KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.
Showing posts with label jom tolong saya. Show all posts
Showing posts with label jom tolong saya. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Penat Tapi Seronok.

Salam Sejahtera buat sekalian temanku! :)

Hai3. Ada yang merindui saya? Eceh! hihi. Em. Actually baru sampai rumah Abah dan Ummi 4 ptg tadi. Penat! Ya Allah. Tengok keadaan rumah, tutup mata jap. Haha.

Itulah. Bukan sengaja taknak tinggalkan mereka di rumah. Tapi, macam nilah jadinya nanti. Dorang tak berapa sihat sangat nak kemas rumah, nak buat itu ini. Ini jugalah antara sebab napa aku tak terima tawaran tuan punya kedai itu untuk bekerja.

Kadang-kadang tu fikir juga, macam mana nanti kalau semester baru bermula. Adoiiii!

Sebenarnya, baru pulang dari Pulau Pinang. Pergi hari Jumaat malam, sampai Sabtu pagi. Buat progam sikit, dan Isnin pagi pulang ke Johor. Supposed Ahad malam itu naik bas. Tapi.........tertinggal bas. Huahahahaha. Salah sendiri. Tak tengok tiket betul2. Sebab beli dalam keadaan mamai dan penat kot. Mana taknya, selepas habis program terus p beli tiket. Patutnya bas naik dari Butterworth, tapi p tunggu kat Sg Nibong. Terbaikkkkk tak? Huhuhuhu.

Oleh kerana Isnin malam sampai di JB, makanya hari ini (Selasa) baru pulang ke Mersing.

Oklah. Saje je nak share ngan kamu semua. Manala tahu ada yang tertanya-tanya kan...

"Napelah budak ini tak harvest-harvest tanaman..."

"Napelah budak ini tak hantar gift dan tolong apa-apa yang patut...."

"Napelah budak ini tak komen-komen entry baru...."

"Napelah budak ini tak jawab komen yang sudah dipost....."

Haaa. Itu yang beritahu ni. Hihihi.

Ok semua. Cukup setakat ini. Entry-entry kome itu, akan dibaca keseluruhan dan dibalas kemudian. Mahu merenggangkan pinggang.

Salam Ceria! Peace2!! (n_n)V

p/s: ada sesiapa yang reti urut? Aduuuuh! Sakit. huehehe.

Thursday, April 21, 2011

Seminar yang Tidak Dijangka

Salam Kawan-kawan!! :)

Selasa dan Rabu ritu, tempat praktikal aku ni, diaudit untuk dapatkan ISO 17025:2005. Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM). Aku, takdelah involve fully. Tapi, still menolong mana yang mampu. Nak tolong lebih pun, tak berapa tahu lagi.

Sebab ini jugalah, minggu lepas, memang busy. Hehe.

Ntah macammana, tiba-tiba, hari Rabu (20 April 2011) itu, MPIB kena hantar wakil untuk pergi Seminar Kepenggunaan Halal di  Pusat Islam Iskandar Johor. Memandangkan bahagian PPH tidak boleh pergi sebab audit, makanya, kami ini dihantar ke situ. Woaaah!! Hati? Tentulah seronok.

Speaker yang terlibat dari JAIJ, MOH-Johor, Jabatan Standard Malaysia dan KPDNKK.

Jom kita usyar beberapa perkara yg dibentangkan.

#1 Isu Kopi Kluang Station.
Ok. Kopi ini memang buatan mereka sendiri. Kopi yang original dicampur dengan beberapa ingredients yang lain bagi menambahkan keenakan rasa kopi tersebut. Bahan-bahan yang dicampur ialah, butter Golden Churn (cap kerusi), gula dan garam.

Hasil siasatan Jabatan Kimia mendapati, di dalam butter Golden Churn itu yang menyebabkan kopi itu tidak halal bagi Muslim kerana terdapat DNA babi.

At first, memang tak percaya. Bayangkanlah! Selama lebih 70 tahun rasanya jenama butter tersebut digunapakai dan dikatakan TERBAIK!! untuk pembuatan kek, roti, biskut, aiskrim dan lain-lain. Tiba-tiba, ada DNA babi. Perghh!! Macam mana dengan darah daging kita?

Mungkin ramai yang tak percaya lagi. Sebab butter ini dijual sewenang-wenangnya bersebelahan dengan barang yang halal. Dan ramai lagi yang tak tahu. Tapi, ini telah disahkan sendiri oleh JAKIM.

Tanda cop halal juga bukan dari JAKIM. Kalau kita seorang yang teliti dan suka baca nutritional label, cop halal dari Australia. ICCV, Islamic Co-ordinating Council of Victoria. Padahal, ini merupakan antara satu logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM. Haisyh.

Terkejut? Hehe. So, masih nak gunakan? Kalau ada stock kat rumah/kedai, sanggup nak buang? Dengar, butter ini antara yang termahal dan terBEST kan? Sanggup rugi?

Mungkin, hal ini tak disebarkan kepada umum. Mungkin. Kalau dihebahkan, alhamdulillah.


#2 Produk-produk bertanda Halal
Ada seorang peserta ini sangat tak berpuas hati apabila salah seorang speaker beritahu berkenaan dengan laman web JAKIM yang hanya menghebahkan jenama makanan yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Bagaimana pula dengan yang tidak halal?? Macam mana nak memilih barang makanan yang halal?

Ini jawapannya dan aku setuju dengan jawapan yang diberi.

Makcik Timah yang jual goreng pisang, ada cop halal?
Pak Tam nasi Campur, ada cop halal?
Pak Talib pembuat keropok, ada cop halal?
Bro Mahmud penjual burger, ada sijil halal?

Takda kan. 

Tapi, kita masih lagi membeli dan memakannya tanpa ragu dan was-was. Sebab , kononnya, mereka itu penjual Islam.

Kalaulah, pihak JAKIM nak buat senarai tentang makanan yang tiada cop halal, bukankah lagi complicated?
Bukankah, Makcik Timah, Pak Tam, Pak Talib dan Bro Mahmud itu juga termasuk dalam list?
Dan boleh kirakah berapa banyak penjual pisang goreng, keropok, dan burger di Malaysia?

Fikir-fikir. Jangan hanya ingin menuding jari. Ko salahla. Ko tak beritahula. Ko tak itula. Ko tak inila.

Sebab itulah PENGGUNA perlu memainkan peranan yang penting. Sama-sama berusaha untuk mendapatkan makanan yang halal dan suci. :)

Ok. Itu antara perkara-perkara yang agak hot la.

Hal lain, lebih kepada pensijilan halal, logo halal, keselamatan dan kebersihan makanan dan lain-lain.

Papepun, memang best pergi sini. Oh ye! Kat Perak pun, akan adakan Seminar Halal pada 30/4/2011. Venue, tak sure. Nanti saya confirmkan dengan member.

MAKANAN YANG BAIK MEMBENTUK AKHLAK YANG BAIK.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan. Kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu"
(Surah Al Baqarah 2: 168)

p/s: Membuatkan aku bersemangat mendalami bidang yang sedang aku pelajari. Rupanya, banyak tanggungjawabku kepada agama. ya Allah. Terangkan hati-hati kami dalam mempelajari ilmuMu dan bantulah kami menjaga AgamaMu. Amiin. (n_n)

Thursday, March 3, 2011

Bercinta Hingga ke Syurga

Salam untuk mendapat bahagia! :)

Alhamdulillah. Menaip lagi saya di ruangan maya ini.

Oh. Cinta itu memang indah kan? Terasa ingin dicintai dan mencintai. Ops! Terjiwang lak ye. Haha. Takda-takda. Gurau. Lagipun, cinta itu fitrah. Cinta kepada ibu dan bapa, kaum keluarga, sahabat taulan, jiran tetangga dan orang sekeliling.

Tapi, semestinya, cinta yang paling Agung ialah CINTA KEPADA ALLAH dan RASULULLAH. Memang tak dapat dinafikan lagi lah kan. Tetapi cinta ini, sangat mahal dan susah untuk mendapatkannya. Hanya DIA sahaja terlalu mengasihi hambaNya. Tetapi, kita sebagai hamba suka membuat DIA cemburu, terluka dan sedih dengan sikap sambil lewa kita. Padahal, DIA yang menyuburkan rasa cinta itu dalam diri kita. Jadi macam mana kita nak dapat cinta sesama insan yang lain kan? Jika kita sudah mendapat cinta sesama manusia itu, bersyukurkah kita? Masih ingatkah lagi kita kepadaNya? Renung dan muhasabah diri kita sendiri.  :)

Hehe. Ok-ok. Tak mahu serius sangat. Sebenarnya, nak share doa ini. Aku jumpa doa ni, lama dahulu. Terperap dalam draft. Malu nak publish. Tiba-tiba hari ini semangat nak bercinta. Tu yang publish. Haha.

Emm siapa yang taknak bercinta hingga ke syurga kan? Semua nak. Kalau nak, sila senyum manis-manis sambil berdoa dalam hati. (n_n)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
"...Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami imam (pemimpim) bagi orang yang bertaqwa."
(Surah al-Furqan 25 : 74)

Ya Allah…

Kurniakanlah kami pasangan yang soleh…
Yang menjaga dirinya…
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya…
Yang sentiasa memperbaiki dirinya…
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
Yang baik akhlaknya…
Yang menerima kami apa adanya…
Yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…
Kabulkan ya Allah…
Kerana hati kami teramat lemah…

Ya Allah..
Kami mohon ampun atas dosa selama ini
Dosa-dosa kami..
Andai tak menjalankan perintahMu
Andai tak pedulikan NamaMu
Andai tenggelam melupakan diriMu

Ya Allah..
Sempatkanlah kami untuk bertaubat
Untuk hidup di jalanMu
Untuk penuhi kewajipanku
Sebelum tutup usia ini..
Sebelum kami kembali kepadaMu..

Ameen ya rabb.. :)

Sumber: [link]

Ah! Indah betul. (n_n)

Tepuk pipi sendiri. Layakkah aku?

Friday, February 18, 2011

Orang Hebat pun Banyak Kali Gagal

"Ko buat apa pun, pasti takkan jadi punya!"

Itu mungkinlah kata-kata yang dilontarkan kepada Thomas Edison sewaktu beliau mula-mula nak buat lampu dulu. Tak support langsung kan? Orang kata macam-macam lagi. Tapi, beliau tetap dengan semangat kental teruskan perjuangan. Hebat dan kuat kan?

Kalau saya pula??

Ops! Entahla. Sekarang nipun, project masih tak jadi lagi. Bukan tak jadi sangat pun. Cuma nak syncronized dan ada masih yang kurang. Baru 8 kali trials. Belum 99 kan? Oh oh oh! rasa macam sesak nafas projek asyik tak menjadi seperti yang diharapkan. Tak tahu sempat ke tak, nak siapkan dalam masa berpraktikal ini.

Orang yang genius pun pernah gagal. Inikan aku yang masih banyak tak tahu dan dalam proses belajar. Standard kan tu semua?

Huhuhu. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran untuk menyiapkannya. Itupun, kalau diizinkan olehNya.

If we change our views, we can see things differently
-Bestie-

Salam~

Monday, February 7, 2011

Macam Mana Nak Kuat?

Salam Semua! :)

Entah ye. Rasanya, bila kita berpura-pura kita kuat, kita sebenarnya semakin terluka. Sangat. Itu betul. Aku rasa ini. Semakin positifkan diri aku mampu lakukan, semakin banyak ujian datang melanda. Terasa lemah semangat.

Kuatkah diri?

Kuat sehingga air mata menitis?
Kuat sehingga hati terluka habis?
Kuat sampai diri terasa sadis?

Oh oh oh!

Bangun wahai diri yang sedang terluka. Bangkitlah. Tekadkan semangat. Tanamkan impian. Semoga dikabulkan. InsyaAllah.

Macam mana nak betul-betul kuat?

Iya. Kalau nak kuat dari segi fizikal, makan sahaja ubat kuat. Vitamin segala bagai. dapat elak dari penyakit.

Kalau nak kuat dari segi emosi bagaimana pula ya? (0_o")

I am not strong but just pretending to be strong.

Sunday, January 23, 2011

Ingin Tahu. Hehe

Selamat Pagi Semua!!

Assalamualaikum. :)

Emm camne nak cakap ek? Haa Camni. Korang biasa tak tengok perjalanan trafik blog korang? Bukan apa, yelah, kita boleh tahu dan dapat agak dari mana dan siapa kan. Boleh lah, korang melawat blog orang tu semula. Kan kan kan?

Tapi, yang menjadi persoalan hati kecil aku nih, macam mana boleh ada link dari 'facebook' ek? Tak caya? Meh-meh aku tunjukkan. Hehe.


Nak kata aku main auto-ping, tak pula. Nak kata aku linkkan blog ke FB, sah-sah la tipukan. Pastu, semuanya bertumpu ke entry aku yang sebelum ni. 'Kasihan Perempuan'. Nak kata aku share entry aku yang ilhamNya muncul di malam hari itu, isyh, FB aku penuh dengan game je. Wahaha.

Ada sesiapa ke yang share entry dari blog picisan aku ni? Aeh? Perasan kan. Hik3. Kalau ada, aku tak marah. Betul. Nampak ni tengah senyum. Haha. Cuma ingin tahu je. :)

p/s: entry itu kan, sebenarnya, aku nak cite benda lain tau, tetibe ayat-ayat yang macam tu yang kuar. Semua ilham dariNya. Kalau korang mendapat manfaat, alhamdulillah. "Yang baik, jadikan tauladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan negeri." hehehe.

Wednesday, January 5, 2011

Tolong kembali pada saya ye. I need you.

Don't treat yourself as a baby

Arghhh! Kemanakah perginya semangat aku ni? Hilang!!

Huhu. Boleh tak datang balik? Saya dah rindu 'kamu' sangat. Tak tipu ni. Sangat sakit ok. Terasa macam pelik bila 'awak' tiada.

Kalau merajuk, janganlah lama-lama sangat. Tolonglah datang semula.

'awak' buat saya menangis tahu??

'awak' nak teruskan diri saya macam ini ke? Sungguh kejam ok. Sangat.

Ada sesiapa nak pinjamkan bahu untuk saya? Ada sesiapa nak bagi sikit semangat dia pada saya?

Tolong saya ye? Pleaseeeeeeee.................

Penat saya menangis mencari matahari yang hilang. Rupanya DIA nak berikan saya pelangi yang indah nanti.

Wahai pelangiku, muncul cepat-cepat boleh? huhuhu

"Disebalik kesusahan pasti ada kemudahan"- Surah Al-Insyirah.

Sesungguhnya janji Allah adalah benar.

Saturday, November 13, 2010

Aku mahukan Cinta ini.

"bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam"
Ini impian aku. Aku mahukan ini. Tapi, aku harus mempersiapkan diri aku ke arah itu.

Jika aku mahukan suamiku nanti menjaga pandangan matanya, aku juga perlu menjaga pandangan mataku.
Jika aku mahu suamiku nanti cintakan aku, aku akan pastikan dia dan aku mencintai Tuhan kami yang Satu dulu.
Jika aku mahukan suamiku nanti bersyukur, redha dan pasrah dengan apa adanya aku, aku dan dia juga perlu bersyukur, redha dan pasrah dengan apa yang Tuhan kami berikan sepanjang hidup yang penuh liku.
Jika aku mahu suamiku mengasihi aku, aku dan dia perlu mengasihi kedua ibu bapa kami seperti mereka mengasihi kami di waktu dulu.
Jika aku mahu suamiku hanya untukku, sesungguhnya Tuhan kami lebih tahu akan hal itu.

Ya Allah Ya Tuhanku. Jika ada jodohku yang telah ditakdirkan untukku, Kau temukanlah kami dalam redha dan maghfirahMu. Supaya kami tidak lari dari mengingatiMu. Kau ampunilah hambaMu ini di atas kekhilafan di masa dahulu. Ampunilah kami Ya Allah.

Semoga kami mendapat redhaMu.

Cinta seorang wanita bukan untuk boyfriend tetapi untuk suaminya yang sah. InsyaAllah.

Berkata Imam Nawawi:
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu" 

Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya,
disusahkan sedikit agar insaf, 
namun segera disenangkan semula. 
Itulah belaianNya. 
Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,
namun tidak lama kerana kasihNya. 
Dipohon-pohon kepadaNya, 
untuk meminta itu dan ini,
Tuhan amat melayani hambaNya, 
tapi si hamba tidak peduli langsung!
(Riwayat Imam Nawawi)

Sesungguhnya Cinta Hakiki ialah Cinta akan Illahi.
(n_n)