KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.
Showing posts with label information. Show all posts
Showing posts with label information. Show all posts

Friday, July 8, 2011

*no subject*

Ok. Dah lewat malam.

Kengantukan.

Blogspot dah bertukar wajah.

Itu je nak cakap.

Selamat malam. Assalamualaikum. (n_n)V

p/s: saya baru tahu baru-baru ini yang saya punya pembaca setia sejak 2 tahun lepas. wahaha. Tak sangka. Terima kasih ye sekali lagi. :)

Nah! Ambil ini. Senyuman untuk kamu.


Korang-korang yang lain pun, jangan lupa untuk senyum juga yar! ^_^

Thursday, April 21, 2011

Seminar yang Tidak Dijangka

Salam Kawan-kawan!! :)

Selasa dan Rabu ritu, tempat praktikal aku ni, diaudit untuk dapatkan ISO 17025:2005. Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM). Aku, takdelah involve fully. Tapi, still menolong mana yang mampu. Nak tolong lebih pun, tak berapa tahu lagi.

Sebab ini jugalah, minggu lepas, memang busy. Hehe.

Ntah macammana, tiba-tiba, hari Rabu (20 April 2011) itu, MPIB kena hantar wakil untuk pergi Seminar Kepenggunaan Halal di  Pusat Islam Iskandar Johor. Memandangkan bahagian PPH tidak boleh pergi sebab audit, makanya, kami ini dihantar ke situ. Woaaah!! Hati? Tentulah seronok.

Speaker yang terlibat dari JAIJ, MOH-Johor, Jabatan Standard Malaysia dan KPDNKK.

Jom kita usyar beberapa perkara yg dibentangkan.

#1 Isu Kopi Kluang Station.
Ok. Kopi ini memang buatan mereka sendiri. Kopi yang original dicampur dengan beberapa ingredients yang lain bagi menambahkan keenakan rasa kopi tersebut. Bahan-bahan yang dicampur ialah, butter Golden Churn (cap kerusi), gula dan garam.

Hasil siasatan Jabatan Kimia mendapati, di dalam butter Golden Churn itu yang menyebabkan kopi itu tidak halal bagi Muslim kerana terdapat DNA babi.

At first, memang tak percaya. Bayangkanlah! Selama lebih 70 tahun rasanya jenama butter tersebut digunapakai dan dikatakan TERBAIK!! untuk pembuatan kek, roti, biskut, aiskrim dan lain-lain. Tiba-tiba, ada DNA babi. Perghh!! Macam mana dengan darah daging kita?

Mungkin ramai yang tak percaya lagi. Sebab butter ini dijual sewenang-wenangnya bersebelahan dengan barang yang halal. Dan ramai lagi yang tak tahu. Tapi, ini telah disahkan sendiri oleh JAKIM.

Tanda cop halal juga bukan dari JAKIM. Kalau kita seorang yang teliti dan suka baca nutritional label, cop halal dari Australia. ICCV, Islamic Co-ordinating Council of Victoria. Padahal, ini merupakan antara satu logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM. Haisyh.

Terkejut? Hehe. So, masih nak gunakan? Kalau ada stock kat rumah/kedai, sanggup nak buang? Dengar, butter ini antara yang termahal dan terBEST kan? Sanggup rugi?

Mungkin, hal ini tak disebarkan kepada umum. Mungkin. Kalau dihebahkan, alhamdulillah.


#2 Produk-produk bertanda Halal
Ada seorang peserta ini sangat tak berpuas hati apabila salah seorang speaker beritahu berkenaan dengan laman web JAKIM yang hanya menghebahkan jenama makanan yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Bagaimana pula dengan yang tidak halal?? Macam mana nak memilih barang makanan yang halal?

Ini jawapannya dan aku setuju dengan jawapan yang diberi.

Makcik Timah yang jual goreng pisang, ada cop halal?
Pak Tam nasi Campur, ada cop halal?
Pak Talib pembuat keropok, ada cop halal?
Bro Mahmud penjual burger, ada sijil halal?

Takda kan. 

Tapi, kita masih lagi membeli dan memakannya tanpa ragu dan was-was. Sebab , kononnya, mereka itu penjual Islam.

Kalaulah, pihak JAKIM nak buat senarai tentang makanan yang tiada cop halal, bukankah lagi complicated?
Bukankah, Makcik Timah, Pak Tam, Pak Talib dan Bro Mahmud itu juga termasuk dalam list?
Dan boleh kirakah berapa banyak penjual pisang goreng, keropok, dan burger di Malaysia?

Fikir-fikir. Jangan hanya ingin menuding jari. Ko salahla. Ko tak beritahula. Ko tak itula. Ko tak inila.

Sebab itulah PENGGUNA perlu memainkan peranan yang penting. Sama-sama berusaha untuk mendapatkan makanan yang halal dan suci. :)

Ok. Itu antara perkara-perkara yang agak hot la.

Hal lain, lebih kepada pensijilan halal, logo halal, keselamatan dan kebersihan makanan dan lain-lain.

Papepun, memang best pergi sini. Oh ye! Kat Perak pun, akan adakan Seminar Halal pada 30/4/2011. Venue, tak sure. Nanti saya confirmkan dengan member.

MAKANAN YANG BAIK MEMBENTUK AKHLAK YANG BAIK.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan. Kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu"
(Surah Al Baqarah 2: 168)

p/s: Membuatkan aku bersemangat mendalami bidang yang sedang aku pelajari. Rupanya, banyak tanggungjawabku kepada agama. ya Allah. Terangkan hati-hati kami dalam mempelajari ilmuMu dan bantulah kami menjaga AgamaMu. Amiin. (n_n)

Saturday, November 20, 2010

Pejabat Pos dan Hari Jumaat.

Selamat Pagi dan Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. :)

Semalam kan hari Jumaat. Ada antara kaum Adam yang tak pergi solat Jumaat? Harap-harap takda la ye. Hehe. 

"Wahai orang-orang beriman! Apabila diseru untuk solat jumaat maka pergilah untuk mengingati Allah (solat jumaat), dan tinggalkan lah jual beli"
(Surah Al-Jum'ah 62 : 9)

Sabda Nabi Muhammad SAW: Solat jumaat wajib ke atas setiap orang Islam kecuali empat golongan yakni hamba, wanita, kanak-kanak dan orang sakit.
(Riwayat Abu Dawud)

Dalam riwayat Ahmad, dan kitab-kitab Sunan Empat, dan Tirmizi menganngapnya hasan, dan dianggap sahih oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, dan Hakim mengatakan di atas syarat Muslim, hadis bermaksud:
"Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat jumaat kerana meringan-ringankannya, akan ditutup hatinya."

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali maka ia adalah munafiq"
(Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Amacam? Tak takut lagi ke? Hehehe. Takpelah. Kalau yang tak pergi tu, next Jumaat, pergilah ye. Jangan menyesal tak sudah pula lepas tu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, buruk padahnya. Sumber hadis di sini

Sebenarnye, semalam aku menguruskan penghantaran buku dan nota-nota ke rumah. Ya Allah! Tak sangka berat kedua-dua kotak ialah

24.82kg + 10.10kg = 34. 92kg

Patutlah berat semacam. Hohoho.

Aku pergi ke pejabat Pos dalam jam 9.30pagi dengan bantuan Pakcik Aziz. Terima kasih Pakcik. :)

Sampai-sampai je kat sana, abang yang jaga kaunter taknak terima kotak kitorang sebab tak berbalut dengan sampul coklat.

What????

Takkan nak patah balik kot. Adeeeh! Pakcik Aziz pun da balik.

Dah alang-alang sangat dekat pejabat post itu. Tinggal nak timbang dan isi borang sahaja. Huhu. Apa lagi, aku dan Z (yang pastinya perempuan) pergi Bakti cari sampul coklat dan salotep.

Gunting, kitorang malas tak beli. Makanya, kenalah meminta ihsan dari orang dalam pejabat pos tu untuk meminjamkan gunting. Alahaaaiii! Gunting yang ada tak setajam yang disangka. Tapi, terima kasih juga ye. :) Masih membantu proses pembalutan secara "Ultraman". Aeh?

Nak taknak, kena gak balut depan pejabat pos itu. Haha. Kami ini betul-betul serupa perantau. (T_T) 

Kami bungkus pun ala kadar. Haha. Asalkan, kotak itu berbalut dengan sampul coklat. Lagi satu sebab nak cepat. Takut pejabat tutup dan terserempak dengan kaum Adam yang pergi menunaikan solat Jumaat. Abang tu senyum je tengok kotak kami. Mesti dia ketawa terkekek dalam hati tengok balutan kitorang. Haha. Ah! Peduli apa? Yang penting barang dan buku itu selamat sampai sudah cukup syukur bagi kami.

haihh! Kami tak tahu sebenarnye kena balut dengan sampul coklat. Ingatkan sama macam sistem "Bagasi Kampung" yang setiap akhir sidang akan berlangsung.

Takpelah. Pengajaran dan pengalaman. Alhamdulillah. :)

Kami siap membalut 4 kotak selama 1jam setengah (lebih kurang jam 11am) dengan menggunakan sepenuhnya sampul coklat yang dibeli tadi. Haha. Boleh masuk pertandingan "penjimatan terhebat" nih. ;p

Jadi, bagi sesiapa yang ingin mengirimkan barang, kena balut dengan sampul coklat ye. Tak mahulah jadi macam kami berkhemah kat bawah bumbung pejabat pos membalut kotak-kotak.

Kikiki. Satu lagi kenangan untuk dikenang. (n_n)

Tuesday, November 16, 2010

Zulhijjah-Bulan Terakhir dalam Kalendar Islam

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA!! :)
Bersihkan minda. Sucikan hati. Semoga dirahmati.

10 Zulhijjah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Hari Raya AidilAdha ataupun Hari Raya Haji. Hal ini disebabkan hari ini sebilangan manusia mengerjakan Haji di Makkah alMuqarramah.

Bersyukur ke hadrat Illahi. Beruntunglah bagi mereka yang telah mengerjakan antara rukun Islam yang satu ini.

Aku? Emm belum berpeluang lagi. InsyaAllah, aku akan laksanakan jika diizinkanNya. Kamu juga ya. Berdoalah.

Oh! Memang sayu sahaja hati mendengar takbir yang dilaungkan.

"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka"
(Surah Ali Imran 3 : 97)

Ibadah haji sudah bermula awal bulan November hari tu. Sekarang, Ibadah korban pada waktu Haji pula sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S untuk mengorbankan anaknya sendiri Nabi Ismail AS.

Semoga, kita semua mengambil iktibar.

Boleh lawati laman-laman web yang tertera untuk mendapatkan maksud yang lebih mendalam.
http://usrahkeluarga.blogspot.com/2010/11/berusaha-dan-mengharap-pertolongan.html

Tak tahulah kenapa. Sedih sahaja hati ini hari ini. :'(

ya Allah ya Tuhanku. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.

Wednesday, July 7, 2010

tetibe terajin

Bismillahirrahmanirrahim..dan Salam Ceria semua! =)

Ok. Sebenarnya, dalam minggu ini, kesibukan melanda diri. Hahaha biasalah. Tak lama lagi, aku dah terpaksa pulang  ke 'over the sea'. Emmm.. Tambahan pula, sepupu aku belah Incek Abah akan berkahwin tidak lama lagi. Jadinya, selepas kerja di rumah aku siap (perempuan tidak habis-habis dengan kerja rumah kan? uhu~!), aku akan bertandang ke rumah Pak Teh dan Mak Teh di seberang jalan jer.

Di situ, sesetengah daripada orang kampung (yelah..setengah jer.. slalunye, masa 'makan besar' nanti, baru semua orang kampung turun..ye dak?) akan turun padang untuk membantu apa yang patut. Ada juga yang menyumbangkan beras, minyak, telur, bawang dan bermacam-macam bahan lagi. Tidak kiralah bahan basah atau kering.
bagus kan dorang nih..tolong menolong..ehehe..

Kadang-kadang itu, terdengar hilaian tawa makcik-makcik di situ. Sebabnya, ada salah seorang makcik itu melatah. Aduuuh!! Sian kat dia. Aku yang dengar ini pun terasa penatnya. Tapi, takkan aku nak meyampuk pule kat situ. Lalu hatiku berbisik, "makcik-makcik sekalian, janganlah usik makcik nih.. sian saya tgk dia.. uhu~!".

Tanpa disangka-sangka, seseorang berkata, "udahlah tuh. Penat aku tengok dia nih melatah". Yesss!! Akhirnya, ada juga yang merasa apa yang aku rasa. Ehehe.

Kalau korang masih ingat lagi, suatu ketika dahulu, Majalah 3 di TV3 (Inspirasi Hidupku) ada menyiarkan dokumentari berkenaan melatah ini. Dokumentari itu telah mewawancara beberapa artis yang melatah dan seorang makcik yang telah berusia. Aku pun dah x berapa nak ingat sangat. Kalau sesape yang ingat , then ada nak tegur, dipersilakan yer.. =)

Rupanya melatah ini boleh dibahagikan kepada dua kategori,
  1. Mula2, seseorang itu sengaja membuatkan diri melatah. Dan seterusnya, menyebabkan ia menjadi suatu kebiasaan.
  2. Semulajadi. Mungkin akibat faktor usia. Otak tidak mampu mengawal aliran informasi yang dirangsang oleh impulse-impulse dari sel otak.
Apa-apapun, kalau boleh, elakkan diri dari melatah. Penat kowt! Oleh itu, kita digalakkan membaca al-Quran dan memahami maksudnya untuk mencegah penyakit melatah ini dari menular dalam diri (sumber x ingat).

Al-Quran memang banyak khasiat dan penawar segala jenis penyakit. Try tengok segmen 'Penawar (As-Syifaa)' di saluran 106, Pesona Oasis. errrrk! iklan jap =P

Sekadar perkongsian. Adios! ^^

********************
Tadi, terserampak dengan kawan baru. Dia kata, aku nampak muda dari usiaku. Hahahaha malu tau! *wink2*


Friday, April 2, 2010

USM cipta kit kesan daging babi

(DARI kiri) Azhar, Abbas dan Thuan Chew menunjukkan kit pengukur kandungan daging di USM, George Town semalam.

GEORGE TOWN - Industri makanan halal negara dimajukan lagi dengan penciptaan kit pengukur kandungan bagi membezakan daging ayam dan babi oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Diberi nama PC Indicator, ia dibangunkan oleh pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Profesor Azhar Mat Easa yang dibantu oleh dua penyelidik iaitu Dr. Abbas Alkarkhi dan Tan Thuan Chew.

****ini adalah petikan kosmo-2 April 2010****

Alhamdulillah.. makanan halal sekarang semakin menjadi keperluan kepada kita semua. hal ini demikian kerana, hampir 2/3 daripada populasi di dunia merupakan orang Muslim. Jadi, perkara ini menjadi tanggungjawab kepada saintis-saintis terutamanya Teknologi Makanan untuk mencari alternatif supaya makanan halal dapat dikenalpasti dan dibezakan.

Kita dapat melihat bahawa makanan kita terdedah dengan bahan-bahan yang berkemungkinan datang dari sudut yang tidak halal seperti 'preservative', 'colouring agent', 'sweeteners', 'anti-caking agent', 'emulsifiers', 'additives' dan bermacam lagi rasa tambahan yang digunakan dalam makanan kita. Contoh yang paling jelas  ialah 'junk food'.

Saya memetik emel yang diberikan baru-baru ini oleh salah seorang rakan saya,

"Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging...... .nauzubillah. .

Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut? Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan..... . Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama."

disini saya sertakan sekali kod-kod yang mengandungi :Bab1: (yang selalunya dari lemak binatang ini untuk dijadikan 'liquid form')

E 100  E 280  E 434  E 482  E 110  E 300  E 435  E 483  E 120  E 301  E 436  E 491  E 140  E 325  E 440  E 492  E 141  E 326  E 441  E 493  E 153  E 327  E 470  E 494  E 160  E 334  E 471  E 495  E 161  E 335  E 472  E 542  E 210  E 336  E 473  E 570  E 213  E 337  E 474  E 572  E 214  E 422  E 475  E 631  E 216  E 430  E 476  E 635  E 234  E 431  E 477  E 904  E 252  E 432  E 478  E 920  E 270  E 433  E 481

wait! nak share sket...

actually, the number that i show you at the above is called INS (International Numbering System). It is a system of numbering additives according to functions by Codex Alimentarius (pe plak la bende nih...) The Codex Alimentarius (Latin for "food code" or "food book") is a collection of internationally recognized standards, codes of practice, guidelines and other recommendations relating to foods, food production and food safety. Its name derives from the Codex Alimentarius Austriacus.[1] Its texts are developed and maintained by the Codex Alimentarius Commission, a body that was established in 1963 by the Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) and the World Health Organization (WHO). The Commission's main aims are stated as being to protect the health of consumers and ensure fair practices in the international food trade. The Codex Alimentarius is recognized by the World Trade Organization as an international reference point for the resolution of disputes concerning food safety and consumer protection.
**ini anda semua boleh dapat kat http://en.wikipedia.org/wiki/Codex_Alimentarius**

But, if you notice, in front of the number has capital letter of 'E'. E numbers are number codes for food additives and usually found on food labels throughout the European Union.

Jadi kawan-kawan, berhati-hatilah semasa membeli barang makanan. Kalau anda masih ingat lagi pada iklan 'Pengguna' (alaaa yg kartun2 bergerak tuh..ada lelaki, pompuan malay and chinese), ada menggalakkan kita melihat 'nutritional labels', 'expired date' sebelum membeli makanan itu. Jadi, sama ada kita nak praktikkan atau tidak jer..

emmmm... 'tepuk dada, tanya selera'. Consumer is right.. kan?

p/s: tidak silap saya, hampir semua makanan kita mengandungi E numbers tuh... lepas nih, balik rumah, produce product sendiri... xpun, makan sayur kat belakang rumah jer.. =P