

4. Perubahan berat badan secara mendadak (waspada untuk anda yang kerap mengalami fenomena diet yoyo, dimana berat badan turun-naik dengan cepat),

5. Pengaruh ubat (steroid, misalnya pada ubat gemuk atau asma).

Gejala Stretch Marks :


  1. Garis atau lapisan di kulit dengan tepi tidak rata
  2. Banyak goresan kemerahan
  3. Pudar dengan garis-garis masa itu kehilangan warna dan terutama menjadi warna keabu-abuan atau putih
  4. Stretch mark tersebar luas di bidang payudara, perut, lengan atas, paha dan belakang. Dalam kes yang paling sukar ialah kadangkala ia boleh tersebar di zon tubuh yang lebih besar.


2. Selulit



Selulit pula kelihatan seperti kulit yang bergelombang, bertekstur seperti keju yang berongga atau kulit limau purut. Peringkat keparahan’ selulit ada pelbagai jenis, mulai yang ringan (hanya akan nampak seperti kulit dicubit, kulit yang bergelombang hanya muncul pada bahagian yang dicubit), hingga pada kes yang berat, kulit nampak ‘kusut/ tidak rata’ dan bergelombang, seperti keadaan kawasan ‘gunung dan lembah’.

Selulit merupakan pengumpulan sel lemak pada jaringan kulit yang berlebihan sehingga permukaan kulit nampak tidak rata, seperti kulit limau purut ! Sewaktu kehamilan, sebahagian besar wanita punya masalah selulit, kerana selama kehamilan terjadi peningkatan kadar hormon estrogen dan progesteron secara mendadak sehingga menghasilkan lebih banyak lemak yang disimpan untuk melindungi janin.

Selulit ini biasanya muncul pada bahagian tubuh yang kurang aktiviti seperti paha, belakang badan, perut, pinggul, betis dan lengan. Selulit akan muncul seiring dengan pertambahan usia, di mana kulit kehilangan kekenyalannya. Kenaikan berat badan membuat selulit lebih mudah dikenali, namun orang kurus tetap juga boleh mempunyai selulit, khususnya jika dikaitkan dengan faktor genetik. Jika ibu kita punya selulit, kemungkinan kita juga akan memilikinya.

Faktor lain yang meningkatkan peluang seseorang mempunyai selulit adalah tekanan perasaan (stress) dan juga gaya hidup yang kurang berolah raga.

3. Linea nigra

Masalah kulit lainnya yang terjadi sewaktu kehamilan adalah munculnya garis berwarna gelap di sekitar perut, mulai dari pusat hingga tulang tundun, yang lazim disebut linea nigra (dalam bahasa Latin bererti garis hitam). Garis hitam ini biasanya muncul pada kehamilan trimester kedua akibat perubahan hormon selama kehamilan yang meningkatkan produksi melanin.

Menurut Dr. Jane MacDougall dalam bukunya ‘Kehamilan Minggu Demi Minggu’ linea nigra mengindikasikan otot-otot perut telah tertarik untuk memberikan ruang bagi rahim yang sedang berkembang. Walaupun pigmen di daerah ini masih terjadi hingga bayi lahir, namun warnanya akan makin pudar hingga kembali ke asal seperti sebelum anda hamil.

4. Gatal

Selain masalah seperti di atas, sewaktu hamil anda juga kerap merasa gatal, terutama di sekitar daerah perut, pusat dan payudara. Rasa gatal boleh muncul bila-bila saja, mulai trimester pertama hingga trimester terakhir kehamilan.

Ada mitos: saat gatal terjadi di perut, menandakan bayi mulai tumbuh rambut. Namun ternyata itu hanya mitos. Rasa gatal muncul kerana berbagai sebab, antara lain kulit meregang yang menyesuaikan dengan bentuk selama kehamilan yang membuat kulit menjadi lebih kering.

Selain itu, iritasi pada lipatan tubuh kerana pergeseran kulit akibat kenaikan berat badan ibu, perubahan kadar hormon estrogen dan progestin sehingga terjadi pengumpulan bilirubin dan asid hempedu ringan pada tubuh ibu. Gatal-gatal juga boleh terjadi kepada ibu yang ada ‘alergi’.

Namun begitu, selulit dan masalah kulit lainnya dapat dikurangkan atau bahkan dicegah, antara lain dengan cara:

l. Sapukan minyak zaitun secara teratur pada tubuh untuk menjaga kekenyalan dan kekencangan kulit, khususnya pada bahagian yang mengalami peregangan di saat hamil seperti perut, punggung, belakang dan payudara.

2. Mengusap minyak urut herba (tidak panas) ke seluruh tubuh, sebaiknya setelah mandi, untuk mencegah kehilangan kolagen akibat perkembangan lapisan dermis ketika kulit meregang di masa hamil.

3. Olahraga yang teratur untuk melancarkan pengaliran darah dan oksigen. Pada ibu hamil, lakukan olahraga ringan seperti jalan kaki atau berenang

5. Jalani hidup sihat dengan pola makan yang seimbang, minum air putih yang cukup, kurangkan makanan yang berlemak namun perbanyakkan makan buah dan sayur yang kaya antioksidan.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya