Showing posts with label Slipped Disc. Show all posts
Showing posts with label Slipped Disc. Show all posts

4 Oct 2013

Slipped Disc

Salam,

Perkongsian ilmumengenai SLIPPED DISC
Nak tahu apa itu
Teruskan pembacaan anda ye



Slipped Disc adalah masalah yang melibatkan bahagian tulang belakang.Struktur disc yang juga dikenali dengan nama intervertebral disc terletak diantara dua tulang vertebra ataupun tulang belakang.Intervetebral disc ini boleh mengalami kecederaan atau trauma.Keadaan inilah yang meyebabkan bahagian tengahnya "terkeluar" sehingga menyebabkan rasa sakit belakang.
Kebanyakkan kecederaan slipped disc akan sembuh dalam masa beberapa minggu.Hanya sebilangan kecil pesakitmemerlukan pembedahan untuk memperbetulkan masalah slipped disc tadi.
Apakah jenis kecederaan yang sering menyebabkan slipped disc?Diantaranya ialah terjatuh dan mengangkat barang-barang berat.Ada juga pesakit slipped disc mengalami masalh ini tanpa apa-apa sebab yang nyata.Untuk makluman ,masalah slipped disc boleh memperngaruhi kehamilan dan cara untuk bersalin dengan cara berikut:-

  1. Kebanyakkan wanita yang mengalami slipped disc boleh menahan sakit dengan rawatan fisioterapidan chiropractic.Jika perlu,pesakit boleh mengambil ubat seperti paracetemol.Golongan ini digalakkan mencuba bersalin secara normal.
  2. Ada juga pesakit yang mengalami masalah sakit dari belakang hingga ke kaki (sciatica).Ada yang bertambah teruk ketika hamil.Mereka selalunya dimasukkan ke dalam wad,kemudian dipastikan berehat dan dirawat dengan fisioterapi.Jika tidak boleh bergerak tanpa bantuan atau anggota kaki sakit dan kebas,sudah pasti wanita ini tidak boleh meneran ketika hendak bersalin nanti.Oleh itu,mereka akan melalui pembedahan ceaserean untuk melahirkan bayi.
  3. Ada juga segelintir pesakit yang melaporkan masalah slipped disc mereka bertambah pulih ketika hamil.Mereka ini biasanya berjaya melahirkan secara normal.


Selepas bersalin berat badan akan berkurangan dan tulang belakang tidak lagi menampung tekanan dari  berat badan yang banyak.Secara teorinya,penyakit ini bertambah pulih padawaktu berpantang.
Walau bagaimanapun ibu yang mengalami slipped disc perlu menjaga kesihata tulang belakang sepanjang masa selepas besalin.Kurangkan mengankat barang-barang berat dan mendukung anak-anak.Hal ini kerana sakit belakang akibat slipped disc  boleh meyerang semula jika  boleh menyerang semula jika tidak berhati-hati.Selain daripada itu, masalah slipped disc ini perlu rawatan lanjut daripada doktor pakar ortopedik selepas bayi dilahirkan.