Isnin, 5 Oktober 2015
Ahad, 16 Ogos 2015
Selasa, 4 Mac 2014
Sabtu, 13 Oktober 2012
Bengkung
Kali ni aku nak ceritakan cara aku pakai bengkung. Boleh dikatakan bengkung ni byk membantu aku kurus skitlah...nampak kecik kat punggung dan perut... tapi menggeleber huhu...
Oklah... pertama sekali lepas aku mandi air panas bercampur herba mandian dlm set bersalin amway tu. Aku sapukan seluruh badan aku dgn krim halia. Aku beli kat cosway je sbb aku ahli cosway. Untuk kali ni aku guna 4 botol. Byk x byk setiap hari aku lumur badan dgn benda tu...
Lepas pakai baju, aku susun kain camni. Yang paling bawah ialah bengkung, kain batik lepas yg aku lipat separuh jadi panjang camtu dan kain putih tu untuk tutup perut elakkan kotoran terlekat kat kain bengkung.
Kain batik tu pun nak elakkan x kotor..
Aku akan baring kat tgh2 tu selaraskan pinggang dan punggung supaya tepat. Pandai2 ler nak mengagak hehe.. asalkan x senget nanti x selesa plak..
Camnilah nanti satu persatu akan dibalut. Model x bleh tunjukkan cara sbb gambar tu akan jadi 18sx hehe... Biasanya aku akan baring, lipatkan kaki ke atas, mcm nak beranak cuma x kangkang je hehe...kene tutup rapat tau...
Ni pes peramping perut tu. Akan disapukan ke perut dan sekitarnya.
Lepas dah siap ikat bengkung, aku bangun nak pakai kain batik. Pastu aku pakai benda ni plak. Ketiga2 ok. Korang bayangkan bape punye byk ler haha. Yg paling kiri tu kat bahagian bawah dada sbb kalau nak harapkan bengkung tu menetap terus kat bawah dada mmg x ler... nanti bergulung2 dia turun pasal lemak semua naik atas tu masa ikat bengkung..perut kempis sbb kat perut aku ikat ketat. Kat dada x bleh sbb ada tulang rusuk huhu...
Pastu aku pakai yg kat tgh tu utk punggung..aku letak bawah punggung kasi up punggung sikit hehe...so jalan mcm jepun lah. Yang last paling kanan yg warna putih tu..mahal tu beli wooo... itu bengkung moden. Aku suka bengkung yg zip zap je sbb mudah nak ke tandas dgn pantas.
Sgt tebal dan mmg keadaan aku berjalan mcm robot pun ye. Nak duduk paling seksa. Tapi kalau selesa mmg rasa x nak bukak tapi adakala x selesa bila dah pakai sbb adakala tali yg ikat tu terkena kat tulang pinggang so sgt sakit. Apapun mmg kene pandai seleraskan...
Ginilah rupanya..tapi ni bukan aku ye hehe.. Badan aku lum sekurus tu...mengharap akan jadi camni tapi ntah bilalah agaknya huhu...
Masalahnya kalau perut dan punggung kecil pun tapi peha masih besar mcm gajah...xde maknanya jugak... Jelesnye tgk org berkaki kecil ni tau.. Xdelah melecet bila berjalan kan?
Aku ni kalau pakai abaya pun terpaksa pakai seluar panjang kat bahagian dlm supaya x terjadi kes melecet kat peha...
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:00:00 PG 2 bunga tulip
Label: Cerita Aku, Info
Jumaat, 25 November 2011
Sewa Katil Hospital
Ramai plak bertanya pasal sewa katil hospital tu...
Untuk pertanyaan lanjut : 0126317007
Aku pun punye ngong x letak pun nombor telefon utk dihubungi. Oklah skrg aku dah letak..kesian kat org yg dah berbulan tanya tp aku x jawab sbb mana ler aku nampak mesej dia bila entry dah bertimbun2 hehe..
Maaf ye yg bertanya..
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:52:00 PG 0 bunga tulip
Label: Info
Isnin, 2 Ogos 2010
Psikologi & Psikiatri
Ambil dari blog Doktor Salmi
Kenapa saya perlu makan ubat?
Tiada pakar atau doctor yang mahu pesakitnya menderita. Semua doctor mahu pesakitnya sihat dan sembuh daripada penyakit.
Sebelum di beri ubat doctor mesti membuat pertimbangan buruk dan baik memberi ubat.
Cuba fikirkan masalah ini:
A mengalami kemurungan teruk sehingga mendengar halusinasi ; mendengar suara” matilah kau!, matilah kau!”.
Jika tidak diberi ubat, beliau boleh membunuh diri sendiri. Doktor akan memberi ubat untuk hilangkan kemurungan ( anti depressant) dan hilangkan halusinasi ( antipsikotik) . Ubat yang sedia ada telah terbukti boleh mengubati kedua-dua masalah tersebut
Apakah pandangan pesakit dan keluarga?
Kebanyakan orang ramai tidak terdedah dengan penyakit psikiatri. Fenomena mendengar suar-suara ghaib di anggap sebagai rasukan hantu dan sebagainya. Masalah utama yang dihadapi oleh doctor adalah membetulkan fahaman pesakit dan keluarga tentang masalah psikiatri ini. Masih ramai di kalangan pesakit dan keluarga yang terlalu takut apabila dikatakan mengidap penyakit mental. Stigma terhadap penyakit ini terlalu tinggi sehingga ramai yang tidak menerima ubat dan rawatan!
Bagaimana ubat bertindak?
Penyakit mental adalah disebabkan pelbagai sebab yang berhubungkait antara satu sama lain. Antaranya sebab keturunan, tekanan dan ketidakseimbangan fungsi otak
Sesiapa yang ada saudara mara yang mengalami penyakit mental (saka, hysteria, perangai pelik atau apa jua tafsiran kepada penyakit mental) adalah berisiko untuk mendapat penyakit mental. Anda tidak 100% akan dapat penyakit tersebut, tetapi jika anda tidak pandai menangani masalah dan anda berhadapan dengan masalah, penyakit ini akan menyerang
Tekanan yang anda hadapi akan menyebabkan otak berfungsi lebih dari biasa kerana anda memikirkan masalah tersebut dan cuba mnyelesaikannya. Kalau jantung berfungsi dengan otot jantung yang mengepam darah, otak berfungsi dengan bantuan neurotransmitter yang menhantar signal untuk berfikir. Antara contoh penting neurotransmitter ini adalah serotonin, dopamine dan adrenalin. Penyakit mental berlaku apabila tekanan berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan neurotransmitter ini. Maka ubat diberi menyeimbangkan semula neurotransmitter ini.
Bahagian mana otak yang tidak dalam keseimbangan?
2 bahagian otak yang penting adalah:
Sistem limbic untuk mengawal emosi, tingkah laku, perbuatan, perasaan seperti marah, benci, cinta, geram dan lain-lain
Prefrontal Cortex untuk mengawal fungsi kognitif kita seperti membuat perancangan, mengatur kehidupan, kawalan buruk baik perbuatan, mengawal proses perbuatan dan lain-lain
Pada keadaan biasa, bahagian otak ini berfungsi secara baik. Contohnya, anda rasa sayang pada anak anda, sistem limbic akan berfungsi. Jika anda ingin memasak , prefrontal cortex akan mengawasi susun atur cara masak yang betul.
Bila anda mempunyai tekanan bahagian otak ini terlalu aktif sehingga neurotransmitter serotonin, dopamine dan adrenalin tadi tidak berfungsi dengan baik. Tanda-tanda penyakit akan muncul kerana otak tidak berfungsi dengan baik.
hasil semaian ♥nrina♥ di 1:37:00 PTG 0 bunga tulip
Label: Info
Jumaat, 9 Julai 2010
Tumbuhan beracun
Pada penggemar tumbuhan perhiasan di rumah..janganlah tak cari maklumat ni kat internet..sgtlah bahaya ok.
Nak aku senaraikan satu persatu tu mcm byk sgt plak so korang carilah sendiri dlm internet tu.
Nasib baik aku ni mmg tak berbakat tanam pokok..yg ada tu pun terseksa dibuatnya hehehe...
hasil semaian ♥nrina♥ di 1:06:00 PTG 0 bunga tulip
Label: Info