Akibat terlalu canggih maka aku pun dah tak reti malah terlupa plak password sbb dah terlalu lama tak jengah blog huhu....
Sabau je ler...
Sedang bercita2 nak beli meja komputer yg sederhana kecil... tgh survey lagi.. takat ni belum jumpa yg berkenan dihati.
Tadi tgh cuba update blog melalui S5 aku tapi nampaknye byk sgt kekurangan disitu... tak bape nak canggih lagi untuk blogger barangkali.
Ok..chow dulu.. takat melepaskan batuk ditangga je ni...
Rabu, 1 Oktober 2014
Canggih nau dah haaa....
hasil semaian ♥nrina♥ di 9:57:00 PG 0 bunga tulip
Selasa, 1 Julai 2014
Ramadhan datang...
Alhamdulillah Allah masih panjangkan nyawa aku untuk meningkatkan amalan kepadaNya.
Walaupun puasa tu dah biasa sbb mmg asyik puasa ganti je sepanjang bulan jika tiada halangan tapi bila tiba ramadhan perasaan tu lain sbb melibatkan anak2. Kalau diri sendiri mmg hanya makan ala kadar je sbb aku kan tgh berdiet ni. Berat tak turun jugak tapi sabar jelah. Mungkin ada hikmah jika aku gemuk. Kang kurus makin seksi plak hehe...
Selamat menyambut ramadhan kepada kengkawan semua. Moga amalan kita diberkati Allah dan mendapat ganjaran yg setimpal.
Ok. tata ^_^
hasil semaian ♥nrina♥ di 12:19:00 PG 0 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Selasa, 3 Jun 2014
Malasnye wei...
Assalamualaikum...
Yeah kembali bersiaran tapi tidaklah seperti yang diharapkan...
Malaslah wei... bz + malas + xde idea... nak pegang komputer pun rasa kaku je...
Oklah... nanti nantilah aku bg citer best...
Tata.. hehe..
hasil semaian ♥nrina♥ di 2:12:00 PG 0 bunga tulip
Khamis, 20 Mac 2014
Rabu, 19 Mac 2014
Buatlah yang Allah suka
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:00:00 PTG 0 bunga tulip
Label: motivasi
Selasa, 18 Mac 2014
Sweet enough ^_^
Saya amat terperanjat dengan pengalaman membaca buku tentang GULA. Amat menyedihkan dan saya amat risau tentang masyarakat di Malaysia yang terancam secara senyap. Bagi saya GULA seperti racun!
Sedikit persoalan tentang gula.
Apakah sebenarnya gula?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!
Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.
Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4.. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18. 18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23.. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24.. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38.. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52.. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56.. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59.. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64.. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67.. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer
Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
Glukosa
Fruktosa
Laktosa
Maltosa
Sukrosa
Sirap Glukosa
Sirap maple
Molases
Sirap hitam
Sirap kencana
Dektrosa
Sorbitol
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7.. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!
Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.
Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.
Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah
COPY & PASTE DI BLOG MERSING.MY
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:00:00 PTG 0 bunga tulip
Label: Pengetahuan
Biarlah dibenci...
hasil semaian ♥nrina♥ di 12:52:00 PTG 0 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Jumaat, 7 Mac 2014
Selasa, 4 Mac 2014
Mohon maaf dari suami
hasil semaian ♥nrina♥ di 10:09:00 PTG 0 bunga tulip
Label: motivasi, Pengetahuan
Dah ada masa tapi takde idea plak
Gitulah keadaannye...
Bila dah ada depan komputer ni... idea mcm kosong..kosong..kosong..
Tak tau nak mula dari mana..
Takpe kita mulakan dgn bismillah hehe.. disudahi dgn alhamdulillah...
Ok..sekian terima kasih.
hasil semaian ♥nrina♥ di 9:13:00 PTG 0 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Rabu, 8 Januari 2014
Diet Atkins
Assalamualaikum semua...
Bermula 1 Januari 2014 aku telah memulakan diet Atkins...
Semoga misi ini berjaya dan setakat seminggu ni aku dah turun 4kg...
Akibat terlalu byk cheat hihi..pasal x tahan nafsu punye pasal maka berat aku statik sekarang..x turun tapi mcm nak naik balik... bahaya...sila insaf..
Aku target dlm 5 bulan atau selagi mencapai berat ideal.. insyaallah..
Diet ni tak perlu keluarkan duitpun... yg penting jaga pemakanan dan tahan nafsu je... sabar..sabar..
Pil2 ke atau ntah hape serbuk ubat kurus ke aku x jln dah... dah ler takde duit.. x sedap lak tu..
Disamping itu anak2 mula sekolah...aku mmg bz uruskan diorg semua..jadi supir ler ape lagi...x henti2 kuar rumah.. nak melangok kat luar tunggu diorg balik aduh... lagi penat dr aku buat keje kat rumah...xpelah aku ulang alik.. byk lagi benda nak buat dari tunggu diorg balik..
Zarfan balik sekolah kul 1.05pm
Zikry balik sekolah kul 1.35pm
Zarfan nak g sekolah Agama Jaim 2.30pm
Amik anak jiran kul 2.40pm
Zikry dan Zahran nak g mengaji kul 5pm
Rutin tu bertukar budak je sbb sesi sekolah petang diorg x sama...
Zarfan Isnin-Rabu
Zikry Rabu-Jumaat
Jadi waktu yg diorg x sekolah tu..aku hantar g mengaji.
Balik dari mengaji dan sekolah...jiran aku amik lps dia balik keje.. selesai..
Apapun aku sgtlah tunggu hari minggu...nak rehat xmo kuar rumah dahh..penat hehe..
Oklah...takat ni jelah cerita aku.... makin malas aku skrg... dah ler lappy aku pecah bateri sbb Zafry tarik jatuh..sib baik masih bole berfungsi.. klu x aku nak minta lappy baru hihihihi.... selagi dia masih kecil selagi itulah aku malas nak update blog sbb aku x suka ada gangguan..aku nak tido je bl dpt waktu lapang sbb sgtlah letih melayan dia yg selalu buat aku byk keje... sabar ler wahai hati...
hasil semaian ♥nrina♥ di 1:22:00 PG 0 bunga tulip
Label: Cerita Aku